Sunday, March 6, 2011

Aku Mempunyai Tanggungjawab Yang Besar Terhadap Kanak-Kanak Penghuni Syurga





[Gambar : kanak-kanak down sydrome dengan senyuman buat aku tak henti senyum sepertinya]


Bercinta Dengan Ilmu.. Berkasih Dengan Pengalaman.. Merindui Kenangan.. aku Mempunyai Tanggungjawab Yang Besar Terhadap Kanak-Kanak Penghuni Syurga. itu tugas yang aku perlu galas dibahu, dan aku juga perlu jawab diakhirat dan padang mahsyar kelak. mampukah aku?

kali lepas, aku masuk ke kelas mulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan penuh semangat, dengan harapan kanak-kanak penghuni syurga ini menerima 'sesuatu' dari pengajaran aku. alhamdulillah, mula pengajaran, semua tenang dan seperti tiada apa-apa berlaku.

tendangan sakti dengan kuasa kuda

mula mengajar, tiba-tiba seorang kanak-kanak tersebut berlari dari belakang kelas dan sekuat hati menendang dinding papan putih. bagai luruh jantung aku. waktu bila dia bangun dan berlari pun aku tak sedar, rasanya tak sampai 5 saat aku berpaling menulis di papan putih.

telinga bernanah

lagi kisah aku, memberi lembaran kerja kepada kanak-kanak tersebut yang perlukan penumpuan murid sepenuhnya, membuat kolaj dengan kertas warna. itu tahap mereka yang hanya kenal bentuk dan warna sahaja, tiba-tiba satu kata hinggap di telinga, "egu, egu, odoh, engong!" puih! sambil meludah ke tangan aku. saat itu aku diam. aku cuma pandang sayup pada matanya dan kata "kenapa cakap macam tu, tak baik. nanti Allah marah, cikgu pun tak sayang kamu lagi ". mata kanak-kanak itu terkebil-kebil melihat tutur bicara aku, mungkin berfikir. pasti datang penyakit autisme nya beberapa saat lepas menyebabkan dia katakan perkara yang dia sendiri tak faham.

aku tak tahu kenapa sedikit pun aku tak ambil hati. kalau kanak-kanak normal rasanya kena juga sedas cubitan azimat dibawah ketiak. mujur kasih sayang terhadap kanak-kanak istimewa masih meninggi. bagus, aku mampu kawal emosi aku ketika ini.

kucing terbang dari langit

nah, lagi 1 kes. waktu rehat, kanak-kanak istimewa melempar kucing dari tingkat 3 sekolah aku lalu kucing itu patah gigi, retak tangan, muntah darah lalu mati. itu murid aku. sebelum kejadian berlaku, kanak-kanak down syndrome + hyperactive itu pergi berlari sepantas kilat, tanpa semua guru lain sedari. sedar-sedar semua murid menjerit terkejut kucing 'terbang' dari langit. bagai nak luruh jantung aku. berderai juga air mata lihat kucing itu. tapi apa kan daya, kanak-kanak itu tak tahu apa pun. ya Allah. ajal makhluk Mu itu tiba jua dengan ta semena-mena. kanak-kanak itu tak boleh langsung berfikir waras. mujur waktu itu kucing yang dia lempar, bukan murid Tahun 1. tiba-tiba meremang tengkuk aku pula. harap tak jadi begitu.



ikhlas aku katakan, sampai satu saat, aku rasa berputus asa mengajar kanak-kanak ini, mengalir air mata usah dikira. dikeji, diludah, ditendang, digigit. nyawa aku yang mampu jawabnya. tanggungjawab yang tergalas dibahu, aku seperti tak tertanggung. tapi aku kuatkan hati, kuatkan nurani aku. aku insan dipilih, aku yang ikhlas hendak mengajar kanak-kanak ini suatu masa dahulu, saat ini aku tak boleh berhenti separuh jalan. aku perlu tempuhi jalan ini, aku perlu kuat galas segalanya dibahu aku. ikhlas seikhlasnya. insyaAllah, aku mampu.

dan kini, aku tak sanggup berpisah langsung dengan kanak-kanak penghuni syurga itu. balik rumah pasti rindu telatah mereka. terbawa-bawa hingga tercipta kenangan yang tak mampu aku lukis sendiri sampai buat aku senyum sendiri dengan tak semena-mena. Allah maha adil, beri aku kanak-kanak ini, aku lebih sabar, jadi manusia tabah dan lebih berempati. kenangan indah tak akan dapat digambarkan.

aku ikhlas, aku sayang kamu kanak-kanak istimewa penghuni syurga. sayang sedalam-dalamnya. tak mampu aku ungkap dengan kata-kata. kalau mampu aku dakap mereka hari-hari, rasa begitu indah, aku terlalu bahagia dengan kanak-kanak ini. "cikgu berjanji akan mendidik kamu semua dengan segala kudrat yang ada, dengan segala nyawa yang dikurniakan Allah. semoga kita sama-sama ditempatkan ditempat yang diredhai oleh Nya"

nota hati :
  • tiba-tiba aku jadi sebak dalam penulisan kali ini, tak terkata. berderai juga air mata selaras kelajuan jari mengetuk bukunet.
  • aku sayang kanak-kanak penghuni syurga. kamu perlu kuat sokong aku dari belakang, depan, kiri dan kanan, sokong keluarga mereka. jangan sesekali menghina dan benci mereka. aku rayu dengan kalian semua. jangan benci mereka sedetik pun.

4 anak murid kena cubit:

Unknown on 5:53 PM, March 05, 2011 said... BALAS

tersentuh biler fiq bcer entry ni...
harap akak sabar yer...

cik mas on 12:40 AM, March 06, 2011 said... BALAS

@Cikgu Fikri

terima kasih fiq :)

Nur Hanani on 4:25 AM, March 06, 2011 said... BALAS

jadi guru pendidikan khas ni cabaran, dugaannya lain. akak selalu gak masuk kelas pendidikan khas.Macam-macam ragam..kat sek akak ada pendidikan khas.:)

Entri Terkini: Redmummy Top Commentors This Week.

Miss AZ on 2:48 AM, March 08, 2011 said... BALAS

mmg kesian kat kucing tu.. =_=
tp diorang tak paham apa2..
semoga kamu tabah hadapi mereka semua.. mereka pun mhkluk Allah.. :D

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas