Thursday, December 22, 2011

KEPUTUSAN KURSUS INDUKSI (KISSM)





Assalamualaikum. Dalam entry INI saya ada beritahu tentang Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) yang saya hadiri pada bulan november lepas. Alhamdulillah, keputusannya saya LULUS.


klik gambar untuk tumbesaran


Keputusan Peperiksaan terkumpul juga baik seperti yang saya harapkan. Walaupun bukan Ijazah kelas pertama, hanya Ijazah kelas 2 Atas, saya tetap bersyukur dengan keputusan yang saya dapat. CGPA keseluruhan sepanjang 8 semester di IPG ialah 3.68. Syukur walaupun tak tinggi sangat macam kawan-kawan lain. sebab saya tau untuk memperolehi 3.75 untuk CGPA terkumpul memang sangat sukar. Untuk adik-adik kena berusaha dengan gigih ya. InsyaAllah sama-sama berjaya. Apapun yang berlaku keputusan ini hanyalah di atas kertas, yang penting adalah pengalaman dan pembawaan diri semasa di tempatkan di sekolah kelak.\

Ni adalah pengekelasan Ijazah di IPG :

  1. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Kelas Pertama; 3.80 - 4.00.
  2. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Kelas Kedua Tinggi; 3.60 - 3.79.
  3. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Kelas Kedua Rendah; 3.00 - 3.59
  4. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Kelas Ketiga; 2.00 - 2.59.
  5. Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian Tiada Kelas Langsung; 0.00 - 1.59.


Cerita pasal penempatan, saya masih belum menerima apa-apa berita. Cuma ada rakan saya telah cuba Twitter Dato Dr Ir Wee Ka Siong, InsyaAllah nama akan dikeluarkan dalam 2 minggu dari sekarang. Harap perkhabaran ini benar. Amin.



Nota Hujung :
  • KISSM dah lulus, hanya tunggu keputusan temuduga SPP dan posting. Harap2 berita mengembirakan. Amin.


Categories 8 anak murid kena cubit

Sunday, December 18, 2011

My Engagement Day : 18.12.2011


Alhamdulillah, rasa bersyukur dan terharu kerana majlis pertunangan pd 18 Disember 2011 berlangsung dgn slmt. Terima kasih kepada semua saudara yg menghadirkan diri, kawan2 dr IPG, jiran,keluarga, terutama ibu bapa tersayang. Terima kasih semua.











Secara jujurnya saya membuat semua perkara secara berdikari. terutama melibatkan hantaran dan hiasan di bilik. semua nampak ringkas, dan tidak terlalu melebih-lebih. Apapun semuanya dalam keadaan baik. make up asalnya saya plan untuk buat sendiri,kebetulan sepupu baik datang, beliau yg menyolek kan saya. terima kasih yang amat.


Selesai sahaja majlis, keluarga, tetamu dan rakan2 semua pesan. Jaga diri,saya sudah pun bertunang,banyak dugaan dan cabaran. perlu kuatkan hati dan sabar. InsyaAllah, akan saya ingati. Doakan kebahagiaan saya bersama En Tunang. Moga kekal hingga ke syurga :)

Categories , 16 anak murid kena cubit

Thursday, December 8, 2011

Pengalaman : Kursus Induksi (KISSM) dan Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)





Assalamualaikum dan salam pertemuan kembali. Alhamdulillah, aku dah pun selesai Kursus Induksi (KISSM) dan Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Aku nak cerita dan kongsikan sedikit pengalaman sepanjang aku menghadapi dua perkara berbeza ini. tetapi sebelum itu aku nak anda semua faham bahawa KISSM dan SPP adalah satu tiket untuk kita di lantik menjadi penjawat awam kelak. Dan aku dah lalui perkara ini dan ia benar-benar mencabar.

  • Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM)

Aku adalah kumpulan terakhir tahun 2011 yang mengambil kursus induksi ini dan segalanya di uruskan oleh pihak IPG. Kami semua cuma perlu menghadirkan diri dalam slot selama 2 hari dan peperiksaan pada hari ke 3. Menurut sumber yang benar lagi kukuh, tahun depan iaitu 2012, KISSM tidak akan diadakan lagi sama sekali. Aku adalah bach atau kumpulan terakhir yang mengikuti kursus ini. berdasarkan sumber tersebut, mulai 2012 yang akan digantikan dengan kursus yang lain iaitu Program Transformasi Minda (PTM). PTM ini kalau tak silap tiada peperiksaan, tapi dia lebih berbentuk kiz. Contoh macam ada slot beberapa hari yang perlu korang hadiri dan sepanjang slot tersebut, kuiz akan diberikan dan sepanjang kuiz, sahsiah, penglibatan dan perkara lain akan diambil kira sebagai markah lulus untuk PTM ini. Mungkin akan lebih rumit sebab tak tahu macam mana pensyarah atau penggerak tersebut menilai anda.

Program Transformasi Minda (PTM) diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian minda pegawai di peringkat awal pelantikan dalam Perkhidmatan Awam. Program ini dibentuk bagi membolehkan pegawai memahami falsafah dan prinsip pembentukan negara, sistem pentadbiran Kerajaan dan peraturan-peraturan asas Perkhidmatan Awam serta pembentukan jati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan. PTM menjadi salah satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi.

  • Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

Temuduga ini aku lalui semasa 7 Disember 2011 yang penemuduga aku adalah Timbalan Pengerusi SPP iaitu Dato Hj Dangiran. Pada pandangan aku, Dato seorang yang berkeliber, komited, ramah mesra dan seorang yang bertimbang rasa, malah beliau juga seorang yang pandai membuat orang lain ketawa dengan sifat kecindannya. Oleh yang demikian, sepanjang temuduga tersebut, seramai 5 orang yang masuk dalam bilik temuduga. Pusingan pertama, sesi pengenalan diri. Pusingan Kedua adalah sesi soal jawab dan waktu ni jugalah jantung aku rasa mcam berdegup dengan kencang. Risau juga di tanya perlbagai soalan diluar kemampuan. Masa aku kena interview tu aku kena tanya 3 soalan. Soalan 1 beliau suruh baca baris terakhir dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Benda yang wajib korang hafal dan faham satu persatu. So lepas tanya tu semua dapat jawab dengan betul. Soalan kedua beliau point aku minta nyatakan Bagaimana yang dikatakan Guru Pendidikan Khas yang 'penyabar'. Aku pun jawab dengan sebaik2nya, huraikan berserta pengalaman praktikum. Soalan 3, kami berlima kena pilih apa-apa Terapi dalam Pendidikan Khas yang sesuai dengan murid PK yang ada masalah fizikal. Dan aku diminta Huraikan dengan terperinci. Aku cerita pasal Terapi di Bilik Snoizelen. Yang terapi dari barat tu. Cerita la apa yang kita tahu, bagi contoh alatan dan situasi yang mudah. Selesai semua soalan tu, kami pun boleh keluar.


TIPS :

  • Sebelum temuduga pastikan korang semua lengkapkan segala keperluan seperti sijil-sijil dan perkara yang diperlukan. Study semua perkara berkaitan dasar kerajaan, subjek yang korang mengajar, kenal Menteri-menteri, Hafal huraian FPK dan ikuti isu semasa yang paling terbaru serta rasionalnya.
  • Sepanjang Temuduga, Panel tersebut cek satu persatu Buku Rancangan Mengajar masa Praktikum. So, yang tu kena lengkap dengan sehabis baik.
  • Pakai pakaian yang kemas, bersih, berstokin, berkasut hitam dan yang penting pakai blazer/ kot berserta nametag. Itu penampilah penuh seorang guru.
  • Bercakap dan jawab apa yang ditanya. dan berhati-hati dengan setiap perkataan yg keluar dari mulut anda. sebab biasanya soalan penemuduga adalah dari kata-kata yg keluar dr mulut anda. Contohnya macam anda menjawab berserta pembuktian tentang dasar kerajaan, dan anda sebenarnya pun tak berapa faham tentang dasar tu. Jadi, jangan sebut. Beritahu dan cakap apa yg anda faham dengan jelas sahaja.
  • bersedia dengan soalan-soalan diluar jangkaan. Contoh, kenapa ayam berkoko waktu pagi, nyatakan kenapa lelaki mengukur pinggang seluar di leher, dalam muzik ada berapa not, jenis suami atau isteri pilihan menurut Al-quran, syarat sah solat dan pelbagai jenis soalan di luar jangkaan. Jadi, sila bersedia!


BENTUK SOALAN YANG DISOAL KEPADA SAYA SEMASA TEMUDUGA SPP :

Soalan yang ditanya kepada saya berkisarkan subjek major saya iaitu Pendidikan Khas masalah pembelajaran. Mungkin rezeki kumpulan saya untuk tidak ditanya tentang soalan yang pelik-pelik, walaubagaimanpun kami tetap bersedia. Jadi di bawah ini adalah beberapa soalan yang ditanya.
  1. Jenis-jenis murid pendidikan khas
  2. Bagaimana untuk menjadi guru PK yang dikatakan sabar (jawab berdasarkan pengalaman praktikum)
  3. Terapi fizikal yang membantu memulihkan murid PK (terapi pasir, hidro terapi, terapi berkuda dan sebagainya)
  4. Siapakah contoh pelajar Pendidikan Khas yang sudah berjaya ke PHD dan dikagumi di dalam Malaysia.

*****************


Setakat ini sahaja perkongsian pengalaman. Sesiapa yang nak nota KISSM, Soalan-soalan Lepas untuk ulangkaji dan Nota SPP boleh minta secara hard copy pada saya ok. Tinggal mesej kat Facbeook. InsyaAllah aku bantu dengan sebaiknya. Akhir sekali doakan aku lulus kedua-dua perkara yang aku dah lalui ini dan semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua. Lain orang lain pengalaman. Selamat bertugas bagi bakal Pendidik!



Categories , , 3 anak murid kena cubit
 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas