Friday, April 1, 2011

SELAMAT HARI JADI KAWAN!

[ gambar : kawan tersayang bersama anak murid. maaf, aku pinjam gambar kamu tanpa kebenaran. konon nak buat macam kejutan. harap kamu tak berkecil hati ]



tepat detik masa berlalu. seperti berlegar di kepala dengan laju. ya, kawan baik aku, norasyikin. seorang yang baik hati dan cantik tuan badannya. sudah juga menyambut ulang tahun hari lahirnya hari ini. 2 April 2011 jam 12.00 tengah malam. umurnya menjangkau 23 tahun, buat dirinya nampak matang. tapi hakikat seperti kanak-kanak ribena juga, sangat comel. apapun kami semua rakan-rakan sekelas ucapkan yang baik-baik buat kamu. setiap persahabatan yang terjalin biar ada pahit maungnya, tetap juga ade saat kegembiraan dan kenangan yang tak dapat dilupakan.



semoga kamu sentiasa diberi kesihatan yang baik, ceria dengan senyuman setiap hari dan semoga menjadi guru yang cemerlang. kamu seorang yang rajin dan komited dengan setiap tugas, itu yang buat aku sangat hormat dengan gaya kamu. terima kasih juga dengan persahabatan sepanjang 4 tahun lebih ini. yang buruk-buruk, aku mohon maaf. dan yang baik-baik akan aku kenang dan simpan rapat-rapat dalam hati. hanya Dia dan aku sahaja yang tahu.


kata terakhir semoga kamu bahagia dengan insan-insan tersayang. cepat-cepat naik pelamin, insyaAllah tak ada halangan aku akan tiba juga di sana. macam saat aku datang ke rumah kamu waktu rumah terbuka suatu ketika dulu. sangat menyeronokkan. terima kasih atas persahabatan dan selamat hari tua wahai kawan yang aku sayang.






SELAMAT HARI LAHIR KAWAN!


dari jari si penulis biasa : cikmas

2 anak murid kena cubit:

Cik Diana on 9:45 AM, April 01, 2011 said... BALAS

kak nie mmg cOmeyl.. hehe..
slmt hari jadi tOk beliau.. ;)

Cik Diana on 7:51 PM, April 01, 2011 said... BALAS

yup.. shOutmix xleyh guna.. dye tulih gni..

[Access not allowed. You can only use this shoutbox from owner's website.

The shoutbox identifed that you came from "http://duniakucikgu.blogspot.com/" which doesn't match the owner's website.]

psst! jOm tgk maharaja lawak..
http://niadeanna.blogspot.com/2011/04/maharaja-lawak-kenali-finalis-dan.html

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas