Sunday, February 27, 2011

blouse cantik di Meteor Collection. anda mampu memilikinya

selamat datang ke meteor collection.

pada penulisan lepas aku buat promosi tentang blouse yang akan aku jual bersama rakan-rakan. dan disini aku ada sertakan gambar-gambar dan korang boleh pilih mana yang berkenan. kalau ada yang tak jelas dengan butiran blouse yang nak dibeli tu boleh tanya di facebook meteor et all, facebook cik mas, atau tinggalkan komen di entry ini atau email di meteoretall88@gmail.com

kualiti kain blouse ini sangat tebal, tidak mudah tekoyak, tidak panas dan tidak mudah turun warna selepas dibasuh. jika anda sebagai pembeli, saya jamin dengan kualiti pembelian anda, insyaAllah anda akan puas hati.



B01 : RM 38 (INCLUDE POSTAGE)
Bahu 14’, dada 32’, labuh 31.5’, pinggang 30’, punggung 42.5’




B 03 : RM 33 (include postage)
Bahu 15.5’, dada 34’, labuh 26.5’, pinggang 35’, punggung 38’



B 04 : RM 43 (INCLUDE INNER + POSTAGE)
Bahu 13’, dada 31’, labuh 31’, pinggang 27’, punggung 32’



B 06 : RM 43 ( INCLUDE INNER + POSTAGE)
Bahu 14.5’, dada 35’, labuh 35’, pinggang 36’, punggung 42’


B 07 : RM 43 (INCLUDE INNER+ POSTAGE)



B 08 : RM 43 ( INCLUDE INNER + POSTAGE)
Bahu 14’, dada 32’, labuh 35.5’, pinggang 30’(elastic), punggung 31’


B 09 : RM 43 (INCLUDE INNER + POSTAGE)
Bahu 14’, dada 33’, labuh 36’, pinggang 31’(elastic), punggung 38’



B 10 : RM 38 (INCLUDE INNER + POSTAGE)
Bahu 14.5’, dada 34’, labuh 29.5,’, pinggang 31’(elastic), punggung 36



B 11 : RM 38 (INCLUDE INNER + POSTAGE)
Bahu 14.5’, dada 34’, labuh 29.5’, pinggang 31’(elastic), punggung 36’



B 12 : RM 43 ( include inner + postage)
Bahu 15’, dada 37’, labuh 35’, pinggang 31’(elastic), punggung 41’


B 14 : RM 33 ( include postage)

==================================================================


contoh pemakaian blouse dari meteor collection

meteor collection : blouse kotak-kotak warna pink.




7 anak murid kena cubit

Saturday, February 26, 2011

UPDATE : GATHERING CIKGU BLOGGER DI TIME SQUARE

tangan aku menggigil ketika ini, saat aku ketuk jari di keyboard bukunet. aku tak pasti juga faktor apa jadi begitu. yang pastinya,aku nak mohon maaf sebab terlalu lambat admin (aku sendiri) untuk update ini blog pasal gatherng lepas.


apa pun sebelum aku teruskan penulisan, aku ucapkan terima kasih kepada yang hadir gathering semalam. walaupun tak ramai, tapi buat aku terharu bro ben ashaari, bro framestone dan krew 1tube sanggup datang bertemu dan support kitorang semua.

jam 11.00 pagi kami berjumpul di tingkat 7 dekat dengan cosmo world. selepas tu bergerak ke foodcourt dan mulakan ice breaking dan sesi berkongsi tips. krew 1tube juga minta kami untuk buat vlog dan kami pun menyokong dan membantu pihak mereka. alhamdulillah, selesai buat vlog, kami bergerak untuk makan, solat dan berehat. jam 3.45 kami berkumpul di tempat bowling. oleh kerana ramai yang tak berminat untuk main bowling, kami buat pertukaran hadiah disitu. ada juga blogger yang tak dapat kami hubungi dan mereka termiss slot ni. maaf ya. masa ni pun bro framestone dan krew 1tube pergi makan. so kami berenam je tempat bowling. ada juga blogger yang dah beransur untuk tinggalkan gath lebih awal seperti shahazwan dan khai azfar. apapun kami berkumpul semula bersama bro framestone dan krew 1tube di food court dan mengakhiri dengan sesi gathering dengan bersalaman dan sesi fotogedik.


bro framestone bersama krew 1tube


jemputan khas : bro ben ashaari dan bro framestone

mereka berdua sangat banyak dan rajin memberi tips kepada kami. tak sangka juga bro ben pernah menjadi guru sebelum ini. dan beliau juga ada bagi tips jadi seorang guru yang disenangi ramai. memang tak lokek ilmu. bro framestone pula ramah sangat, bayak bercakap dan berkongsi pengalaman menarik. banyak kami berlajar dari mereka berdua. thanks bro berdua.


sesi ice breaking di food court TS


silampuneon, bro ben, bro framestone dan cik mas
(bro frame stone buat aksi comel)


silampuneon dan akmal helmi (si lelaki seksi)


bersama jemputan khas


antara cikgu blogger yang sudi hadir


cikmas, silampuneon dan feeda

cik mas, feeda dan amirah zati


cik mas dan feeda
(banyak deh gambar aku, sabo je la)


senarai link yang hadir gathering :


nota kaki :
  1. terima kasih berbilion-bilion kepada yang sudi hadir dan menyokong komuniti kami cikgu blogger
  2. insyaAllah jika ada niat untuk bergathering lagi, kami akan info lebih awal. harap maaf segala kekurangan dan kesilapan dari pihak kami cikgu blogger dan admin sendiri.
16 anak murid kena cubit

Friday, February 25, 2011

update! tentatif gathering cikgu blogger 26 feb.. maaf lambat inform.. :(

10.30 pg : berkumpul (register) di tingkat 8 depan kedai Umobile.

11.00 pg : sesi ice breaking - ruang legar berhampiran Cosmo's Theme Park
(kalau ramai maybe kita akan bawa ke tempat lebih luas)

12.30 tgh : bowling

2.00 ptg : rehat + solat

3.00 ptg : makan2 kat food court tingkat 10

4.30 ptg : tukar-tukar hadiah RM10 (Romeo & Juliet) undian akan dijalankan disana

5.00 ptg : sesi fotogedik

6.00 ptg : bersurai
2 anak murid kena cubit

Thursday, February 24, 2011

GATHERING CIKGU BLOGGER KALI KE 2 AKAN DIADAKAN. JEMPUT DATANG!

ini sticky post, sila scroll ke bawah untuk baca entry terbaru.


assalamualaikum dan salam sejahtera. pihak kami menjemput semua bakal-bakal guru, guru yang sudah mengajar dan sesiapa yang terlibat dalam bidang perguruan untuk menyertai perjumpaan ini. anda dialu-alukan untuk memeriahkan gathering ini. pastikan anda seorang blogger. terima kasih.

GATHERING CIKGU BLOGGER akan diadakan pada :

TARIKH : 26 FEBRUARI 2011
TEMPAT : BERJAYA TIME SQUARE, KUALA LUMPUR
MASA : 10.30 AM - 4.30 PM



jika anda berminat untuk sertai sila inbox facebook admin : CIKMAS / BLOG CIKMAS
atau
boleh jawab invitation event dari group facebook : KAMI CIKGU BLOGGER
atau
tulis komen dibawah entry ini


p/s : kehadiran anda semua dialu-alukan. jangan risau jika anda newbie pon anda tetap juga digalakkan datang. jangan malu, jangan segan ok. kita nak saling kenal mengenali dan eratkan hubungan.

p/s/s :
perhatian kepada CO-ADMIN KAMI CIKGU BLOGGER. sila sebarkan maklumat gathering ini. anda perlu peka dan beritahu saya jika ada sebarang masalah atau maklumat terbaru. anda telah diberi tanggungjawab dan sila jalankan tanggungjawab sebaiknya. kerjasama anda sangat saya hargai.

27 anak murid kena cubit

Saturday, February 19, 2011

tiada fatwa sohih mengatakan KISMIS kuatkan daya ingatan

Apa itu KISMIS?

Kismis merupakan anggur yang dikeringkan. Biasanya kismis terdapat dalam dua jenis iaitu kismis hitam dan kuning. Kismis boleh dimakan begitu sahaja atau digunakan dalam masakan.


kismis hitam



kismis kuning


secara umumnya, sejak dari dulu lagi, kismis menjadi bualan setiap bibir manusia. yang mana mereka memperkatakan bahawa keunikan kismis adalah dapat menguatkan daya ingatan manusia. dan aku juga percaya tentang itu. malah ia juga merupakan makanan yang di kategorikan makanan yang berkhasiat, tidak pernah juga sesekali kita dengar makan kismis boleh sebabkan kanser, kencing manis dan sebagainya.

bersusah payah la mak ayah aku suatu ketika dahulu beli pelbagai jenis kismis, yang dalam kotak tu dah satu, ni ada juga yang dalam botol, beli yang timbang, ada juga yang ustaz-ustaz jual siap dibacakan ayat-ayat Al-Quran. dan aku sebagai anak, makan juga sebab lihat mak dan ayah berhempas pulas nak bagi ingatan aku kuat macam kanak-kanak lain. sedangkan kecerdasan IQ setiap kanak-kanak berbeza, bergantung juga pada genetik dan sebagainya. apapun, itu kenangan aku ketika aku kanak-kanak kecil macam upin dan ipin. comel bukan?

sedang aku berteleku dan menghadap muka depan bukunet, terpampang satu ayat yang buat aku terkesima. betul juga kata doktor ini. tegas dan begitu timbul kekuatan rasional tentang apa yang diperkatakan kepada pembaca yang peka dengan ayatnya.

kredit : DrMAZA
(klik pada nama diatas untuk lebih penjelasan)
'banyak dakwaan seperti makan kismis menguatkan ingatan, sebenarnya tiada dalil yang sahih daripada Nabi s.a.w mengenainya..Ibn al-Qayyim sendiri menyebut dalam al-Tibb al-Nabawi bahawa dua hadis yang disebut tentang kelebihan kismis tidak sahih.. cumanya, ada riwayat daripada al-Zuhri beliau menyatakan kismis bermanfaat untuk ingatan..orang berniaga jangan sandarkan kepada Nabi s.a.w!'


pada pendapat aku. (ini pendapat orang yang berapa baik macam aku, betul atau salah, sama-tegur-menegur). menguatkan daya ingatan banyak caranya. tidak semestinya pulun makan kismis bertan-tan. yang utama sekali ialah sucikan hati dan akal terlebih dahulu.

  • jaga waktu solat & tidak sesekali tinggalkannya
  • kuat mengaji, menghafaz Al-Quran / berzikir
  • tinggalkan maksiat
  • tinggalkan perkara-perkara lagha
  • lapangkan pemikiran dari memikirkan yang tidak baik
  • jaga pemakanan. makan makanan halal dan berkhasiat
  • jaga waktu tidur
  • amar ma'ruf nahi mungkar

'Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yg menyeru kpd kebajikan, menyuruh kpd yg ma’ruf dan mencegah dari yg mungkar, mereka ialah orang-orang yg beruntung. ” [Ali Imran: 104]

nota kepala :
  1. dalam penulisan ini aku jadi teringat kenangan kecil-kecil dahulu. aku baik tapi nakal. bagaimana mahu ingat 2 cerita dalam 1 kepala.
  2. jam menunjukkan 3.32 pagi. aku masih segar berteleku depan bukunet. kepala aku runsing.
  3. dengar rakan aku tadi dianiaya, aku pesan padanya kalau doa orang dianiaya dimakbul Allah. harap dia tabah.
17 anak murid kena cubit

Thursday, February 17, 2011

hari ini aku nak cakap pasal cinta dengan suami orang. bukan aku, tapi orang lain.

assalamualaikum.hari ini aku sambung lagi penulisan di blog cikai ni. aku cuba kuatkan kelajuan ketukan jari di papan kekunci bukunet ini, sebenarnya letih yang amat dan aku tahan kepala yang sakit berdenyut-denyut. ah! gagahkan saja diri, kalau aku layan, boleh gila aku sebab asyik mengada-ngada untuk meletakkan kepala atas bantal.

kalau anda pembaca yang peka dengan rutin kehidupan aku, aku pernah bagitahu dalam penulisan lepas. cuba lihat pada nota kaki, ayat terakhir. aku diselia pensyarah pembimbing pada hari khamis. nah! cakap sangat sampai masin mulut. doa tu kan. betul-betul aku diselia oleh beliau. ya malam tadi sudah tentu aku tidur lewat. pukul 2.30 pagi. bukan apa, terlalu bersemangat untuk buat Rancangan Pengajaran harian (RPH) dan Bahan Bantu Mengajar (BBM).

dan kelas aku bermula jam 9.10 higga 9.40 pagi. 30 iminit sahaja. alhamdulillah, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) aku pada kali ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. syukur pada Allah, berkat doa lepas subuh tadi. terima kasih Allah kerana memberi keberkatan dan kurniakan kesihatan yang baik pada aku untuk teruskan P&P. murid pendidikan khas juga tak terlalu buat perangai, mampu lagi aku kawal walaupun hakikatnya mereka tak punya tumpuan lebih dari 15 minit.



[ini gambar anak siapakah? sukahati ambil letak dalam blog. kan bagus juga dapat anak murid secomel ini. tapi bagi aku comel lagi kanak-kanak Down Syndrome]

gambar : TUMBLR


hari ini aku nak cakap pasal cinta dengan suami orang. bukan aku, tapi orang lain.

ada insan yang pernah aku kenal buat masa ini sangat bingung dalam membuat keputusan. jatuh cinta dengan suami orang itu masalah utamanya. dan dalam masa yang sama punya juga seorang kekasih yang setia menantinya. tapi hati tidak pada kekasihnya, tapi pada suami orang yang mula-mula hadir dalam hidupnya. memahami, sabar dengan kerenahnya, penyayang dan segala bagai lagi. kalau aku, atau kau, kau, dan kau dengar dengan telinga, kau pasti akan membenci dia. macam tiada lagi lelaki bujang dalam hidup ni, mahu juga rampas kebahagiaan rumah tangga orang lain. tapi kali ini aku cuba dengar dengan hati. ya aku tahu setiap manusia pasti dan pernah membuat silap dan dosa. begitu juga dia dan aku sendiri.


ada beberapa kemungkinan dia mencintai lelaki itu dengan sekeras hati dan tak mampu unutuk berpisah
  • kurang kasih sayang ibu bapa.
yang aku tahu dari perbualan bersama insan tu, dia ada memberitahu sejak kecil ibu dan ayah tak pernah melayannya dengan baik. sangat benci macam layan anak tiri. ada satu ketika ibunya sakit terlantar sakit dirumah, dia gigih menjaga ibunya, memasak dan siapkan segala pakaian. bila siapkan lauk untuk ibunya makan, habis dilemparkan pinggan itu ke lantai hingga pecah. sejak kecil lagi kalau bercakap tak sah kalau tak menegking. dia naik tertekan. dan sampai satu saat ketika dia berkerja dan berkenalan dengan suami orang yang sanagt memahami masalahnya dan sangat sabar dengan segala luahan masalahnya. mungkin sebab itu cintanya terhadap suami orang terlalu kuat, sebab dia rasa dia lebih selamat dengan lelaki itu berbanding keluarga. itu dari penceritaannya. aku dengar sahaja.

  • terkena guna-guna
sejenak buat aku terfikir. bukan nak orang kata kita ni khurafat, tapi bagi aku dan bagi sesiapa sahaja, bila perempuan tergila-gilakan suami orang, pasti orang akan kata perempuan tu terkena guna-guna dan dibomoh dek orang lelaki. sampaikan tak sanggip tinggalkan lelaki tersebut, dia terlalu cinta hingga sanggup mati bersamanya. ini aku tak berani kata, hanya andaian, kalau aku silap, maafkan aku. apa pun kita kena ada pendinding diri dengan selalu mebacakan ayat-ayat Al-Quran sebelum keluar rumah, agar dilindungkan dari hasad dengki manusia dan gangguan jin serta syaitan. aku tiada niat menuduh. hanya aku perlu luah pendapat.

  • kurang mendekatkan diri pada Allah
kalau secara logiknya, bila seseorang bertindak diluar kewarasan kita perlulah berikan nasihat, bimbingnya kepangkal jalan. nasihat dan teguran selagi mampu. aku rasa, insan ni kurang dekatkan diri pada Allah. bukan tidak solat 5 waktu yang wajib itu atau tidak berdoalangsung, tapi mungkin kurang juga buat solat sunat agar diperlembutkan hati keluarga dan hatinya sendiri. bila dia dekatkan diri pada Allah, membaca Yasin, sekurang-kurangnya Allah akan gerakkan hati kita dalam menentukan jalan yang terbaik dalam hidup.


  • tiada tempat mengadu.
aku tak paksa juga dia cerita pada aku masalahnya. tapi bila dia cerita aku cuba bantu selagi aku mampu. dia ada kekasih, kawan-kawan dan saudara mara. tapi semua orang membencinya sebab dia tergilakan suami orang. kalau sudah benci, sudah tentu malas sudah hendak mendengar masalahnya. dia tak tahu juga bagaimana cara untuk perbaiki keadaan. akhirnya yang memahami dia hanyalah suami orang itu. apa pendapat anda?




[ya benar, kehidupan kita ini ditangan Allah. jangan kita sesekali membelakangi-Nya!]

gambar : TUMBLR



setelah aku lihat mata insan itu berderai laju. aku jadi rasa bersalah. mampukah aku membantunya? aku berfikir dan menyusun ayat agar perempuan itu tak terasa hati dengan kata-kata teguran aku.

aku pesan padanya, siapapun kita, dari mana pun kita, buruk mana pun kita, syurga tetap di telapak kaki ibu. keredhaan Allah hanya dari keredhaan seorang ibu. penat lelah bertarung nyawa melahirkan kita. kalau juga tidak boleh selesaikan masalah ini, dimana lagi tempat bergantung melainkan Allah. aku bukan bermaksud, bila susah baru cari Allah, tidak! bukan itu maksud aku. walau senang atau susah, kita perlu sentiasa tahu Allah berada disisi kita. bagaimanapun ujian yang menimpa, aku minta perempuan itu tabah dan kuatkan semangat. buat solat hajat atau solat istikharah. membaca yasin dan banyak-banyak sedekahkan al-fatihah kepada keluarga agar merea lebih lembut hati. itu sahaja aku mampu katakan. semoga niat baik aku ini dapat juga membantunya selesaikan maslaah rumit tersebut.

nota kaki :
  • aku berharap insan itu cepat sedar dengan tindakannya. dan aku, perlu jadikan ikhtibar dari kisah hidupnya. kalau kita kenal suami orang, cepat-cepat elakkan. jangan sampai cinta berputik dihati, tak ada siapa mampu untuk singkirkan perasaan tu kecuali tuan punya badan.
  • esok cuti hari Jumaat. hari yang buat aku lebih tenang. tapi tidak tenang juga sebab Sabtu aku ada ganti sekolah.
  • tengah cuba berjimat dan menabung kerana hendak gerak ke KL minggu hadapan. pasti guna banyak duit di sana kan?
  • aku perlua siapkan assignnment yang perlu di hantar minggu hadapan. tiba-tiba rasa macam nak gila sebab banyak sangat kerja yang tak terbuat.



Categories , 9 anak murid kena cubit

Monday, February 14, 2011

Terapi Air bersama kanak-kanak PK Masalah Pembelajaran


salam maulidurrasul. alhamdulillah, aku masih lagi diberi nafas dengan panjang untuk teruskan kehidupan daif ini. thanks to Allah.

semalam 14 Februari aku dan warga PK sekolah aku berpraktikum memenuhi hari indah dengan aktiviti Terapi Air di Splash, Kota Bharu. ini adalah pengalaman pertama aku, kerana sebelum ini bila aku hadirkan diri untuk berpraktikum, sekolah tersebut jarang baut aktiviti. tapi kali ni sekolah yang aku praktikum ni, sangat aktif dan begitu mementingkan kebajikan muridnya. bagus juga, timba pengalaman dan kenangan yang baru.


gambar semasa kanak-kanak PK beratur. mereka tunggu giliran nama mereka disebut untuk naik kenderaan cikgu.


wajah-wajah keseronokan kanak-kanak PK ketika sampai di Taman Permainan berdekatan Kolam Renang Splash. ketika ini pukul 9.00 pagi. Kolam Renang tersebut buka pukul 10 pagi. jadi mereka sangat berhempas-pulas bermain apa yg patut.


di Kolam Renang Splash, terapi air bermula. cikgu praktikum paling semangat sekali masuk air. yang pakai baju merah buat peace tu adalah aku. masa ni baru warm up, kira celup-celup kaki je dulu, 30 minit lepas tu aku dah macam tak ingat apa. main gelongsor bagai nak rak macam budak-budak. kesian daku.


cikgu-cikgu SKPK sedang bersantai menyaksikan aksi terlampau cikgu-cikgu praktikum melayan murid-murid PK.


cikgu-cikgu lelaki bersama murid-murid PK. seronok tak ingat dunia mereka tu.


yang tengah-tengah tu anak murid aku. nama nya Alif Haikal. panggil PokMuk. sebab dia gemuk dan comel. geram kat pipi dengan perut dia. walaupun badannya besar, tapi takut nak masuk air. letih juga cikgu-cikgu angkat masukkan dia dalam air. kalo tak, sampai balik dia tak masuk-masuk lagi. tercongok tepi kolam. (baju merah tu aku, baju hitam tu izatey, kawan sepraktikum aku)


siap ada banner khas lagi. semangat betul cikgu-cikgu SKPK ni. bagus sungguh.

walaupun letih dan lapar sangat berterapi air ni, kami rasa puas sangat. di samping dapat ajar anak murid berenang, menyelam dan buat kuak lentang. kami juga dapatkan tingkatkan psikomotor kasar murid-murid PK ni. pada permulaan mereka memang agak takut dan menangis tak henti-henti, tapi bila pujuk dan guna Reverse Psycholgy, akhirnya mereka pula yang tak mahu keluar dari kolam sebab seronok sangat.

nota kepala :
  • hari ini boleh berehat dengan sepuas-puasnya. selepas zohor boleh mula untuk lengkapkan portfolio Praktikum.
  • tiba-tiba rasa darah gemuruh, rasa macam pensyarah pembimbing nak datang buat observation hari Khamis. nampaknya aku kena call, untuk kepastian. harap-harap tak masin mulut aku.
7 anak murid kena cubit

Sunday, February 13, 2011

kau jenis manusia pendek akal jika kau sambut Valentine!






ini bukti cinta SUAMI ISTERI. apa pula dalam fikiran anda?
[gambar : TUMBLR]


hari ini aku tunjuk muka depan kalian semua.
bukan tunjuk seolah-olah aku manusia hidung tinggi atau membangga tak tentu hala.
aku suka untuk memberi sedikit kesedaran dan mengingatkan anda dengan perkara yang tak patut anda buat.
aku bukan orang alim, ulamak, atau manusia yang tak pernah melakukan dosa. aku pernah juga, tipu jika aku kata tidak pernah lakukan itu semua. sudah tentu syaitonnirrojim itu selalu menyesatkan manusia jika kita tak waspada, nah! tunggu sahaja azab Nya.
sungguhpun dengan dosa yang terpikul dalam diri aku, aku semakin hari semakin cuba untuk perbaiki diri.
dan aku berharap rakan-rakan lain juga turut menjaga diri dan menghormati agama dengan sebaiknya. itu tanggungjawab kita bersama.

aku teruskan lagi mengetuk keyboard netbook ini, baru beberapa minit yang lalu aku singgah blog seorang blogger hebat.
dan blognya juga sangat banyak mesej-mesej keislaman.
aku sangat bersyukur dan aku berharap blognya akan lebih mara kehadapan dan teruskan niat mendakwah dengan cara berblogging. alhamdulillah. masih lagi wujud insan berniat murni dan suci dalam dunia ini. aku hormat beliau.

VALENTINE?
apa pendapat anda? rasanya aku tak perlu untuk minta pendapat kerana apa jua alasan untuk anda untuk menyambut Valentine, itu adalah tidak masuk akal!
Valentine hukumnya HARAM.

Hadis ini mengingatkan umat Islam agar hanya menyambut sesuatu sambutan yang selaras dengan Islam serta syariatnya. Sambutan yang tidak berdasarkan syariat, apatah lagi jika ia mendedahkan umat Islam kepada pembaziran, pergaulan bebas, amalan syirik serta khurafat, sememangnya dilarang oleh agama.

Nabi bersabda: "Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka." (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512)



SEJARAH SAMBUTAN VALENTINE

[terdapat pelbagai versi berkaitan sejarah valentine. di bawah ini adalah salah satu daripadanya]

Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata.

Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu.

Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.


[gambar : TUMBLR]
Sambutan Hari Valentine merangsang ke arah perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran serta membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.

pada pendapat aku, kadangkala kau sendiri tidak terfikir langsung untuk menyambutnya. tetapi setelah membaca majalah, internet dan mendengar sendiri dari rakan-rakan tentang KEISTIMEWAAN HARI VALENTINE, fikiran kau kala itu seperti dihasut dek syaitan, makhluk yang tak jemu menggoda kau supaya menyambut hari tersebut. Nah, dari situ boleh kau ukur tahap keimanan yang ada dalam dada.

aku bukan manusia sempurna, aku insan yang membuat penulisan di blog dengan keinginan berkongsi segala pendapat. sama-sama lah kita saling-mengingati.

nota kepala :
  • 14 Februari, aku akan berada di Splash, Kota Bharu. disitu aku bersama warga Pendidikan Khas dan murid-murid PK Intergrasi di sekolah aku praktikum. kami akan jalani terapi renang keatas kanak-kanak tersebut. semoga Allah permudahkan segala urusan. dan aku berharap aku menimba pengalaman baru disana nanti.
  • minggu 3, Portfolio Praktikum aku masih kurang lengkap. InsyaAllah akan deselesaikan selewat-lewatnya hari Rabu.
  • 26 Februari, jemputan ke GATHERING CIKGU BLOGGER untuk kalian. jangan malu dan segan untuk hadirkan diri di Time Square, KL. bermula jam 10.30 pagi hingga 4.30 petang.



Categories , , 7 anak murid kena cubit

Thursday, February 10, 2011

blog guru. aku peminat blog mereka.

assalamualaikum
angin sepoi-sepoi bahasa. dek kipas yang ligat berpusing. seperti fikiran aku sekarang.
aku mahu kongsikan blog yang aku yakin banyak memberi input kepada anda. terutama untuk insan bergelar pendidik.
aku juga kalau baca blog mereka, memang sampai ralit. tak fikir apa dah. terus terang, aku peminat blog mereka. mereka orang hebat.



penulis seorang bakal guru. seorang penulis buku MOTIVASI cinta. aku suka baca motivasi dan tips cinta diblognya. bagus dan boleh buat otak aku berjalan dan cecair adrenalin aku mengalir laju. kalau anda ada masalah dalam hal-hal percintaan, tak salah jika anda minta pendapat beliau. beliau sangat pakar.



aku kurang pasti beliau seorang guru atau pensyarah. tetapi aku sangat tertarik dengan blognya kerana kerap menyiarkan informasi dan isu-isu terkini berkaitan bidang perguruan. perkara lama yang tak pernah aku tahu, akhirnya aku temui diblog ini. sangat bagus untuk tatapan anda


blog ini juga buat aku terkesima. isu-isu panas dalam bidang perguruan, semua aku tau dari blog ini. pantas penulis ini mengaktifkan blognya. tahniah. kadang kala juga, aku baru sedar yang ilmu aku dalam bidang perguruan sangat cetek. dari blog ini, aku tambahkan pengetahuan aku. terima kasih.



ini blog untuk mengumpulkan bakal-bakal guru, guru yg sudah mengajar atau sesiapa sahaja yg terlibat dalam bidang perguruan. pastikan anda seorang blogger jika anda berminat untuk sertai group ini. jujurnya, aku adalah ADMIN blog ini. aku juga ada lagi rakan-rakan yang sudi memberikan pendapat dan bantuan dan mereka sangat bertimbang rasa dan komited. alhamdulillah.



aku suka baca blog ini. blog seorang guru yang sangat berwibawa. sungguhpun beliau orang yang gemar menceritakan rutin dirinya sebagai seorang guru. tapi aku suka jiwanya itu.



zara. siapa tak kenal beliau. pengikut blognya yang ramai. sangat terkenal dan hebat juga orangnya. aku suka cara penulisan blognya. memang sangat bergaya, dan dia memang seorang guru ketika ini. dia orang yang baik dan guru yang sangat telus dan amanah dengan tanggungjawabnya. pendapat beliau aku sangat kagumi.


renungan :

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itusumber hikmah, menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakanwaktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramalkerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda ituakan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibudari segala ketenangan jiwa


Categories , 2 anak murid kena cubit

Wednesday, February 9, 2011

SAHABAT

assalamualaikum.. ya sudah lama juga aku tidak mengetuk jari di dalam penulisan blog. aku juga kesunyian apabila menelaah blog, tiada yang baharu disitu, bosan!
bosan pun bosan juga, aku perlu hadap Rancangan Pengajaran Harian, pastikan ilmu yang terbaik untuk kanak-kanak istimewa. itu tanggungjawab aku. senyap sudah.

hari ini aku suka untuk bercerita tentang sahabat. bukan kawan, bukan teman, bukan keluarga, bukan kekasih dan sebagainya.

kalau aku tanya kalian dalam sepanjang kehidupan dimuka bumi ini, di saat ini, dan detik ini siapakah insan yang berada di samping anda? susah senang bersama. memujuk dan menangis apabila dalam kesedihan. membantu dan sanggup berkorban nyawa demi persahabatan. ada atau tidak insan tersebut disisi anda sekarang? atau anda hanya bersendirian? atau anda hanya berkawan untuk puaskan nafsu hiburan?


sahabat bagi aku, pendapat aku dan kata dari hati aku :


[ini bukti persahabatan]


orang dimana kita sentiasa berasa senang dan tenang disisinya

orang yang kita sentiasa bangga dan teruja berada disisinya

orang yang sentiasa menyedarkan dan menasihati diri kita yang alpa

orang yang kita tidak pernah rasa berkira atau berhutang

orang yang buat kita menangis dengan setiap pengorbanan yang dia lakukan

orang yang buat kita tak mampu untuk membalas jasa baktinya

orang yang buat kita sentiasa rindu berada disisinya

orang yang mudah menuturkan kata-kata sayang, maaf dan terima kasih dengan seikhlasnya



aku punya sahabat. seorang sahabat yang sejak aku tidak kenal orang lain ketika itu. tatkala orang lain bergembira, aku bersedih, dia datang tanpa aku undang. hadirnya dengan ikhlas hati. hingga hari ini saat ini aku tersangat sayang padanya. aku tak pasti dia masih ingat aku ataupun lupakan terus dalam ingatan. yang pasti aku tak pernah luputkan ingatan dan kenangan aku terhadapnya. akan aku simpan dalam-dalam di lubuk hati. aku sayang sahabat aku. sahabat yang tak kan mungkin dapat diganti dengan sesiapa pun. kebahagiaan, kesejahteraan, kekuatan iman dan semangat sentiasa mengiringinya tatkala aku kenang kasih sayang dan pengorbanan yang telah dicurahkan pada aku suatu ketika dahulu.



[simpan rapat-rapat di lubuk hati]


kawan senang mudah dicari.
kawan susah, sukar dicari
yang pasti, kawan senang itu kita yang mencari
kawan susah pula kita yang dicari
fikir-fikirkan dan renungkan


nota kaki :
  • esok aku akan diselia praktikum oleh guru pembimbing. dengan harapan kanak-kanak pendidikan khas itu akan dapat menerima pembelajaran dengan baik. aku tawakal dan redha.
  • tadi pagi aku jejakkan kaki ke kelas PK yang terakhir sekali. nah, 3 orang kanak-kanak yang tak boleh bercakap langsung dan hanya meleleh air liur dan hingusnya. aku cari tisu, aku kesat. Ya Allah. sayu hati aku.
  • isnin depan adalah hari kenangan manis. terapi renang bersama kanak-kanak PK. pasti menterujakan!. doakan keselamatan kami di kolam renang nanti. insyaAllah selamat.
6 anak murid kena cubit

Monday, February 7, 2011

RUQYAH TERAPI bantu pulihkan penyakit dalaman dan luaran

Bismillahirrahmanirrahim...
Asslamualaikum dan selamat membaca sedikit perkongsian maklumat pada penulisan kali ini

Seperti anda sedia maklum setiap yang berlaku di muka bumi ini adalah dengan izin Allah.
dimana setiap ujian yang menimpa ada hikmah disebaliknya.
oleh itu, sebagai seorang insan kita perlu berusaha untuk membuat yang terbaik untuk diri kita sendiri khususnya, supaya setiap saat yang akan di jalani selepas ini akan mendapat kesempurnaan yang dikehendaki.


apa itu RUQYAH TERAPI?

Ruqyah secara istilah (syar’i) adalah berlindung diri dengan ayat-ayat Al Qur’an dan dzikir-dzikir serta doa-doa yang diajarkan oleh Nabi Sulaiman Shallallohu ‘alaihi wasallam.

Ruqyah syar’i memiliki beberapa syarat yang disebutkan oleh para ulama untuk membezakannya dengan ruqyah ruqyah yang bid’ah dan syirik. Bahkan mereka (para ulama) telah bersepakat tentang syarat-syarat tersebut. Berkata Al Hafizh Ibnu Hajar Al Asqalani dalam “Fathul Bari” (10/240) : KLIK SINI

Ia biasa digunakan dalam perubatan Islam dengan bertujuan untuk memulihkan sebarang penyakit dalaman dan luaran dalam diri setiap individu dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran.

kebiasaannya masalah-masalah ini di atasi dengan penggunaan gelombang yang dipalajari oleh orang yang telah ditauliahkan dan telah dipercayai kebolehannya. Sebagai contoh, terdapat perubatan berbentuk air yang dimuatkan dengan ayat-ayat Al-Quran untuk mengurangkan sikap nakal anak-anak, atau meningkat daya tumpuan untuk menjawab peperiksaan, menyembuhkan diri dari gangguan makhluk halus dan sebagainya.

dibawah terdapat beberapa produk rawatan yang telah dihasilkan oleh Ustaz Fadhil dari Muar, Johor dan telah mendapat pengijazahan dari AKADEMI AURA METAFIZIK MALAYSIA : bimbingan oleh DR JAMALUDIN B. JALAL.

  1. BIO SCALAR ENERGY with RUQYAH THERAPY

HARGA : RM 20.00 ( SM ), RM 27.00 ( SS )


untuk kesan yang lebih menakjubkan, tambahkan air zam-zam ke dalam botol tersebut dan boleh ulangi spray ke bahagian yang dikehendaki. jika tiada air zam-zam boleh guna air kosong dan tambahkan seperti biasa. (spray ini boleh di refill dengan menggunakan air bersih)


Terapi alternatif dalam usaha membantu menyegarkan rasa mengantuk, mengembalikan kesegaran, badan, meremajakan dan fokus minda, menceriakan dan mengaktifkan aura serta meringankan kesakitan dan memudahkan beramal.

CARA PENGGUNAAN :
  1. selawat keatas Nabi (21 kali)
  2. surah Al-Fatihah (1 kali)
  3. surah Al-Ikhlas (3kali)
  4. spray kebahagian yang dikehendaki sekerap yang boleh dan berniat untuk kesembuhan

KHASIAT :

meningkatkan sifat-sifat baik seperti sabar, kasih sayang, tenang, rajin serta bersemangat

merangsang minda untuk pemikiran serta tindakan yang hebat

meningkatkan karisma, pengaruh serta kekuasaan

meningkatkan daya ingatan

membantu mengembangkan potensi diri

melenyapkan rasa sedih, susah hati kebencian serta pemikiran negatif


sebarang maklumat lanjut sila hubungi :


Ustaz Fadhil b. Mohamad Amin

Rawatan Islam_Aura Sifu ( RIAS )

Hp : 019 – 6088943

e-mail : aurasifu@yahoo.com.my


Categories , , , 10 anak murid kena cubit

Sunday, February 6, 2011

BLOG COMEL, CANTIK DAN KEMAS


Syarat-syarat penyertaan :
  1. jadi follower FARZANA FARZANTO.
  2. peserta perempuan digalakkan. kerana hadiah disediakan khas untuk blogger perempuan. kalau lelaki nak masok boleh juga. kalau tak kisah menang baju2 macam kat atas ni. haha (setiap pemenang boleh memilih hadiah or baju mengikut citarasa sendiri di Pelangiwardrobe Hannah. add dulu baru boleh tengok baju2 disana)
  3. ada 3 kategori iaitu blog paling cantik, comel dan kemas. setiap kategori mempunyai 1 pemenang sahaja.
  4. buat 1 entry tentang contest ni.
  5. tag kepada 5 orang rakan blogger anda.
  6. letak banner di side bar blog anda dan link kan terus ke entry ni.
  7. setelah selesai, tinggal kan link entry anda berkenaan dengan contest ni di komen entry ni. saya akan check setiap link yang sudah ditinggalkan.
  8. penyertaan bermula pada 10.1.2011 hingga 10.2.2011.
  9. dalam tempoh sebulan ni mungkin anda boleh gunakan masa ini untuk menghias blog anda.

aku tag 5 orang blogger yang blognya comel, cantik dan kemas :
4 anak murid kena cubit
 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas