Wednesday, March 30, 2011

Erti Persahabatan Budi dan Tono







Ada sebuah cerita tentang dua orang sahabat, sebut saja Budi dan Tono. Suatu hari, Budi dan Tono melakukan perjalanan ke gunung. Dalam perjalanan tersebut Budi melakukan suatu kesalahan kepada Tono yang membuatnya sangat marah sampai ia menampar wajah sahabatnya, Budi.



Budi sangat marah dan jengkel atas perlakuan temannya yang telah menampar pipinya tersebut, karena mereka sudah bersahabat sangat lama dan baru kali ini sahabatnya menamparnya, hal itu sangat membuat hati Budi sakit dan hancur. Lalu Budi menulis diatas pasir tentang perlakuan sahabatnya, Tono yang hari ini telah menampar pipinya tersebut.



Lalu keduanya melakukan perjalanan kembali. Karena perjalanan yang dilakukan dua orang tersebut sangat terjal, membuat Budi terperosok ke dalam jurang, tetapi untungnya ada si Tono yang dengan sanggup menarik tangan Budi dan berusaha menarik tubuh Budi agar tidak jatuh ke dalam jurang. Dengan berbagai cara akhirnya Tono berhasil menarik tubuh Budi dan Budi pun selamat dari maut. Lalu Budi sangat terharu dan sangat berterima kasih kepada sahabatnya.


Kemudian Budi mengukir di sebuah batu, ia menulis, hari ini sahabatnya Tono telah menolong nyawanya. Tono yang keheranan lalu bertanya, " Tadi waktu aku menampar kamu, kamu menulisnya diatas pasir tapi waktu aku menolong kamu, kamu menulisnya diatas batu, kenapa?" Budi pun menjawab, kau menulis di pasir agar dapat terhapus oleh terpaan angin, sedangkan aku mengukir diatas batu agar tulisan tersebut tersimpan selamanya dan tidak akan terhapus oleh waktu dan apapun juga.



Tentunya kalian tahu inti dari cerita di atas bukan?


Kalau kita disakiti oleh seseorang, kita harus berusaha memaafkan dan secepatnya untuk melupakan kesalahan orang tersebut, seperti menulis di atas pasir yang mana akan diterpa angin dan hilang begitu saja. Sedangkan kalau kita menerima atau mendapat kebaikan orang lain kita harus selalu mengingatnya dan tidak melupakan kebaikan orang tersebut, walaupun kita sudah membalas kebaikannya akan tetapi kita tetap tidak boleh melupakan kebaikan orang tersebut. Salam Tao.(Vivi H, Surabaya)


dari jari si penulis biasa : cikmas

sumber : KLIK SINI

4 anak murid kena cubit

Monday, March 28, 2011

TIPS MENGHADAPI TEMUDUGA IPG




Tips Menghadapi Temuduga atau Ujian Insak untuk memasuki IPG


Persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan, segala isu-isu semasa terutama isu-isu pendidikan, barisan kabinet negara atau segala hal berkaitan Kementerian Pelajaran Malaysia.


berdasarkan pengalaman saya, kebiasaanya soalan yang ditanya semasa temuduga tersebut ialah isu semasa dan bagaimana kita jika sebagai guru mengatasi masalah tersebut dengan rasional dan berhemah tanpa melanggar etika seorang guru. selain itu juga, soalan yan di tanya juga berkisarkan barisan kabinet negara contoh seperti "siapakah Menteri Pelajaran pada 2007' dan soalan-soalan lain.

pemakaian yang sopan, berketrampilan, kemas dan menampakkan ciri-ciri seorang guru


semasa menghadiri temuduga, perkara pertama yang menjadi pandangan mata penemuduga adalah cara kamu berpakaian. bagi perempuan pastikan berbaju kurung atau baju yang tidak terlalu menjolok mata, mesti berkasut hitam bertumit, memakai stokin dan bersolek sedikit. solekan tidak perlu terlalu tebal hingga nampak macam hantu cina atau kuih tepung gomak. kalau lelaki, rambut tak perlulah macam artis, anda perlu datang dengan rambut pendek dan kemas. pakai tie dan baju kemeja plain. kalu berjalur tak perlu la jalur macam tikar getah.


keyakinan diri yang tinggi

setiap soalan yang diajukan oleh penemuduga, hendaklah kamu jawab dengan penuh keyakinan. reaksi muka tanpa ragu-ragu, kamu tidak perlu tergagap atau menunjukkan yang kamu seolah-olah tidak tahu perkara itu. jika kamu memang tidak boleh menjawab, cuba juga untuk menjawab tetapi pastikan reaksi muka kamu dalam keadaan yakin. jika penemuduga bertanya kamu, "betul kah apa yang dinyatakan kamu sebentar tadi". kamu perlu jawab "saya yakin dengan jawapan saya". jika dia menidakkan atau membidas, anda perlu akur dan jawablah dengan berhemah.


senyuman dan suara yang jelas dan lantang

sepanjang temuduga berlangsung pastikan anda murah senyuman. tetapi tidak perlulah senyum tidak bertempat hingga orang lain kata anda manusia tiga suku. anda senyum apabila perlu. selain itu, semasa menjawab sebarang pertanyaan atau sesi temuduga bersama penemuduga, suara anda perlulah jelas dan lantang. tak perlu juga untuk anda terjerit-jerit hingga mengganggu rakan anda berdikusi. cukuplah sekadar 1 bilik temuduga itu jelas tentang apa yang kamu perkatakan.


jangan ego atau membidas pandangan orang lain dengan biadap


seperti anda ketahui, temuduga bagi bakal guru pelatih nanti akan berada dalam 2 sesi. sesi 1 adalah individu dimana ia bertanyakan kelebihan dan tahap kemampuan anda. pencapaian anda di sekolah atau apa-apa sahaja yang menujukkan anda lebih dari orang lain. anda perlu tegaskan perkara tersebut. sesi 2 pula ialah perbincangan. penemuduga akan memberi 1 isu dan minta anda dan rakan dalam kumpulan untuk bincangkannya. semasa perbincangan, anda perlu menghormati pendapat rakan. jika anda hendak mebidas pastikan kata-kata membidas itu berhemah. contoh " maafkan saya, boleh saya mencelah" atau, "saya menyokong pendapat saudara. tetapi bagi pendapat saya pula... ".. dan sebagainya.... lagi satu, anda tidak perlulah conquer kesemua perbincangan tersebut hingga rakan lain tidak berpeluang untuk bercakap.


perlu tahu apa itu perbezaan bidang perguruan dengan profesion keguruan


kedua-dua perkara ini selalu dibahaskan oleh beberapa pihak terutama dalam temuduga. penemuduga hendak melihat sejauh mana pengetahuan kita tentang profesion tersebut. dan saya sendiri juga kadang-kadang keliru. jadi saya minta anda bertanya kepada golongan lebih arif tentang perkara ini. saya juga risau apa yang saya nyatakan kelak menjadi tidak kungruen dengan penytaan anda.



TINGKAHLAKU & ADAB SEMASA TEMUDUGA


  • Semasa hendak masuk ke bilik temuduga JANGANLAH gentar. Buatlah seperti biasa saja. Ucapkan “Selamat Pagi” atau “Selamat Petang” mengikut pada keadaan waktu. Ini nanti akan memberi perasaan mesra di antara anda dan penemuduga.
  • Jangan hulurkan tangan anda untuk berjabat tangan selagi penemuduga itu tidak berbuat gerakan dahulu yang ianya hendak berbuat demikian.
  • Janganlah anda duduk selagi tidak disuruh. Apabila anda disuruh duduk, ucapkan terima kasih dan duduklah dengan sempurna serta tegakkan badan. Jangan menggelisah.
  • Jangan anda letakkan barang-barang atau tangan ataupun siku anda di atas meja penemuduga itu.
  • Jangan anda cuba hendak mengalih keadaan kerusi yang disediakan itu.
  • Jangan goyang-goyangkan kaki ataupun menggerakkannya di sana sini. Jangan pula anda cuba hendak membaca surat-surat dan lain-lain kertas di atas meja penemuduga itu
  • Biarkan penemuduga itu memulakan temuduga.
  • Janganlah anda menjawab soalan-soalan dengan tergopoh-gapah. Sebaliknya jawablah dengan tenang dan jelas serta mudah didengar. Jawapan yang anda beri itu hendaklah tepat. Jangan bercakap panjang lebar, dan jangan gunakan bahasa kasar
  • Apabila bercakap pandanglah ke muka penemuduga itu. Jika ahli-ahli panel yang menemuduga itu lebih daripada seorang maka arahkan jawapan-jawapan anda kepada Ketua PanelGunakan perkataan seperti Tuan atau Puan pada orang yang tertentu dari masa ke semasa, tetapi janganlah selalu menggunakannya.
  • Jangan menyampuk semasa penemuduga itu sedang bercakap dan jangan sekali-kali berbalah dengannya.
  • Jangan merokok ataupun mengunyah apa-apa di dalam mulut.
  • Jangan sekali-kali mengeluarkan kata-kata yang tidak benar semasa dalam temuduga.
  • Biarkan penemuduga itu menamatkan temuduga.
  • Ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana memberi peluang kepada anda menyertai temuduga itu.

dari tangan si penulis biasa : cikmas


Categories , , , 5 anak murid kena cubit

Sunday, March 27, 2011

Download Mp3 : Mari Menyanyi (25 Lagu Pendidikan Kanak-Kanak)



Download Mp3 : Mari Menyanyi (25 Lagu Pendidikan Kanak-Kanak)

By : eL-Hunaif ™




Koleksi Lagu Pendidikan Khas untuk kanak-kanak :



*sumber : klik sini


Categories , 4 anak murid kena cubit

Friday, March 25, 2011

CONTEST DESIGN T-SHIRT 'KAMI CIKGU BLOGGER'





assalamualaikum dan salam sejahtera. setelah lama menyepi. kali ni admin-admin bercadang untuk buat satu contest design t-shirt kelab KAMI CIKGU BLOGGER. harap-harap dapat sambutan. insyaAllah ada gathering nanti kita boleh pakai sama-sama.




Syarat-syaratnya adalah seperti berikut :
  • wajib menggunakan perkataan 'CIKGU BLOGGER' atau 'KAMI CIKGU BLOGGER'
  • motto anda boleh pilih apa-apa perkataan sahaja. asalkan membangkit semangat seorang cikgu. contoh : Kami Inspirasi Negara. itu contoh sahaja ok.
  • motif design Tshirt tersebut sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri seorang CIKGU. buatlah macam mana pun.
  • design mestilah cantik, kemas, menarik dan kreatif.
  • apabila dah siap designkan sila email details anda kepada kami (cikgublogger@yahoo.com) dan tinggalkan komen di entry blog CIKGU BLOGGER. kalau anda rajin untuk buat entry, boleh buat dan bagitahu pihak kami.
  • tarikh tutup 5 MEI 2011. semua design akan di approve pada 6 MEI di blog ini. selepas itu, saya akan minta rakan-rakan lain untuk undi design yang terbaik. undian majoriti adalah dikira pemenang.



pesanan :
  • sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk cik mas (boleh tanya di facebook juga)
  • pemenang yang dipilih adalah seorang sahaja. hadiah berupa 1 helai T-shirt rasmi CIKGU BLOGGER dan wang saguhati yang lumayan. pasti berbaloi dengan usaha keras anda.
  • sebarkan maklumat tentang contest ini dengan membuat entry atau post di wall FB. supaya rakan-rakan anda yang lain boleh join sama. terima kasih.
5 anak murid kena cubit

Tuesday, March 22, 2011

perkembangan diri. itu sahaja!

assalamualaikum

penulisan kali ini adalah lebih menceritakan tentang perkembangan diri sebagai guru praktikum di salah sebuah sekolah di sekitar ketereh, kelantan. alhamdulillah, selepas seminggu bercuti, aku menghadirkan diri ke sekolah seperti biasa. ya nampaknya sudah gagap juga untuk mengajar sebab lama sangat cuti sekolah. tiba-tiba jadi blur tak reti nak ngajar apa. tapi akhirnya, dapat juga mengembalikan aura mengajar kanak-kanak istimewa dengan jayanya. senyum.




[muka baru nak suci dari segala bagai jerawat. agak tembam di situ. soalan : ada gaya bakal guru DG 41 tak? ketawa]



penulisan kali ini aku ada 2 benda yang aku perlu minta pendapat pembaca blog aku.


pertamanya, aku fikir untuk ubah URL blog dan domainkan URL tersebut. so, korang rasa macam mana? sebab URL aku tu panjang dan susah juga untuk diingat oleh sesetangah readers. tetapi apabila URL berubah, segala benda kena ubah, maksud aku dari segi link ke blog aku, banner, menu bar dsb.. letih juga begitu hingga terkapus-kapus nafas aku. dasyat.

ini antara cadangan URL blog yang bakal aku gunakan. tak pasti mana lagi ok. sila beri pendapat. terima kasih.
  • duniacikgumas.com
  • cikmas.com
  • duniakuduniacikgu.com

kedua pula aku bercadang untuk masukkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) aku sepanjang praktikum dalam penulisan blog aku ni. tiada niat lain pun, cuma ingat nak kongsikan dan boleh juga jadikan rujukan kepada golongan yang memerlukan. aku bukan juga bagus sangat. apa pun, yang baik korang follow lah. yang kurang-kurang tu tambah la ikut kesesuaian tahap. apa pendapat korang?


ok, jelas sudah dua perkara yang aku perlukan pendapat korang semua. kalau sudi bagilah suggestion ya. terima kasih.


nota kaki :
  • khamis (24 Mac) aku akan diselia oleh Pensayarh pembimbing subjek Elektif iaitu Pendidikan seni Visual. insyaAllah RPH itu nanti akan aku kongsikan kepada kalian sebagai panduan.
  • kesihatan aku bertambah baik. cuma badan semakin letih kerana kerap membongkok sebab buat RPH dan menghadap laptop. harap-harap tiada kesan yang tak baik pada hari tua nanti.
  • aku mohon maaf kepada readers blog yang singgah dan tinggalkan jejak di shoutbox aku. aku akan blogwalking ke blog korang bila aku sempat sahaja. maaf sangat-sangat. jangan cop aku sombong ok. apapun yang sudi komen di entry, ucapan terima kasih aku akhiri.
  • jumpa lagi di penulisan akan datang. semoga senyuman manis akan bersama anda setiap masa. senyum itu buat diri rasa bahagia dan lari dari pemikiran negetif. assalamualaikum.



7 anak murid kena cubit

Monday, March 21, 2011

JOM BACA SOAL JAWAB AGAMA

..Assalamualaikum wbt..
Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah, syukur kerana diri saya masih lagi diberi nafas untuk meneruskan hayat hingga ke saat ini. penulisan kali ini kebanyakan persoalan dan sumber adalah dari blog penulis lain, saya hanya kumpulkan persoalan agama ini bertujuan sebagai perkongsian dan untuk anda jadikan panduan agar kita saling ingat mengingati. (saya telah maklumkan pada penulis blog terlebih dahulu)



Persoalan 1 yang diajukan oleh seorang gadis (saya tidak mengenalinya) telah menjawab persoalan saya sejak dahulu lagi. ya benar, dahulu saya pernah dihujani dengan pemikiran kekeliruan ini dimana ada yang mengatakan dengan pemotongan kuku ketika haid, perlu simpan kuku tersebut, seterusnya ketika mandi wajib haruslah basahkan kuku sama seperti mandi wajib. begitu rumit. namun akhirnya USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL telah menerangkan dengan jelas.



Persoalan 1 : sumber (klik sini)

"cikgu di sekolah saya dan rakan-rakan saya di sekolah juga, berkata “TIDAK boleh memotong kuku ketika haid.. Dan sy m’gikut kata2 mereka, sampai kadang-kadang sehingga panjang kuku saya ini, dan sy merasa geli apabila hendak makan menggunakan tangan…jadi, BETUL kah apa ya cikgu dan rakan-rakan saya perkatakan?



Jawapan :

Kepercayaan menyatakan tidak boleh potong kuku ketika haidh adalah karut dan bukan berasal daripada Islam. Bahkan memotong kuku adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW, maka potonglah kuku, tiada masalah.




Persoalan ke 2 pula, saya benar-benar tertarik untuk kongsikan kepada rakan-rakan. kebanyakan wanita diluar sana sangat berminat membeli dan memakai contact lens berwarna warni, warna koko, hijau, mata kucing dan sebagainya. saya telah jumpa jawapannya dan saya juga kongsikan pada anda. sila baca huraian dibawah dengan jelas.



Persoalan 2 : sumber (klik sini)

Assalamualaikum, Saya ingin bertanya dan mendapatkan kepastian tentang penggunaan contact lens (kanta lekap) semasa solat, puasa, adakah sah ibadatnya?

Dan di dalam islam bolehkan seseorang itu menggunakan contact lens samada mempunyai masalah rabun atau sekadar pakai suka-suka?


Jawapan :

Ada dua tujuan memakai kanta lekap;

1. Tujuan perubatan; iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.


2. Tujuan perhiasan; iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;


a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan


Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).[1]


3. Adapun penggunaan contact lens semada mengambil wudhuk, solat dan puasa; ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa; menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.




Seterusnya ialah persoalan mengenai pemakaian bulu mata palsu. ya, saya pernah berniat untuk melakukan perkara itu (masih tidak melakukan lagi). hal ini kerana pemakaian bulu mata palsu adlah sudah menjadi trend dan ikut-ikutan gadis masa kini. kononya nampak cantik dan manis. hakikatnya ia adalah Haram disisi Islam. Astaghfirullahal'azim, nampaknya saya perlu buang jauh-jauh niat tidak baik itu. sekarang saya sudah jelas.



Persoalan 3 : sumber (klik sini)

apakah hukum memakai bulu mata palsu?

Jawapan :

Mencukur/mencabut bulu kening/bulu alis termasuklah menggunakan rambut palsu, dan bulu mata palsu adalah salah satu dosa besar, kerana Rasulullah S.W.A bersabda,


“La’anallaHul waashilata wal mustawshilata wannaamishata wal mutanammishata wal waasyimata wal mustawsyimah” yang ertinya


“Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)


Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934]


Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya.


Selari dengan berkembangnya teknologi manusia, pada masa kini teknik menyambung rambut telah diganti dengan teknik memakai rambut palsu. Namun dari sudut hukum, ia tetap sama yakni ia dilarang. Juga berdasarkan kaedah qiyas (analogi), maka dilarang juga memakai bulu palsu sama ada di kening atau kelopak mata. Tidak dibezakan sama ada rambut palus atau bulu palsu itu adalah daripada makhluk lain atau buatan manusia, ia tetap dilarang.


Namun para ilmuan Islam memberi pengecualian kepada larangan di atas, iaitu bagi mereka yang mengalami kecacatan, penyakit atau kemalangan yang menyebabkan kehilangan rambut, kening atau bulu mata. Bagi kes-kes terpencil ini, dibolehkan memakai rambut palsu serta kening atau bulu mata palsu.

sumber : Hafiz Firdaus

Beberapa perkara perlu diberi perhatian, pertamanya NIAT atau TUJUAN. Niat yang tidak baik akan menjadikan sesuaty yang pada asalnya hus itu haram tetapi niat yang baik tidak menjadikan perkara haram itu halal, seperti memakai bulu mata palsu untuk suami, tidak akan mengubah hukum pemakaian rambut palsu itu. Kedua dari segi perlaksaannya mestilah tidak melanggar batas syarak seperti khimat mak andam yang berlainan jantina.


sumber : dipetik dari baheis.islam.gov.my



Di ingatkan semula, jika semua di atas perlu dilakukan kerana sakit, mengaibkan wajah, mencacatkan, jadi hukumnya Harus, tetapi dengan membuang sekadar yang perlu sahaja.


Nota hati :
  • setiap manusia melakukan kesilapan. tapi sampai bila harus belajar dari kesilapan jika kesilapan tersebut berlaku berulang-ulang kali? apapun, kita perlu muhasabah diri dan jadikan Islam sebagai dasar dan panduan. InsyaAllah keberkatan dari Allah menyebelahi diri.
  • penulisan kali ini nampak lebih sopan. tiada penggunaan kata 'aku'. maaf kepada golongan lebih berusia kerana perkataan kata 'aku' pada penulisan lepas.
  • penulisan ini juga ditulis sekadar perkongsian ilmu. tiada niat untuk tunjuk baik atau mendabik dada yang diri saya seolah-olah tidak melakukan dosa. saya ikhlas untuk sampaikan pada kalian.
  • setelah diketahui segala hukum yang dinyatakan dalam Islam, dengan harapan kalian semua akan mengingati perkara ini. sila sebar-sebarkan kepada rakan-rakan.

Wallahu 'alam.


2 anak murid kena cubit

Monday, March 14, 2011

Alat Pencuci Kelamin dan Jamu Punca Kanser Rahim




assalamualaikum

kali ini, aku berminat dan berniat untuk membuat perkongsian kepada gadis-gadis, ibu-ibu atau wanita diluar sana. harap kalian jelas perkara ini dan lebih berhati-hati. ya, aku bukan doktor mahupun ahli perubatan. tapi ini adalah berdasarkan pembacaan aku. apa salah dikongsi. jika penulisan aku kali ini ini dibaca oleh kaum adam, minta jasa baik adam untuk anda sebarkan.

dunia kita zaman ini, tidak lari lagi dengan pelbagai kisah cinta insan bahagia. ya, itu lumrah, aku tahu. disebalik kisah cinta adam dan hawa, jauh dibenak sang hawa hendak melakukan yang terbaik buat si adam. siapa insan yang tidak mahu lakukan yang terbaik dalam hubungan. ye tak? dalam situasi ini, harapan kaum hawa ini agar cinta adam tak berpaling dan terus setia dengannya. pelbagai cara mereka cuba dan lakukan unutuk memastikan kaum adam tidak meningglkannya, baik kekasih mahupun suami isteri. Antaranya ialah dengan membeli dan menggunakan alat pencuci kelamin. Kononnya hendak mengharumkan, mengetatkan dan menjaga lebersihan faraj. tapi mari kita sama-sama lihat akibat dan kesannya keatas faraj.


persoalan : Bagaimana Alat Pencuci dan jamu tersebut boleh menyebabkan kanser rahim?

Kajian menunjukkan ubat-ubatan tradisional atau jamu yang dimasukkan ke dalam faraj mengandungi ‘alum, boric acid’ dan kapur selain dari herba yang digunakan. Bahan-bahan ini bertujuan untuk mengeringkan dan mengesatkan faraj. Keadaan begini membahayakan kerana boleh mencederakan faraj semasa ‘bersama’. Ini menyebabkan jangkitan kuman dan kulat.

Selain dari merosakkan dinding faraj, bahan yang digunakan pula boleh menyebabkan kanser. Pencuci dan pewangi alat sulit wanita pula membahayakan kerana walaupun dikatakan mengandungi herba atau berasaskan daun sireh, masalahnya kandungan pencuci vagina yang dijual mengandungi kimia merbahaya seperti pewangi, pewarna, ‘isobutane, isopropyl myristate, mineral oil, alcohol, hydrated silica, magnesium stearate, benzyl alcohol, propylene glycol’ dan ‘paraben’.

Ke semua bahan ini boleh menyebabkan radang faraj, jangkitan kuman dan kulat yang boleh menyebabkan keputihan, cecair busuk ke luar dari faraj, kerosakan sistem peranakan dan kematian akibat sepsis atau keracunan darah.

dipetik dari kata-kata Dr. Jamilah
pengasas Zai's Beauty Formula
sumber : KLIK SINI


setelah diketahui segala kandungan dan bagaimana cara ia bertindak menyebabkan kanser rahim, haruslah kita sama-sama cuba mencegah. jika terlalu banyak jamu atau alat pencuci yang telah anda makan atau gunakan, sila buat pemeriksaan dengan pakar secepat mungkin sebelum sebarang perkara yang lebih teruk akan berlaku.

satu kata-kata yang aku ingin kongsikan. perempuan, semakin hari kita semakin tua keupayaan badannya kerana kita mengandung, melahirkan anak dan melakukan kerja-kerja dirumah lebih dari keupayaan. kelak sudah tua, perempuan akan lebih mudah menerima penyakit berbanding lelaki. dari sekarang kita harus menjaga diri dengan sebaiknya. 'menjaga diri' tidak semestinya menggunakan ubat-ubatan tradisonal. banyak lagi kaedah lain. sila jumpa pihak yang lebih master dengan hal ini.

nota kepala : kali ini tiada gambar yang aku paparkan. kerana aku terlalu gerun dan fobia sebab 'terlihat' gambar kanser rahim sebentar tadi. tak tergamak untuk kongsikan.
Categories , 22 anak murid kena cubit

Sunday, March 13, 2011

Saya Tak Mahu Jadi Dewasa




[ gambar : bila sudah dewasa, berfikir untuk undur masa supaya jadi bayi yang tak mengerti apa-apa ]



Sekarang
Saya nak jadi dewasa
Boleh pakai kasut tumit tinggi
Boleh melaram, mekap-mekap muka
Boleh cepat kerja, sebab org slalu tanya apa cita-cita
Boleh pegi mana-mana saya suka
Boleh balik rumah lewat malam
Boleh bercinta segala bagai
Banyak benda lah boleh buat kalau dah besar ni.


Lama-lama, baru saya perasan..
Saya dah tak baca komik doraemon, tapi baca majalah cleo
Saya dah tak main masak-masak tapi memang masak betul-betul
Saya dah lama dapat kunci 21
Saya dah boleh mengundi
Kahwin pun boleh, kalau saya nak.


Saya ingatkan best jadi dewasa ni
Saya boleh buat keputusan sendiri, kakak dan abang saya dah tak boleh marah saya
Saya bukan budak hingusan lagi tapi mahasiswi universiti
Universiti saya kat Eropah pulak tu, tak penah-penah saya fikir nak pergi overseas
Kalau pegi theme park, semua rides saya boleh naik, tiada halangan umur atau tinggi
Dulu saya buat karangan "Saya Seekor Nyamok" tapi baru-baru ni saya submit essay pasalforensic evidence in courts of law
Dulu saya mintak papa beli komputer sebab nak main games, tapi sekarang saya beli komputer untuk buat assignments dan macam-macam.


Rupa-rupannya...
Jadi dewasa ni...
Kena matang
Kena professional
Banyak tanggungjawab
Banyak masalah, lagi banyak dari masa remaja dulu
Banyak essay nak kene tulis
Banyak pakai duit
Tak boleh emosional tak bertempat
Kena cari makan sendiri
Kena buat keputusan, keputusan, keputusan dan keputusan
Kena kawan dengan semua orang, biarpun tak sama minat dengan kita
Kena berpada-pada kawan dengan berlainan jantina
And banyak lagi la kena,kena,kena,kena,kena dan kena..


Namun itulah sunnatullah
Saya kena hadapi dengan redha dan tabah.


"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." (Surah Al-Baqarah; 286)


*sekadar perkongsian, boleh share jika berminat
sumber dipetik dari Artikel iluvislam.com



3 anak murid kena cubit
 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas