1.KECEMERLANGAN PERIBADI
- Mempunyai keyakinan diri
- Berakhlak dan bermoral
- Bersikap adil dan bertimbang rasa
- Beramanah dan bertanggungjawab
- Kreatif dan inovatif
- Sentiasa mengurus diri dengan kemas
- Sedia berkongsi dan berkerjasama
- Bersikap terbuka
- Bersikap positif
2.KECEMERLANGAN PENGETAHUAN & KEMAHIRAN
- Mengamalkan budaya ilmu
- Kebolehan untuk menyelesaikan masalah dan embuat keputusan yang rasional dan objektif
- Menyertai dan memanfaatkan kursus dalam perkhidmatan untuk meningkatkan kualiti kerja
- Kebolehan menyediakan kertas kerja, laporan prestasi murid, minit mesyuarat, dokumentasi dll.
- Pakar rujuk pengajaran dan pembelajaran
- berupaya mengendalikan aktiviti kokurikulum
- Mengenalpasti keperluan dan masalah individu murid/pelajar serta menyediakan program tindakan susulan
- Pengurusan masa, bahan, sumber, alatan p&p
- Peka dan prihatin terhadap keperluan kebajikan murid/pelajar
3. KECEMERLANGAN KERJA
- Pengurusan keceriaan bilik darjah.
- Berjaya membimbing murid mematuhi peraturan dan tahap pembelajaran.
- Menguasai dan menggunakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.
- Melaksanakan rutin dengan berkesan bagi memudahkan pembelajaran.
- Menyemak kerja murid/pelajar dengan teliti, tepat dan memberi komen yang positif untuk menggalakkan pembelajaran yang seterusnya .
- Memberi kerja bertulis dan latihan mengikut kekerapan yang sesuai .
- Memberi bimbingan pelajaran kepada murid di luar waktu pengajaran.
- Menggunakan hasil pengujian dan penilaian untuk membaiki pengajaran.
- Sentiasa merangsang murid berfikir.
- Merancang pelajaran yang baik.
- Hasil pembelajaran murid menunjukkan peningkatan.
- Aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan mata pelajaran dirancang dan dilaksanakan dengan penuh komitmen.
- Berupaya meningkatkan penglibatan, minat dan prestasi murid .
Post a Comment
0 anak murid kena cubit: