Thursday, February 17, 2011

hari ini aku nak cakap pasal cinta dengan suami orang. bukan aku, tapi orang lain.

assalamualaikum.hari ini aku sambung lagi penulisan di blog cikai ni. aku cuba kuatkan kelajuan ketukan jari di papan kekunci bukunet ini, sebenarnya letih yang amat dan aku tahan kepala yang sakit berdenyut-denyut. ah! gagahkan saja diri, kalau aku layan, boleh gila aku sebab asyik mengada-ngada untuk meletakkan kepala atas bantal.

kalau anda pembaca yang peka dengan rutin kehidupan aku, aku pernah bagitahu dalam penulisan lepas. cuba lihat pada nota kaki, ayat terakhir. aku diselia pensyarah pembimbing pada hari khamis. nah! cakap sangat sampai masin mulut. doa tu kan. betul-betul aku diselia oleh beliau. ya malam tadi sudah tentu aku tidur lewat. pukul 2.30 pagi. bukan apa, terlalu bersemangat untuk buat Rancangan Pengajaran harian (RPH) dan Bahan Bantu Mengajar (BBM).

dan kelas aku bermula jam 9.10 higga 9.40 pagi. 30 iminit sahaja. alhamdulillah, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) aku pada kali ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. syukur pada Allah, berkat doa lepas subuh tadi. terima kasih Allah kerana memberi keberkatan dan kurniakan kesihatan yang baik pada aku untuk teruskan P&P. murid pendidikan khas juga tak terlalu buat perangai, mampu lagi aku kawal walaupun hakikatnya mereka tak punya tumpuan lebih dari 15 minit.



[ini gambar anak siapakah? sukahati ambil letak dalam blog. kan bagus juga dapat anak murid secomel ini. tapi bagi aku comel lagi kanak-kanak Down Syndrome]

gambar : TUMBLR


hari ini aku nak cakap pasal cinta dengan suami orang. bukan aku, tapi orang lain.

ada insan yang pernah aku kenal buat masa ini sangat bingung dalam membuat keputusan. jatuh cinta dengan suami orang itu masalah utamanya. dan dalam masa yang sama punya juga seorang kekasih yang setia menantinya. tapi hati tidak pada kekasihnya, tapi pada suami orang yang mula-mula hadir dalam hidupnya. memahami, sabar dengan kerenahnya, penyayang dan segala bagai lagi. kalau aku, atau kau, kau, dan kau dengar dengan telinga, kau pasti akan membenci dia. macam tiada lagi lelaki bujang dalam hidup ni, mahu juga rampas kebahagiaan rumah tangga orang lain. tapi kali ini aku cuba dengar dengan hati. ya aku tahu setiap manusia pasti dan pernah membuat silap dan dosa. begitu juga dia dan aku sendiri.


ada beberapa kemungkinan dia mencintai lelaki itu dengan sekeras hati dan tak mampu unutuk berpisah
  • kurang kasih sayang ibu bapa.
yang aku tahu dari perbualan bersama insan tu, dia ada memberitahu sejak kecil ibu dan ayah tak pernah melayannya dengan baik. sangat benci macam layan anak tiri. ada satu ketika ibunya sakit terlantar sakit dirumah, dia gigih menjaga ibunya, memasak dan siapkan segala pakaian. bila siapkan lauk untuk ibunya makan, habis dilemparkan pinggan itu ke lantai hingga pecah. sejak kecil lagi kalau bercakap tak sah kalau tak menegking. dia naik tertekan. dan sampai satu saat ketika dia berkerja dan berkenalan dengan suami orang yang sanagt memahami masalahnya dan sangat sabar dengan segala luahan masalahnya. mungkin sebab itu cintanya terhadap suami orang terlalu kuat, sebab dia rasa dia lebih selamat dengan lelaki itu berbanding keluarga. itu dari penceritaannya. aku dengar sahaja.

  • terkena guna-guna
sejenak buat aku terfikir. bukan nak orang kata kita ni khurafat, tapi bagi aku dan bagi sesiapa sahaja, bila perempuan tergila-gilakan suami orang, pasti orang akan kata perempuan tu terkena guna-guna dan dibomoh dek orang lelaki. sampaikan tak sanggip tinggalkan lelaki tersebut, dia terlalu cinta hingga sanggup mati bersamanya. ini aku tak berani kata, hanya andaian, kalau aku silap, maafkan aku. apa pun kita kena ada pendinding diri dengan selalu mebacakan ayat-ayat Al-Quran sebelum keluar rumah, agar dilindungkan dari hasad dengki manusia dan gangguan jin serta syaitan. aku tiada niat menuduh. hanya aku perlu luah pendapat.

  • kurang mendekatkan diri pada Allah
kalau secara logiknya, bila seseorang bertindak diluar kewarasan kita perlulah berikan nasihat, bimbingnya kepangkal jalan. nasihat dan teguran selagi mampu. aku rasa, insan ni kurang dekatkan diri pada Allah. bukan tidak solat 5 waktu yang wajib itu atau tidak berdoalangsung, tapi mungkin kurang juga buat solat sunat agar diperlembutkan hati keluarga dan hatinya sendiri. bila dia dekatkan diri pada Allah, membaca Yasin, sekurang-kurangnya Allah akan gerakkan hati kita dalam menentukan jalan yang terbaik dalam hidup.


  • tiada tempat mengadu.
aku tak paksa juga dia cerita pada aku masalahnya. tapi bila dia cerita aku cuba bantu selagi aku mampu. dia ada kekasih, kawan-kawan dan saudara mara. tapi semua orang membencinya sebab dia tergilakan suami orang. kalau sudah benci, sudah tentu malas sudah hendak mendengar masalahnya. dia tak tahu juga bagaimana cara untuk perbaiki keadaan. akhirnya yang memahami dia hanyalah suami orang itu. apa pendapat anda?




[ya benar, kehidupan kita ini ditangan Allah. jangan kita sesekali membelakangi-Nya!]

gambar : TUMBLR



setelah aku lihat mata insan itu berderai laju. aku jadi rasa bersalah. mampukah aku membantunya? aku berfikir dan menyusun ayat agar perempuan itu tak terasa hati dengan kata-kata teguran aku.

aku pesan padanya, siapapun kita, dari mana pun kita, buruk mana pun kita, syurga tetap di telapak kaki ibu. keredhaan Allah hanya dari keredhaan seorang ibu. penat lelah bertarung nyawa melahirkan kita. kalau juga tidak boleh selesaikan masalah ini, dimana lagi tempat bergantung melainkan Allah. aku bukan bermaksud, bila susah baru cari Allah, tidak! bukan itu maksud aku. walau senang atau susah, kita perlu sentiasa tahu Allah berada disisi kita. bagaimanapun ujian yang menimpa, aku minta perempuan itu tabah dan kuatkan semangat. buat solat hajat atau solat istikharah. membaca yasin dan banyak-banyak sedekahkan al-fatihah kepada keluarga agar merea lebih lembut hati. itu sahaja aku mampu katakan. semoga niat baik aku ini dapat juga membantunya selesaikan maslaah rumit tersebut.

nota kaki :
  • aku berharap insan itu cepat sedar dengan tindakannya. dan aku, perlu jadikan ikhtibar dari kisah hidupnya. kalau kita kenal suami orang, cepat-cepat elakkan. jangan sampai cinta berputik dihati, tak ada siapa mampu untuk singkirkan perasaan tu kecuali tuan punya badan.
  • esok cuti hari Jumaat. hari yang buat aku lebih tenang. tapi tidak tenang juga sebab Sabtu aku ada ganti sekolah.
  • tengah cuba berjimat dan menabung kerana hendak gerak ke KL minggu hadapan. pasti guna banyak duit di sana kan?
  • aku perlua siapkan assignnment yang perlu di hantar minggu hadapan. tiba-tiba rasa macam nak gila sebab banyak sangat kerja yang tak terbuat.



Categories ,

9 anak murid kena cubit:

pinkcolour82 on 10:12 AM, February 17, 2011 said... BALAS

nice info...

Bo0lat's Heart on 8:27 PM, February 17, 2011 said... BALAS

Same2 lar kite doakan yang terbaik utk dia..

Cik Diana on 8:48 PM, February 17, 2011 said... BALAS

pengakuan jujur.. sy xtahu knape sy suke sgt geram dgn penulisan cik mas.. padat.. kemas.. nampak matang..
sbb tu kalO update jer mesty terjah..

p/s :: silent reader.. ;)

♥..cik_mas..♥ on 9:40 PM, February 17, 2011 said... BALAS

@pinkcolour82

thanks syg :)

♥..cik_mas..♥ on 9:42 PM, February 17, 2011 said... BALAS

@Bo0lat's Heart

btul wawa... tu je yg kita mampu.. dah bagi teguran, lepas dah tanggungjawab.. lps ni die boleh fikir baik buruk.. insyaAllah :)

♥..cik_mas..♥ on 9:45 PM, February 17, 2011 said... BALAS

@Cik Diana

diana.. x silent reader dah.. sbb cik mas kenal kamu.. hehehe.. :)

dear, cikmas tulis ni ikhlas dr hati. cuba tgk penulisan entry pertama cik mas dlu2... serabut, x de misi n segala bagai lah...tapi makin hari kita makin matang, kita boleh cuba ubah cara penulisan kita... insyaAllah akan lebih ramai pembaca.. kita juga akan jadi lebih matang :)

kamu tulis blog pun ok juga.. cik mas slalu baca.. :)

Cik Diana on 11:09 PM, February 17, 2011 said... BALAS

eyh Org rase silent reader lg kOwt.. cOz sllu jer msk blOg cik mas.. bce n3 pastu Out tnpa tgglkn jejak..

byk mende gak blajar dr blOg cik mas nieyh.. ;)

♥..cik_mas..♥ on 11:29 PM, February 17, 2011 said... BALAS

@Cik Diana

thanks.. ape pun follower blog diana lagi ramai dr cikmas..heheheh :)

supersaraa on 1:12 AM, February 18, 2011 said... BALAS

susah la kalau prempuan becinta dgn suami org nie.haiyaa T.T

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas