Saturday, January 29, 2011

Interlok kekal digunakan, pindaan pada bahagian sensitif. apa kes?




KUALA LUMPUR 27 Jan. – Novel Interlok kekal digunakan sebagai teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan Lima dengan pindaan dibuat kepada bahagian yang dianggap sensitif oleh masyarakat India, demikian diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, satu panel bebas akan diwujudkan untuk mengkaji bentuk pindaan dan mengemukakan perakuan kepada kerajaan.

"Keputusan mengekalkan novel ini dengan membuat pindaan supaya tidak menyinggung perasaan kaum India adalah jalan penyelesaian terbaik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Saya menjangkakan pindaan ini akan dapat dibuat dalam masa yang terdekat,” katanya.

Muhyiddin juga menegaskan bahawa novel Interlok hanya akan digunakan setelah pindaan disiapkan dan diedarkan ke sekolah-sekolah.

Novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain itu menimbulkan kontroversi berikutan keputusan Kementerian Pelajaran memilih novel itu sebagai teks sastera Tingkatan Lima tahun ini kerana didakwa terdapat perkataan yang menyinggung perasaan masyarakat India di negara ini. – Bernama




ok sekarang aku nak bagi pendapat aku sebagai seorang rakyat Malaysia dan Melayu
ini pendapat aku
kalau ada sesiapa rasa tak boleh terima, aku pasrah
lagi pula semalam sewaktu aku berjalan mencari majalah INTREND, masa tu aku ternampak BERITA HARIAN kuarkan pasal novel interlok ni
aku jadi mcm malas nak baca sebab sedih sangat

aku tak pasti kau orang semua teruja atau tak puas hati dengan pentadbir negara
ye lah, mereka sanggup pinda karya saterawan negara semata-mata nak jaga hati orang INDIA (MIC)
hati jadi punah
ye aku tahu, aku bukan membangkang. aku bukan marah sangat, tapi aku berkecil hati
aku memang kuman yang takkan dipandang tapi ini suara kecil aku
dan aku tau kini 1 MALAYSIA
tapi kau orang semua tak sedar ke 1 Malaysia ni dah macam banyak bagi keburukan
terutama kepada kaum Melayu
mereka tu pendatang. dan kita adalah tuan tanah. TANAH MELAYU!
karya sastrawan memang mahal sangat bagi aku. seorang saterawan bukan calang-calang dan sangat berharga. tapi kenapa berlaku benda seperti ni

1 Malaysia : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
apakah makna semua ini
ya aku juga tahu ada juga baik buruknya
bersatu padu dan berintegriti?
natijahnya kaum MELAYU hilang kuasa nak bersuara
mereka juga tak sedar kaum MELAYU dah semakin hilang hak keistimewaannya
aku bagi contoh seperti ada kaum yang menghina AZAN, menghina ISLAM, semakin hari semakin mempergunakan orang MELAYU dan yang paling penting MELAYU semakin terpinggir
takkan mereka semua tak sedar perkara ni. yang kita ni diperalatkan
tiada mula tindakan dikenakan. senyap begitu. apa kes?
sama-sama lah kita fikirkan dan renungkan
ambil yang baik jadi pedoman
yang tak baik jadikan sempadan
sama-samalah kita saling ingat mengingati
sebelum kita menerima azab kubur, jalani amanah dengan sebaiknya
ini janji Allah, orang baik di balas baik.
orang yang pernah berdosa di ber peluang utk bertaubat
bertaubatlah selai ada masa


kata hati :
  • semalam aku dapat tau yang en hati dapat posting KUALA LUMPUR ibu kota negara. semoga beliau tabah menjalankan tanggungjawab di sana
  • hari ini agak sibuk mengemas pakaian kerana hendak berpindah ke rumah sewa lain, esok aku akan bermula praktikum. dengan harapan praktikum kali ini aku dapat cemerlang. amin
  • isnin malam perjalanan aku ke ledang johor, bercuti untuk raya cina. dapat menjenguk emak dan ayah. harap baik-baik sahaja. mudah-mudahan aku selamat dalam perjalanan



10 anak murid kena cubit:

Anis Syuhada Nazari on 7:21 PM, January 28, 2011 said... BALAS

Ada betulnya pendapat cik mas.
memang Melayu makin terpinggir.
Tapi kita sebagai orang Melayu juga harus ada kesedaran dan harus ada jati diri sebagai orang Melayu.
Orang Melayu harus dan patut ada pendidikan..tapi tengoklah masyarakat Melayu sekarang.

kes bunuh: Melayu
kes rempit: Melayu
dadah: Melayu
buang anak: Melayu
zina: Melayu

Melayu jadi jaguh.
Tapi jaguh di medan yang salah.
Jangan menuding jari pd orang lain,
sedangkan diri sendiri tidak diperbaiki.

fikir2 kan..

Nurul@km@l on 8:05 PM, January 28, 2011 said... BALAS

mainan politik.

Wawa Amran on 9:48 PM, January 28, 2011 said... BALAS

Org Melayu yg ade otak nk pikir brape ramai sgt..
tgk anak2 muda skarang..
Mcm Anis kata, yg remit pn Melayu,
buang anak pn Melayu.. Diorg ke yg nk tegak kan hak orang Melayu? emusnahkan lg ade lar.. Kita, budak2 melayu yg blaja tinggi2, kita lar yg kne tegak kan hak bangsa kita.. aku pn xnk jd pembangkang tp kne pilih yg terbaik utk pimpin kite, bkn musnahkan bangsa sendiri..

platipus on 4:48 AM, January 29, 2011 said... BALAS

bgus cik mas!..
aku rasa entri kau ni patot di baca oleh pemimpin2 malaysia..
bukak mata..sedar la..



lepas ni cik mas selalu la dtg kL
jmpa encik hati..
jmpa saya juga!

cik mas on 6:14 AM, January 29, 2011 said... BALAS

@Anis Syuhada Nazari

sokong anis...hehehe.. :)

betul orang melayu terutama budak melayu semakin rosak...

cik mas on 6:14 AM, January 29, 2011 said... BALAS

@nurulakmal

yes dear...

cik mas on 6:15 AM, January 29, 2011 said... BALAS

@Bo0lat's Heart

ya betul..semakin hari mereka semakin hancur.. tak berbalik ke pangkal jalan.

saya memberi pendapat, x bermakna sy membangkang kerajaan. sy sokong sebab mereka juga saya masuk IPG!! :)
semangat2...=.=

cik mas on 6:16 AM, January 29, 2011 said... BALAS

@platipus

huhu.. kalo pemimpin baca.. habis saya nanti! :)

nanti saya dtg KL boleh tdo rumah kamu..heheheh :P

Illiana Hidayah on 7:13 AM, January 29, 2011 said... BALAS

pindaan macam ni..menjaga hati semua pihak..tapi hati penulis?

SHAFIDA on 10:27 AM, January 29, 2011 said... BALAS

cikgu follow cikgu.hhehehee

saya pun xpernah lagi baca novel nie..nak kena belinie, sebelum mereka tebas sume buku2 dengan halaman yg origenal tuh..

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas