Thursday, September 29, 2011

#Kenangan : Pembentangan Penyelidikan Tindakan




Assalamualaikum. Kerana terlalu sibuk dengan pelbagai persediaan diri untuk menghabiskan sisa-sisa belajar di IPG, aku tidak berkesempatan langsung untuk memperbaharui penulisan di blog kecil ini. Maaf kalian. Disini aku perjelaskan dimana aku ada menjalankan Kajian Tindakan dan kajian tersebut pun telah selesai dibuat pembentangannya, jadual pembentangan aku adalah seperti berikut :



PEMBENTANGAN KAJIAN TINDAKAN PENDIDIKAN KHAS SEM 8 2011


  • Nama : Mastura binti Mohamad Amin
  • Tajuk Kajian : "Saya Lihat, Saya Ingat, Cikgu!"
  • Tempat : Bilik 2, Wisma Al-Hikmah, Pusat Dakwah Islamiah, Kota Bharu, Kelantan
  • Tarikh & Hari : 28 Sept 2011 - Rabu
  • Masa : 9.00- 10.00 Pagi
  • Nama Penilai : Hj Rusli bin Mahmood, Cik Siti Fatimah bt Salleh


Sedikit ringkasan tentang Kajian Tindakan yang aku jalankan. Masalah yang dihadapi oleh murid-murid aku adalah masalah kekeliruan abjad. Masalah ini kebiasannya dialami oleh kanak-kanak Disleksia. Dimana semasa sesi P&P, murid tersebut telah pun membuat kesilapan tertukar huruf seperti M/W, b/d dan p/q. Justeru itu, aku telah merancang satu teknik untuk mengatasi masalah murid-murid aku ini melalui Teknik Latih Tubi menggunakan Cermin. Cermin kebiasaanya kita gunakan untuk melihat muka, badan atau sebagainya. Tapi kali ini, aku gunakan cermin tersebut untuk atasi masalah kekeliruan abjad murid tersebut. Segala langkah-langkag dan prosedur perjalanan untuk aku selelsaikan masalah ini telah aku nyatakan dalam sesi pembentangan yang dinamakan Pembentangan 'VIVA'.



Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang dirancang. Sepanjang pembentangan tersebut tiada halangan atau sebarang kesulitan. Tiada juga tentanga atau soalan diluar jangkauan dari panel penilai. Aku cuma dibtegur dan ia adalah untuk penambahbaikan dalam Prosiding Seminar. Aku sangat bersyukur kerana Allah memberikan aku ruang untuk memperbaiki diri dari kajian tindakan yang aku jalankan ini.


Seperti yang anda ketahui, Kajian Tindakan kebiasaanya dijalankan di sekolah untuk guru-guru menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid. Mengapa perlu selesaikan masalah murid? Sebagai seorang guru, kita seharusnya sentiasa bersedia dari segi fizikal, mental dan ilmu pengetahuan dan segala perkara tersebut perlu kita aplikasika untuk kita tingkatkan potensi murid-murid kita. Justeru itu, Kajian Tindakan yang telah aku jalankan ini sangat relevan dan berkesan dihati. Dimana, aku belajar bagaimana membantu kanak-kanak Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran mencapai tahap yang seiring dengan kanak-kanak normal. Mereka sebenarnya boleh, tetapi atas usaha dan kepekaan seseorang guru tersebut dalam menggunakan kaedah dan teknik mengajar yang betul.


Harapan dan Cadangan, jika adik-adik junior IPG dan rakan-rakan yang akan diberi peluang untuk menjalankan Kajian Tindakan, anda ambil peluang ini sebaik-baiknya. Jalankan dengan setulus hati. InsyaAllah niat ikhlas akan dibalas dengan kebaikan. Semoga anda semua menjadi guru-guru yang berjaya melahirkan modal insan yang luar biasa hasil tangan dan titik peluh guru luar biasa seperti anda semua.

Murid kita adalah nadi kita, jika kita mengabaikan mereka, kita tidak akan berasa tenang dan seolah-olah tidak bernafas. Jika kita sentiasa mengambil berat dan menjaganya sebaik mungkin, ia akan memberikan kesihatan yang mengujakan. begitu juga dalam pendidikan. Guru perlu cakna dengan segala keperluan dan masalah murid khususnya kanak-kanak Pendidikan Khas yang sememangnya perlukan bimbingan. Aku terlalu sayangkan mereka. Dan aku tahu anda semua pun suka kan kanak-kanak. APa salahnya didik mereka seperti anak atau adik beradik kita. perbuatan yang baik akan di balas dengan kebaikan berlipat kali ganda.


Sama-samalah kita berjaya dan menjalankan Kajian Tindakan demi memperkembangkan potensi murid-murid ke tahap optimum selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas. Anda mampu menghasilkan Kajian Tindakan lebih baik dari kami, InsyaAllah! :)






Categories , , 4 anak murid kena cubit

Saturday, September 17, 2011

First GiveAway By Tengkunizam | Rakan Blogger Klik1Malaysia






Hadiah yang ingin dimenangi ialah :


Domain setahun tajaan Intan Nur Fateha

atau

Domain setahun tajaan Tengku Nizam

Tarikh tutup ialah pada 28 September 2011
Keputusan akan diumumkan pada selewat2 nya 8 Oktober 2011..
Hadiah cukup lumayan kan ?
Cepat join semua !


Categories 1 anak murid kena cubit

Wednesday, September 14, 2011

Kehidupan itu ibarat bulu ayam yang berterbangan





Ayam meneruskan kehidupan juga seperti kita cuma bezanya kita berakal, dia tidak berakal



Assalamualaikum. Bukan kisah ayam yang aku nak ceritakan sekarang. Tapi kisah kehidupan manusia dimana menurut pendapat dan gagasan minda aku iaitu berbunyi 'Kehidupan itu ibarat bulu ayam yang berterbangan'.


Jelas atau tidak dengan pepatah buatan sendiri itu? Sememangnya tidak jelas jika kamu wahai pembaca tidak meneruskan pembacaan di blog aku. Pertamanya ialah peringatan, penulisan aku kali ini hanya dari layangan dan gagasan pemikiran aku sahaja ya. Dimana-mana pihak yang kurang bersetuju itu hak mereka, kerana setiap pemikiran manusia berbeza-beza setiap seorang. Persoalan matang atau tidak penulisan aku ini, kamu boleh nilai atas hujah-hujahku. Jangan menggila memberi respon yang tidak matang.


Manusia itu dijadikan dari tanah. Itu menurut perspektif Islam. Itu benar, aku tak nafikan dan aku juga tidak menidakkannya. Manusia juga ada kehidupan. Kehidupan itu perlu dicorakkan oleh manusia itu sendiri. Kehidupan manusia bahagia atau tidak itu bukan juga berfaktor daripada manusia itu sendiri ya, kadang kala ia dari kekangan dan sokongan insan di samping mereka.


Sebagai contoh, Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed, beliau mencapai kehidupan sempurna dimata kita kan? benar, tetapi disebalik kejayaan dan kepuasannya itu bukan sahaja dari usaha kerasnya, pasti ada pemangkin yang membantu beliau sampai ke tahap tersebut. Misalnya Ibu bapanya yang mendidik dengan betul, rakan-rakan yang pernah digaulinya atau kos pengajian semasa di Universiti yang dipilihnya benar-benar mengikut tahap kebijaksanaan dan kemampuan beliau.


Kehidupan itu ibarat bulu ayam yang berterbangan. Jika ia terbang mengikut pusaran tiupan kencang yang hebat, akan pergi lah ia ke tempat yang tak terjangkau jauhnya dan menjadi helaian yang menakjubkan. Jika ia terbang melayang sendirian dengan angin tak berperasaan, akan jadilah ia diri sendiri mati tak dipedulikan. beku lagi kaku.


Setiap manusia itu mampu menjadi insan luar biasa. Tetapi insan yang luar biasa adalah dari segala pemikiran dan tindakannya yang juga luar biasa. Manusia juga perlu kuat, cekal dan mempunyai kesedaran yang menakjubkan supaya kejayaan yang dikecapinya kelak akan tersohor.




Bagaimana mencapai kehidupan yang menakjubkan?

  • Niat - Niat melakukan sesuatu perkara itu perlulah ada di landasan yang betul. Cuba muhasabah diri, perhatikan setiap kejadian dan perkara yang berlaku hingga kini adalah hasil dari tangan Allah. Justeru itu, kita sebagai hamba perlulah niat meneruskan kehidupan di muka bumi ini untuk mengabdikan diri kerana Allah. Jika seseorang cikgu itu hadir ke sekolah untuk mengajar. Niatkan ilmu yang diberi kepada murid itu ikhlas kerana Allah. InsyaAllah setiap perkara itu mendapat keberkatan. Niat sangat penting kerana ia seolah-olah membentuk 'mind set' kita.

  • Perancangan - Untuk mencapai tujuan hidup, ia sememangnya memerlukan perancangan. Ia tidak akan sesekali berlaku dengan sendirinya. Senaraikan tujuan hidup yang ingin dicapai oleh anda. Ini adalah untuk memudahkan anda mengesan samaada anda sedang berada di landasan untuk mencapai satu-satu tujuan itu ataupun tidak.

  • Berusaha keras - Untuk mencapai tujuan hidup, anda sepatutnya mempunyai penanda aras sebagai panduan halatuju anda. Hanya tetapkan penanda aras yang minumum sahaja. Tetapi dalam masa yang sama anda perlu berusaha keras untuk mencapai yang lebih baik dari apa yang telah dihadkan. Sebagai contoh, untuk bulan ini anda ingin menyimpan rm100. Tetapi sekiranya dalam bulan tersebut anda mampu untuk menyimpan rm110 adalah lebih baik.

  • Jangan sesekali berhenti - Apabila anda sudah mencapai satu-satu tujuan didalam hidup anda, jangan sesekali berhenti. Cuba untuk mencapai tujuan yang lebih baik pula. Ia adalah kerana anda sebenarnya adalah lebih baik daripada apa yang anda sendiri fikirkan.

  • Takut kepada Allah - Salah satu cara mencapai kehidupan yang bahagia dan tenang adalah dengan takut kepada Allah. Kita hendaklah yakin dan takut kerana setiap pergerakan kerja kita adalah dipantau oleh Allah SWT. Kerana Allah itu maha mengetahui segala-galanya.





Manusia juga tidak lari dari melakukan kesilapan. Tetapi tidak semua manusia cakna dan mengambil kesilapan yang pernah dilakukan itu sebagai pemangkinnya untuk berubah. Kehidupan kita ini jika diatur dengan baik, perlu ada wawasan dan disiplin yang perlu kita patuhi. penghujungnya, kita akan memperolehi impak yang besar dan positif dalam meneruskan kehidupan mendatang. Jika kita tidak bersungguh-sungguh dengan kehidupan kita, maka ia akan terumbang -ambing dan tidak berperasaan. Ia menjadi helaian bulu yang berterbangan tidak berarah. Berhenti terbang apabila tidak temui angin bertiup. Ia akan mati. Beku lagi kaku.





Sekian. Wallahua'lam.



Categories 3 anak murid kena cubit

Monday, September 12, 2011

#Kenangan : Semalam bersama blogger Cheno dan Cikgu Blogger




Assalmualaikum. Rasanya tak terlambat lagi untuk aku perbaharui penulisan di blog ni. Ya, minggu lepas kalau tak silap hari Khamis or Jumaat, saya bersama Cik Diana (blogger) dan rakan-rakan sempat berumpa Cheno Zainordin. Kenal siapa Cheno? Tak kenal? Kesian korang.. Dia juga seorang blogger yang sangat dikenali, sangat comel dan banyak cakap, kamu tahu? Cheno ni datang dari Johor ke Kelantan untuk berjumpa kekasihnya, tapi mengambil peluang untuk jumpa rakan-rakan yang lain. Memang kebetulan kami pun ada area Kota Bharu ni, tu yan sempat sangat jumpa. Terima Kasih sebab datang ye Cheno. Lain kali datang sini roger awal-awal ok.












saya dan Cheno



Yang hadir :

Yang tak sebut nama maaf banyak-banyak tak jumpa link anda. Ok itu sahaja kali ini, Babai.



8 anak murid kena cubit

Thursday, September 1, 2011

#Kenangan : Murid istimewa hasilkan Jalur Gemilang 20 meter




Assalamualaikum. Selamat Hari Raya dan Selamat Menyambut Kemerdekaan. Korang ingat lagi tak dengan penulisan entry aku yang lepas. (KLIK SINI) . Aku ada kisahkan pasal aku bersama-sama guru-guru serta murid-murid Pendidikan Khas terlibat dengan sesi melukis dan mengecat jalur gemilang sepanjang 20 meter di sekolah tempat aku berpraktikum.



Jadi, tengah syok beraya terperasan dekat facebook, satu keratan akhbar dimana gambar bendera yang siap tu masuk dalam Utusan Malaysia Online. Alhamdulillah, memang tak sia-sia usaha keras kami semua. Jom tengok.

Murid istimewa hasilkan Jalur Gemilang 20 meter



[Guru Besar SK Padang Kala (bertali leher), Ab Aziz Salleh bersama murid PPKI yang berjaya menghasilkan Jalur Gemilang sepanjang 20 meter di sekolah itu di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini]


Murid-murid istimewa Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kala berjaya menyiapkan Jalur Gemilang sepanjang 20 meter di Kota Bharu, Kelantan,, baru-baru ini.


Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas sekolah itu, Zaidee Jusoh berkata, kejayaan tersebut merupakan satu mercu tanda ke arah melahirkan generasi daripada kalangan murid kurang upaya untuk mengenal, menghayati dan mencintai negara terutamanya lambang kemegahan kita iaitu Jalur Gemilang.


"Semoga dengan penghasilan Jalur Gemilang ini mampu meningkatkan semangat kemerdekaan bukan sahaja di kalangan murid kurang upaya malah kepada semua warga sekolah untuk menyambut hari kemerdekaan tidak lama lagi," katanya.


Menurut beliau, penghasilan bendera itu bukan sahaja memenuhi hasrat dan saranan kerajaan dalam menghayati bulan kemerdekaan malah menjadikan bangunan PPKI sebuah bangunan yang ceria serta menarik dihiasi dengan Jalur Gemilang.


Bendera itu disiapkan dalam tempoh empat hari oleh murid istimewa yang dikawal selia oleh guru PPKI dan pembantu pengurusan murid.


"Ia membuktikan bahawa murid-murid istimewa juga mempunyai rasa tanggungjawab kepada negara, memelihara kedaulatan Jalur Gemilang, bersama menggerakkan wawasan negara, mengenal sejarah kemerdekaan negara dan mengenal konsep 1 Malaysia," jelas Zaidee.


Pada masa yang sama, ujarnya, projek membuat bendera ini berjaya menjalinkan semangat kerja berpasukan antara semua pihak.





Sumber Utusan Malaysia Online (29/8/2011) : KLIK SINI




Nota Kaki :

  • Tahniah kepada semua warga PPKI, Guru Besar SK Padang Kala dan murid-murid Pendidikan Khas atas setiap kejayaan yang dicurahkan. semoga dipermurahkan lagi rezeki kalian dan kanak-kanak istimewa.
  • Sk Padang Kala merupakan sekolah yang memiliki pentadbiran yang cekap dan guru-guru yang berada di sana sangat komited menjalankan tugas. Ini adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya berpraktikum disana. Rasa kagum dan teruja apabila diberikan peluang berada di sekolah tersebut.

Categories , 2 anak murid kena cubit
 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas