Monday, May 2, 2011

CARA PENJAGAAN KANAK-KANAK PENDIDIKAN KHAS



Assalamualaikum dan selamat kembali. Semoga semua sihat-sihat hendak-Nya

Lama tidak bersua dalam penulisan di blog kecil ini. Setiap masa mencemburui saya. dan saya perlu bijak mengimbangi diri antara kehidupan dunia dan akhirat. kali ini saya bawakan beberapa penulisan ringkas, semoga membawa input kepada anda semua.



**********************************


Kanak-kanak pendidikan khas bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak istimewa yang telah dijanjikan oleh Allah untuk ditempatkan disyurga kerana keistimewaan dan kelainan upaya yang dimilikinya. kebiasaannya ibu bapa, guru atau masyarakat yang berdepan dengan kanak-kanak ini seringkali berasa tidak selesa atau rimas dengan mereka kerana mereka seringkali menyusahkan ahli keluarga.

seharusnya, apabila kita berhadapan dengan fenomena manusia seperti ini, kita perlulah bersyukur kerana telah dijadikan Allah sempurna dengan segala nikmat dan kudrat berbanding mereka. kita juga hendaklah memberi dorongan kepada saudara, jiran atau ahli keluarga yang berdepan dengan masalah ini, bukan mencemuh atau mencaci mereka. berilah mereka sokongan, bimbingan, bersabar dengan kerenah mereka serta bertolak ansur selain bersikap positif dan redha.

kanak-kanak yang dikategorikan sebagai kanak-kanak pendidikan khas masalah pembelajaran adalah kanak-kanak jenis/ berpenyakit :

  • hyperactive
  • hypoactive
  • down syndrome
  • autisme
  • dyslexia
  • cerebral palsy /spastik
  • terencat akal
  • slow leaner (sekarang sudah ada akta baru yang mengatakan kanak-kanak slow leaner dari kelas biasa hanya layak ke kelas pemulihan, bukan ke pendidikan khas)


pada kali ini saya dengan gembiranya hendak berkongsi dengan rakan-rakan pembaca blog sekalian tentang tips-tips atau cara-cara penjagaan kanak-kanak pendidikan khas masalah pembelajaran ini. tips ini berguna kepada sesaiapa yang mempunyai ahli keluarga OKU, khususnya kepada ibu bapa kanak-kanak tersebut. antara cara-caranya ialah :



1. Perhatikan perkembangan komunikasi anak






Menyedari hakikat dimana apabila ibu yang telah melahirkan anak, dan anak mereka adalah OKU. pertama sekali jangan panik atau terlalu tertekan. terima anak dengan redha, berfikiran positif, bersabar dan kuatkan semangat. tanamkan azam supaya anak yang dilahirkan tersebut berhak memiliki kasih sayang sama seperti anak normal yang lain. jangan bersikap bias atau berat sebelah. sepanjang kelahiran dan perkembangan anak tersebut, perhatikan komunikasi yang berjaya anak anda kecapi. sama ada anak tersebut mampu bertutur, berkomunikasi ataupun bersosial dengan masyarakat disekeliling mereka dengan baik.

sebagai contoh, jika anak normal berusia 3 tahun sudah pandai menyebut suku kata KV (ba, ma, pa, pu) yang berulang-ulang, pastikan anak anda sudah mencapai perkembangan tersebut. jika anak anda belum mampu mencapainya hingga usia mencecah 4 tahun, lekas-lekas bawa anak berjumpa doktor dan minta nasihat doktor agar anak anda tidak keciciran. doktor pasti akan ada cara untuk baik pulih pertuturan anak tersebut.




2. Pantau perkembangan 3M anak





kadang kala ibu bapa kurang menyedari yang anak mereka bermasalah di sekolah. apabila mencapai umur 8 tahun, masih lagi tidak boleh menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira. ibu bapa perlu ke sekolah berjumpa guru kelas untuk kenalpasti tahap anak mereka. dan minta pendapat guru tersebut agar anak tersebut boleh dibimbing dirumah.

selain itu, sekalipun ibu bapa di rumah walaupun tidak sempat menjenguk kerja rumah anak, apakah salahnya jika ibu bapa berbual santai sambil menyoal anak secara sepontan. sebagai contoh, "ayah belikan Ayu 6 biji gula-gula. bila masuk dalam kereta, ayah makan 2 biji. berapa tinggal gula-gula yang ayah beli untuk Ayu?" apabila anak mereka masih tidak boleh mencongak dalam situasi ini, ibu bapa perlu bimbing anak secara perlahan-lahan walaupun sedikit. apabila disekolah anak-anak akan aplikasikan pengalaman di rumah dan akan bawanya ke kelas dan ajar kepada rakan-rakan. disitu berlaku perkembangan mengira. begitu juga kemahiran membaca dan menulis.

3. bantu pengurusan diri mereka



kita sedia maklum dimana kanak-kanak kurang upaya memilki atau kurang keupayaan dalam mengurus diri mereka terutama sekali apabila mereka hendak membersihkan diri, memakai pakaian, makan, berjalan dan sebagainya. sebagai individu yang berhadapan dengan kanak-kanak istimewa ini, luaskan lah hati membantu mereka. ibu bapa atau keluarga juga perlualah bertolak ansur menyediakan keperluan kanak-kanak ini. bimbing mereka atau tunjuk ajar mereka perlahan-lahan dengan sabar agar mereka kelak akan mampu berdikari. jika anak tersebut buang air di dalam rumah secara merata-rata, bersihkan dan beritahu anak tersebut dimana harus mereka 'buang air' iaitu di tandas. ataupun ajar mereka bagaimana untuk beritahu orang yang mereka perlu ke tandas. jika mereka menunjukkan tanda-tanda hendak ke tandas, kita bantu pergerakan mereka. begitu juga apabila mereka hendak mandi, makan atau menyarung pakaian.


***************


dari jari si penulis biasa : cik mas
Categories , , ,

6 anak murid kena cubit:

Anonymous said... BALAS

hi cik mas ! i'm hanna . thanks for including my blog in ur bloglist . really appreciate it . :)

Cik Diana on 8:18 PM, May 06, 2011 said... BALAS

jemput jOin cOntest cik mas..;)

fyna ahmad on 12:22 AM, May 09, 2011 said... BALAS

nice entry dear...




jom singgah n follow belog fyna..
:)
http://inibelogfyna.blogspot.com/

cik mas on 12:30 AM, May 09, 2011 said... BALAS

@Hanna Iymeera

wlcme hanna :)

cik mas on 12:31 AM, May 09, 2011 said... BALAS

@Cik Diana

insyaAllah jika berkesempatan ye syg.. :)

cik mas on 12:31 AM, May 09, 2011 said... BALAS

@fyna
thanks fyna sudi jenguk blog kecil cikmas.. :) slmt berblogging n semoga kamu ceria selalu.. hehehe :)

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas