Sunday, July 24, 2011

Contest : Tagline Kreatif by Alya Esprezzo


Assalamualaikum, salam syaaban semua!



Si gadis manis Alya Esprezzo ada menganjurkan contest menarik untuk para blogger. Dan kebetulan juga aku berminat nak join sebab lama sangat tak join segala bagai contest. Sebelum terlupa terima kasih kepada penganjur baik hati : Alya Esprezzo.

Syarat-syarat penyertaan mudah sangat. Jadi follower, like fanpage, tinggal link entry dan seterusnya cerita pasal korang punya tagline dan nama blog.


bukti cikmas dah follow blog Alya si gadis terketik-ketik :P


Nama blog Cik Mas : Dunia ku Dunia Cikgu

Mana datangnya ilham dapat nama blog tu. Sebenarnya aku dari kecik lagi memang minat sangat jadi cikgu. Kalau cikgu skola tadika Kemas dulu tanya aku cita-cita awak apa. Aku cakap dengan pantas dan tanpa segan silu, saya nak jadi cikgu! Jawab dengan penuh semangat sambil angkat-angkat kening kat cikgu tadika tu. hehe. So sampailah sekolah menengah aku ulang-ulang benda yang sama. Biarla jadi cikgu apa pun, janji aku jadi cikgu.

Kisah aku bermula bila aku dapat result SPM, aku terus memohon untuk masuk Institut Pendidikan Guru. Aku mohon Pendidikan Khas. Dan pada masa tu aku tak terus dapat pun, aku masa tu study Lower six kat KISAS. Tak sampai berapa bulan, dapat la panggilan second intake untuk masuk ke IPG, kos yang aku dapat ialah Pendidikan Khas macam yang aku mohon awal-awal dulu.. (agaknya memang dah ditakdirkan ajar kanak-kanak istimewa). Dan mulai saat itu lah aku rasa bersyukur, terharu, menangis dengan teresak-esaknya sebab apa yang aku hajat jadi kenyataan. Dan aku mula berblog bila aku berada di IPG.

So disitulah bermulanya medan 'DUNIA KU DUNIA CIKGU" dimana tempat aku mencurah segala pengalaman dan pembelajaran aku di kampus tersebut. Blog ini mengisahkan diri aku, kenangan praktikum di sekolah, kisah diri aku menjadi salah seorang guru pelatih, dan aku juga pernah mengulas beberapa isu pendidikan berdasarkan pembacaan aku.

Harapan, semoga adanya blog ni sedikit sebanyak menjadi satu medium perkongsian ilmu untuk rakan-raan blogger.


Semoga rezeki bulan Syaaban menyebelahi. InsyaAllah.


Minta jasa baik rakan-rakan cikgu blogger join contest ni, support Alya :





6 anak murid kena cubit

Saturday, July 23, 2011

LAWATAN SAMBIL TERAPI KE TESCO KOTA BHARU - 20/07/2011




Assalamualaikum, sihat semua? baru sempat aku perbaharui penulisan. Penulisan yang sudah lama aku simpan dalam draft tapi baru sempat publish sebab tak jumpa gambar. So dah ada gambar sekarang dan aku boleh la cerita sikit-sikit apa yang berlaku sepanjang aku berada di SK Padang Kala. (sekolah praktikum aku yang dahulu, dan sekarang aku ada sebulan di sekolah tersebut untuk program Internship)


Tiba di Tesco Kota Bharu. Tesco besar dan sesuai untuk kanak-kanak istimewa bergerak


Sesi taklimat dan pengurus Tesco memperkenalkan bahagian-bahagian untuk membeli belah


Kami berkumpul untuk sesi bergambar di hadapan pintu masuk Tesco Kota Bharu


Kanak-kanak Pendidikan Khas belajar membeli belah, mereka diberi wang saku oleh ibu bapa. dan sesi pembelian dikawal oleh guru pengiring masing-masing



Murid-murid ada pertandingan mewarna di bahagian Food Court, mereka semua bersemangat mewarna.


Situasi semasa pertandingan mewarna


Selesai pertandingan mewarna, murid-murid dibekalkan roti dan 3 donat comel untuk sarapan pagi.



Kami bertiga bekas guru praktikum 3 bulan di sekolah ini. Kami turut join program yang sekolah anjurkan. Dapat pengalaman baru dan sangat berharga.


Rakan baik selama 5 tahun di IPG KKB



Itu sahaja untuk kali ini. InsyaAllah ada lagi waktu kami akan anjurkan program di SK Padang Kala. Dan insyaAllah akan saya update dari semasa ke semasa. Sekian.


KALAU MENJEMUR PAPAN PANJANG
BAIK DISUSUN TEGAK BERDIRI
KALAU LAH ADA UMUR PANJANG
INSYA ALLAH KITA KAN BERJUMPA LAGI.



Categories , , 4 anak murid kena cubit

Tentang aku



Selamat berkenalan dan selamat maju jaya semua. Ini sedikit kisah tentang diri aku.





Nama diberi Mastura. Ia ringkas dan mudah diingat. Yang mana Mastura itu bermaksud Terpuji, Terlindung atau Tercatat. Kebiasannya aku gemar membahasakan diri dalam penulisan sebagai 'Cik Mas'. Dan kalian perlu memanggil nama aku dengan nama yang baik dan bermakna. InsyaAllah aku juga akan begitu terhadap kamu. Usia masih berumur 23 tahun pada tahun 2011. Berasal dari Muar/ Ledang, Johor. Anak bongsu dan tunggal perempuan dalam adik beradik. Menuntut di Tahun akhir (Semester 8) di Institut Pendidikan Guru, Kampus Kota Bharu Kelantan yang terletak di Pengkalan Chepa berdekatan Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa. Opsyen yang dipilih dan ditawarkan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru ialah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran - Sekolah Rendah. Mempelajari subjek Major iaitu Pendidikan Khas, Minor 1 subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan manakala Minor 2 ialah Pendidikan Seni Visual. Ketiga-tiga subjek tersebut adalah tinggi risikonya bagi saya untuk saya mengajar semasa saya menerima penempatan pada 2012 kelak, InsyaAllah.



Pendidikan :
  • Tahun 1-2 : Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir (1995-1996)
  • Tahun 3-4 : Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Pekan (1997-1998)
  • Tahun 5-6 : Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Darat (1999-2000)
  • Tingkatan 1-3 : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Segamat, Johor (2001-2003)
  • Tingkatan 4-5 : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar, Johor (2004-2005)
  • Tingkatan 6 Rendah - selama 2 bulan di Kolej Islam Sultan Alam Shah, (KISAS) Klang, Selangor (2006)
  • Julai 2006 menerima tawaran untuk ke IPG hingga sekarang (2011)

Pengalaman Sampingan :
  • Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem PTH Padang Hijau Kluang, Johor - 2006 - SIRI 3 Kumpulan 1
  • School Based Experiance (SBE) atau ROS di SK Sultan Abu Bakar 1, Muar
  • School Based Experiance (SBE) atau ROS di SK Ismail 1, Muar
  • School Based Experiance (SBE) atau ROS di SK Panji, Kota Bharu
  • School Based Experiance (SBE) atau ROS di SK Tanjong Mas, Kota Bharu
  • Praktikum Fasa 1 dan 2 (3 bulan) di SK Kedai Buloh 2, Kota Bharu
  • Praktikum Fasa 3 (3 bulan) di SK Padang Kala, Melor, Kota Bharu


Penerimaan Anugerah/ Pencapaian :
  • Johan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Johor 2002
  • Anugerah Wirawati Terbaik 2006 Kem PTH Padang Hijau, Kluang Johor
  • Leftenan Muda - Tunas Kadet Remaja Sekolah


Luahan hati :

Ayah saya seorang Ustaz, Imam Masjid Pusat Serenti, Ledang, Johor dan Penceramah bagi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim-YPKDT. Ibu saya juga bekas seorang Ustazah. Saya juga bekas pelajar sekolah agama. Ahli keluarga saya kebanyakannya dari golongan pendidik. Tapi apakan daya, yang mampu saya warisi adalah darah pendidik. Walaupun saya dilahirkan dan dididik dengan ilmu agama Islam yang mencukupi, tidak semua anak mampu untuk mewarisinya dengan tekad termasuklah saya. Memiliki ibu bapa yang bertaqwa tidak menjanjikan kita pasti mengikut jejak langkah mereka. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Walaubagaimanapun, saya sentiasa berusaha kearah yang lebih baik dari kehari. Semoga Allah sentiasa membuka hati supaya saya untuk mengikut jejak langkah ibubapa saya. InsyaAllah.




Nama blog Cik Mas : Dunia ku Dunia Cikgu



Mana datangnya ilham dapat nama blog tu. Sebenarnya dari kecik lagi memang minat sangat jadi cikgu. Kalau cikgu skola tadika Kemas dulu tanya saya cita-cita awak apa. saya cakap dengan pantas dan tanpa segan silu, saya nak jadi cikgu! Jawab dengan penuh semangat sambil angkat-angkat kening kat cikgu tadika tu. So sampailah sekolah menengah saya tetap ulang-ulang benda yang sama. Biarla jadi cikgu apa pun, janji saya boleh jadi cikgu.

Kisahnya bermula bila saya mendapat result SPM, terus memohon untuk masuk Institut Pendidikan Guru. Permohonan saya adalah opsyen Pendidikan Khas. Dan pada masa tu saya tak terus dapat pun, dan ketika itu saya masih study Lower six kat KISAS. Tak sampai berapa bulan, dapat la panggilan second intake untuk masuk ke IPG, opsyen yang saya dapat ialah Pendidikan Khas macam yang saya mohon awal-awal dulu.. (agaknya memang dah ditakdirkan ajar kanak-kanak istimewa). Dan mulai saat itu lah saya terharu, rasa bersyukur, menangis dengan teresak-esaknya sebab apa yang saya hajat dan impikan jadi kenyataan. Dan saya mula berblog bila berada di IPG.

So disitulah bermulanya medan 'DUNIA KU DUNIA CIKGU" dimana tempat saya mencurah segala pengalaman dan pembelajaran di kampus tersebut. Blog ini mengisahkan diri saya, kenangan praktikum di sekolah, kisah menjadi salah seorang guru pelatih, dan saya juga pernah mengulas beberapa isu terutama pendidikan berdasarkan pembacaan saya sendiri.



Blog Kedua : Kami Cikgu Blogger




Blog ini adalah blog komuniti. Belum mencecah usia setahun dan blog ini adalah cetusan daripada rakan-rakan cikgu blogger sendiri. saya hanya bertindak sebagai penulis jika ada sebarang isu yang boleh diulas. Blog ini berkisarkan isu-isu pendidikan, tips-tips menjadi guru yang berkesan, sebarang aktiviti dan perkongsian ketika gathering diadakan. Segala cadangan, kritikan dan penambahbaikan dari pihak anda amatlah dialu-alukan boleh diutarakan dengan jelas. Sesiapa yang berminat untuk menjadi salah seorang krew blog KCB yang bertugas sebagai penulis di blog, bolehlah nyatakan hasrat anda di email : mastura_mohdamin@yahoo.com



Harapan :
  • Berhasrat untuk menjadi seorang guru Pendidikan Khas yang amanah dalam memikul tanggungjawab mendidik kanak-kanak istimewa dengan penuh telus dan sabar. Semoga ilmu yang ditaburkan mampu membimbing kanak-kanak tersebut seiring kanak-kanak normal di bumi Allah ini.
  • Semoga adanya blog ni sedikit sebanyak menjadi satu medium perkongsian ilmu untuk rakan-rakan blogger.


Hubungi saya :



Banner (copy tanpa segan silu)



Sila tepati peraturan di blog ini. Walaupun ia hanya nukilan kecil dari jari penulis biasa seperti saya. Tidak terkenal, Tapi saya minta ada hormati saya seperti mana saya hormati kamu. Blog ini adalah blog peribadi dimana segala isi penulisan dan pendapat dari tuan blog ini adalah asli dan tidak kekal sama sekali. saya tidak akan meredhai anda sekiranya anda 'copy' dan 'paste' tanpa meningglkan link ke blog saya. penulisan yang bukan milik saya telah saya nyatakan sumbernya dengan jelas. terima kasih dan selamat menyokong blog ini.


Categories 3 anak murid kena cubit

Friday, July 22, 2011

Link Blog Pendidikan

Pendidikan Khas :
Blog terhormat :
  1. http://drsidekbaba.blogspot.com/

Umum :


Nota Hujung : Jika ada sesiapa berminat untuk kongsikan link blog pendidikan di sini. sila tinggalkan pesan pada kotak komen. terima kasih.





Categories 0 anak murid kena cubit

Monday, July 18, 2011

Bila jari kaki rakan berada dalam lubang hidung



Assalamualaikum. Kali ni aku ada nak kisahkan dengan korang satu kisah, kisahnya begini. Nak tau kisah tak? ke tak nak tau? Kalau tak nak, aku nak jugak kisahkan kisah aku ni. tak kira, korang kena fokus. fokus ok! (mengong kejap sebab bosan ini malam, pandai-pandailah korang faham)

Kisah bermula jam 12.25 tengah malam. suasana bilik gelap dan sunyi sepi disebabkan aku dan housemate aku tidur dengan nyenyaknya. yang menjadi alunan muzik kami pada malam itu ialah bunyi suara nyaring beberapa ekor nyamuk betina. memekak betul-betul sebelah telinga. Jiwa kacau sungguh. Mujur aku tak nampak kot nyamuk tu, kalau tidak siap aku tenyeh-tenyeh.


Selalunya kami tidur pada arah yang sama. kepala aku sebelah kepala housemate aku. . dan kaki kami masa tu juga bersebelahan bergedik-gedikkan. Tetapi entah macam mana satu malam aku tidur bertentangan dari amalan kitorang yang selalu. maknanya aku tidur kaki-kepala, kepala kaki (bertentangan dengan housemate aku punya tilam)..aku tak pasti masa tu kenapa aku boleh tidur bertentangan. mungkin penat sangat.


Jadi, nak dijadikan kisah, tidur punya tidur, aku tersedar kira-kira jam 4 lebih. (masa tu aku ingatkan kami tidur macam selalu, tak terfikir plak malam tu aku yang tidur salah)..masa nyenyak tidur tu, aku macam terasa seolah-olah ada benda yang terkemit-kemit kat hidung aku.



Gambar kat atas sebagai gambaran di tempat kejadian, tapi aku tak reti lukis, so korang bayangkan je la, jari kaki nan 5 itu hampir terjerumus ke dalam lubang hidung ku.


Aku terkejut, takut la kot-kot binatang sesat tak jumpa umah malam-malam cam tu. sekali aku celik-celik je. Betul-betul jari kaki housemate aku sebelah kiri tu nak memang sikit lagi nak masuk lubang hidong aku. siyes, terkejut aku masa tu. Nasib baik tak ada apa-apa bau. Kalau bau kaki, pengsan la aku malam tu sebab tak cukup oksigen. kiranya aku bijak gak lah, eceh!.. hehe..aku cepat-cepat alihkan hidung aku. kalau lagi 2 saat aku tak alihkan hidung aku, memang confirm tertusuk lah jari tu elok2 sesaiz dengan lubang hidung aku. Tak ke nahas, ada kematian sebab jari kaki rakan tertusuk ke hidung rakan sebilik. Ish, bahaya-bahaya ..huh!


Lepas aku sedar tu, terus la aku betulakn posisi aku tidur macam selalu. Serik dah tidur arah bertentangan. nanti kang lain pulak jadinya. Pesanan daku, berhati-hatilah semasa tidur. Gudbai.



4 anak murid kena cubit

Friday, July 15, 2011

ITEMS THAT I WANT TO LET GO! PRICE BELOW RM15 + FREE SHAWL!!


JOM PAKAT RAMAI-RAMAI BELI PRELOVED ITEMS NI..!! SEMUA MASIH DALAM KONDISI YANG BAIK DAN CANTIK!


Assalamualaikum kawan-kawan sekalian. Kali ini aku berminat nak ajak gegurlz tengok kemeja, jacket dan blouse yang aku niat nak let go ni.

Kenapa aku nak let go baju-baju ni semua?
  1. Sekarang aku berada di semester akhir, dan apabila baju ni langsai dijual, ia memudahkan aku balik masa hujung sem nanti. (tak perlu bawak banyak barang masa nak pindah kampung nanti) .. Kelantan-Johor sangat jauh bukan? so aku bercadang untuk meringankan beban aku nanti.
  2. Badan aku dah naik, so banyak baju yang aku memang tak muat dan tak boleh langsung nak pakai. Berat yang naik mendadak, tak mau turun dah.
Baju-baju aku ni memang dalam kondisi yang elok lagi. Tiada cacat cela, warna tak pudar. Dan kebanyakan baju ada yang aku tak pernah pakai langsung. Aku jenis suka membeli tapi aku tak reti nak pakai masa bila. (kira tak reti nak drees up). So baju-baju ni kadang-kadang terbiar berhabuk. dari berhabuk, baik aku jual dan korang boleh lah melawa dengan mana-mana baju yang korang berkenan.


KEMEJA

CODE : K01


Kemeja ni FREE SIZE, Fit to M-XL
HARGA ASAL : RM19.90
HARGA BASI : RM 10

Picture Close up di tengah-tengah kemeja
-kain cotton nipis
- elok pakai dengan inner

JACKET

CODE : J01

FREE SIZE : Fit to M-L
HARGA ASAL : RM29.90
HARGA BASI : RM 12

Jacket ni sangat cantik, selesa (yang membeli pasti puas hati)
-warna coklat
- kain tebal tapi tak panas


BLOUSE
CODE B01
Gambar Close Up : kain jenis tebal dan agak berbulu, tapi corak sangat cantik. Sesuai pakai g tempat-tempat berhawa dingin (macam shoping complex, wayang)



~contoh model pakai~


Lengan panjang, bahagian bawah menutup punggung dan kembang macam gaun
Fit to Size M-L

HARGA ASAL : RM59.90
HARGA BASI : RM 15


CODE B02

Fit to size S-L
Kain jenis cotton nipis, bunga kecil-kecil warna biru, bahagian dada ke pinggang bergetah halus (nampak kemas bila pakai)

Lengan pendek , so korang boleh pakai dengan inner warna biru ataupun putih
HARGA ASAL : RM18.90
HARGA BASI : RM 10



Kalau korang ada di sekitar Pengkalan Chepa , korang boleh terus roger aku, 013-6430623.. aku bagi by hand. Lagi mudah kerjanya. Lua dari Kota bharu aku akan pos ok :)

Kalau ada nak tanya pape pergi FB aku KLIK SINI


Ambik banyak, harga boleh runding lagi...!! ingat awak, awk dan awak akan dapat free shawl tau!! :)


6 anak murid kena cubit

Thursday, July 14, 2011

SF BEAUTY : PRODUK KECANTIKAN




Assalamualaikum. Korang semua pernah tak dengar produk SF Beauty? Produk yang tiada dalam pasaran. Hanya dijual dari orang perseorangan. Dan rata-rata orang yang memakainya memberitahu pada aku kesan positifnya. Wajah lebih cerah dan berseri. Dan tak lari juga ada yang bagi kesan negatif, muka jadi gatal-gatal hingga jadi ruam yang teruk. Aku cuma nak tanya adakah produk di dalam gambar-gambar di bawah ni original ataupun tiruan?




ini kotak sabun, sabunnya warna kuning cair-oren cair, bentuknya bulat


kotak sabun dari bahagian belakang




set krim malam dan siang



ni set sepenuhnya, sabun, krim malam dan siang (3 in 1)



Yang menjadi kemusykilan aku sekarang, produk ni tak ada cop Kementerian Kesihatan Malaysia termasuklah dikotak atau di bekas sekalipun. Lagi satu lepas aku review blog orang lain dan dapatkan testimoni dari penggunanya, beliau beritahu produk yang ada pada nya tu ada cop KKM dan bekasnya pun lain dari bekas yang aku tunjuk ni.

Yang berminat nak pakai produk ni boleh contact mamaikin / boleh jugak baca testimoni beliau: KLIK SINI

*Sesiapa boleh jawab persoalan ni. Dipersilakan ya :)





10 anak murid kena cubit

Memberi dan Menerima




[Dalam hidup kita ini, Kita akan bertemu dengan orang salah sebelum kita bertemu orang yang betul, kerana ia memberi kita pengalaman agar kita lebih berhati-hati dalam memilih pasangan]


Setiap individu mengimpikan rasa ingin di sayangi, menyayangi, dicintai dan mencintai. Itu sudah memang fitrah dan sifat manusia itu sendiri sejak dilahirkan. Tetapi sebagai manusia, bagaimanakah kita mensyukuri kasih sayang itu dan menghargai kasih sayang yang telah diberi oleh seseorang yang bergelar kekasih/suami ataupun isteri/ keluarga dan rakan-rakan.

Dalam konteks percintaan dan kasih sayang, kita perlulah membentang hati kita dengan seluas-luasnya. Dimana cinta sesama manusia itu perlu berpegang pada prinsip "memberi dan menerima". Ya prinsip itu benar, bukan dari mana-mana tokoh terkemuka, tapi ini dari hati dan pemikiran aku.

Manusia, banyak sikap dan ragamnya. dan aku hadapi hari ini adalah manusia jenis kejam terhadap cinta. Manusia ini seolah-olah membuat teori dimana apabila bercinta ego perlu tinggi dan dia kerap beranggapan :



"dia nak aku, dia perlu berusaha lebih, mengapa aku perlu tunjuk kasih syg aku?"

"lelaki ni kalau kita terlalu menunjuk-nunjuk perasaan cinta kita pada dia, dia tidak akan rasa susah untuk mendapat kan kita. bair lah kita jual mahal, layan tak layan. baru kita tahu dia bersungguh-sungguh dengan kita atau tidak"




Manusia yang aku nyatakan diatas ini manusia jenis tidak berfkir panjang lagi zalim. Bercinta bukan untuk mengakhirinya dengan baik. Aku tak pasti mengapa manusia jenis ini boleh hidup dengan tidak belajar erti menghargai.

Pada pendapat aku, setiap manusia yang ketagihkan kasih sayang, mereka berhak untuk dihargai. Kalau anda menyanyangi seseorang, anda mesti inginkan pasangan anda menghargai anda. Kalau bukan di tunjuk dari kata-kata, melalui tingkah laku pun tidak mengapa. Itu sudah mencukupi. Dan Itu juga baru namanya menghargai. Belajarlah menghargai pasangan selagi masih sempat waktu bersamanya. Jangan kerana ego, kelak ditinggalkan, menyesal berair mata darah.

Sebagai contoh, apabila ada pasangan bercinta. si gadis dan teruna saling menyanyangi. Si gadis itu cantik dan dia jenis ego, tidak mahu menunjukkan kasih sayang dia di hadapan si teruna. Apabila si teruna menelefon si gadis, tidak di endahkan. Berkali-kali tanpa henti. Malah melihat skrin telefon itu tanpa rasa bersalah.

Ada juga situasi, si gadis bersusah payah mengumpul duit ingin belikan sebuah topi untuk si teruna. tiba saat menghadiahkannya, si teruna mengherdik, topi itu murah, tak ada brand, malu nak pakai dan sebagainya.

Tidak kah kejam dan menganiaya namanya itu? Membiarkan individu melayan perasaan yang ragu-ragu dengan cinta nya. Apa yang ada di fikiran teruna itu adalah "Betul ke dia ni suka aku? Kata sayang tapi tak layan"


Sebagai perempuan, anda kena faham dimana manusia bernama lelaki ini ada 2 jenis :


1. Jika terlalu sayangkan wanita, sabar dia sanggup menerima apa sahaja yang dilakukan wanita tersebut. Mengikut telunjuk itu tandanya dia cinta wanita tersebut.

Lelaki jenis ini tidak kisah diperalatkan kerana dia memang hanya ada hati dengan gadis tersebut. biar lah sakit manapun perempuan itu melukakannya, dia tetap menanti dengan penuh sabar. "saya tetap sayang awak. saya setia dengan awk sorang sahaja. saya sanggup hadiahkan apa sahaja, janji awk tak tinggalkan saya"

Bagi sesetangah wanita, mereka akan rasa selesa dengan lelaki seperti ini. ada juga wanita yang rimas, sebab bagi mereka lelaki itu tak mampu bertegas, tak ada pendirian dan sebagainya. tapi hakikatnya si lelaki itu terlalu menyintainya sehingga sanggup melakukan apa sahaja unuk mendapatkan cinta wanita itu. Sebagai wanita, apabila anda berdepan dengan lekai ini, dan anda juga menyintainya, elok anda tunjukkan rasa sayang anda. kerana apabila anda seolah-olah tidak hargainya, ibarat anda menganiaya dan menzalimi. kalau anda tak suka, elok berterus terang dari anda menyeksa hatinya.



2. Jika dia terlalu sayangkan wanita, dia tidak sabar dan mudah bosan

lelaki jenis ini pula, mudah bosan. dan alangkah terkena 'buku dengan ruas' apabila perempuan jenis sayang tapi x reti nak menghargai, bila si lelaki sudah mula bosan dan ragu-ragu akan cintanya, dia dengan tanpa segan silu akan meningglkan perempuan tersebut. "Kau tak layan aku, macam lah aku hairan sangat! bersepah awek yang boleh hargai aku selain kau." Baru si perempuan tu nak ternganga.

Bagi wanita yang berdepan pada lelaki macam ni, dia kena berjaga-jaga. kalau jual mahal sangat, nanti terlopong sampai kesudah. ye la, kita suka tapi tak tunjuk. bila lelaki tu ragu-ragu dengan cinta kita, dia akan anggap kita tak bersungguh-sungguh dalam hubungan. dan lelaki akan cari perempuan yang lebih baik dari anda.

*********************


Walaubagaimanapun karekter sesorang lelaki dan wanita itu, hanya pasangan itu yang mengetahuinya sendiri. Dia ikhlas, bahagia atau tidak itu dalam dadanya. Belajar lah menghargai pasangan sebaik-baiknya, buatlah pasangan itu rasa terharu dan terkenang dengan setiap perlakuan dan kasih sayang kita. Lembutkan hati demi hubungan yang terjalin. Tidak perlu terlalu ego. Kerana setiap manusia berhak dan inginkan dirinya dihargai. Jangan kita menzalimi cinta pada pasangan kita, hukum karma itu wujud. kelak kita akan menyesal apabila pasangan kita susah tiada dalam dunia ini. Bagaimana cara menghargai? terserah pada individu masing-masing.


Dan aku disini hanya memberi pendapat, bukan provokasi. Sekian.



Ya Allah Ya Tuhanku..ku memohon padaMu, kurniakan pasangan hidup yang terbaik untukku. Engkau ketemukanlah daku kepadanya dengan cara yang terbaik. Seandainya seseorang itu terbaik dalam hidupku, Kau kekalkanlah jodoh antara kami dengan berpanjangan. Kerana Engkau sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untukku kerana daku hambaMu...~ Ya Allah, perkenankanlah doaku ~
4 anak murid kena cubit

Sunday, July 10, 2011

HATI JADI DEBAR



Assalamualaikum semua.

Jari pantas menaip, akal ligat memikir. dikala aku keseorangan mengahadap bukunet di bahagian RED SPOT di perpustakaan IPG Kampus Kota Bharu. Hati jadi berdebar-debar. Tak lama lagi masa itu akan tiba juga. Masa aku perlu selesaikan Kajian Tindakan aku. Aku kena kuatkan semangat dan belajar dengan bersungguh-sungguh. Dan sebentar tadi aku dah terima penyelia baru, kerana penyelia lama aku sudah pun berpencen. Siapa pun penyelia Kajian Tindakan aku, aku tak kisah, janji beliau mampu membimbing aku sebaik mungkin dan aku juga akan terus memberi komitmen untuk penyelia tersebut demi mencapai kecemrlangan dalam kajian tindakan aku kelak.

Pagi adi jam 8.00 pagi. aku sudah pun menerima taklimat berkaitan Internship iaitu program yang bakal aku anjurkan di sekolah tempat aku berpraktikum semester lepas. dan aku mula sedar yang banyak aku perlu selesaikan dalam tempoh sebulan. dengan dibebani Kajian tindakan yang terpaksa aku lunaskan untuk aku miliki segulung ijazah pada Akhir Tahun ini, ditambah pula dengan tugasan-tugasan lain, dan Program-program yang bakal dianjurkan. naik serabut otak memikir.




Kehadiran aku keperpustakaan kali ini bertujuan untuk mencari beberapa kajian atau sumber literatur untuk kajian tindakan aku kelak. Aku dah ubah tajuk kajian aku, berbeza dengan proposal (kertas cadangan) yang aku siapkan semester lepas. Kenapa ubah? sebenarnya tak ubah semua, cuma aku tukar tajuk dan langkah penyelesaiannya sahaja. proposal tu pakai yang lama juga, cuma kena tambah kajian Literatur sahaja. Dan sekarang aku dah nampak hala tuju kajian aku, dan aku akan teruskan apa yang aku harapkan. semoga apa yang aku impikan dalam menangani masalah kanak-kanak disleksia kelak akan temui jalan penyelesaiannya. Kalau tidak selesai pun sekurang-kurangnya aku berpuas hati dengan apa yang aku lakukan demi kemajuan anak-anak murid aku.


TAJUK KAJIAN TINDAKAN :

"KEBERKESANAN KAEDAH LATIH TUBI MENGGUNAKAN CERMIN DALAM MENGATASI KEKELIRUAN ABJAD DI KALANGAN KANAK-KANAK DISLEKSIA"



Harap-harap kajian aku ini dapat membantu mengatasi masalah kanak-kanak disleksia dengan berkesan. Dan dapat juga Bantu mereka cemerlang seiring kanak-kanak normal. 17 Julai 2011, aku akan lapor diri untuk Internship dan aku akan mulakan tugas aku dengan sebaik mungkin. Sekarang aku tengah buat persediaan diri dan bahan-bahan untuk aku bawa apabila sampai ke sekolah kelak.


ISTILAH DI IPG :
  1. RED SPOT : ruang tertutup dimana terdapat bahan/buku/ rujukan dan thesis-thesis senior. Ruangan red Spot ada di dalam Perpustakaan IPG KKB.
  2. INTERNSHIP : Tugasan atau tuntutan dimana guru pelatih semester 8 akan dimanahkan untuk menganjurkan 3 jenis program di sekolah. Penglibatan semua warga sekolah dan guru pelatih sebagai penggerak. Kami di nilai oleh Pentadbir sekolah 100%.
  3. KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH) : Kajian yang dijalankan untuk mengatasi masalah atau sesuatu isu dalam pendidikan dan di susuli dengan langkah penyelasaian. Kebanyakan guru pelatih PK IPG KKB buat kajian rintis iaitu pelopor kajian tindakan. maknanya kami buat kaedah sendiri untuk atasi masalah/ isu kanak-kanak khas.
  4. IPG KKB : Institut Pendidikan Guru kampus Kota Bharu, Kelantan


Mohon kalian semua doakan kejayaan aku. Kelak jumpa dalam penulisan akan datang. Terima kasih kawan kerana masih lagi setia dengan penulisan aku!


Jom baca kisah kanak-kanak disleksia di rotan kerana tidak boleh membaca (KLIK SINI)


Categories , , , 9 anak murid kena cubit

Friday, July 1, 2011

Rasional Hantaran Perkahwinan




“Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan”.




Perkahwinan itu bahagia. Bahagia apabila pasangan saling bertolak ansur satu sama lain, menyayangi, setia dan saling mempercayai. Zaman dunia serba milenium ini, ramai pasangan ingin berkahwin. Tetapi, yang menjadi masalahnya ialah isu hantaran. Isu ini memang tidak asing lagi di bibir masyarakat kita khususnya masayrakat Melayu dan Islam. sebagai gambaran, hantaran perkahwinan yang di tetapkan oleh pihak perempuan terlalu tinggi hingga menjadikan fitnah kerana si teruna tidak mampu melunaskannya, malah sanggup berhutang sini sana. Dan kadang kala hantaran beribu-riban ni menyebabkan orang di sekeliling kita memperkatakan pihak perempuan sunggu zalim.


Apa rasionalnya apabila ada segelintir pihak sesuka hati dan berkuasa meletakkan hantaran kahwin dengan harga tinggi sehingga kadangkala membantutkan hasrat pasangan yang ingin berumah tangga?



Terdapat beberapa rasional mengapa hantaran kahwin menjadi terlalu mahal atau tinggi : -


KEPERLUAN DAN KOS PERKAHWINAN


Pertamanya, merujuk kepada harga barang-barang keperluan semasa yang harganya kian naik dari semasa ke semasa. Justeru, bila nak buat kenduri kahwin barang-barang kawalan seperti beras, minyak, gula, tepung, bahan mentah seperti ayam dan daging semuanya diperlukan. Kebiasaannya di kampung-kampung kenduri yang agak besar perlu menumbangkan lingkungan 2 ekor lembu. kalau seekor lembu lebih kurang 2000 hingga 3000, masakan hantaran RM10 000 itu cukup? Itu kalau RM 10 000? kalau hantaran kurang dari itu? Bagaimana pula? Itu tidak termasuk pekej perkahwinan, baju persalinan, kad kahwin, door gift, nak renovate rumah dan sebagainya. Disebabkan tuntutan semasa inilah secara tidak langsung mengheret kepada isu hantaran mahal kerana wang belanja hantaran itulah yang akan dipusing balik untuk dijadikan kos perkahwinan tersebut.


BERPADANAN DENGAN STATUS

  • STATUS SI GADIS


Gadis-gadis atau wanita sekarang merupakan individu yang bijak pandai, berpendidikan tinggi serta bekerjaya. Ada tu, pangkat si gadis lebih tinggi dari si teruna. Oleh itu harga yang perlu dibayar perlulah setimpal dengan apa yang bakal anda perolehi. Bukan bermaksud nak ‘demand lebih’ , jual mahal atau menunjuk-nunjuk namun kalau boleh biarlah ianya berpatutan dan tidak menimbulkan ketidakpuasan hati kepada mana-mana pihak. Bila tidak puas hati, timbul pula perbalahan. Buat si teruna, fikir-fikrilah masak-masak sebelum anda memilih pasangan dan pastikan pasangan itu mempunyai ciri-ciri kesekufuan. dan si gadis pula, janganlah terlalu bangga meletakkan harga diri. (Tetapi kadang-kadang dalam situasi ini bukan si dara yang terlebih demand, ada pula keluarga, kadang kala cemuhan orang-orang sekeliling)




Ikuti dialog ringkas di bawah : -



"Eh Limah, anak kau tu kan .......... , tak padan lah nak letak RM 10 ribu je hantaran. kalau RM 15 ribu tu padan dah la. kau jangan la malu-malu. Mntak aje. Kalau lelaki tu nak kan anak kau, pandai-pandai lah dia cari duit!"

"Zarina, kau perasan tak hantaran pengantin tadi. Murah semacam je. jangan-jangan pengantin tu dah pernah 'terlanjur' agaknya... ye lah dah tak ada dara, kurang lah saham!"



  • STATUS SI TERUNA

Kadang kala ada si teruna ikhlas ingin menghadiahkan hantaran yang tinggi tersebut kepada bakal isterinya kerana terlalu sayang atau cinta. Lelaki jenis ini adalah lelaki yang bermurah hati. bahagia jika dapat suami seperti ini. tetapi jika si suami mampu, apa salahnya. jika tidak mampu, apakan daya. terimalah apa yang di beri, itu setakat kemapuannya.

Buat wanita-wanita di luar sana, hantaran rendah bukan bermaksud kita tak ada harga atau tak pandai meletak harga. Fikirkan masa depan yang bakal dihadapi selepas berumah tangga. Selepas berkahwin banyak lagi perkara yang perlu difikirkan termasuklah jika bilangan ahli keluarga kian bertambah. Bagaimanapun, segalanya terpulang kepada setiap individu. Fikirlah dengan akal dan hati bersih, bukan dengan hasutan dan bisikan syaitan.





***************************************




Sumber lain untuk tambahan bacaan minda anda : (Klik sini)

Apa rasionalnya letak nilai wang hantaran tinggi?

Pendapat ummi wang hantaran hanyalah hadiah pihak lelaki kepada ibu bapa pihak perempuan. Bukannya mesti ditetapkan. Kalau tidak ada pun tidak jadi kesalahan sebab tidak ada pun dalam hukum syarak munakahat. Yang ada cuma mahar=maskahwin sahaja. Jadi kalau pihak lelaki datang bertanya kepada pihak perempuan,berapa hadiah wang hantaran yang diingini, sepatutnya pihak perempuan boleh jawap, berilah berapa ikhlas , ikut kemampuan dan tidak membebankan pihak lelaki. Namanya pun hadiah sahaja dari pihak lelaki kepada perempuan, jadi tidak perlulah pihak perempuan yang menetapkan.

Ada setengah orang kata , duit hantaran itu untuk kos pihak pihak perempuan buat kenduri. Jika pihak perempuan nak buat kenduri, buatlah sekadar nilai yang diberikan. Ada yang kata barang sekarang ni mahal. Adakah harga seorang anak perempuan itu sama dengan nilai barang? Setahu saya, nilai seorang muslimah memang lebih mahal dari wang atau emas permata, malah tiada nilainya. Jadi perlu apa mahu dibandingkan nilai barangan semasa dengan nilai hadiah hantaran kepada seorang perempuan? Kita bukan berurusniaga barangan.





nota kepala bersama :

"Hantaran nak mahal-mahal, masak apa pun tak reti! Jom renung-renungkan!


4 anak murid kena cubit
 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas