assalamualaikum. ya aku kata aku sibuk tapi aku tak sampai hati biar pembaca blog aku sunyi tanpa perkhabaran tentang setiap pemikiran aku. aku jenis manusia yang susah juga nak melekat dengan satu-satu blog kalau blog tersebut tidak benar-benar beri input pada aku. kali ini aku bawakan tiga blog utama pilihan aku. pasti berbaloi dan anda akan rasa bersyukur mengenali mereka. apa salah jika aku kongsikan kepada anda. jelas disini aku katakan, aku amat memintai mereka dengan cara penulisan mereka di blog. ada gaya yang tersendiri setiap seorangnya.
1. BLOG IMAM MUDA ASYRAF
kekuatan rohani dan keberkatan ilmu datangnya dari perkongsian ilmu agama yang bermanfaat. ya aku akui semua sangat kagumi dan hormati insan ini. siapa yang tidak mengenali Imam Muda Asyraf. beliau sangat bagus dan komited orangnya. blog beliau buat tatapan aku setiap kali aku buka pintu blog aku. sesuai untuk anda dalami ilmu agama. tahniah ustaz.
2. BLOG HAMI ASYRAF
kali pertama aku buka blog ini, aku terkesima dengan setiap bait-bait penulisan di blog ini. bukan itu sahaja, betul juga kata blogger lain beliau sangat tampan orangnya. tapi bukan itu jadi tumpuan utama aku. tetapi cara beliau menulis, ada kelainan dari orang lain. lebih-lebih lagi ketika beliau seolah-olah berkarya ala bersastera. nah, rasa luruh air mata dan jantung ini. beliau sangat baik dan peramah dengan pembaca blognya juga. seingat saya hami asyraf pernah bertemu Imam Muda Asyraf dan menjadikan beliau sumber inspirasinya.
3. BLOG DR. CINTA
semestinya blog kaum hawa. beliau aku tak berapa kenal juga. yang pastinya aku sangat meminati setiap penulisan blognya yang amat bermakna dan penuh dengan input berguna. setahu aku beliau menunutu di IPG sekitar terengganu dan aku juga pernah bertemu seorang blogger yang sangat kenal dengan beliau. ya, memang yang baik-baik sahaja tentang beliau. tahniah dan terima kasih kongsikan ilmu kepada aku ya. kalau tak silap aku juga, dr cinta ini sangat mengagumi Hami Asyraf. pernah dia perkatakan dalam penulisannya dulu. dari situ aku mula mengenali siapa itu Hami Asyraf.
~itu sahaja buat kali ini. doakan yang baik-baik buat diri aku ya. salam~
dari jari si penulis biasa : cikmas
Post a Comment
10 anak murid kena cubit:
Assalamualaikum w.b.t
Terima kasih lampirkan blog saya di sini. Saya berkarya untuk diri sendiri. Saya bernukilan untuk diri sendiri. Juga segala madahan untuk diri sendiri. Sekiranya beri manfaat kepada orang lain, alhamdulillah. Satu bonus bagi saya. Tidak mendambakan pujian dari manusia lain. Kalau ada yang suka, alhamdulillah. Tak suka pun alhamdulillah :)
p/s: Imam Muda Asyraf dah jadi member-member pun. Selalu jugak jumpa dia.
syukran ~ ^__^
terharu ni =') tak pe insyaallah satu hari nanti jika diizinkan Allah, kita akan jumpa maybe the next next gathering~ =)
syukran sekali lagi~ =)
@Hami Asraff هامي أشرف ™
terima kasih juga buat saudara.. sudi juga singgah blog tak seberapa ni.. :)
apapun saya sentiasa menyokong kamu... semoga berjaya...
@~Dr.CiNta~
kata-kata ringkas dan bersemangat .. saya tak pernah juga jumpa kamu.. hanya doakan yang baik-baik untuk kamu .. semoga berjaya dan kehidupan diberkati olehNya... apapun terima kasih selalu kongsikan ilmu berguna... :)
blog makin comel aa cikgu! like like
salam
alamak cikgu blog gua tak ada dalam list
smua xpenah pon jenguk...nak jenguj gakla jap
@mahfudzah
thanks fuzah :)
@b.r.u.t.a.l.s.o.l.o
wslm.. xpe.. lain kali ok.. :)
@iniialahaku
jenguk la.. buat tatapan rohani.. :)