Saturday, February 26, 2011

UPDATE : GATHERING CIKGU BLOGGER DI TIME SQUARE

tangan aku menggigil ketika ini, saat aku ketuk jari di keyboard bukunet. aku tak pasti juga faktor apa jadi begitu. yang pastinya,aku nak mohon maaf sebab terlalu lambat admin (aku sendiri) untuk update ini blog pasal gatherng lepas.


apa pun sebelum aku teruskan penulisan, aku ucapkan terima kasih kepada yang hadir gathering semalam. walaupun tak ramai, tapi buat aku terharu bro ben ashaari, bro framestone dan krew 1tube sanggup datang bertemu dan support kitorang semua.

jam 11.00 pagi kami berjumpul di tingkat 7 dekat dengan cosmo world. selepas tu bergerak ke foodcourt dan mulakan ice breaking dan sesi berkongsi tips. krew 1tube juga minta kami untuk buat vlog dan kami pun menyokong dan membantu pihak mereka. alhamdulillah, selesai buat vlog, kami bergerak untuk makan, solat dan berehat. jam 3.45 kami berkumpul di tempat bowling. oleh kerana ramai yang tak berminat untuk main bowling, kami buat pertukaran hadiah disitu. ada juga blogger yang tak dapat kami hubungi dan mereka termiss slot ni. maaf ya. masa ni pun bro framestone dan krew 1tube pergi makan. so kami berenam je tempat bowling. ada juga blogger yang dah beransur untuk tinggalkan gath lebih awal seperti shahazwan dan khai azfar. apapun kami berkumpul semula bersama bro framestone dan krew 1tube di food court dan mengakhiri dengan sesi gathering dengan bersalaman dan sesi fotogedik.


bro framestone bersama krew 1tube


jemputan khas : bro ben ashaari dan bro framestone

mereka berdua sangat banyak dan rajin memberi tips kepada kami. tak sangka juga bro ben pernah menjadi guru sebelum ini. dan beliau juga ada bagi tips jadi seorang guru yang disenangi ramai. memang tak lokek ilmu. bro framestone pula ramah sangat, bayak bercakap dan berkongsi pengalaman menarik. banyak kami berlajar dari mereka berdua. thanks bro berdua.


sesi ice breaking di food court TS


silampuneon, bro ben, bro framestone dan cik mas
(bro frame stone buat aksi comel)


silampuneon dan akmal helmi (si lelaki seksi)


bersama jemputan khas


antara cikgu blogger yang sudi hadir


cikmas, silampuneon dan feeda

cik mas, feeda dan amirah zati


cik mas dan feeda
(banyak deh gambar aku, sabo je la)


senarai link yang hadir gathering :


nota kaki :
  1. terima kasih berbilion-bilion kepada yang sudi hadir dan menyokong komuniti kami cikgu blogger
  2. insyaAllah jika ada niat untuk bergathering lagi, kami akan info lebih awal. harap maaf segala kekurangan dan kesilapan dari pihak kami cikgu blogger dan admin sendiri.

16 anak murid kena cubit:

emieysandra on 8:23 AM, February 27, 2011 said... BALAS

oo..abang Ben tu bekas guru upenyer..

normizarifah on 1:53 PM, February 27, 2011 said... BALAS

sangat happening....congrates to admin..nanti wt lagi gathering k....hehhe

Nur Hanani on 4:50 PM, February 27, 2011 said... BALAS

waaa ruginya tak dapat pegi.. Kalau tak,bertambah la kenalan guru ni..:)

Entri Terkini: Tudung D'Haja..

Bro Framestone on 5:55 PM, February 27, 2011 said... BALAS

ben ajar ape ek...???

forever love on 6:27 PM, February 27, 2011 said... BALAS

wah..ramainya..hihi..ank cikgu tue pun ada erk..hihi....

Unknown on 7:21 PM, February 27, 2011 said... BALAS

slmt berkenalan ye cikgu
hik2

cik mas on 12:03 AM, February 28, 2011 said... BALAS

@emieysandra

tau xpe cayang.. cik mas pun baru jugak tahu.. mase bro ben cerita tu baru kitorg terbukak minda.. :)

cik mas on 12:03 AM, February 28, 2011 said... BALAS

@normizarifah

thanks normi.. gathering kat melaka lebih meriah dari yg ni... tapi yg ni pon ok gak... :)

cik mas on 12:04 AM, February 28, 2011 said... BALAS

@Nur Hanani

nani.. its ok dear... lps ni ada lagi gathering. jangan tak join ye... :)

cik mas on 12:04 AM, February 28, 2011 said... BALAS

@Bro Framestone

bro.. tak pasti la pulak yg tu... lupe la mase bro ben bagitau...huhu.. yg pasti bro ben tak suka skolah die dulu.. :)

cik mas on 12:05 AM, February 28, 2011 said... BALAS

@forever love

cikgu tue? siapakah? :)

cik mas on 12:05 AM, February 28, 2011 said... BALAS

@akmalhilmi

slmt berkenalan akmal yg seksi... hehehee .... :)

Farisukimi Photography on 3:36 AM, February 28, 2011 said... BALAS

em.........
sdey btol xdpt join korang...
aku ada kenduri plak hari tu dkt bangi

Unknown on 5:16 PM, February 28, 2011 said... BALAS

bestnye buat gath.. selamat pagi cikgu~~

Mera Zati on 4:24 AM, March 04, 2011 said... BALAS

ngeh2.. baru dapat komen kat enrty nih..sori cik mas..! err, nak gambar2 aritu.. huhu camne eh??

Bro Framestone on 10:15 PM, March 15, 2011 said... BALAS

bro memang comey pun

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas