Thursday, March 3, 2011

seorang guru perlu tonjolkan 2 perkara ini untuk nampak diri lebih sempurna

assalamualaikum
~maaf penggunaan kata 'aku' kepada golongan veteran dan lebih berusia~

hadir lagi aku menghadap bukunet untuk teruskan penulisan, sungguhpun aku kini terlalu sibuk ke sekolah berpraktikum, sempat juga luangkan masa memperbaharui penulisan disini. kalau ada rakan-rakan yang masih perhatikan penulisan aku yang lepas, memperkatakan tentang aku membuat VLOG semasa perjumpaan cikgu blogger, kandungan VLOG itu adalah ringkas sahaja. aku juga baru sedar aku jenis bercakap yang susah untuk orang faham isi utamanya. kesian pendengar kena perhati betul-betul apa aku kata dalam vlog tersebut. ok, sekarang berhenti kata tentang vlog.

aku nak kongsikan 2 perkara yang wajib dilakukan oleh seorang guru supaya kelak, guru tersebut lebih disenangi, disayangi, dikagumi dan dihormati.


keyakinan



menjadi seorang guru bukanlah perkara yang mudah ala-ala menjilat gula-gula lolipop sambil goyang kaki, muka pula tiada perasaan. malah, menjadi seorang guru harus memiliki keyakinan yang tinggi. kurangkan kebergantungan terhadap orang lain, belaja untuk berdiri diatas kaki sendiri dan teruskan kehidupan dengan semangat. bagaimana yang dikatakan keyakinan?
  • keyakinan dalam menyampaikan setiap ilmu terhadap pelajar
  • keyakinan dalam meyakinkan pelajar bahawa mereka mampu mencipta kecemerlangan dan dapat mencapai cita-cita yang diingini
  • keyakinan dalam berpenampilan, berpakaian sopan, tutur bicara lemah lembut, tindakan yang matang, memiliki empati dan kasih sayang terhadapap pelajar yang tinggi.
  • keyakinan dalam berkomunikasi dan berkolaborasi dengan pelbagai pihak.
  • keyakinan dalam membuat sebarang keputusan.
  • keyakinan membawa diri dalam persekitaran sekolah.
  • keyakinan menggalas tanggungjawab.

senyuman


kalau senyuman itu boleh meleraikan hati manusia yang sedang dilanda gundah dan dibelenggu amarah, apa salahnya kita memberi senyuman yang ikhlas supaya orang lain disekeliling kita menjadi lebih selesa dan bahagia bersama kita.

Jarir bin Abdillah pernah bercerita:

“Sejak aku masuk Islam, Nabi tidak pernah menghalangiku untuk menemuinya. Dan setiap kali berjumpa denganku, beliau selalu tersenyum padaku.”
(HR. Bukhari)


Nabi senantiasa mengekspresikan mukanya dengan senyum. Nabi juga mengajarkan kita untuk berlemah lembut, sebab lemah lembut merupakan rahmat dari Allah.


Seperti Firman Allah SWT yang berbunyi :


Ertinya :

"Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
(QS. Ali Imran :159)



Rasulullah mengingatkan “Janganlah kamu meremehkan kebaikan sekecil apapun, sekalipun itu hanya bermuka manis saat berjumpa saudaramu.” (HR. Muslim)

Senyuman juga Menyembuhkan Penyakit

Dari segi kesihatan, tersenyum juga sangat positif. Orang tersenyum akan memperoleh banyak manfaat untuk kesihatan tubuh dan kejiwaan. Nabi sendiri membuktikannya, dimana beliau selalu senantiasa sehat. Karena Nabi murah senyum ketika berinteraksi dengan keluarga maupun para sahabat.


nota hati :
  • setakat ini dah 2 kali aku menerima penyeliaan dari pensyarah, dan 2 kali penyeliaan guru pembimbing. alhamdulillah, semua berjalan lancar seperti dalam perancangan.
  • tonsil di tekak aku ini sukar hendak surut pada keadaan yang asal. harap-harap cepat sembuh.
  • praktikum aku tinggal 6 minggu sahaja lagi, kuatkan semangat dan tingkatkan usaha.



Categories , ,

7 anak murid kena cubit:

Unknown on 5:59 PM, March 03, 2011 said... BALAS

setuju.. setuju... tq cikgu.. =)

Cik Ungu Kamila on 6:10 PM, March 03, 2011 said... BALAS

erm, bukan saja guru, orang lain juga perlu tonjolkan keyakinan & snyuman :)

selamat pagi cikgu ! heeee.

Anonymous said... BALAS

semoga lulus cemerlang

Tambah Duit Tabung Dengan Heartbeat

cik mas on 8:50 AM, March 04, 2011 said... BALAS

@Encik Blogger

terima kasih :)

cik mas on 8:50 AM, March 04, 2011 said... BALAS

@Cik Ungu Kamila

tau x pe.. sama2 aplikasikan ya :)

cik mas on 8:51 AM, March 04, 2011 said... BALAS

@Cikgu Den

terima kasih cikgu :)

emieysandra on 9:08 AM, March 04, 2011 said... BALAS

setuju sgt!!
ala..sory akak, xsempat ag nk tgk vlog akak tu, jap ea sy cari..;)

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas