Monday, July 8, 2013

3 Bulan Pertama



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah kesihatan aku dari hari ke hari semakin sihat. Hari aku menaip ni genaplah 3 bulan dah usia kandungan aku ini. Sepanjang mengandung banyak juga dugaan yang dihadapi termasuklah ragam baby dalam perut ni nak kan makan macam-macam tapi bila makan terus je muntah melambak-lambak. takpe. Kali ni demi baby aku kena redha. :)

Lama rasanya tak menaip. Mungkin sebab makin lama maki hilang masa dan minat untuk berblogging. Tapi sekarang aku cuba juga perbaharui penulisan sekurang-kurangnya seminggu atau sebulan sekali. Kali ini topik ringkas. Cuma aku nak kongsikan perasaan, pengalaman, impian dan harapan aku. Maksud aku, apa yang aku harapkan sepanjang mengandung ni. 


Perasaan


Masa mula-mula dapat tahu ni aku memang langsung tak muntah-muntah. Cuma apa yang aku rasa adalah dari segi pernafasan aku. Semakin banyak aku bercakap, berjalan, bersukan. Badan aku jadi semakin cepat termengah-mengah. Nafas pendek. Lepas pergi cek UPT untuk beberapa hari selepas tu, baru la aku disahkan mengandung 7 minggu. Perasaan berbolak-balik, sedih, takut, terlalu gembira dan benda pertama aku buat adalah sujud syukur atas rezeki yang Allah bagi. Alhamdulillah. 

Niat

Aku cuma ada 1 niat je yang terlintas masa awal-awal mengandung dulu. Aku nak khatamkan Quran dalam tempoh mengandung. Maknanya aku ada lebih kurang 6 bulan lagi. Baru muka surat 136. Aku kena baca sekurang-kurangnya sehari dalam 10 helai baru aku sempat nak habis Quran ni. Harap-harap impian aku tercapai. 

Pemakanan

Semestinya aku akan cuba makan makanan yang berkhasiat. Tapi masalah aku satu je, aku tak suka makan sayur. Jadi, aku dah pun tukar untuk makan buh-buahan dan tambah dengan suplement. Suplement apa aku makan? Shaklee. Ni pun dapat hadiah dari seseorang. Terima kasih kawan! Lagi satu, susu, kurma, kismis dan juga asid folic adalah makanan yang memang wajib dimakan untuk tumbesaran anak yang terbaik. Semua pun tahu asid folic banyak kebaikan antaranya elakkan anak jadi cacat. Dan kurma dan kismis adalah makanan yang bagus untuk perkembangan otak bayi. Selain dari itu, adalah terpulang kepada ibu mengandung lain untuk menggalakkan selera makan masing-masing demia bayi mereka.


Aku ada memetik kata-kata seorang tokoh : 

Menurut seorang pakar Neurosains, Prof. Dr. Haji Azizan Haji Ismail, ibu yang mengandung adalah tidak digalakkan meminum minuman yang berkafein seperti Nescafe atau kopi. Hal ini akan menyebab tumbesaran anak di dalam kandungan terganggu. Makanan yang mengandungi alkohol dan karbohidrat (roti, kentang, gula dan cokelat) juga perlu dielakkan. Makanan berkhasiat seperti telur, ikan, keju, daging dan hati perlu diambil ketika mengandung. Buah-buahan seperti limau, pisang, betik, tembikai, dan sebagainya juga baik untuk dimakan. Minumlah susu sebanyak mungkin kerana ia mempunyai kalsium yang baik untuk anda dan anak anda.



Amalan-amalan


Surah-surah amalan ini adalah bergantung kepada individu masing-masing untuk mereka amalkan. Ada yang baca sedikit demi sedikit. Ada yang baca setiap hari. Ada yang baca sebulan 1 surah. Ia terpulang, yang penting niat dan amalan yang berterusan. InshaaAllah.


Baiklah. Ini sahaja perkongsian aku pada kali ini. Kalau ada masa yang lapang, aku akan cuba perbaharui penulisan aku untuk tatapan pembaca. Penulisan ini adalah bukan dengan niat untuk menunjuk-nunjuk, aku hanya ingin kongsikan sesuatu pengalaman gembira bersama orang disekeliling. Tiada niat tidak baik. 

Harap kita bertemu di lain penulisan. Amin. 


1 anak murid kena cubit Links to this post
 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas