Monday, February 14, 2011

Terapi Air bersama kanak-kanak PK Masalah Pembelajaran


salam maulidurrasul. alhamdulillah, aku masih lagi diberi nafas dengan panjang untuk teruskan kehidupan daif ini. thanks to Allah.

semalam 14 Februari aku dan warga PK sekolah aku berpraktikum memenuhi hari indah dengan aktiviti Terapi Air di Splash, Kota Bharu. ini adalah pengalaman pertama aku, kerana sebelum ini bila aku hadirkan diri untuk berpraktikum, sekolah tersebut jarang baut aktiviti. tapi kali ni sekolah yang aku praktikum ni, sangat aktif dan begitu mementingkan kebajikan muridnya. bagus juga, timba pengalaman dan kenangan yang baru.


gambar semasa kanak-kanak PK beratur. mereka tunggu giliran nama mereka disebut untuk naik kenderaan cikgu.


wajah-wajah keseronokan kanak-kanak PK ketika sampai di Taman Permainan berdekatan Kolam Renang Splash. ketika ini pukul 9.00 pagi. Kolam Renang tersebut buka pukul 10 pagi. jadi mereka sangat berhempas-pulas bermain apa yg patut.


di Kolam Renang Splash, terapi air bermula. cikgu praktikum paling semangat sekali masuk air. yang pakai baju merah buat peace tu adalah aku. masa ni baru warm up, kira celup-celup kaki je dulu, 30 minit lepas tu aku dah macam tak ingat apa. main gelongsor bagai nak rak macam budak-budak. kesian daku.


cikgu-cikgu SKPK sedang bersantai menyaksikan aksi terlampau cikgu-cikgu praktikum melayan murid-murid PK.


cikgu-cikgu lelaki bersama murid-murid PK. seronok tak ingat dunia mereka tu.


yang tengah-tengah tu anak murid aku. nama nya Alif Haikal. panggil PokMuk. sebab dia gemuk dan comel. geram kat pipi dengan perut dia. walaupun badannya besar, tapi takut nak masuk air. letih juga cikgu-cikgu angkat masukkan dia dalam air. kalo tak, sampai balik dia tak masuk-masuk lagi. tercongok tepi kolam. (baju merah tu aku, baju hitam tu izatey, kawan sepraktikum aku)


siap ada banner khas lagi. semangat betul cikgu-cikgu SKPK ni. bagus sungguh.

walaupun letih dan lapar sangat berterapi air ni, kami rasa puas sangat. di samping dapat ajar anak murid berenang, menyelam dan buat kuak lentang. kami juga dapatkan tingkatkan psikomotor kasar murid-murid PK ni. pada permulaan mereka memang agak takut dan menangis tak henti-henti, tapi bila pujuk dan guna Reverse Psycholgy, akhirnya mereka pula yang tak mahu keluar dari kolam sebab seronok sangat.

nota kepala :
  • hari ini boleh berehat dengan sepuas-puasnya. selepas zohor boleh mula untuk lengkapkan portfolio Praktikum.
  • tiba-tiba rasa darah gemuruh, rasa macam pensyarah pembimbing nak datang buat observation hari Khamis. nampaknya aku kena call, untuk kepastian. harap-harap tak masin mulut aku.

7 anak murid kena cubit:

Ayuni on 5:16 PM, February 14, 2011 said... BALAS

hm, kesian tgk diorg...besarnye jasa guru...

Cik Diana on 5:30 PM, February 14, 2011 said... BALAS

wah! nampak mcm best..
semOga kanak2 tersebut bergembira.. ;)

Anonymous said... BALAS

m senior suke msk air. ringan kerje. kui3

Anonymous said... BALAS

bestnyer dorang men air... bakti guru... bukan hanya di dalam kelas...

FIFIEY LYCHEE MARATION on 10:18 PM, February 14, 2011 said... BALAS

terapi air bar mereka lebih terasa suasana luar dan bebas:)

akak, salam maulidur rasul:)

Unknown on 7:20 AM, February 15, 2011 said... BALAS

Salam Maulidur Rasul


Note For Alinac’s Membership"

Aesya Zealous on 9:14 PM, February 15, 2011 said... BALAS

hai cikguuu...heheh..lawa gile blog kamu...bila bw je, mesti layout lain2..hhuhu

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas