Friday, April 22, 2011

[ENTRY PENGHARGAAN] UNTUK SEMUA PEMBACA BLOG DUNIAKU DUNIACIKGU



...assalamualaikum...
"GENAP SATU TAHUN BLOG DUNIA KU DINIA CIKGU"


alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, aku masih lagi diberi kurniaan nafas, hayat dan kenikmatan dengan segala kudrat yang ada. aku sedar aku selalu melakukan kesilapan di mataMu ya Allah. namun aku cuba juga untuk memperbaiki diri kearah yang lebih baik dari hari ke hari. aku cuba, InsyaAllah.




[Gambar : Terima kasih daun keladi. kalau sudi datanglah lagi]



khusus kepada semua pembaca blog ini, aku ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada anda semua kerana sudi menyokong dan sudi juga meluangkan masa untuk membaca dan meghayati penulisan di blog aku yang tak seberapa ini.

aku seorang bakal guru. dan aku masih lagi menuntut di tahun akhir di salah satu IPG. aku juga mempunyai kehidupan sendiri, seperti orang lain. dan aku juga perlu ada masa untuk menulis di blog ini. kadang kala aku tidak berpeluang untuk memperbaharui penulisan di sini. aku berharap jika ada di kalangan pengunjung blog ini, tidak dapat aku balas jejak dan komen mereka, aku mohon maaf. aku bukan sombong, tapi masa aku terhad.

sepanjang setahun aku dalam dunia blog ni banyak perubahan yang telah aku lakukan untuk meningkatkan lagi kualiti penulisan blog ini. memang kerap berubah, itu yang pasti. dari awal penulisan aku yang kanak-kanak, cara penulisan yang tak berinfo, dari hari ke hari aku cuba perbaikinya. aku bukan kejarkan populariti, tak juga wang ringgit dan lain-lain. aku hanya menulis, menulis dan menulis apa yang aku yakin boleh kongsikan kepada rakan-rakan. jika ada rakan-rakan yang kurang berpuas hati dengan cara aku berpenulisan disini, aku alu-alukan untuk anda semua suarakan. insyaAllah secara perlahan-lahan akan aku perbaikinya. aku tak kisah, dan aku tak malu jika anda suarakan pendapat tersebut.

sekali lagi, sementara aku masih sempat. aku nak ucapkan terima kasih juga kepada pembaca blog kedua aku iaitu CIKGU BLOGGER. yang salah seorang adminnya adalah aku. aku tau sejak penulisan di blog tersebut ramai pihak yang marah, berkecil hati dan sebagainya. ada juga yang tinggalkan komen seolah-olah menunjukkan penulisan aku itu tidak memikirkan akibat dan kemarahan pihak lain. aku mohon maaf jika penulisan di blog tersebut buat ada pihak yang jauh hati. mohon maaf tak terhingga.



habuan nurani, anda boleh amalkan. banyak khasiatnya.




  1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  2. Dengan nama Allah yang menyembuhkan.
  3. Dengan nama Allah yang mencukupi.
  4. Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan.
  5. Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

..Wassalam..

2 anak murid kena cubit:

Admin on 9:09 PM, April 22, 2011 said... BALAS

jenguk2 kak mas sni..
:))

nuyui a.k.a miss YUI on 6:17 PM, April 24, 2011 said... BALAS

tahniah syg dh setahun.. nurul mmg tgk perubahan blog cik mas dr zaman join cntst ayunar tu kan.. tahniah!!

sihat kat luar tp dlm xsihat sgt =)

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas