Wednesday, December 5, 2012

UNDANGAN KE MAJLIS PERKAHWINAN MASTURA & NAIRUL AQMAL




Assalamualaikum semua pembaca blog sekalian. Sekian lama tak berkesempatan untuk menulis blog disini. terlalu sibuk lebih-lebih lagi majlis perkahwinan saya semakin dekat. Banyak persiapan sehingga tak menang tangan. InsyaAllah lebih kurang dalam 2 minggu dari sekarang. 

Saya menjemput rakan-rakan blogger yang mengenali diri saya dan juga kepada sesiapa sahaja yang pernah membaca blog saya ini untuk hadir ke Majlis Perkahwinan saya. Datang ajak kawan-kawan dan sanak saudara ye. Selain tu juga kepada semua rakan-rakan blog Kami Cikgu Blogger (KCB)



(klik pada gambar untuk tumbesaran yang sihat dan terlampau)


NAMA PENGANTIN : 
MASTURA BT MOHAMAD AMIN & NAIRUL AQMAL BIN A.RAHMAN
ALAMAT : 
KG SRI PAYA SENGKANG BATU 20, 84800 BUKIT GAMBIR, LEDANG, JOHOR
TARIKH : 
22.12.2012 / SABTU


Kediran anda semua akan memeriahkan majlis saya kelak.. InsyaAllah. Kalau nak kad boleh pm facebook saya yang ada di sidebar kanan blog ni ye...kalau boleh dengan kadar segera...  :)

Sebelum terlupa... saya memohon maaf salah dan sialp sepanjang saya berblogging.. Halalkan makan dan minum, terlebih dan terkurang. Harapan saya supaya anda semua dapat hadir dan mendoakan perjalanan majlis saya kelak berjalan dengan selamat, lancar dan diberkati oleh Allah. Amin. :)

# gambar dekat banting tu adalah gambar pre wedding saya. Nanti after wedding saya upload banyak-banyak gambar untuk anda semua. :)


Ikhlas Mengundang : Cik Mas 

Categories , , , , 5 anak murid kena cubit

Saturday, August 4, 2012

Bride 2 Be : Checklist




Assalamualaikum. Salam sejahtera. dan salam Ramadhan. Wah tak sangka betul dan hari ke 15 menyambut ramadhan. Bermakna ada lagi 2 minggu untuk Aidilfitri. Harap pembaca dah mula buat persiapan raya dengan sebaik mungkin.

Teruskan pada topik aku kali ni. Aku cuma nak buat peringatan untuk diri aku sendiri berkaitan budget perkahwinan. Walaupun lambat lagi. Tapi aku dan kena pulun macam-macam sebab menguruskan perlahan-lahan.




  • Pakej Andaman : RM 2000 (Baki RM 1350)
  • Persalinan nikah : RM 450 (upah) + RM 85 (Kain) + RM 85 (Shawl) = RM 620 - SELESAI
  • Pakej Photography : RM 1+++ (Kedua-dua belah pihak)
  • Goodies Bag (2000 pcs) :
    •     Brown Paper Bag : RM 3.30 x 20 peket : RM 66.00 - SELESAI
    •     Doily Paper : RM 4.00 x 8 bungkus : RM 32.00 - SELESAI
    •     Riben : RM 2.50 x 3 : RM 7.50 - SELESAI
    •     Cop + Stamp pad : RM 20 + RM 4.00 = RM 24.00 BELUM BELI
    •     Lidi Satey : (Bahan terpakai)
    •     Bunga telur BELUM BELI
  • Langsir : RM 900 ( 1 rumah ) - SELESAI
  • Baju keluarga : Perermpuan (RM 200.00) + Tshirt Lelaki (RM 150) BELUM BELI
  • Hantaran Lelaki : Beg, Handphone, Belt+Wallet, Jam tangan, Cincin, Kemeja+ tie, Kek, Bunga Pahar
  • Hantaran Perempuan : Handbag+ Purse, Perfume, Handphone, Jam tangan, Cincin, Kek, Cosmetic Set
  • Persembahan : Zapin, Pancaragam, Kompang (Abang yang selesaikan) -  BELUM TEMPAH
  • Kanopi -BELUM TEMPAH
  • Pengurusan alatan masakan utk kenduri dan Upah Masak : Mak ayah yang selesaikan
  • Kad kahwin : 2000 pcs + 2 bunting (2 belah pihak) = RM 640 -SELESAI
  • Belon Pintu gerbang besar, Hiasan kereta pengantin - BELUM TEMPAH



Setakat ni sahaja yang aku dah cuba senaraikan. Mungkin ada yang tertinggal sikit-sikit.  InsyaAllah ada masa aku review satu persatu. Sekian. Babai.. :)

Nota Kaki : Hanya tinggal 140 hari sahaja lagi. Semoga segalanya berjalan lancar.. Amin



Categories , , , 1 anak murid kena cubit

Saturday, July 21, 2012

Bride 2 Be: Pakej Perkahwinan Booked!



Assalamualaikum semua.. 

Alhamdulillah semalam 21.7.2012 aku dan tunang dah pun selesaikan tentang pekej perkahwinan untuk majlis kami nanti pada 22.12.2012. Kami pergi 2 butik di sekitar Bukit Gambir, Muar. Butik pertama Butik Andaman Pengantin Remaja. Butik ni memang murah, pakej paling mahal yang ada baru RM2000. Baju pun sangat cantik dan design terbaru. Mula-mula kami lega, sebab pakej yang kami nak tu harganya RM 1700. Bila kira-kira balik, pelamin yang disediakan utk pakej tu sangat simple. Alahai. Terus kitorang rasa down sangat. Cerita punya cerita, sekali tengok kalender diorang, tarikh wedding kami tu dah penuh. Apa lagi dengan hampanya kami pun keluar la dari butik tu. 


Tak jauh dari Butik yang kami pergi tu, ada lagi satu butik baru buka. Kami cuba nasib. Nama butik tu Pesona Pengantin. Pekerja yang melayan kami tu nyah sebenarnya. Tapi sangat mesra dan boleh bertimbang rasa. Harga asal adalah RM2300, dan harga yang kami dapat RM2000. Dan itulah budget kami dan itu je kami mampu. Nasib baik dia jenis yang peramah. Kebetulan tarikh wedding kami masih kosong lagi. So, terus kami booked.

Pakej yang kami dapat dengan harga RM2000 ialah :  
Set Pelamin (kami request designnya, tapi 1 panel je lah)
Hiasan Main table
Hiasan Bilik tidur
1 set persalinan bersanding
Full Aksesori pengantin (semua barang termasuk yang digunakan sepanjang majlis)
Make up 2 kali
Pintu gerbang


Korang rasa macam mana. Ok ke tidak? Huhu. Kalau tak ok pun, terpaksa juga ok kan. Sebab butik lain lebih mahal dan kebanyakannya dan full utk tarikh wedding kami.. Sedih sebab baru bulan 7, wedding bulan 12 kebanyakkan nya dah full. Kitorang lewat sangat ke. huhu.





Ini adalah contoh design pelamin yang aku dan tunang aku request pada Butik Pesona Pengantin. Ronny kata pada kami yang dia akan buat pelamin ni 95% sama macam dalam gambar ni. Lega bila dengar. Harap2 berbaloi dengan apa yang kami bayar. 


Doakan wedding kami pada 22.12.2012 nanti berjalan dengan lancar ye. InsyaAllah. Amin :)



Categories , , 14 anak murid kena cubit

Saturday, July 14, 2012

Hari Pendidikan Khas Daerah Batu Pahat


Assalamualaikum :)


Murid yang terlibat dengan Nyanyain solo. Nadhilah, Fadhil dan Azrin. 


Menu : Mee Bandung Muar yang dimasak oleh Hakim dan Amirull



Murid-murid yang mendapat kemenangan



Cikgu Mastura bersama anak-anak murid yang terlibat.



Syariffah dan Rahman selepas selesai membuat gubahan



Pada hari Rabu dan Khamis iaitu 11 dan 12 Julai 2012 yang lepas telah berlangsung Hari Pendidikan Khas peringkat Daerah Batu Pahat di Dewan Jubli Intan.

Kami telah menghantar 10 penyertaan iaitu nyanyian,gubahan,mewarna serta masakan. Kategori yg diadakan ialah nyanyian solo lelaki,perempuan, dan juga nyanyian solo Down Syndrome. Pertandingan masakan juga diadakan. Menu yg disediakan oleh peserta dari PPKI Sk Penghulu Salleh ialah mee bandung muar. Memang sedap. Tak sangka anak murid yg istimewa ni mampu memasak dengan sempurna.

Selain tu juga PPKI SK Penghulu Salleh ada menghantar murid utk sertai pertandingan gubahan. 2 orang murid telah bertungkus lumus membuat gubahan menggunakan sejadah.

Kejayaan yg kami kecapi sepanjang hari pendidikan khas ini ialah peserta nyanyian solo perempuan telah mendapat tempat ke 2 manakala 3 orang peserta yg terlibat dalam pertandingan mewarna telah mendapat tempat ke 2 dan ke 3. Alhamdulillah. Kejayaan demi kejayaan yg dikecapi hasil titik peluh anak murid kesayangan dan guru-guru pembimbing.

Semoga kejayaan ini akan berterusan dari semasa ke semasa. Anak istimewa tanggungjawab bersama. :)
6 anak murid kena cubit

Wednesday, June 27, 2012

KERTAS KERJA REKREASI KE TASIK Y, BATU PAHAT.





Assalamualaikum, buat rakan-rakan guru dan pelajar-pelajar yang memerlukan contoh kertas kerja untuk aktiviti rekreasi yang hendak di anjurkan di sekolah (Pendidikan Khas). Boleh ambil di blog ini ya. Sebelum itu, ada beberapa kertas kerja adalah dari Program Pendidikan Khas Integrasi SK Penghulu Salleh. Sama-samalah kita berkongsi ilmu. Tinggalkan komen jika ada sebarang ketidakpuashatian dan cadangan penambahbaikan. Jangan lupa LIKE fanpage saya di sidebar blog. Terima kasih dan salam pendidik...  :)




1 anak murid kena cubit

Sunday, June 24, 2012

Kehidupan sebagai guru itu bahagia dan mulia.





Assalamualaikum. Sekian lama saya tak memperbaharui penulisan di blog kecil saya ini. Rasanyanya cukup 4 bulan dah. Maaf kepada pembaca yang sering meluangkan masa di blog saya ini. Saya menyedari jika kita meninggalkan blog tanpa memperbaharui penulisan, ia akan menyebabkan pembaca kita semakin 'jauh' dengan 'penulis'nya. Itu tak mengapa, sebab saya berharap pembaca saya ikhlas dalam apa jua jenis penulisan saya. 

Minggu lepas, saya sempat berbual dengan Guru Besar saya. Beliau memberikan galakan dan dorongan kepada saya untuk meneruskan penulisan di blog ini. Saya tak lah sehebat mana, apa salahnya saya dengan sedikit dorongan dari Guru besar saya, saya cuba pertingkatkan diri kearah menjadi guru yang ikhlas menyebar ilmu bukan sahaja di sekolah, malah kepada warga pembaca blog.

Kita teruskan kepada topik utama kita iaitu Kelemahan diri. Setiap guru seperti saya memang tidak dinafikan banyak kekurangan dan kelemahan. Begitu juga orang lain. Dengan penempatan pertama saya di SK Penghulu Salleh, Batu Pahat membuatkan saya semakin kuat, semakin gembira untuk terus menjadi pendidik. 




Manusia ada kelemahan dan anggaplah setiap kelemahan dalam diri itu sebagai 'guru' yang membuatkan kita semakin matang dalam hidup. Kelemahan dan kelebihan yang Allah ciptakan untuk kita pasti ada hikmahnya dan kita patut bersyukur. Manusia yang tidak bersyukur dengan kelemahan dan kelebihan diri itu boleh dikategorikan manusia yang tidak berguna. 

Saya tidak malu untuk mengaku kelemahan diri saya. Saya juga tidak malu memohon maaf, ucapan sayang dan mengucapkan terima kasih kepada anak murid saya jika saya melakukan kesilapan. Pernah suatu masa tu, saya dimalukan oleh sekumpulan murid di sekolah rendah, rasa ingin lari dan menangis kerana maruah saya sebagai guru tercalar, tetapi dengan kekuatan hati serta pujukan oleh murid-murid istimewa dibawah didikan saya, mereka buat saya semakin sejuk dan semakin kuat dalam hidup.

Sepanjang pengalaman saya bergelar guru, saya lebih selesa bersama kanak-kanak istimewa berbanding kanak-kanak normal, kerana mungkin itu sudah bidang saya. Tetapi bagi saya mereka adalah kanak-kanak yang menggembirakan dan langsung tidak menyusahkan saya. Kanak-kanak istimewa banyak kelemahan dalam diri. Saya juga begitu, apa salahnya kami bertolak ansur dengan kelemahan masing-masing dan hubungan kami semakin rapat amtara satu sama lain. itu kunci hidup saya kerana saya sayang kanak-kanak istimewa hampir separuh nyawa saya. 

Semoga penulisan ringkas ini dapat memberikan semangat kepada rakan-rakan guru yang lain. InsayAllah saya akan sentiasa memperbaharui penulisan saya ini dari semasa ke semasa. Doakan saya ya. 




Categories , , 1 anak murid kena cubit

Saturday, February 25, 2012

Bride 2 Be : Photographer Pilihan





Assalamualaikum. minggu lepas saya sempat perbaharui penulisan, itu pun sedikit sebanyak pasal perangcangan untuk My Big Day kelak. Kali ini saya nak review beberapa Wedding Photorgaphy yang pada pandangan saya, mereka sangat-sangatlah berkeliber, hasil tangan dan bayaran yang dikenakan berbaloi dengan usaha keras mereka.


1. AliceShah Studio

Saya sempat singgah di booth mereka pada 19 Februari di Square One, masa tu ada Pameran Pengantin di Batu Pahat. Layanan sangat istimewa, mereka peramah, tidak letih melayan sebarang pertanyaan dan kerenah pelanggan. Kalau tak silap saya AliceShah Studio terletak di Jalan Bakri, Muar, Johor. Secara jujurnya pekej yang disediakan sangat-sangat berbaloi.

Kelebihan AliceShah Studio :
  • Memiliki Studio sendiri di Muar (Kalau Photoshoot Outdoor masa tu cuaca tak berapa mengizinkan, mereka lgantikan dengan photoshoot dalam studio)
  • Boleh bayar ansuran setiap bulan sehingga cukup harga pekej
  • Gambar yang berkualiti, cantik, kemas dan editting yang sangat memukau
  • Boleh pilih pelbagai jenis kulit untuk Beg Album. Pilihan yang sangat menarik dan cantik.



2. BONK PRODUCTION

Team BONK Production adalah dari kalangan guru-guru. Saya kenal mereka semasa mereka menuntut bersama-sama di Institut Pendidikan Guru, Kampus Kota Bharu. Kiranya mereka adalah bach sama dengan saya. So, selalu terserempak team ni bila diorang bergerak untuk projek vediogeaphy diorang. Hasil kerja diorang pun sangat-sangatlah bagus dan kreatif.

Kelebihan BONK PRODUCTION :
  • Boleh request Video sepanjang majlis
  • Gambar yang cantik, kemas dan menarik
  • Harga yang berpatutan dengan pekej yang disediakan




3. BLINDGRAPHIQUE STUDIO

Terletak di Shah Alam. Saya sempat bersembang dengan Bro Zafriq semasa di Muar. Masa tu terserempak masa wedding rakannya di Bukit Gambir. Bro Zafiq memang profesional orangnya. Team ni ada banyak kategori.
  • Principal (Bro Zarfiq yang shoot sendiri)
  • Senior
  • Junior
Setiap kategori harga nya berbeza dan hasil tangan nya pun sangat berbeza. Yang paling kaw-kaw punya shoot adalah dari Principal iaitu Bro Zafriq. Kalau tak silap saya, bro Zafriq adalah salah seorang Photographer semasa AJL tahun 2011. Boleh tengok facebook diorang untuk maklumat lanjut.

Apa yang menarik tentang diorang ialah pekej mereka yang unik :-
  • Pekej diorang boleh pilih nak iPad atau Samsung Galaxy Tab, semua gambar perkahwinan korang akan di masukkan dalam iPad atau Galaxy tab dan dibuat dalam bentuk movie.
  • boleh request nak buat vedio Save The Date untuk tayangan sepanjang majlis. Diorang akan buat vedio dan akan tanyangkan sepanjang majlis korang, means tetamu datang sambil makan and boleh tengok vedio percintaan pengantin
  • Pekej sangat berbaloi kerana bro zafiq sangat-sangat profesional dan kreatif.
  • Bro Zafiq shoot gambar guna camera nya dan terus save dalam simpanannya tanpa sebarang edit. Sebab gambarnya memang sangat cantik.



4. MUSARTWORK DIGITAL PHOTOGRAPHY

Bro Mus ini adalah senior saya di IPG KKB dulu. Hasil tangan beliau pun memang puas hati. Kalau yang bakal pengantin yang inginkan hasil cun dari bro Mus boleh hubungi beliau. Kalau tak silap bro Mus duduk di Temerloh. Yang di Temerloh boleh la request jika berminat. Yang duduk tempat lain pun apa salahnya jika inginkan yang terbaik untuk majlis anda nanti.


********************

Pilihlah Photographer yang terbaik buat anda semua, mudah berunding dan mampu memberikan kepuasan maksima untuk kenangan Majlis Perkahwinan anda. Dismaping itu jangan lupa bajet anda. Jangan sampai yang lain pula tergendala. Mungkin banyak lagi fotografer yang lebih baik dari apa yang saya nyatakan. Terpulang pada masing-masing. Bagi saya, mereka ini adalah yang terbaik dan insyaAllah salah satunya akan jadi Fotografer untuk Majlis Perkahwinan saya nanti. InsyaAllah.
Categories 4 anak murid kena cubit

Friday, February 17, 2012

Bride 2 Be : Cadangan Persalinan Nikah



Assalamualaikum.

Berita gembira untuk rakan-rakan pembaca. InsyaAllah lebih kurang 10 bulan lagi dari tarikh perkahwinan saya. Dalam bulan Disember 2012. Selepas kad perkahwinan siap selepas raya nanti, saya akan jemput rakan-rakan blogger ya. Walaupun lama lagi, saya harus membuat persiapan secara perlahan-lahan agar tidak terlalu tertekan bila tiba harinya perkahwinannya nanti. Pada saya, 10 bulan bukan 1 masa yang lama, pejam celik- pejam celik dah sampai tarikhnya.

Oleh yang demikian kat sini saya senaraikan beberapa persediaan perkahwinan saya kelak. Antaranya ialah Persalinan Nikah. Harap-harap perkara ni sedikit sebanyak membantu diri saya dan Bride to Be yang lain juga. :)

  • Persalinan Pernikahan
Saya dah beli kain satin berwarna white pearl dekat Tangkak (4.5 meter). Saya ni tinggi jadinya memerlukan kain lebih untuk cover mana-mana bahagian yang tak cukup. Kain Lace saya beli di tempat yang sama, warna Kelabu Silver Blink-blink, dalam 2.5 meter. Saya beli lebih jugak sebab konon-konon takut tak cukup dan malas nak ke Tangkak untuk beli yang lain. Untuk Tahun 2011 kalau tak silap saya, jenis kain yang terkenal ialah bunga lacenya 2D. Timbul-timbul dan nampak macam lebih cantik. So, masa saya beli lace tu, agak mahal sebab baru sampai je designnya. Itu tak apa, yang penting puas hati.

Untuk cadangan Baju Nikah nanti saya pilih design dari Blog Aliaa Farhana. Saya sangan minat baju jenis design macam ni. Lihat gambar dibawah.



Close Up Baju Nikah warna pink




Yang ini adalah gambar penuh designnya. Memang sangat Cantik




Ia nampak lebih sweet dan cantik sebab warna pink kan? Saya punya kain nikah warna putih. So tak tahulah ok ke tak dengan designnya. InsyaAllah saya akan pergi cari tailor yang sanggup buat baju macam ni dengan cantik dan kemas.

Ok, InsyaAllah next time saya akan review pasal Veil nikah dan Photographer pilihan saya ya. Bubye! :)



Nota Hujung :

  • Tak sangka pula umur 24 dah nak kahwin. Awal betul ya.. :(

Categories 7 anak murid kena cubit

Sebulan sudah berkhidmat sebagai guru. Alhamdulillah

Assalamualaikum semua. Sihatkah?

Rasa lama benar tidak menjenguk blog dan tidak menulis. Hari ini genap sebulan saya sudah berkhidmat di SK Penghulu Salleh, Batu Pahat. Suasana sekolah yang kondusif, warga sekolah yang peramah dan mesra, dan murid-muridnya yang betul-betul beradab. Ikhlas dari hati saya yang sepanjang saya pernah berpraktikum tahun-tahun lepas semasa di IPG, saya pernah berpraktikum di sekolah yang seakan-akan sekolah SK Penghulu Salleh. Alhamdulillah, pengalaman lepas dah membantu saya untuk saya berkhidmat dengan lebih baik. Terima kasih juga kepada warga SK Penghulu Salleh.

Seminggu pertama, saya rasa seperti terawang-awang. Seolah-olah tak tahu apa yang nak mengajar, otak kosong, bingung. Saya rasa macam tak belajar apa di IPG. Tapi sekarang dah sebulan di SK Penghulu Selleh, sedikit sebanyak saya dah boleh sesuaikan diri, banyak perkara baru, tanggungjawab dan pengetahuan baru dapat dipertingkatkan. Saya juga dah boleh tahu tahap kognitif murid Pendidikan Khas di bawah didikan saya. Semua dengan izin dan bantuan dari-Nya juga. Syukur.

Semoga saya dapat berkhidmat dengan lebih baik dari hari ke hari. Doakan saya ya. :)


Nota hujung :

  • Kepada adik-adik yang bakal bergelar guru pada tahun depan dan tahun-tahun seterusnya, saya hanya nak berpesan sesuatu. Setidakbaik dan setidakcemerlangnya anda di IPG, tidak semestinya anda akan tidak cemerlang di sekolah. Maksud saya, jangan mudah berputus asa, jangan fikir anda tidak boleh menyesuaikan diri di sekolah. Anda kena yakin dengan diri, dan buat perubahan dan anjakan paradigma. Saya yakin yang personaliti anda akan berbeza selepas anda bergelar guru sebenar kelak. Bimbinglah anak bangsa kita sebaik mungkin. :)



Categories 4 anak murid kena cubit

Saturday, January 14, 2012

Mula Bertugas pada 16/1/2012



Allah menentukan tempat terbaik utk ku. Dan Dia tahu kemampuan, limpahan rezeki dan dugaan yang boleh ditanggung oleh aku sepanjang hayat ini. Alhamdulillah..1 jam 30 minit dari rumah, 3 jam dari Encik Nairul.. Saya sangat bersyukur dapat berkhidmat di Batu Pahat. Semoga di SK Penghulu Salleh ini menjadi sumber rezeki yang melimpah ruah kepada saya, keluarga dan tunang. InsyaAllah.

16 Januari 2012 saya akan lapor diri di PPD Batu Pahat jam 8.00 pagi. Selesai taklimat, saya akan bergerak ke sekolah dimana saya ditempatkan. Semoga saya menjadi Guru Pendidikan Khas yang bertanggungjawab dan mampu membangunkan murid PK ke peringkat lebih tinggi.








Nota hujung :
  • Selamat bertugas kepada semua rakan-rakan PISMP 2008-2011, akhirnya dapat ditugaskan mengikut tempat yang ditetapkan oleh pihak Kementerian. Semoga sama-sama menjadi Bakal pendidik yang cemerlang

5 anak murid kena cubit
 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas