Friday, January 21, 2011

aku cuma nak gembira setiap hari. bukan selalu menangis begini

adakah aku sekarang seperti helaian daun itu, mencari-cari identiti diri?

[gambar : TUMBLR]


tatkala jari aku ligat menari di atas keyboard. mata aku menitis bagai air hujan turun ke bumi. aku tak pasti mengapa aku begini. hari ini tak indah untuk diri aku. aku sedih, sendiri, mencari kekosongan diri. kenapa dengan aku?

ramai orang ada kawan. aku juga ada kawan. kawan senang mudak dicari. macam menjilat aiskrim cornetto RM3.99. bla kita susah, mencari kawan yang ikhlas hati susah sampai nak mati. aku terkesima merenung satu helaian gambar menyentap sanubari. aku pun tak pasti kawan jenis apakah dia ini


kalau aku diberi peluang untuk miliki loket ini, akan aku bakar dalam api

[gambar : TUMBLR]


dulu kami pernah berjanji sehidup semati. buat aku gembira setiap hari tapi sekarang kawan tak macam yang aku mimpi. aku dibuang dalam perigi, tiada hala, tiada tuju. aku tak pasti dosa dan khilaf aku di mata nya. yang aku pasti, dia seorg kawan yg dah buat aku mula membencinya hari ke hari



mak kata kalau berkawan biar saling menjaga hati. ayah cakap kawan biar berpada-pada, buat baik biar sekali. tapi aku nafi apa kata mereka. aku bukan anak derhaka, aku bukan si tanggang bakal di sumpah batu. tapi aku ada hidup aku, aku ada kawan dan aku juga yang hadapi pahit manis mempunyai seorang kawan


menangis lagi. jiwa aku kosong. aku tak pasti mengapa dengan aku hari ini. bukan aku menceritakan aib diri tapi yang pasti ini diri aku, perasaan aku. segala bagai perkara yang aku buat tak kena saja. hati aku makin tak tenang. Allah, terlalu banyakkah dosa aku pada Mu hingga hatiku gusar gundah seperti ini


and for the happiness of my friends and family. <3 >u< I always wish for those things, hoping that they will stay true.

[gambar : TUMBLR]


nota hati :

  • kalau dulu aku sedih dan menyendiri mampu juga aku pergi ke tepi pantai untuk tenagkan hati. tapi sekarang aku tak mampu pergi kesana lagi
  • aku lagi seronok berkenalan dengan kawan di alam maya, mereka terima aku dan kenal aku apa adanya
  • memeluk sang KIKI, menangis dan meraung dalam pelukan si comel itu

10 anak murid kena cubit:

RedVixen on 9:44 PM, January 21, 2011 said... BALAS

cikmas, dah2 jangan sedih2. dugaan tu. mana tau nanti cikmas dapat yang lebih baik. kan?

♥..cik_mas..♥ on 9:51 PM, January 21, 2011 said... BALAS

@RedVixen

thnaks bg smgt kat sy zati..kan best kalo awk ade dkt2 cni..leh teman sy g jejalan.. huhu...

iniialahaku on 10:15 PM, January 21, 2011 said... BALAS

ish2...hurm, chillax2..jom kita g jln2 jom...xpyahla nk tensen2..

ijatnuar87 on 11:26 PM, January 21, 2011 said... BALAS

isk,cikmas...jgn sedey...sedey2 ni tak membawa kemana...kiter tak idup dek puji,tak mati dek keji...apapom cikmas masih ader ramai lagi kawan2..btol tak?

α!∂αηαтαѕуα™ on 2:16 AM, January 22, 2011 said... BALAS

dearr.. kotak komen mcm awk nie... cantik sgt2...

PinQib on 2:18 AM, January 22, 2011 said... BALAS

dub be sad,,
be heppy :)

ok

cikk ida on 2:18 AM, January 22, 2011 said... BALAS

heytt. jgn sedey2, text me darla. owes <3 u .

.cik yaya. on 2:23 AM, January 22, 2011 said... BALAS

kawan itu perli dipilih. yaya pun kadang-kadang benci bila fikir pasal kawan!

@juera on 2:27 AM, January 22, 2011 said... BALAS

sbr je la cik mas =)
hdop ini penuh dgn dugaan..
haruslah bsbr slgi kita hdop ini..

Farhah Zaidah on 5:31 AM, January 22, 2011 said... BALAS

hapuskan air mata.. =)

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas