assalamualaikum. pagi-pagi lagi aku sendiri dah terkejut dengan berita di Harian Metro. muka depan Cikgu Shida yang gila-gila. balik sekolah macam biasa aku cari cerita Cikgu Shida ni dekat internet, means pendapat dari blogger-blogger. dan entry ni juga serba sedikit pendapat tentang beliau.
[ Gambar : Majalah Wanita]
[Harian Metro 17 April 2011]
berdasarkan kenyataan beliau di media tentang vedio miming nya yang terlampau itu seolah-olah mencalar imej seorang guru. sesiapa sahaja yang mellihat vedio tersebut mesti cakap dia gila, sewel, tiga suku atau sebagainya. dan beliau juga akuinya di metro hari ini.anda kena tahu setiap manusia ada minat dan kecenderungannya yang pelbagai. yang manusia A ni minat berblogging, manusia B suka benda-benda ekstrem, dan manusia bernama cikgu shida ni pula suka hiburan berbentuk vedio miming dan sebagainya.
Cikgu shida kan suka publisiti, populariti & perhatian
cikgu shida tak cari populariti. yang pasti itu juga bukan niat dia sejak awal lagi. beliau memuat naik vedionya di Youtube dan dia juga tak menyangka yang dia akan terkenal seperti sekarang. contoh macam Yuna, Najwa Latif, Ana Rafalli dan artis lain, diorg giat mengupload vedio nyayian mereka di Youtube, dan akhirnya penggemar internet yang melihatnya terpegun, lalu menyebarkan vedio kepada rakan-rakan dan akhirnya mereka jadi terkenal. diorg semua tu juga sama macam cikgu shida, tak sangka juga boleh jadi artis macam sekarang ni. cikgu shida bukan buat vedio miming sahaja, tapi ada juga vedio coral speaking, vedio ajar anak murid menyanyi dan menari. banyak lagi kalau nak kira kat youtube tu. kenapa kita nak pandang serong pada dia.
“Niat saya bukan untuk menarik publisiti murahan tapi lebih kepada memberi hiburan kepada orang ramai melalui kelainan tersendiri,” katanya.Ternyata percubaan luar biasa itu melonjakkan namanya sebagai ‘artis’ baru paling terkenal di Internet dan berjaya menarik pengunjung dalam dan luar negara.
orang lain mencari populariti dengan menayang badan, seksi tak kena tempat, baju tak cukup kain, buat kontroversi dan segala bagai. tak pula jadi isu di metro. dan tak pula jadi bualan masyarakat. pelik lah aku dengan manusia ni. yang cikgu shida tu pakai elok-elok bertudung juga nak di katanya. kenapa? sebab dia pegang title Cikgu? macam tukah?
Kenyataan Cikgu Shida bercanggah dari Majalah Wanita ke Harian Metro
ada masyarakat kata statement Cikgu Shida bercanggah. memang sangat bercanggah, itu yang aku akui. sekejap kata kat majalah Wanita dia nak pikat hati pelajar, bila kat HM kata nak mencari hiburan. sekurang-kurangnya dia jujur, tak menipu, dia jelaskan apa yang dia patut dijelaskan pada 1 Malaysia ni melalui media massa. niat dia mencari hiburan. orang lain mencari hiburan pergi clubbing dan lain-lain, tapi bila cikgu shida cari hiburan dengan buat vedio miming di youtube, semua orang bising sebab dia 'Cikgu'. wajarkah?
“Namun semua itu tidak melemahkan semangat saya untuk memberi dan mencari hiburan tersendiri di samping berkongsi pengalaman bersama rakan di Internet,” kata guru Bahasa Inggeris itu.
Cikgu Shida langgar etika perguruan ke?
“Selagi tidak melanggar etika perguruan dan mengabaikan pekerjaannya, dia boleh melakukan apa saja kerana itu haknya.“Bagi saya, tindakannya tidak salah kerana dia tidak mengganggu individu lain, sebaliknya hanya mencari hiburan sendiri,” kata Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan ketika diminta mengulas penghasilan klip video miming Cikgu Syida.Menurutnya, dia tidak melihat apa dilakukan guru itu boleh merosakkan profesyen guru, sebaliknya ia adalah perkembangan sihat.Katanya, jika dilihat daripada sudut positif, ia menunjukkan daya kreativiti guru berkenaan kerana mampu melakonkan pelbagai aksi di depan kamera mengikut kesesuaian lagu.
jelas di situ, kita tak perlu lagi mencemuh manusia dengan setiap perkara positif yang telah mereka lakukan. kita pun tidak boleh menghukum manusia lain tanpa usul periksa, kerana kelak kita seolah-olah menghukum diri sendiri. biarlah cikgu shida dengan kerjaya dan minatnya. kita kenalah sama-sokong dia bukan lagi menyakiti hatinya.
sumber : KLIK SINI
jom tengok vedio cikgu Shida di temuramah beberapa rancangan TV : KLIK SINI
nota kaki :
- kalau tak silap aku cikgu shida ni dapat anugerah dari KPM sebab dia menjalankan tugasnya sebagai guru dengan komited dan bagus serta berjaya mewujudkan P&P yang berkesan. anak-anak murid dan warga sekolahnya sangat sayangkan cikgu shida, dan tak menghalang dia bermiming. sejauh mana kebenarannya aku kurang pasti.
- aku baru je tengok vedio cikgu shida tu sekali je. tu pun akhir tahun lepas. pertama kali aku tengok, terkejut juga. tapi apapun kena think positive.
- surat khabar sekarang ni dah macam tak ada isu lain agaknya nak di ulas. hal cikgu shida jadi muka depan tu. macam kurang sesuai je.
- tapi bagus cikgu shida kuar HM, sekurang-kurang nya dapat tutup mulut dan manusia yang suka mencemuhnya.
Post a Comment
9 anak murid kena cubit:
betul2. sentap jugak. tapi maklumlah org sekarang suka menjatuhkan daripada tlg bangsa sendiri. hurmm.
salam
datang sokong cikgu shida.hehe.ultras shida.hehe
unik apa cikgu tu...peminat dah lebih sejuta tu=)
Setiap orang mempunyai minat yang berbeza,kita hormati hak mereka sebagaimana mereka hormat hak kita.
hehhe...cikgu shida yang best..
bukan sume owg leh wat mcm yg die buat
miming tu bukan senang..
nk kne menghayati lagu tu betol2..
pas tu tang ngedit video tu pun xsume owg xpert..huhhh
sume die wat sendiri kan..
sy dh tgk rakaman temubual cikgu shida dr youtube die..huhu
jadi cikgu memang kne kreatif..mcm mane la sy nanti..hehe :D
blog sy : ● the COLORFUL of LIFE ●
@Fatin Syahira Ramli
tau x pe dear... biase la kan... manusia.. :)
@Mohamadazhan hjDesa
unik juga.. sebab die ada keyakinan dalam diri yang sangat tinggi... :)
tgk vedio die hilang stress
@zmah
betul2... kne same2 hormat hak mereka... baru orang hormat hak kita.. ni nak marah2 kat orang padahal diri 2x5 jek.. :P
@CikNiza
betul2... cikmas ade perasan kat blog die mcm mana die edit gaya miming tu n kombinasikan dngan lagu... memang susah.. cian die bile di tohmah... harap masyratak boleh terima :)
Salam k,mas..sy suka Sgt tgok blog k.mas...hehe..bole x k.mas ajo sy...