Thursday, November 17, 2011

MALAM GRADUASI GURU PISMP SEM 8 DI CROWN GARDEN HOTEL, KB




Salam. Kepada semua pembaca blog sekalian. Alhamdulillah, sesi peperiksaan akhir semester untuk terakhir kalinya di IPG Kampus Kota Bharu sudah pun sampai ke titik noktahnya. Dan sempena perpisahan kami semua ini, ada satu Majlis Jamuan Makan Malan (Dinner) yang diberi nama Malam Graduasi Guru-Guru PISMP Semester 8 (Ambilan jan 2008).

Alhamdulillah sudah 5 tahun setengah bergelar guru pelatih di IPG, tiba masa kami kali terakhir untuk bersama-sama duduk semeja. semua nampaknya kacak, cantik, ayu, dan dibuai dengan perasaan gembira, kekenyangan dan tak lupa juga ada yang tiba ke saat-saat akhir masing-masing berasa sedih apabila perhatikan gelagat rakan-rakan yang akan kami tinggalkan kelak. Masing-masing akan mula dipostingkan pada tahun depan, dan InsyaAllah akan bergelar pendidik berkesan. Amin. Jom tengok gambar-gambar yang ada dalam simpanan sepanjang dinner tersebut.


Tarikh : 17.11.2011
Masa : 8.00 - 10.30 malam
Tempat : Crown Garden Hotel, Kota Bharu, Kelantan
Tema : Malam Tradisional


Kat tangga pun jadi lah. huhu.


Ala-ala artis bollywood


tak cukup india lagi sebab tak da aksesori



Sari menjadi pilihan hati.



bersama housemate yang cantik.


bersama rakan sekelas. All girls yaw.. :P


skandal meletup!








ok, itu sahaj. semoga kenangan terindah ini akan kekal diingatan. Amin.


Categories 7 anak murid kena cubit Links to this post

Friday, November 4, 2011

PEPERIKSAAN AKHIR SEM 8. DOAKAN SAYA.



Assalmualaikum. Salam pertemuan kembali. Semoga rakan-rakan blogger dan pembaca sihat walafiat hendak-Nya.


Seperti biasa, rutin seorang guru pelatih seperti saya ini, akan berdepan dengan peperiksaan akhir semester. Bagi saya, peperiksaan bagi semeser ini adalah peperiksaan yang terakhir sepanjang saya berada di IPG Kampus Kota Bharu. InsyaAllah saya akan berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dan sekaligus mampu menggulung ijazah pada Majlis Konvokesyen tahun hadapan.


Klik gambar untuk tumbesaran yang lebih sihat


Kesemuanya adalah sebanyak 3 subjek yang akan saya duduki semasa peperiksaan kali ini. Semoga saya dapat menjawab soalan dengan tenang dan betul. InsyaAllah. Amin.

Selesai peperiksaan pula saya mungkin terlalu sibuk dengan menguruskan hal-hal mengemas rumah sewa ini, pos barang, pos motor dan sebagainya. sebabnya, saya tak akan datang ke kelantan lagi selepas ini. oleh kerana terlalu sibuk nanti, Jadinya saya terpaksa meninggalkan blog ini kemungkinan dalam masa 2 minggu untuk lebih fokus dengan pengurusan hidup. Maaf kepada semua. Dan InsyaAllah kedatangan penulisan yang terbaru nanti pasti ada berita gembira buat anda semua.


Jaga diri, jaga hati dan jaga akal. Semoga kalian semua berada dalam keadaan selesa dan gembira.

Assalamualaikum.


Categories 4 anak murid kena cubit Links to this post
 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas