Friday, April 22, 2011

[ENTRY PENGHARGAAN] UNTUK SEMUA PEMBACA BLOG DUNIAKU DUNIACIKGU



...assalamualaikum...
"GENAP SATU TAHUN BLOG DUNIA KU DINIA CIKGU"


alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, aku masih lagi diberi kurniaan nafas, hayat dan kenikmatan dengan segala kudrat yang ada. aku sedar aku selalu melakukan kesilapan di mataMu ya Allah. namun aku cuba juga untuk memperbaiki diri kearah yang lebih baik dari hari ke hari. aku cuba, InsyaAllah.




[Gambar : Terima kasih daun keladi. kalau sudi datanglah lagi]



khusus kepada semua pembaca blog ini, aku ucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada anda semua kerana sudi menyokong dan sudi juga meluangkan masa untuk membaca dan meghayati penulisan di blog aku yang tak seberapa ini.

aku seorang bakal guru. dan aku masih lagi menuntut di tahun akhir di salah satu IPG. aku juga mempunyai kehidupan sendiri, seperti orang lain. dan aku juga perlu ada masa untuk menulis di blog ini. kadang kala aku tidak berpeluang untuk memperbaharui penulisan di sini. aku berharap jika ada di kalangan pengunjung blog ini, tidak dapat aku balas jejak dan komen mereka, aku mohon maaf. aku bukan sombong, tapi masa aku terhad.

sepanjang setahun aku dalam dunia blog ni banyak perubahan yang telah aku lakukan untuk meningkatkan lagi kualiti penulisan blog ini. memang kerap berubah, itu yang pasti. dari awal penulisan aku yang kanak-kanak, cara penulisan yang tak berinfo, dari hari ke hari aku cuba perbaikinya. aku bukan kejarkan populariti, tak juga wang ringgit dan lain-lain. aku hanya menulis, menulis dan menulis apa yang aku yakin boleh kongsikan kepada rakan-rakan. jika ada rakan-rakan yang kurang berpuas hati dengan cara aku berpenulisan disini, aku alu-alukan untuk anda semua suarakan. insyaAllah secara perlahan-lahan akan aku perbaikinya. aku tak kisah, dan aku tak malu jika anda suarakan pendapat tersebut.

sekali lagi, sementara aku masih sempat. aku nak ucapkan terima kasih juga kepada pembaca blog kedua aku iaitu CIKGU BLOGGER. yang salah seorang adminnya adalah aku. aku tau sejak penulisan di blog tersebut ramai pihak yang marah, berkecil hati dan sebagainya. ada juga yang tinggalkan komen seolah-olah menunjukkan penulisan aku itu tidak memikirkan akibat dan kemarahan pihak lain. aku mohon maaf jika penulisan di blog tersebut buat ada pihak yang jauh hati. mohon maaf tak terhingga.



habuan nurani, anda boleh amalkan. banyak khasiatnya.




  1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  2. Dengan nama Allah yang menyembuhkan.
  3. Dengan nama Allah yang mencukupi.
  4. Dengan nama Allah yang memberi kesejahteraan.
  5. Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu di bumi juga di langit, dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.

..Wassalam..

2 anak murid kena cubit

Sunday, April 17, 2011

[EKSKLUSIF] ALAHAI CIKGU SHIDA



assalamualaikum. pagi-pagi lagi aku sendiri dah terkejut dengan berita di Harian Metro. muka depan Cikgu Shida yang gila-gila. balik sekolah macam biasa aku cari cerita Cikgu Shida ni dekat internet, means pendapat dari blogger-blogger. dan entry ni juga serba sedikit pendapat tentang beliau.


[ Gambar : Majalah Wanita]




[Harian Metro 17 April 2011]

berdasarkan kenyataan beliau di media tentang vedio miming nya yang terlampau itu seolah-olah mencalar imej seorang guru. sesiapa sahaja yang mellihat vedio tersebut mesti cakap dia gila, sewel, tiga suku atau sebagainya. dan beliau juga akuinya di metro hari ini.anda kena tahu setiap manusia ada minat dan kecenderungannya yang pelbagai. yang manusia A ni minat berblogging, manusia B suka benda-benda ekstrem, dan manusia bernama cikgu shida ni pula suka hiburan berbentuk vedio miming dan sebagainya.


Cikgu shida kan suka publisiti, populariti & perhatian

cikgu shida tak cari populariti. yang pasti itu juga bukan niat dia sejak awal lagi. beliau memuat naik vedionya di Youtube dan dia juga tak menyangka yang dia akan terkenal seperti sekarang. contoh macam Yuna, Najwa Latif, Ana Rafalli dan artis lain, diorg giat mengupload vedio nyayian mereka di Youtube, dan akhirnya penggemar internet yang melihatnya terpegun, lalu menyebarkan vedio kepada rakan-rakan dan akhirnya mereka jadi terkenal. diorg semua tu juga sama macam cikgu shida, tak sangka juga boleh jadi artis macam sekarang ni. cikgu shida bukan buat vedio miming sahaja, tapi ada juga vedio coral speaking, vedio ajar anak murid menyanyi dan menari. banyak lagi kalau nak kira kat youtube tu. kenapa kita nak pandang serong pada dia.


“Niat saya bukan untuk menarik publisiti murahan tapi lebih kepada memberi hiburan kepada orang ramai melalui kelainan tersendiri,” katanya.

Ternyata percubaan luar biasa itu melonjakkan namanya sebagai ‘artis’ baru paling terkenal di Internet dan berjaya menarik pengunjung dalam dan luar negara.


orang lain mencari populariti dengan menayang badan, seksi tak kena tempat, baju tak cukup kain, buat kontroversi dan segala bagai. tak pula jadi isu di metro. dan tak pula jadi bualan masyarakat. pelik lah aku dengan manusia ni. yang cikgu shida tu pakai elok-elok bertudung juga nak di katanya. kenapa? sebab dia pegang title Cikgu? macam tukah?



Kenyataan Cikgu Shida bercanggah dari Majalah Wanita ke Harian Metro


ada masyarakat kata statement Cikgu Shida bercanggah. memang sangat bercanggah, itu yang aku akui. sekejap kata kat majalah Wanita dia nak pikat hati pelajar, bila kat HM kata nak mencari hiburan. sekurang-kurangnya dia jujur, tak menipu, dia jelaskan apa yang dia patut dijelaskan pada 1 Malaysia ni melalui media massa. niat dia mencari hiburan. orang lain mencari hiburan pergi clubbing dan lain-lain, tapi bila cikgu shida cari hiburan dengan buat vedio miming di youtube, semua orang bising sebab dia 'Cikgu'. wajarkah?

“Namun semua itu tidak melemahkan semangat saya untuk memberi dan mencari hiburan tersendiri di samping berkongsi pengalaman bersama rakan di Internet,” kata guru Bahasa Inggeris itu.



Cikgu Shida langgar etika perguruan ke?

“Selagi tidak melanggar etika perguruan dan mengabaikan pekerjaannya, dia boleh melakukan apa saja kerana itu haknya.

“Bagi saya, tindakannya tidak salah kerana dia tidak mengganggu individu lain, sebaliknya hanya mencari hiburan sendiri,” kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan ketika diminta mengulas penghasilan klip video miming Cikgu Syida.

Menurutnya, dia tidak melihat apa dilakukan guru itu boleh merosakkan profesyen guru, sebaliknya ia adalah perkembangan sihat.

Katanya, jika dilihat daripada sudut positif, ia menunjukkan daya kreativiti guru berkenaan kerana mampu melakonkan pelbagai aksi di depan kamera mengikut kesesuaian lagu.

jelas di situ, kita tak perlu lagi mencemuh manusia dengan setiap perkara positif yang telah mereka lakukan. kita pun tidak boleh menghukum manusia lain tanpa usul periksa, kerana kelak kita seolah-olah menghukum diri sendiri. biarlah cikgu shida dengan kerjaya dan minatnya. kita kenalah sama-sokong dia bukan lagi menyakiti hatinya.

sumber : KLIK SINI

jom tengok vedio cikgu Shida di temuramah beberapa rancangan TV : KLIK SINI


nota kaki :

  • kalau tak silap aku cikgu shida ni dapat anugerah dari KPM sebab dia menjalankan tugasnya sebagai guru dengan komited dan bagus serta berjaya mewujudkan P&P yang berkesan. anak-anak murid dan warga sekolahnya sangat sayangkan cikgu shida, dan tak menghalang dia bermiming. sejauh mana kebenarannya aku kurang pasti.
  • aku baru je tengok vedio cikgu shida tu sekali je. tu pun akhir tahun lepas. pertama kali aku tengok, terkejut juga. tapi apapun kena think positive.
  • surat khabar sekarang ni dah macam tak ada isu lain agaknya nak di ulas. hal cikgu shida jadi muka depan tu. macam kurang sesuai je.
  • tapi bagus cikgu shida kuar HM, sekurang-kurang nya dapat tutup mulut dan manusia yang suka mencemuhnya.
9 anak murid kena cubit

Friday, April 15, 2011

saki baki praktikum

assalamualaikum kepada semua pembaca blog dunia ku dunia cikgu!




alhamdulillah, aku harus bersyukur kerana masih diberikan hayat dan kesihatan yang sempurna dengan segala kudrat yang tak pernah berkurang. alhamdulillah ya Allah. lama juga rasanya aku tak muncul dengan penulisan berilmiah. memang aku jenis orang yang tak berminat untuk menulis jika penulisan aku itu tiada intipati. kesian pembaca blog aku nanti, datang tiada ilmu baru yang aku kongsi. dan untuk penulisan kali ini benar-benar kosong, lantas tak berintipati. maaf kalian

tinggal seminggu lebih lagi Sek Keb Padang Kala. sisa-sisa praktikum yang masih berbaki, aku perlu lebih giat dalam menyiapkan mural di sekolah. perlu bersungguh-sungguh dan ikhlas di situ. nampaknya semakin sibuk lah aku di sekolah untuk akhir-akhir ini.

dan disebabkan itu jugalah blog ini tersadai tanpa sebarang perkhabaran. rakan-rakan pembaca yang meninggalkan jejak, tak sempat juga aku ziarah lagi. walauapapun terima kasih banyak-banyak sudi jenguk aku di blog ini.

ok itu sahaja setakat ini perkembangan aku. berjumpa di penulisan akan datang. assalamualaikum


3 anak murid kena cubit

Tuesday, April 12, 2011

#Blogging : Jom Exchange Link & Banner

Kalau nak exchange banner, sila tinggalkan komen anda di coment box entry ini ya TQ!






9 anak murid kena cubit

Friday, April 8, 2011

BERITA HARIAN 9 APRIL : ARTIKEL 'BEZA CIKGU DULU, SEKARANG'




[BERITA HARIAN : 9 APRIL 2011 : klik gambar untuk tumbesaran terlampau]

hari ini aku rajin untuk mengulas satu isu berkaitan seorang individu yang memperkatakan tentang seorang guru. atau dengan bahasa mesranya 'cikgu'. merujuk kepada penulisan beliau di dalam artikel surat khabar ternama yang disiarkan pada hari ini, saya menjadi terfikir dan terpanggil untuk menegakkan beberapa perkara supaya masyarakat diluar tidak akan memandang 'lekeh' kerjaya seorang cikgu. bak kata munir pemenang adik-adikku : " Biar besar jiwa, jangan besar kepala"

ya, manusia mudah berubah, ini kan pula seorang cikgu. dimana cikgu juga manusia biasa. aku pasti sebagai individu berkerjaya yang lain pasti berubah. ibu bapa berubah, anak-anak berubah malah ahli politik mahupun penulis surat khabar pun mudah berubah sikap dan pendapatnya.

sebagai manusia yang sama-sama melakukan kesilapan, jangan hanya tahu menuding jari telunjuk itu kearah cikgu semata-mata. cikgu, melahirkan modal insan berguna dan berpendidikan bukan satu kerja yang mudah. anda jangan mengatakan perkara yang sia-sia dan tidak berasas, seharusnya sebagai seorang yang profesional, anda berfikir diluar kotak dan menyiasat perkara terlebih dahulu. surat khabar merupakan medium yang sangat besar dan impak dari penulisan anda akan mencalar imej seorang guru. anda perlu sedar perkara itu.

berdasarkan artikel tersebut, aku akan huraikan tentang isi-isi yang patut aku ulas :

1) Anak tidak buat kerja sekolah, memberi pelbagai alasan buku hilang dan sebagainya.

jelas disitu bahawa, kesalahan adalah ditangan anak dan ibu bapa. pertama, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab kenapa tidak disemak terlebih dahulu kerja sekolah semasa anak di rumah. pastikan buku sekolah anak anda tu wujud. kalau tiada buku, ibu bapa bertanggungjawab untuk beli. lagi 1, adakah anak mereka buat tugasan yang diberikan cikgu? kalau tidak, tanggungjawab ibu bapa dirumah juga untuk memastikan mereka buat kerja sekolah sehingga siap. apabila kerja siap, murid tak perlu beri alasan dan tiba di sekolah, tak perlu lah cikgu membebel, marah-marah atau pukul. dan artikel ini juga tidak akan disiarkan jika perkara ini dilangsaikan di rumah dengan mudah. selaras dengan kata-kata penulis surat khabar ini "mak bapak jaga anak kat rumah, kat sekolah cikgu lah pulak!" dan jawapnnya : guru dirumahnya sendiri, bukan dirumah murid. seharusnya ibu bapa yang langsaikan masalah ini. bukan guru.

2) cikgu meng'ugut' untuk pindahkan anak ke kelas nombor 2, akibat tidak tertahan dengan sikap anaknya. mengapa tidak di selesaikan masalah dengan lebih awal jika anak bermasalah

cikgu di sekolah mempunyai berpuluh-puluh murid dibawah jagaannya. bukan seorang sahaja ank murid yang bermasalah, tapi ramai. kalau nak diselesaikan satu persatu, tak bernyawa lah cikgu lepas tu. dalam situasi yang dijelaskan dalam artikel, saya yakin guru tersebut sudah habis jalan untuk menyelesaikan anak individu tersebut. beliau bukan mengugut. tetapi beliau tertekan dan buntu dengan situasi tersebut. sebab itu beliau bercadang untuk pindahkan anak murid tersebut ke kelas no 2. supaya murid tersebut kuat berusaha dan ibu bapa pula sedar akan keupayaan anaknya, kalau ibu bapa tersebut matang, dia akan redha dengan keputusan guru. sebab guru yang mengetahui tahap anaknya. jangan sekali-kali menuduh yang bukan-bukan, buruk mulut di akhirat kelak. jelas disini, ibu bapa tiada di sekolah, cikgu yang benar-benar bersama murid. dan cikgu juga yang mengetahui masalah murid tersebut.


3) Beza ibu bapa sekarang dan ibu bapa dahulu

cuba anda fikir, berapa ramai ibu bapa yang datang ke sekolah bertanyakan hal pelajaran anaknya? hanya segelintir sahaja bukan? dan berapa ramaikah ibu bapa yang sanggup anaknya di pukul dan di rotan, untuk tujuan didikan? zaman sekarang memang tak wujud. bila dipukul untuk beri peringatan atas kesalahan murid, surat saman yang sampai. bukan ucapan terima kasih pada guru tersebut.

kalau ibu bapa dahulu sayangkan anak, diminta cikgu untuk pukul anaknya. siap berpesan "cikgu, kalau anak saya nakal, tak buat kerja sekolah, cikgu pukul saja, jangan sampai mati sudah lah" itu ibu bapa dulu. tapi ibu bapa sekarang? ibu bapa pula yang pukul cikgu. padahal niat baik cikgu tu mendidik anaknya. bila cikgu cuit anak sikit, cikgu pula dipersalahkan. kalau yang berada tu, siap-siap hantar lawyer segala bagai dan menegakkan anak yang nakal dan degil. masyaAllah dunia sekarang.

4) beza didikan ibu bapa dahulu, ibu bapa sekarang

ibu bapa dahulu didik anak dengan agama dan akhlak. di pukul dirotan anak jika tidak mengaji, sembahyang dan tidak menutup aurat. tapi sekarang, ibu bapa didik anak dengan harta dan anak dimanjakan. apabila anak mengandung anak luar nikah, salahkan sekolah tidak mengajar agama kepada anaknya. malah ada juga ibu bapa yang marah anak jika anak mengikut ajaran islam. mana tidak anak tersebut nakal dan degil di sekolah, ilmu di pelajari tidak pernah berkat, malah jiwa terpalit dek bintik-bintik hitam. macam mana guru nak bentuk modal insan. besar betul tanggungjawab seorang guru. fikirlah.

penulis BH ini juga mengungkit isu guru cabul murid, dera murid, rotan murid raba dan sebagainya. tetapi penulis tidak terfikirkah bahawa ada juga kes guru dibelasah samseng yang dihantar ibu bapa murid, guru mati ditikam dan sebagainya. penulis BH juga tidak sedar bahawa pengorbanan seorang guru adalah besar. yang mendidiknya menjadi orang beguna hingga kehari ini adalah seorang guru.


***********

cukup sudah ulasan yang dihuraikan. aku menyusun sepuluh jari diatas segala kata-kata yang tidak sedap didengar. penggunaan kata 'aku' ini, bukan tujuan menunjukkan sikap kurang ajar. tetapi adalah memeberi kepuasan kepada aku untuk menulis di blog ini. sama-samalah kita renung-renugkan dengan setiap perkara yang terjadi.

kebiasaannya insan yang kerap menuding jari ke arah cikgu, dia tidak berada di tempat cikgu. cuba sekali anda muhasabah diri. duduk di posisi seorang cikgu, di sekolah, mengajar dan anda akan faham situasi dan jiwa seorang guru. berhentilah dari memperkatakan yang tidak baik. sepatutnya berikanlah pendapat dan jalan secara berhemah supaya guru dapat membuat yang terbaik kepada anak-anak. tidak perlulah untuk di tengking, diperkatakan dengan kata-kata yang sesat atau sebagainya.


dari jari si penulis biasa : cikmas



Categories 10 anak murid kena cubit

Friday, April 1, 2011

HAMI ASYRAF, IMAM MUDA ASYRAF DAN DR CINTA : AKU KAGUMI MEREKA




assalamualaikum. ya aku kata aku sibuk tapi aku tak sampai hati biar pembaca blog aku sunyi tanpa perkhabaran tentang setiap pemikiran aku. aku jenis manusia yang susah juga nak melekat dengan satu-satu blog kalau blog tersebut tidak benar-benar beri input pada aku. kali ini aku bawakan tiga blog utama pilihan aku. pasti berbaloi dan anda akan rasa bersyukur mengenali mereka. apa salah jika aku kongsikan kepada anda. jelas disini aku katakan, aku amat memintai mereka dengan cara penulisan mereka di blog. ada gaya yang tersendiri setiap seorangnya.






kekuatan rohani dan keberkatan ilmu datangnya dari perkongsian ilmu agama yang bermanfaat. ya aku akui semua sangat kagumi dan hormati insan ini. siapa yang tidak mengenali Imam Muda Asyraf. beliau sangat bagus dan komited orangnya. blog beliau buat tatapan aku setiap kali aku buka pintu blog aku. sesuai untuk anda dalami ilmu agama. tahniah ustaz.


2. BLOG HAMI ASYRAF




kali pertama aku buka blog ini, aku terkesima dengan setiap bait-bait penulisan di blog ini. bukan itu sahaja, betul juga kata blogger lain beliau sangat tampan orangnya. tapi bukan itu jadi tumpuan utama aku. tetapi cara beliau menulis, ada kelainan dari orang lain. lebih-lebih lagi ketika beliau seolah-olah berkarya ala bersastera. nah, rasa luruh air mata dan jantung ini. beliau sangat baik dan peramah dengan pembaca blognya juga. seingat saya hami asyraf pernah bertemu Imam Muda Asyraf dan menjadikan beliau sumber inspirasinya.


3. BLOG DR. CINTA




semestinya blog kaum hawa. beliau aku tak berapa kenal juga. yang pastinya aku sangat meminati setiap penulisan blognya yang amat bermakna dan penuh dengan input berguna. setahu aku beliau menunutu di IPG sekitar terengganu dan aku juga pernah bertemu seorang blogger yang sangat kenal dengan beliau. ya, memang yang baik-baik sahaja tentang beliau. tahniah dan terima kasih kongsikan ilmu kepada aku ya. kalau tak silap aku juga, dr cinta ini sangat mengagumi Hami Asyraf. pernah dia perkatakan dalam penulisannya dulu. dari situ aku mula mengenali siapa itu Hami Asyraf.


~itu sahaja buat kali ini. doakan yang baik-baik buat diri aku ya. salam~


dari jari si penulis biasa : cikmas


10 anak murid kena cubit

SELAMAT HARI JADI KAWAN!

[ gambar : kawan tersayang bersama anak murid. maaf, aku pinjam gambar kamu tanpa kebenaran. konon nak buat macam kejutan. harap kamu tak berkecil hati ]



tepat detik masa berlalu. seperti berlegar di kepala dengan laju. ya, kawan baik aku, norasyikin. seorang yang baik hati dan cantik tuan badannya. sudah juga menyambut ulang tahun hari lahirnya hari ini. 2 April 2011 jam 12.00 tengah malam. umurnya menjangkau 23 tahun, buat dirinya nampak matang. tapi hakikat seperti kanak-kanak ribena juga, sangat comel. apapun kami semua rakan-rakan sekelas ucapkan yang baik-baik buat kamu. setiap persahabatan yang terjalin biar ada pahit maungnya, tetap juga ade saat kegembiraan dan kenangan yang tak dapat dilupakan.



semoga kamu sentiasa diberi kesihatan yang baik, ceria dengan senyuman setiap hari dan semoga menjadi guru yang cemerlang. kamu seorang yang rajin dan komited dengan setiap tugas, itu yang buat aku sangat hormat dengan gaya kamu. terima kasih juga dengan persahabatan sepanjang 4 tahun lebih ini. yang buruk-buruk, aku mohon maaf. dan yang baik-baik akan aku kenang dan simpan rapat-rapat dalam hati. hanya Dia dan aku sahaja yang tahu.


kata terakhir semoga kamu bahagia dengan insan-insan tersayang. cepat-cepat naik pelamin, insyaAllah tak ada halangan aku akan tiba juga di sana. macam saat aku datang ke rumah kamu waktu rumah terbuka suatu ketika dulu. sangat menyeronokkan. terima kasih atas persahabatan dan selamat hari tua wahai kawan yang aku sayang.






SELAMAT HARI LAHIR KAWAN!


dari jari si penulis biasa : cikmas

2 anak murid kena cubit

TAJUK PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN





[Gambar : masa bergembira harus disingkatkan, tegas pada diri]


tiada masa lagi bersandiwara tatkala otak ligat memikir perihal kajian penyelidikan pendidikan. aku perlu fokus dengan sepenuh hati supaya tak ketinggalan dari barisan orang lain. doakan aku supaya jadi guru pelatih yang kuat dan bersemangat ya. terima kasih kerana masih ada kawan yang aku sayang. rasanya tak pernah sependek ini penulisan di blog aku. aku cuma hanya menceritakan hal diri serba sedikit. harap pembaca blog memahaminya.


TAJUK : KEBERKESANAN KAEDAH LATIH TUBI DALAM MENINGKATKAN PENULISAN ABJAD KANAK-KANAK DISLEKSIA


Oleh :

Mastura binti Mohamad Amin

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu, Kelantan


cikmas :

  • nanti akan aku huraikan satu persatu perihal proposal aku ya. kini aku terlalu sibuk dan sangat letih menguruskan kehidupan.
  • syukur rezeki bertambah, en hati sudah terima gajinya.
  • kawan, URL blog aku sudah bertukar ya. dulu : masluvnerul blogspot.com. dan sekarang : duniakucikgu.blogspot.com.. sesiapa ada bookmark blog aku, nanti tukar ok. terima kasih.

1 anak murid kena cubit
 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas