Saturday, July 21, 2012

Bride 2 Be: Pakej Perkahwinan Booked!



Assalamualaikum semua.. 

Alhamdulillah semalam 21.7.2012 aku dan tunang dah pun selesaikan tentang pekej perkahwinan untuk majlis kami nanti pada 22.12.2012. Kami pergi 2 butik di sekitar Bukit Gambir, Muar. Butik pertama Butik Andaman Pengantin Remaja. Butik ni memang murah, pakej paling mahal yang ada baru RM2000. Baju pun sangat cantik dan design terbaru. Mula-mula kami lega, sebab pakej yang kami nak tu harganya RM 1700. Bila kira-kira balik, pelamin yang disediakan utk pakej tu sangat simple. Alahai. Terus kitorang rasa down sangat. Cerita punya cerita, sekali tengok kalender diorang, tarikh wedding kami tu dah penuh. Apa lagi dengan hampanya kami pun keluar la dari butik tu. 


Tak jauh dari Butik yang kami pergi tu, ada lagi satu butik baru buka. Kami cuba nasib. Nama butik tu Pesona Pengantin. Pekerja yang melayan kami tu nyah sebenarnya. Tapi sangat mesra dan boleh bertimbang rasa. Harga asal adalah RM2300, dan harga yang kami dapat RM2000. Dan itulah budget kami dan itu je kami mampu. Nasib baik dia jenis yang peramah. Kebetulan tarikh wedding kami masih kosong lagi. So, terus kami booked.

Pakej yang kami dapat dengan harga RM2000 ialah :  
Set Pelamin (kami request designnya, tapi 1 panel je lah)
Hiasan Main table
Hiasan Bilik tidur
1 set persalinan bersanding
Full Aksesori pengantin (semua barang termasuk yang digunakan sepanjang majlis)
Make up 2 kali
Pintu gerbang


Korang rasa macam mana. Ok ke tidak? Huhu. Kalau tak ok pun, terpaksa juga ok kan. Sebab butik lain lebih mahal dan kebanyakannya dan full utk tarikh wedding kami.. Sedih sebab baru bulan 7, wedding bulan 12 kebanyakkan nya dah full. Kitorang lewat sangat ke. huhu.





Ini adalah contoh design pelamin yang aku dan tunang aku request pada Butik Pesona Pengantin. Ronny kata pada kami yang dia akan buat pelamin ni 95% sama macam dalam gambar ni. Lega bila dengar. Harap2 berbaloi dengan apa yang kami bayar. 


Doakan wedding kami pada 22.12.2012 nanti berjalan dengan lancar ye. InsyaAllah. Amin :)



Categories , , 14 anak murid kena cubit

Saturday, July 14, 2012

Hari Pendidikan Khas Daerah Batu Pahat


Assalamualaikum :)


Murid yang terlibat dengan Nyanyain solo. Nadhilah, Fadhil dan Azrin. 


Menu : Mee Bandung Muar yang dimasak oleh Hakim dan Amirull



Murid-murid yang mendapat kemenangan



Cikgu Mastura bersama anak-anak murid yang terlibat.



Syariffah dan Rahman selepas selesai membuat gubahan



Pada hari Rabu dan Khamis iaitu 11 dan 12 Julai 2012 yang lepas telah berlangsung Hari Pendidikan Khas peringkat Daerah Batu Pahat di Dewan Jubli Intan.

Kami telah menghantar 10 penyertaan iaitu nyanyian,gubahan,mewarna serta masakan. Kategori yg diadakan ialah nyanyian solo lelaki,perempuan, dan juga nyanyian solo Down Syndrome. Pertandingan masakan juga diadakan. Menu yg disediakan oleh peserta dari PPKI Sk Penghulu Salleh ialah mee bandung muar. Memang sedap. Tak sangka anak murid yg istimewa ni mampu memasak dengan sempurna.

Selain tu juga PPKI SK Penghulu Salleh ada menghantar murid utk sertai pertandingan gubahan. 2 orang murid telah bertungkus lumus membuat gubahan menggunakan sejadah.

Kejayaan yg kami kecapi sepanjang hari pendidikan khas ini ialah peserta nyanyian solo perempuan telah mendapat tempat ke 2 manakala 3 orang peserta yg terlibat dalam pertandingan mewarna telah mendapat tempat ke 2 dan ke 3. Alhamdulillah. Kejayaan demi kejayaan yg dikecapi hasil titik peluh anak murid kesayangan dan guru-guru pembimbing.

Semoga kejayaan ini akan berterusan dari semasa ke semasa. Anak istimewa tanggungjawab bersama. :)
6 anak murid kena cubit
 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas