Wednesday, February 9, 2011

SAHABAT

assalamualaikum.. ya sudah lama juga aku tidak mengetuk jari di dalam penulisan blog. aku juga kesunyian apabila menelaah blog, tiada yang baharu disitu, bosan!
bosan pun bosan juga, aku perlu hadap Rancangan Pengajaran Harian, pastikan ilmu yang terbaik untuk kanak-kanak istimewa. itu tanggungjawab aku. senyap sudah.

hari ini aku suka untuk bercerita tentang sahabat. bukan kawan, bukan teman, bukan keluarga, bukan kekasih dan sebagainya.

kalau aku tanya kalian dalam sepanjang kehidupan dimuka bumi ini, di saat ini, dan detik ini siapakah insan yang berada di samping anda? susah senang bersama. memujuk dan menangis apabila dalam kesedihan. membantu dan sanggup berkorban nyawa demi persahabatan. ada atau tidak insan tersebut disisi anda sekarang? atau anda hanya bersendirian? atau anda hanya berkawan untuk puaskan nafsu hiburan?


sahabat bagi aku, pendapat aku dan kata dari hati aku :


[ini bukti persahabatan]


orang dimana kita sentiasa berasa senang dan tenang disisinya

orang yang kita sentiasa bangga dan teruja berada disisinya

orang yang sentiasa menyedarkan dan menasihati diri kita yang alpa

orang yang kita tidak pernah rasa berkira atau berhutang

orang yang buat kita menangis dengan setiap pengorbanan yang dia lakukan

orang yang buat kita tak mampu untuk membalas jasa baktinya

orang yang buat kita sentiasa rindu berada disisinya

orang yang mudah menuturkan kata-kata sayang, maaf dan terima kasih dengan seikhlasnya



aku punya sahabat. seorang sahabat yang sejak aku tidak kenal orang lain ketika itu. tatkala orang lain bergembira, aku bersedih, dia datang tanpa aku undang. hadirnya dengan ikhlas hati. hingga hari ini saat ini aku tersangat sayang padanya. aku tak pasti dia masih ingat aku ataupun lupakan terus dalam ingatan. yang pasti aku tak pernah luputkan ingatan dan kenangan aku terhadapnya. akan aku simpan dalam-dalam di lubuk hati. aku sayang sahabat aku. sahabat yang tak kan mungkin dapat diganti dengan sesiapa pun. kebahagiaan, kesejahteraan, kekuatan iman dan semangat sentiasa mengiringinya tatkala aku kenang kasih sayang dan pengorbanan yang telah dicurahkan pada aku suatu ketika dahulu.



[simpan rapat-rapat di lubuk hati]


kawan senang mudah dicari.
kawan susah, sukar dicari
yang pasti, kawan senang itu kita yang mencari
kawan susah pula kita yang dicari
fikir-fikirkan dan renungkan


nota kaki :
  • esok aku akan diselia praktikum oleh guru pembimbing. dengan harapan kanak-kanak pendidikan khas itu akan dapat menerima pembelajaran dengan baik. aku tawakal dan redha.
  • tadi pagi aku jejakkan kaki ke kelas PK yang terakhir sekali. nah, 3 orang kanak-kanak yang tak boleh bercakap langsung dan hanya meleleh air liur dan hingusnya. aku cari tisu, aku kesat. Ya Allah. sayu hati aku.
  • isnin depan adalah hari kenangan manis. terapi renang bersama kanak-kanak PK. pasti menterujakan!. doakan keselamatan kami di kolam renang nanti. insyaAllah selamat.

6 anak murid kena cubit:

IMANSHAH on 7:45 AM, February 09, 2011 said... BALAS

hari ini seorang sahabat telah melukakan hati ku

cik mas on 8:04 AM, February 09, 2011 said... BALAS

@IMANSHAH

sabar.. pasti kelak dia sedar.. doakan yang baik2 sahaj utk dia ya :)

emieysandra on 8:05 AM, February 09, 2011 said... BALAS

sahabat begitu bermakna kan..
sy pun ade sorang shbat setia sjak dr sek rendah ag, balik kg msti lepak sme2

;)

Nurulbadiah Lai on 6:02 PM, February 09, 2011 said... BALAS

sahabat..seseorang yang boleh menangis bersama kita apabila kita sedang menangis..seseorng yang berlapar ngn kita apabila kita lapar..seseorang yang sentiasa bersama kita dalam susah, duka,perit dan payah..

nurul syg sgt2 sahabat nurul..dan cik mas salah seorang daripadanya

Cik Diana on 5:38 AM, February 10, 2011 said... BALAS

cik mas mmg ade gaya seOrg guru..
sgt kagum ngan cik mas n mendoakan juga dipermudahkan segala urusan dlm praktikum..
amin..

teratai on 6:14 AM, February 10, 2011 said... BALAS

salam ..

kita x tahu kita ada 'sahabat sejati'..sehinggalah kita ditimpa musibah!

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas