Monday, January 24, 2011

terapi berkesan untuk orang beremosi dan ditimpa musibah

teringat ketika hayat aku tingkatan 2, doktor pesan aku supaya pakai kacamata. aku yang degil sampai saat ini tetap tidak berkacamata lagi. ada implikasi negatifkah?

[gambar : TUMBLR]



kalau aku, hari-hari rasa seperti pernah beremosi
sebab aku manusia normal mungkin
kalau kau semua tak beremosi, cepat-cepat jumpa encik doktor ya
kalau beremosi atau tertekan tak semestinya kita kne cepat-cepat jumpa doktor
boleh juga buat terapi sendiri di rumah
atau buat terapi dengan orang yang kita percaya atau org yang kita sayang
yang penting orang itu mampu menjadi pendengar yang setia dengan setiap masalah yg kita ceritakan

ini terapi dari pendapat aku
hasil pembelajaran dan gabungan pembacaan aku
kalau mau ikut boleh saja. sebab tak luak dek masa kalau buat benda ni
terapi memang ada banyak jenis. terapi aku cakap ni nanti boleh juga guna dalam kelas oleh seorang guru seperti aku
boleh juga dibuat dalam bilik kaunseling
boleh buat juga bersama keluarga
kau orang boleh pilih mana-mana terapi yang disebutkan supaya bila kau orang rasa tertekan, pasti dapat kurang kan tekanan itu


  • biblioterapi
yang ini paling aku suka. paling aku rasa berkesan. biblioterapi merujuk kepada rujukan iaitu menangani masalah menggunakan buku-buku. maknanya kau orang cari apa-apa bahan bacaan berbentuk buku dan lepas kau habis baca kau cerita pada rakan apa yang kau faham dalam buku. atau boleh juga buat rumusan mengenani sesuatu watak paling digemari dalam buku tersebut. contoh yang lebih berkesan lagi kau boleh baca Al-Quran, tafsir atau pun amalkan ayat-ayat suci... paling tidak cari buku LA TAHZAN (jangan bersedih), baca itu dan insyaAllah akan lebih tenang


  • terapi air

kalau marah, sedih atau pun tengah bingung boleh cepat-cepat ambil wuduk. supaya hati jadi bersih dan tenang. kadang-kadang bila tak berkesan boleh juga mandi terus, rendamkan badan dalam kolah atau kolam. dengan kesejukan air boleh buat hati sejuk dan tak marah lagi


  • terapi muzik
dengar muzik juga salah satu cara lepaskan tekanan. lagu yang dipilih berdasarkan minat seseorang. kalau dia rasa minat lagu nasyid, apasalah nya dengar. terutama zikir-zikir, memang bagus buat hati tenang dan dekat dengan Allah. ada juga sesetengah orang yang minat lagu instrumental, itu pon boleh juga


  • terapi bercerita
bercerita lah sepuas-puasnya. cerita pada orang yang sudi dengar masalah kita. lagi berkesan kau boleh cerita pada anak patung comel, pada binatang kesayangan atau kau boleh rakam cerita dan luahan hati kau. lepas rakam jangan lupa tengok balik vedio itu, mungkin boleh juga jadi kau ceria kembali. gelagat kau yang bengis dan hodoh itu buat kau tak jadi marah lagi. percaya lah


  • terapi seni
kalau tertekan apa salahnya beli satu buku latihan yang kosong dan dalam buku tkau boleh tulis dan lukis apa sahaja perkara yang membuatkan diri kau tertekan. kalau masalah itu libatkan kawan-kawan, kau boleh lukis gambar kawan kau tu dengan taring yang panjang dan bertanduk. itu simbolik kawan kau garang dan berhati hasad dengki. minta dijauhkan ya. boleh juga kau conteng buku itu dengan apa-apa perkataan sampai tangan kau lenguh dan kau tertidur akibat keletihan


  • terapi main
setiap orang suka bermain. bermain merujuk kepada sebarang perkara yang boleh menimbulkan keseronokan. kalau kau main chess atau main FARMVILLE boleh buat kau tenang dan lupakan masalah kau seketika. teruskan bermain itu. ataupun boleh juga kau hadap muka depan komputer riba dengan layari laman sesawang seperti muka buku atau blog


  • terapi fizikal
kau boleh hadirkan diri di gymnisium, kelas menari atau pergi join mana-mana senam robik pada hujung minggu. kalau rasa tak cukup boleh juga karaoke, menari hindustan atau lakonkan watak-watak seseorang dalam sesebuah drama mahupun cerita panjang. mungkin boleh buat kan gelak sakan dengan watak gedik yang kau bawa





itu kalau diri kau sendiri yang hadapi tekanan. tapi jika diri orang lain kau boleh juga bagi nasihat utk buat terapi dalam gambar ini

[gambar : TUMBLR CHIBIRD]



nota hati : Cinta paling agung, cinta kepada Allah S.W.T. biar kali kau sedih dan rasa seperti ada batu menghempap kepala kau kena yakin Allahada disamping kau. dan kau juga kena tahu yang ALlah memberikan ujian pada hamba yang mampu dan tabah hadapinya. luaskan pemikiran, matangkan tindakan.
Categories ,

9 anak murid kena cubit:

Ziema on 12:31 AM, January 25, 2011 said... BALAS

dear!!! sgt suka entry ni!!!!! helps a lot huh :) n ziema slalu guna terapi bercerita.. sgt2 berkesan!

cik mas on 12:45 AM, January 25, 2011 said... BALAS

@ziema

hehe... nanti boleh la guna2 terapi tu ya :)

tomatokering on 1:25 AM, January 25, 2011 said... BALAS

banyaknya terapi :D weee

다(da)양(yang) on 2:03 AM, January 25, 2011 said... BALAS

gud sharing!
lebih2 lg yg tgh study kan..

FIFIEY LYCHEE MARATION on 4:53 AM, January 25, 2011 said... BALAS

penemuan tips yg berguna:) terima kasih ats info!

Unknown on 5:49 AM, January 25, 2011 said... BALAS

nice blog..hihi suke sgt kt cikgu ni ;)

Cik Yaya on 6:56 AM, January 25, 2011 said... BALAS

wawawa..hehe terapi..i likee

cimi on 7:07 AM, January 25, 2011 said... BALAS

i slalu pki terapi seni.
:D

hi GBP.
sorry xdpt bg sbb line mcm sipot.
:(

ijatnuar87 on 4:05 PM, January 25, 2011 said... BALAS

hehehe...bimbingan dan kaunseling,hehehe...biasa sgt guna terapi nih,hehehe

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas