Tuesday, May 24, 2011

KERINDUAN PADA ANAK-ANAK MURID KESAYANGAN




assalamualaikum semua, selamat malam (suara manja ala lemah gemalai, harus muntah!)

lepas beberapa hari cerita pasal tips kecantikan, ada juga beberapa orang insan yang bertanya keberkesanan krim malam loreal tu, ada yang dah beli dan ada yang dah mula pakai. so semoga berjaya dan semoga muka makin cantik ok.

sepatutnya sekarang ni aku menghadap buku atau nota ringkas untuk peperiksaan esok hari iaitu PENYELIDIKAN TINDAKAN. tapi kepala ni dah tak boleh nak menghadap lagi sebab rasa macam aku paksa-paksa pulak. karang tak pasal-pasal esok satu habuk pun aku tak boleh jawab. jadinya rileks sekejap. memang aku akui sangat susah belajar subjek ni, then yang buat aku terfikir sampai saat ni macam manalah orang yang ambik master dan PHD boleh fokus dan belajar secara mendalam subjek ni. aku rasa beberapa hari menelaah, semakin sakit kepala aku. sakit kepala disebabkan terlalu pulun dan juga terlalu banyak minum air kopiko (untuk elak mengantuk). aku rasa subjek anatomi fisiologi tu susah, rupanya ada lagi subjek yang susah di IPG ni. semester depan yang semester 8 tu aku tak pasti pulak. agaknya lagi berganda-ganda kepayahannya. hish!

tiba-tiba baru lepas telefon keluarga dikampung untuk nyatakan peperiksaan esok, aku belek-belek gambar yang ada dalam folder handphone aku dan buat aku rasa teringin nak habis belajar cepat-cepat dan kerja dengan semangatnya sebab nak ada di samping anak-anak murid yang sangat comel dan nakal-nakal manja. (sabar cikmas, satu semester je lagi, chaiyok!.. kebanyakan gambar adalah sekitar praktikum FASA 3 di salah sebuah sekolah di Kota Bharu. tak banyak tapi aku nak kongsikan juga dekat korang.



ni anak murid aku namanya faiz, paling pandai dalam kelas darjah 2. aku ajar pendidikan seni visual. hari terakhir aku deka sekolah tu, dia makin nakal sebab nak bagi aku betul-betul ingat dia, dan aku memang ingat sangat dia. cikgu sayang faiz. dengar tak? hee...



bersama anak-anak murid yang girang. comel-comel mereka. aku pelik bila ngajar kelas ni, time baca doa nak pulak diorang ni jerit sekuat hati, lepas habis baca doa, semua terduduk lemah. pelik disitu, mungkin sebab seronok sangat kot. awal praktikum aku terkejut, lama-lama jadi lali dah. gambar ini masa hari last praktikum ok.




ni plak murid pendidikan khas, yang lelaki tu namanya syaaban (down sydrome), dia sangat comel. yang pakai tudung tu hazirah, penyakitnya hyperactive dan masa kau kena observe dengan guru pembimbing, boleh pulak dia lari dari belakang kelas dan tendang dinding bawah papan putih dengan sekuat hati. tercungap-cungap aku masa tu, tapi hazirah siap boleh gelakkan aku pulak.




ni sesi bergambar lagi sebab gambar kat atas tadi senget sikit. yang ni plak ada benda yang senget jugak, name tag aku, haha... tetibe teringat cerita juvana, name tag cikgu zakiyah tu asyik la senget, geram aku nak pergi betulkan je rasa.. nasib baik cikgu zakiyah tu cantik, tak macam aku. tetibe!




ini ayu, dalam 3 bulan aku praktikum dia datang tak sampai 8 kali. 3 kali masa awal praktikum dan beberapa minggu last nak habis praktikum. kali pertama aku tengok ayu ni, hish kecik nya dia ni, tak pernah jumpa budak-budak halus macam ni. kira ayu ni anak murid kesayangan aku gak kat kelas pendidikan khas walaupun dia selalu tak datang.


aku ni jenis suka bergambar dengan anak murid, tapi masalahnya kalau masuk kelas atau jalan-jalan dekat sekitar kelas atau sekolah, aku jenis tak suka pegang handphone. jadinya agak la payah nak bergambar, gambar dengan anak murid pun tak berapa banyak. ni jek la yang ada. dekat bawah ni ada video aku tengah melayan anak murid aku. jadinya sempatlah rakam sikit. boleh la korang tengok macam mana cara nak layan kanak-kanak pendidikan khas ni ya. sabar aje lah. bila tengok banyak-banyak kali, geram pulak, sebab diorang no comel sangat! hee..

(entah boleh tengok ke tak video ni, kalau tak boleh sorry lah ya)





video kenangan bersama kanak-kanak pendidikan khas




nota kaki :
  • ya Allah, lapangkanlah dada dan mindaku supaya aku dapat menjawab kertas peperiksaan PENYELIDIKAN TINDAKAN pada esok hari dengan tenang dan betul.
  • semoga anak-anak muridku mencapai kehidupan yang sempurna dan menjadi insan yang berguna. doa seorang bakal guru.

dari jari si penulis biasa : cikmas


Categories , , 7 anak murid kena cubit

Thursday, May 19, 2011

TIPS CANTIK : HILANGKAN BEKAS JERAWAT YANG BERLUBANG DAN MUKA LEBIH LEMBUT DAN CERAH




assalamualaikum. salam 1 Malaysia. pembaca semua sihatkah?

lama rasanya aku tak buat penulisan ala-ala nak tunjuk macam aku ni cantik sangat dan friendly. selalu aku ni macam serius je dalam blog (serius kah?), sebab nak tunjuk macam dah matang. hakikat sebenarnya, perangai aku betul-betul macam budak-budak, tak matured dan muka aku pulak banyak parut jerawat sana sini, sapa penah jumpa aku selalu dan kenal aku mesti tau aku macam mana. lagi malu bila pergi mana-mana jumpa kawan-kawan lama atau pergi gathering pastu kena tegur manusia-manusia mulut ganas plus puaka dengan ayat macam nak kena sepuk sampai berterabur semua gigi . memang aku sentap.



contoh ayat 1 :
(ayat bajet macam dia paling cantik dalam dunia)

cikmas, nape muka kamu tu... makin teruk dah..resdung ke? macam kuar nanah-nanah, ada nasi pastu berbatu. mintak-mintak muka kite tak jadi macam tu"


manusia jenis ni ialah manusia yang dia rasa diri dia lah paling hot plus paling jelitawan sekali. sebab apa dia cakap tu seolah-olah merendahkan diri orang lain. memang tak makan saman dan aku doakan orang cakap ni muka dia menggerutu macam katak puru. ada bran? kejam tuh!


contoh ayat 2 :
(salah seseorang yang aku hormat, ckp dlm kuliah and depan 20 orang pelajar lain)

"apa pendapat anda semua kalau seseorang cikgu tu perlu jaga kebersihan muka? dan saya rasa macam tak patut cikgu-cikgu ni berjerawat, sebab kena jaga penampilan. biasanya muka berjerawat ni, anak-anak murid mesti payah nak dekat. "

ini lagi satu insan yang rasa orang berjerawat ni tak layak bergelar pendidik. aku penah rasa dan alami bila ada anak murid aku tegur dan kata "cikgu, apa hitam-hitam kat pipi cikgu tu, cikgu tak cantik lah" .... aduhai anak murid aku sorang ni, memang jujur dan telus. tak berlapik, then aku tak marah pun sebab aku tau budak-budak. nak tau aku balas apa kat budak tu bila dia tanya. ni jawapannya "muka orang yang ada hitam-hitam macam cikgu ni namanya jerawat. nanti kamu dah besar, kamu ada lah, tanda orang dah matang. lagi satu muka orang macam cikgu ni sebenarnya keturunan kerabat di raja, faham?" anak murid aku terlopong lepas tu. case satled! yeeehaa!!



contoh ayat 3 :
(ayat memang aku sentap, buat mengalir air mata)

"huduh muka pempuan ada jerawat ni, lepas tu pakai make up tebal-tebal nak tutup parut tu"

dah muka berjerawat. salah satu caranya ialah menutup dengan make up. jadi apa ada hal kan? menutup keiaban sendiri dan nampak cantik. dari duk biar lepas tu orang lain duk mengata, orang mengata dapat dosa dan org muka berjerawat tu jadi hilang semangat plus tak nak kuar rumah dah.



contoh ayat 4 : dalam facebook

"eh, dia ni cantik la dalam gambar, tak de nampak jerawat-jerawat pun. tapi bila face to face mak aih, tak macam terkejut lak aku, menggerutu muka dia"


biasa lah, gambar. kalau tengoh model-model pun kadang-kadang memang diorg touch up guna adobe photoshop dan segala bagai software lah. supaya gambar nampak cantik dan sempurna. tapi aku kalau amik gambar, tu memang muka sebenar aku. nampak atau tidak jerawat and parut tu adalah nasib. sebab guna kamera dekat handphone memang tak jelas sangat. kalau pakai DSLR memang jelas kut kawah-kawah kat muka aku ni.


okey, itu beberapa ayat yang memang aku sendiri alami sepanjang muka aku ni ada masalah. dan aku sedih sangat bila ada orang tegur macam-macam. aku juga ada hati, ada perasaan. kalau korang cakap tu biar la ada ayat membina + motivasi, ni tak macam nak buat orang lagi down. dan akhirnya aku jadi semakin lali setiap hari. aku pakai produk macam-macam dari sabun ke pencuci muka, dari krim ke macam-macam krim, yang produk ada kimia ke produk tak ada kimia.. macam-macam lah sampai kulit aku jd terlalu sensitif & tak berubah.

sekarang aku dah mantain pakai semua produk SIMPLY SITI. aku habiskan duit pakai semua tu dan akhirnya berbaloi sebab barang simply siti ni sangat lambat nak habis dan boleh jimat hampir 5-6 bulan. serius, aku tak tipu.


lagi 1 sejak 3 minggu yang lalu aku ada beli 1 krim malam jenama loreal, dan krim ni sangat elok. aku tak terdorong dari sape-sape, aku yang pergi cari sendiri krim ni. kalau korang ada masalah kulit yang ada lubang-lubang bekas jerawat dan bila korang pakai foundation, nampak krim tu masuk and duk dalam lubang jerawat tu. nampak bedak macam bertampung kan? aku cadangkan sangat-sangat korang pakai krim malam loreal. dia macam repair balik kulit korang masa tengah tidur. aku dah pakai, and muka aku nampak ok sikit berbanding dulu. yang berlubang tu dah rata tinggal bebrapa parut hampir pudar sedikit demi seidkit. lelaki ke pempuan ke semua boleh pakai. tak percaya korang boleh beli and pakai untuk tempoh sebulan. lubang-lubang jerawat tu dah tak ada dah. siyes, lagi satu buat muka jadi lembut dan semakin cerah!


[ni kotak dia. kalau nak beli cari kotak yang ni. harga berbeza ikut shoping complex, yang aku beli RM 36.**]



[yang ini pulak bekas krim malam nye. dalam dia warna biru laut. wangi sangat, pakai tak melekit]


cara nak pakai (ikut cara aku, pakai sebelum tidur) :

  1. aku cuci muka bersih-bersih dengan pencuci muka simply siti pastu bilas dengan air
  2. lap muka dengan tuala muka yang bersih
  3. sapu white toner dari simply siti gak, pastikan sampai tak ada kotoran kat kapas
  4. sapu sikit toner kat jari korang yang nak sapu krim loreal, contoh jari manis kanan (untuk bersihkan jari tu)
  5. amik krim malam LOREAL, pakai jari manis tadi dan sapu dengan rata kat seluruh muka. lebih kan sikit kat bahagian banyak parut jerawat tu. pastu amik skit lagi sapu kat leher dan belakang tangan (yg gelap) utk elakkan beza ngn wana muka.
  6. tidur dengan sopan dan pastikan muka korang yang berkrim tu tak hilang
  7. esok bangun terus basuh macam biasa bersama pencuci muka


itu sahaja testimoni dari orang muka berjerawat macam aku. ada pape nak tny, inbox fb aku ok, sekian dan selamat mencuba!


dari jari si penulis biasa : cikmas


Categories , 71 anak murid kena cubit

Menjadi Guru Pendidikan Khas? Bagaimana?



Bagaimana Menjadi Guru Pendidikan Khas?
Date: Thursday, September 29 @ 23:23:12 MYT
Topic: Pendidik


Mungkin ada antara kita yang belum lagi menjadi guru pendidikan khas tetapi berminat menceburi bidang ini. Semangat kita yang berkobar-kobar berbakti pada anak istimewa membuatkan diri kita yang mempunyai sikap prihatin, terdesak melakukannya. Kita ingin melakukan perubahan dalam hidup kita. Menjadi guru pendidikan khas. Sekalung tahniah di atas kerelaan kita menyumbang bakti pada anak istimewa. Sikap yang terpuji dan disanjung tinggi walau di mana pun kita berada. Tindakan kita ini membuktikan kita sedang berusaha mencapai Wawasan 2020, bagi mewujudkan masyarakat penyayang.


Kursus yang ditawarkan untuk mereka yang berminat melibatkan diri dalam bidang pendidikan khas adalah:



1.Kursus Pra Perkhidmatan

a. Kursus Diploma Perguruan Malaysia

- KDPM Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
- KDPM Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
- KDPM Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran




2. Kursus dalam Perkhidmatan


a. Kursus Sijil Perguruan Khas (satu tahun)
- KSPK Masalah Penglihatan
- KSPK Masalah Pendengaran
- KSPK Masalah Pembelajaran


b. Kursus dalam Perkhidmatan (14 minggu)

- KDP Masalah Penglihatan
- KDP Masalah Pendengaran
- KDP Masalah Pembelajaran
- KDP Pendidikan Khas Pemulihan
- KDP Pendidikan Khas Disleksia

c. Kursus Perkhidmatan Lepasan Ijazah KPLI

- KPLI Pendidikan Khas




3. Kursus Peningkatan

  • Program Khas Pensiswazah Guru (MPIK-UKM)
-Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas), setahun di MPIK dan dua tahun di UKM

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

  • Ijazah Sarjana Pendidikan Khas di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Bagi yang sudah pun menjadi guru, kita diberi pilihan mengikuti kursus dalam perkhidmatan selama 14 minggu ataupun setahun.

Bagi yang tidak terlibat dalam bidang pendidikan, mereka boleh memohon mengikuti kursus KPLI ataupun di peringkat ijazah ataupun ijazah lanjutan.



Mengapa Kita Perlu Mengikuti Kursus?

Adalah penting bagi kita mengikuti kursus yang ditawarkan kerana kursus itu dapat:

  • Memberi maklumat kepada kita bagi mengenali murid-murid pendidikan khas.
  • Mendapatkan maklumat cara penilaian dan penapisan murid pendidikan khas.
  • Menyatakan hak-hak murid pendidikan khas dalam pendidikan.
  • Memberi pengetahuan menyeluruh berkenaan aspek psikologi, sosial, jasmani, emosi, intelek dan rohani murid pendidikan khas.
  • Memberi pengalaman sebenar melalui aktiviti praktik-um.
  • Bekerjasama dengan multi disiplin yang terlibat dengan murid pendidikan khas. Memberi kesedaran berkenaan kepentingan Intervensi Awal.
  • Memberi maklumat berkenaan keperluan Rancangan Pendidikan Individu.


Kursus pendidikan khas penting untuk kita sekiranya kita ingin melibatkan diri dalam bidang ini. Kita mendapat pendedahan dan ilmu pengetahuan yang membantu memberikan pendidikan yang terbaik untuk murid-murid pendidikan khas.


Namun begitu, kadangkala guru yang mempunyai sijil, diploma dan ijazah dalam pendidikan khas masih tidak dapat menjadi guru pendidikan khas yang terbaik.

Zawati, guru yang mempunyai ijazah dalam Pengajian Bahasa Arab. Menjadi seorang guru pendidikan khas yang berkualiti berbanding dengan guru yang mem-punyai ijazah dalam bidang pendidikan khas.



Suriati yang mempunyai ijazah dalam Pengajian Islam, menjadi seorang guru pendidikan khas yang baik berbanding dengan seorang guru yang kononnya mengajar murid pendidikan khas selama dua puluh tahun. Mengapa? Segalanya bergantung pada individu. Sekiranya kita mempunyai minat dalam bidang yang kita ceburi, kita lakukan dengan penuh perasaan tanggungjawab.



Dipetik daripada buku Menjadi Guru Pendidikan Khas

Artikel dari sini


Categories , 6 anak murid kena cubit

Sunday, May 15, 2011

SELAMAT HARI GURU



assalamualaikum

maaf terlebih dahulu sebab lambat sangat perbaharui penulisan di blog kecil ini, aku terlalu sibuk dengan minggu peperiksaan.

sebenarnya aku ada satu cerita yang tak pernah dilupakan sampai hari ini. dan kenangan ini bila aku ingat balik memang menangis sebab terlalu rindu cikgu tersebut.


kawan-kawan, masa aku zaman sekolah dulu, aku sangat nakal, mungkin sebab duduk asrama. aku pun bukan pelajar yang pandai sangat, sedang-sedang sahaja. masa sekolah dulu aku jenis yang susah nak dengar kata, bilik kaunseling dan rotan tu ibarat kawan baik aku. satu hari aku pernah buat satu kesalahan dan aku tak perlu nyatakan, kesalahan melanggar peraturan asrama. warden aku iaitu Ustazah Kamariah memang sangat garang dan naik angin bila nampak muka aku kat mana-mana.

satu hari masa aku tengah siap-siap nak ke surau, aku sebenarnya terlewat untuk solat maghrib masa tu. siap-siap pakai telekung tiba-tiba Ustazah tu tampar muka aku 7 kali bertubi-tubi. rasa kebas telinga dan pipi ni. sakit sangat. dia kata dia tak pernah jumpa pelajar yang sangat nakal macam aku. dia marah dan maki aku macam-macam. aku diam, tunduk, menangis dan meminta maaf atas kesalahan aku. tapi ustazah tu diam dan terus beredar. sebelum ustazah tu pergi aku sempat bagi tahu ustazah satu ayat, aku cakap :


" ustazah, terima kasih sebab tampar saya, dan mulai saat ini saya akan berubah dan tak akan buat ustazah sedih lagi"

ustazah tu terus peluk aku dan menangis, dia kata aku ni anak baik dan dia mintak aku belajar betul-betul supaya dapat keputusan SPM yang cemerlang.

dan dari situ lah aku berubah, walaupun keputusan SPM aku biasa-biasa sahaja, tapi aku sangat berterima kasih atas setiap apa yang telah cikgu aku buat pada aku masa dulu. aku tak pernah lupa jasa mereka, aku tak pernah juga amik hati bila mereka pukul aku, sakitkan aku. aku tetap sayang mereka. dan dari saat itu aku berubah jadi manusia yang baik dan tak ulang kesilapan aku lagi.

dan aku sangat berharap dapat jumpa ustazah tu lagi. aku nak cakap yang aku betul-betul sayang dekat dia. kalau dia tak tampar aku masa tu mesti aku tak berubah sampai bila-bila. sedih betul bila ingat perkara ini. aku harap korang dapat amik ikhtibar ari apa yang berlaku kat aku. dan jangan sesekali sakitkan hati cikgu kita, ilmu yang mereka ajar tu nanti tak berkat langsung. doa mereka sangat makbul. nikmatilah zaman persekolahan dengan kenikmatan, bukan macam aku, penuh kesakitan.

dan aku tak akan menyalahkan sesiapa jika anak murid aku tak dengar kata, nakal dan sebagainya. sebab aku tahu hukum karma tu wujud. apa yang telah aku buat dulu, aku terima nya sekarang. aku redha, dan aku sangat sayang semua murid-murid aku.






walau apapun, di kesempatan ini aku nak mengucapkan selamat hari guru kepada individu yang terlibat secara langsung dan tak langsung dalam bidang perguruan. jasa anda semua tidak akan terbalas. jadilah guru yang telus dan sejati. semoga rahmat sentiasa memayungi kita dan semoga kita sama-sama dilimpahi rezeki yang berlipat-lipat kali ganda dengan setiap ilmu yang telah kita sampaikan kepada setiap murid di sekolah.

sekali lagi aku tujukan khas penghargaan ini kepada bakal-bakal guru, cikgu-cikgu yg baru posting, yang pernah mengajar aku, cikgu-cikgu yang dah lama mengajar dimana-mana, cikgu-cikgu yg amik Master dan PHD.. pensyarah-pensyarah.. individu yg berkerja di KPM dan sesiapa sahaja yg terlibat dengan bidang perguruan... dan yg terakhir sekali selamat hari guru kepada semua cikgu-cikgu pendidikan khas di Malaysia! :)



sambutan hari guru pada kali ini adalah kali yang terakhir aku sambut di IPG, dan insyaAllah jika di panjangkan umur, tahun depan sambutan hari guru aku sambut sebagai seorang yang benar-benar bergelar guru. doakan kecemerlangan aku ya.

sebelum tu aku cuma nak tunjuk beberapa filem yang sesuai di tonton oleh guru-guru. banyak ikhtibar dari filem ini.



FILEM : LASKAR PELANGI






FILEM : PENSIL




DRAMA JUVANA : DI TV3 SETIAP HARI ISNIN






lagi satu ni vedio KAMI GURU MALAYSIA :


dari jari si penulis biasa : cikmas



Categories , , , 15 anak murid kena cubit

Tuesday, May 10, 2011

SAMBUTAN ULANGTAHUN KELAHIRAN TUTOR KESAYANGAN




assalamualaikum. kebiasaannya aku perbaharui penulisan di blog ini dan ianya tiada kaitan dengan kisah dan kehidupan aku. kadang-kadang aku lebih banyak tak menonjolkan diri aku siapa, yang kenal itu sidah tentu kenal. aku manusia biasa-biasa sahaja. selalunya di blog ini banyak cerita perkara atau ilmu baru yang aku dapat. tapi kali ni aku perlu juga kongsikan sesuatu kenangan yang menyeronokkan dan bila aku kenang betul-betul aku jadi sedih yang teramat.

malam tadi iaitu bersamaan 9 Mei 2011, jam 9.00 malam. aku dan rakan kelas PISMP Pendidikan Khas 1 dan PISMP Pendidikan Khas 2 ada menyambut majlis ulangtahun pensyarah merangkap tutor kesayangan kami. yang buat aku sangat terharu ialah rakan-rakan yang hadir. hari ni aku jadi berbisik dalam hati. menghadap makanan, mengunyah dan merintih halus dalam hati.. kalau dulu aku selalu sangat berdoa agar Allah percepatkan masa belajar aku, dan aku nak bawa diri aku jauh dari sesiapa, berkerja, membina hidup baru sendiri dan melupakan kisah silam. aku silap, sebenarnya kenangan aku bersama kawan-kawan yang 37 orang ni buat aku rasa nak menitis air mata. adanya mereka, wujudnya aku hingga saat ini.

kenangan manis, kenangan pahit tu semua yang kami lalui bersama dan hampir 5 tahun kami bersama dan tinggal 1 semester lagi untuk kami meneruskan nafas di IPG KKB. apapun aku harap majlis ulangtahun tutor kami ini memberi kenangan terindah yang tak dapat dilupakan sedetik pun oleh sesiapa terutama diri aku. aku ada letak beberapa gambar kami bersama, anda boleh lihat gelagat kami. semoga persahabatan ini kekal hingga hujung nyawa. amin


gambargrafer : my classmate ANIS NAZARI




semasa persiapan makanan. semua khusyuk dengan tugas masing-masing





ini lah kami. ada sorang tak hadir sebab masalah kesihatan. yang tengah bertudung biru gelap itu TUTOR kesayangan kami.




gambar kami lagi. korang boleh carik yang mana satu aku. hehe ^.^


semoga kenangan kami bersama tak akan lapuk dek masa yang berlalu. dan semoga berjaya kepada semua rakan-rakan yang menduduki peperiksaan. aku exam SUBJEK 1 : 19/5 (bimbingan dan kaunseling kanak-kanak). SUBJEK 2 : 25/5 (Kaedah Penyelidikan Tindakan 1).. doakan kejayaan bersama..


ok itu sahaja penulisan ringkas dan penceritaan kenangan dari aku. sayang korang semua! :)



dari jari si penulis biasa : cik mas



8 anak murid kena cubit

Sunday, May 8, 2011

CERPEN MISTIK : MERAH JAMBU [2]


sambungan dari CERPEN PENDEK : MERAH JAMBU [1]



Hari kedua....


jam 5.30 petang, pulang dari kerja bersama-sama, mereka melepaskan lelah berehat dan berbual-bual di ruang tamu. tiba-tiba Cici bangun dari sofa dan meluru ke ampaian, mana tidaknya jemuran ampaiannya pagi tadi baru disedari. lantas Cici lekas ke garaj dan menarik helai-helaian pakaian yang tersidai. telinga Cici sebelah kiri berdesing dengan kuat, nyaring dan amat bingit. apabila pandangan beralih ke kiri, alangkah terkejutnya, Cici melihat ada seseorang sedang berdiri di bawah ampaian sambil merenung tepat kearahnya. badan gempal, berbulu hitam lebat, mata merah bulat bundar itu seolah-olah melihat hendak menerkam Cici jika dia tidak mengundur setapak pun. beristighfar Cici dengan sekuat hati, memejamkan mata dan mengeleng-gelengkan kepalanya. Alhamdulillah, akhirnya bayang itu sudah tiada - detik hati Cici. tetapi pada ketika ini. Cici seolah-olah kaku tidak bergerak dan bernafas, lalu dkejutkan dengan suara Zunn yang lantang.


"Kau kenapa tak masuk rumah lagi? aku nak tutup pintu ni. setan banyak berkeliaran maghrib-magrib, baik kau masuk Cici, cepat! " tegah Zunn.


"Baik la Zunn, tapi kau tu tak payah lah jerit sebelah telinga aku ni, boleh mati kejung aku terkujat-kujat kat sini!" jawab Cici yang tersentak dari lamunan, wajahnya muram, kakinya terus menghentak-hentak masuk ke dalam rumah.


Geram akan sikap Zunn. namun, otaknya masih ligat memikir, apakah benda yang besar hitam dan berbulu tadi? pening kepala memikirkannya. Arghhhh!! abaikan saja! bayangan aku di senja hari ni! bentak hati Cici.



Dia terus menggapai tuala dan terus ke bilik air dan mandi. lepas isyak seperti biasa rutin hariannya membaca yassin. itu amalannya yang tak pernah dibuat-buat. selepas bacaan yassin, Cici mengemas telekong dan bergerak ke dapur untuk mencari-cari air sejuk demi membasahkan tekak yang dahaga. sedang menikmati air, Cici terdengar seolah-olah seseorang menangis teresak-esak di sebelah tingkap dapur tersebut. dengan berani, die melekapkan telinga di tingkap tersebut, sambil diamati semakin nyaring bunyi tangisan tersebut. Cici tak pasti juga tangisan itu atas tujuan apa dan siapakah gerangan yang menangis itu. otaknya semakin berfikir yang buka-bukan. sekali lagi, berdesup Cici berlari masuk ke bilik dan menyelubungkan dirinya dibawah selimut. sedar tidak sedar Cici tertidur dalam keadaan ketakutan.





2. 35 pagi
Di kamar tidur Cici dan Zunn


Cici tersedar dari tidurnya, suasana bilik menjadi gelap. Zunn pula tidur dengan nyenyak dibuai dek mimpi indah. Cici bangun dan menegakkan badan di atas katil sambil menggosok-gosok mata. letih badannya petang tadi tidak habis lagi. tiba-tiba matanya tertancap sesuatu disebelah almari pakaiannya. digosok-gosok lagi matanya untuk memastikan apa yang dilihat tadi jelas. sesuatu tegak berselubung putih, berikat di beberapa bahagian. Mayat! terbeliak matanya, menggeletar seluruh tubuhnya.


"Allahuakbar!!! Astaghfirullahalazim!!" diluang-ulang kalimah Allah itu hingga Zunn tersentak dari mimpinya.




bersambung........


8 anak murid kena cubit

Friday, May 6, 2011

CERPEN MISTIK : MERAH JAMBU [1]



assalamualaikum. kali ini aku akan kembali menulis dalam bentuk cerpen pendek. segala penceritaan dan watak-watak yang wujud adalah rekaan dan adaptasi pengalaman penulis semata-mata.


**********************************

BAB 1
AWAL JUN 2010.....


Kisah bermula apabila 4 orang sekawan menyewa di sebuah rumah teres murah di sebuah pekan kecil. Rumah teres merah jambu itu mempunyai 2 bilik tidur, 2 bilik air, dapur yang lengkap dengan peralatan dan garaj kereta yang mampu memuatkan sebiji kereta dan 2 biji motor. Memang sesuai dengan penyewanya perempuan. Di bahagian tepi garaj kereta tersebut melintang 5 dawai besi keras yang khususnya untuk mengampai pakaian jemuran. 4 orang sekawan tersebut bernama Ani, Dian, Cici dan Zunn. Mereka berempat ditakdirkan bertemu apabila masing-masing mendapat pekerjaan di kilang yang sama tidak jauh dari pekan tersebut.


Hari pertama


Berbekalkan sedikit ilmu agama di dada, Ani mengajak rakan-rakannya 'membersihkan' rumah. Usai solat isyak berjemaah, Ani bangun untuk mempersiapkan beberapa peralatan untuk mereka gunakan sebagai memagar rumah. Garam, limau nipis, lada hitam dan air bersih sebaldi. mereka duduk dalam halaqah dimana segala bahan-bahan diletakkan ditengah-tengah antara mereka. Ani mengetuai yassin tersebut sehingga selesai. mereka berempat berdiri dipenjuru rumah masing-masing dan Ani meminta rakannya semua ber'iqamah', berselawat Nabi, membaca 4 Qul dan bacaan ayat kursi dengan niat melindungi diri mereka dari gangguan jin, syaitan dan segala hasad dengki manusia. Alhamdulillah, segalanya selesai dengan teratur.



Jam menunjukkan tepat pada jarum 12.01 pagi, ketika mereka berempat duduk di bilik masing-masing, terdengar sesuatu dari arah tingkap dapur. seolah-olah seseorang sedang mencakar-cakar helaian tingkap disitu. berderau darah keempat-empat sekawan tersebut. siapakah gerangan yang mengetuk tingkap tersebut? berbunyi, tetapi tidak pula nampak akan kelibat manusia atau bayang-bayang tangan atau anggota badan yang lain. Musykil di situ. semakin berjurai peluh di badan, namun mereka cekalkan hati dengan anggapan hanya seekor kucing kelaparan yang mencari habuan cicaknya. setelah tidak ketemu kemuskilan itu, dengan pantas, mereka terus masuk bersama di bilik masing-masing dan tidur secara paksaan dalam ketakutan.



bersambung....

2 anak murid kena cubit

Monday, May 2, 2011

CARA PENJAGAAN KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS



Assalamualaikum dan selamat kembali. Semoga semua sihat-sihat hendak-Nya

Lama tidak bersua dalam penulisan di blog kecil ini. Setiap masa mencemburui saya. dan saya perlu bijak mengimbangi diri antara kehidupan dunia dan akhirat. kali ini saya bawakan beberapa penulisan ringkas, semoga membawa input kepada anda semua.



**********************************


Kanak-kanak pendidikan khas bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak istimewa yang telah dijanjikan oleh Allah untuk ditempatkan disyurga kerana keistimewaan dan kelainan upaya yang dimilikinya. kebiasaannya ibu bapa, guru atau masyarakat yang berdepan dengan kanak-kanak ini seringkali berasa tidak selesa atau rimas dengan mereka kerana mereka seringkali menyusahkan ahli keluarga.

seharusnya, apabila kita berhadapan dengan fenomena manusia seperti ini, kita perlulah bersyukur kerana telah dijadikan Allah sempurna dengan segala nikmat dan kudrat berbanding mereka. kita juga hendaklah memberi dorongan kepada saudara, jiran atau ahli keluarga yang berdepan dengan masalah ini, bukan mencemuh atau mencaci mereka. berilah mereka sokongan, bimbingan, bersabar dengan kerenah mereka serta bertolak ansur selain bersikap positif dan redha.

kanak-kanak yang dikategorikan sebagai kanak-kanak pendidikan khas masalah pembelajaran adalah kanak-kanak jenis/ berpenyakit :

  • hyperactive
  • hypoactive
  • down syndrome
  • autisme
  • dyslexia
  • cerebral palsy /spastik
  • terencat akal
  • slow leaner (sekarang sudah ada akta baru yang mengatakan kanak-kanak slow leaner dari kelas biasa hanya layak ke kelas pemulihan, bukan ke pendidikan khas)


pada kali ini saya dengan gembiranya hendak berkongsi dengan rakan-rakan pembaca blog sekalian tentang tips-tips atau cara-cara penjagaan kanak-kanak pendidikan khas masalah pembelajaran ini. tips ini berguna kepada sesaiapa yang mempunyai ahli keluarga OKU, khususnya kepada ibu bapa kanak-kanak tersebut. antara cara-caranya ialah :



1. Perhatikan perkembangan komunikasi anak






Menyedari hakikat dimana apabila ibu yang telah melahirkan anak, dan anak mereka adalah OKU. pertama sekali jangan panik atau terlalu tertekan. terima anak dengan redha, berfikiran positif, bersabar dan kuatkan semangat. tanamkan azam supaya anak yang dilahirkan tersebut berhak memiliki kasih sayang sama seperti anak normal yang lain. jangan bersikap bias atau berat sebelah. sepanjang kelahiran dan perkembangan anak tersebut, perhatikan komunikasi yang berjaya anak anda kecapi. sama ada anak tersebut mampu bertutur, berkomunikasi ataupun bersosial dengan masyarakat disekeliling mereka dengan baik.

sebagai contoh, jika anak normal berusia 3 tahun sudah pandai menyebut suku kata KV (ba, ma, pa, pu) yang berulang-ulang, pastikan anak anda sudah mencapai perkembangan tersebut. jika anak anda belum mampu mencapainya hingga usia mencecah 4 tahun, lekas-lekas bawa anak berjumpa doktor dan minta nasihat doktor agar anak anda tidak keciciran. doktor pasti akan ada cara untuk baik pulih pertuturan anak tersebut.




2. Pantau perkembangan 3M anak





kadang kala ibu bapa kurang menyedari yang anak mereka bermasalah di sekolah. apabila mencapai umur 8 tahun, masih lagi tidak boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. ibu bapa perlu ke sekolah berjumpa guru kelas untuk kenalpasti tahap anak mereka. dan minta pendapat guru tersebut agar anak tersebut boleh dibimbing dirumah.

selain itu, sekalipun ibu bapa di rumah walaupun tidak sempat menjenguk kerja rumah anak, apakah salahnya jika ibu bapa berbual santai sambil menyoal anak secara sepontan. sebagai contoh, "ayah belikan Ayu 6 biji gula-gula. bila masuk dalam kereta, ayah makan 2 biji. berapa tinggal gula-gula yang ayah beli untuk Ayu?" apabila anak mereka masih tidak boleh mencongak dalam situasi ini, ibu bapa perlu bimbing anak secara perlahan-lahan walaupun sedikit. apabila disekolah anak-anak akan aplikasikan pengalaman di rumah dan akan bawanya ke kelas dan ajar kepada rakan-rakan. disitu berlaku perkembangan mengira. begitu juga kemahiran membaca dan menulis.

3. bantu pengurusan diri mereka



kita sedia maklum dimana kanak-kanak kurang upaya memilki atau kurang keupayaan dalam mengurus diri mereka terutama sekali apabila mereka hendak membersihkan diri, memakai pakaian, makan, berjalan dan sebagainya. sebagai individu yang berhadapan dengan kanak-kanak istimewa ini, luaskan lah hati membantu mereka. ibu bapa atau keluarga juga perlualah bertolak ansur menyediakan keperluan kanak-kanak ini. bimbing mereka atau tunjuk ajar mereka perlahan-lahan dengan sabar agar mereka kelak akan mampu berdikari. jika anak tersebut buang air di dalam rumah secara merata-rata, bersihkan dan beritahu anak tersebut dimana harus mereka 'buang air' iaitu di tandas. ataupun ajar mereka bagaimana untuk beritahu orang yang mereka perlu ke tandas. jika mereka menunjukkan tanda-tanda hendak ke tandas, kita bantu pergerakan mereka. begitu juga apabila mereka hendak mandi, makan atau menyarung pakaian.


***************


dari jari si penulis biasa : cik mas
Categories , , , 6 anak murid kena cubit
 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas