Friday, February 17, 2012

Sebulan sudah berkhidmat sebagai guru. Alhamdulillah

Assalamualaikum semua. Sihatkah?

Rasa lama benar tidak menjenguk blog dan tidak menulis. Hari ini genap sebulan saya sudah berkhidmat di SK Penghulu Salleh, Batu Pahat. Suasana sekolah yang kondusif, warga sekolah yang peramah dan mesra, dan murid-muridnya yang betul-betul beradab. Ikhlas dari hati saya yang sepanjang saya pernah berpraktikum tahun-tahun lepas semasa di IPG, saya pernah berpraktikum di sekolah yang seakan-akan sekolah SK Penghulu Salleh. Alhamdulillah, pengalaman lepas dah membantu saya untuk saya berkhidmat dengan lebih baik. Terima kasih juga kepada warga SK Penghulu Salleh.

Seminggu pertama, saya rasa seperti terawang-awang. Seolah-olah tak tahu apa yang nak mengajar, otak kosong, bingung. Saya rasa macam tak belajar apa di IPG. Tapi sekarang dah sebulan di SK Penghulu Selleh, sedikit sebanyak saya dah boleh sesuaikan diri, banyak perkara baru, tanggungjawab dan pengetahuan baru dapat dipertingkatkan. Saya juga dah boleh tahu tahap kognitif murid Pendidikan Khas di bawah didikan saya. Semua dengan izin dan bantuan dari-Nya juga. Syukur.

Semoga saya dapat berkhidmat dengan lebih baik dari hari ke hari. Doakan saya ya. :)


Nota hujung :

  • Kepada adik-adik yang bakal bergelar guru pada tahun depan dan tahun-tahun seterusnya, saya hanya nak berpesan sesuatu. Setidakbaik dan setidakcemerlangnya anda di IPG, tidak semestinya anda akan tidak cemerlang di sekolah. Maksud saya, jangan mudah berputus asa, jangan fikir anda tidak boleh menyesuaikan diri di sekolah. Anda kena yakin dengan diri, dan buat perubahan dan anjakan paradigma. Saya yakin yang personaliti anda akan berbeza selepas anda bergelar guru sebenar kelak. Bimbinglah anak bangsa kita sebaik mungkin. :)



Categories

4 anak murid kena cubit:

Unknown on 7:09 AM, February 17, 2012 said... BALAS

WAH...
Nasihat yang sgt berguna kak..
thanks.. :)

cik mas on 5:54 PM, February 17, 2012 said... BALAS

@Cikgu Fikri

Sama-sama fiq... fiq kena belajar rajin2 dan kuatkan usaha. Dapatkan Ijazah kelas pertama ok... hehe.. akak doakan fiq :)

Hana on 4:36 AM, February 26, 2012 said... BALAS

xsabar2 nak ke tahun depan tapi risau plak nak sesuaikan diri ngan sekolah. Praktikum dah 6 bulan tapi tahun depan lebih 6 bulan duk kat sekolah yang sama

AmALiNa aFIqAh on 6:42 AM, June 04, 2012 said... BALAS

thanks akak. nasihat yang bermanfaat.
betul cakap akak, tak cemerlang di ipg x semestinya kita x boleh cemerlang di sekolah.

yang penting usaha, yakin dan bersungguh2 dlm buat kerja. :)

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas