Tuesday, January 18, 2011

KEBURUKAN PERNIAGAAN MLM!!

sebelum anda mulakan pembacaan sila rujuk entry ini dan ini terlebih dahulu

Kenapa MLM adalah skim piramid?

  1. Lebih menitikberatkan aspek mencari downline dari menjual produk.
  2. Lebih ramai downline, lebih tinggi komisen, bukan komisen berdasarkan jualan produk.
  3. Anda mendapat komisen dari downline yang mencari downline, dimana anda mendapat komisen tanpa menbuat kerja atau istilah ‘atas angin’.
  4. Modal untuk menjadi ahli amat tinggi, dimana yuran keahlian lebih tinggi daripada harga produk yg wajib dibeli.
  5. Harga produk yang dijual secara pakej biasanya terlalu tinggi dari nilai produk tersebut.


Kenapa MLM adalah perniagaan yang kotor?

  1. Anda boleh menjadi kaya raya tanpa menjual produk, padahal syarikat2 MLM tersebut selalu menyatakan bahawa mereka bukanlah skim piramid kerana mereka menjual produk.
  2. Anda dijanjikan pulangan berlipat ganda dengan kerja yg sedikit, tetapi hakikatnya lebih 80% dari yang menyertai MLM tidak mendapat balik modal.
  3. Anda diajar menipu untuk menarik bakal- bakal downline dengan janji- janji yang tidak masuk akal.
  4. Apabila anda menyertai MLM, anda memasuki satu ‘sistem’, bukanlah sebuah syarikat yang menjual produk sebagai ‘nature of business’. Anda sebahagian daripada ‘sistem’ yang memanipulasi orang lain untuk keuntungan sendiri.
  5. Menjual produk dengan harga yang terlalu tinggi dari nilai sebenar.
  6. Segala kerja keras anda tidak berbaloi dengan pendapatan. Upline2 mendapat pulangan berlipat ganda hasil usaha anda terutamanya pemilik syarikat MLM.
  7. Sistem ‘pelan pemasaran’ yang amat meragukan dari sudut Syariah.


Kenapa MLM perlu ditolak terutamanya oleh umat Islam?

  1. Janji- janji yang ditabur oleh upline anda hanyalah gimik semata- mata.
  2. lebih daripada 80% ahli yang menyertai sesebuah MLM tidak mendapat kembali modal, apatah lagi untung.
  3. Terbukti merosakkan hubungan sesama manusia, kawan, sepupu, ibu bapa, rakan sepejabat.
  4. Anda perlu menipu untuk berjaya menarik masyarakat menyertai dibawah anda.
  5. Skim piramid yang bertopengkan MLM amat meragukan dari sudut Syariah.
  6. Pulangan (jika ada) tidak berbaloi dengan usaha anda, sedangkan upline yang mendapat komisen dari kerja anda. Anda pula hanya mendapat komisyen bila downline anda membuat kerja.


Alasan- alasan yang paling popular digunakan oleh agen MLM sejak 20 tahun lepas:

  1. Produk kami adalah produk pertama seumpanya di dunia.
  2. Kami bukan skim piramid, buktinya kami menjual produk.
  3. Jika anda gagal dalam MLM, itu kerana kelemahan anda sendiri, bukan kegagalan sistem MLM.
  4. Ini adalah peluang untuk anda menjadi jutawan dengan modal yang kecil.
  5. Waktu kerja yang fleksibel, singkat dan boleh dijalankan dimana- mana.
  6. Dengan pendapatan yang anda bakal lakukan dengan MLM, anda boleh bersara awal dan melancong ke seluruh dunia di usia muda.
  7. Pelan kami berbeza dengan MLM yang lain dipasaran. Pendek kata pelan kami unik.
  8. “Jika saya boleh, anda tentu boleh”. Sebenarnya anda boleh menjadi jutawan hanya jika anda adalah orang terawal yang memasuki skim ini, iatu tidak lebih dari 10 orang terawal


Kenapa syarikat MLM jarang dikenakan tindakan walaupun boleh dibuktikan mereka mengamalkan sistem piramid:

  1. Pemilik syarikat MLM tersebut mempunyai hubungan politik yang sangat kuat.
  2. ‘Pelan pemasaran’ yang sangat kompleks beserta dengan skim bonus yang pelbagai memudahkan mereka memutar belit fakta.
  3. Menyatakan bahawa mereka menjual produk sebagai punca pendapatan yang utama, walhal produk hanyalah pengalih perhatian dari operasi sebenar.
  4. Kurang menerima aduan dari bekas agen MLM yang gagal, kerana mereka sudah ditanam di dalam minda bahawa “jika anda gagal dalam MLM, ia kerana kegagalan anda sendiri, bukan kegagalan sistem MLM.”Jadi mereka berasa bersalah terhadap diri sendiri.
  5. Mempunyai dana yang besar untuk ‘menutup’ mulut pengadu- pengadu yang ingin membuat laporan.


Kenapa ramai yang taksub dengan MLM?

  1. Kononnya dengan memasuki MLM anda boleh mengecapi segala impian anda yang mustahil dikecapi jika anda bekerja makan gaji.
  2. Sesi motivasi setiap minggu tersebut mempunya unsur2 ‘mind control’ (nyanyi beramai2, istilah2 yang sama diulang2)
  3. Disajikan dengan gambar2 org2 yang telah berjaya dalam bidang MLM yg mana hampir kesemuanya adalah palsu.
  4. ‘In state of denial.’ tidak sanggup mengakui kebodohan sendiri setelah menyertai skim MLM, lalu cuba memperbodohkan orang lain supaya nampak seolah2 pandai.
  5. Kononnya MLM adalah jenis pasaran terbaru, yang mana jika anda lambat, maka anda akan ketinggalan. Perlu diingat bahawa MLM sudah wujud sejak awal abad ke 20, jadi tidak masuk akal untuk mengatakan bahawa MLM adalah gerbang baru pasaran runcit.
  6. Kebanyakan ahli yang memasuki MLM adalah dari golongan yang berpendapatan rendah,maka janji2 bahawa mereka boleh menjadi jutawan dalam masa 2-3 bulan sememangnya akan membutakan hati mereka. Perlu diingat bahawa desakan boleh membawa kepada pemikiran yang tidak rasional.


Untuk renungan:

  1. Hampir kesemua produk yang ditawarkan oleh syarikat MLM berasal dari negara luar, biasanya Eropah. Ini adalah kerana jika anda ingin menyiasat kesahihan pengilang produk tersebut, agak sukar kerana jarak yang jauh. halaman web, e-mail dan nombor telefon boleh dicipta oleh sesiapa saja. Pokoknya anda tidak boleh melawat kilang tersebut untuk melihat dengan mata anda sendiri.
  2. Logikkah harga sebotol minuman ‘kesihatan’ berharga RM300? Pernyataan bahawa ia mahal kerana menggunakan teknologi baru atau bahan mentah yang sukar didapati tidak dapat dibuktikan secara sahih. Sijil dan anuherah boleh dibuat oleh sesiapa saja.
  3. 8/10 daripada rakan/saudara/ keluarga anda yang ada pengalaman dalam MLM pasti memberi komen yang negatif. Kenapa?
  4. Jarang- jarang kita mendengar arkitek, jurutera mekanikal, doktor atau juruterbang memasuki MLM. Sebaliknya semua datang dari golongan yang tak pernah ‘cukup duit’.
  5. Di Malaysia, ada hampir 1700 syarikat MLM yang beroperasi secara sah dan haram.
  6. Kini ramai upline cuba mencari downline dari kalangan pelajar-pelajar kolej atau universiti kerana golongan ini senang termakan janji dan tertipu dengan upline. Ini kerana golongan ini ada dikalangan ‘sengkek’, ‘pokai’ dan orang memang tiada duit ataupun orang susah. Ditambah lagi dengan golongan ini dapat peruntukan dari pinjaman atau PTPTN.


Berapa ramai yang bergelar jutawan hasil dari MLM?

  1. Jika anda menyertai MLM, anda lebih ditekankan mengenai ‘sistem’, bukan ‘produk’.
  2. Hampir semua syarikat MLM menawarkan produk kesihatan.
  3. Jika peratusan yang gagal dalam MLM adalah 80%, adakah 80% rakyat kita bodoh?
  4. Dari 100% yang masuk MLM hanya lebih kurang 10% sahaja yang berjaya dan kaya raya.
  5. Kebanyakan syarikat MLM yang bertahan lebih dari 5 tahun biasanya mempunya cabang- cabang perniagaan yang lain seperti hartanah dan sbgnya. tetapi syarikat yang semata- mata MLM akan tutup kurang dari 5 tahun.
  6. Cuba anda cari perbezaan skim Pak Man Telo dan MLM yang anda ketahui. Bandingkan perbezaan tersebut dan tentukan samada relevan atau tidak perbezaan tersebut.
  7. Piramid yang tidak mempunya ‘tapak’ akhirnya akan roboh. Anda tidak boleh membina sesuatu tanpa asas, ia pasti akan roboh.

sekadar perkongsian anda. sumber anda boleh rujuk blog INI


nota hati : ada rasionalnya juga kita tak payah langsung ceburi MLM ni...buang tenaga lagi sau boleh buat hubungan sesama individu semaki renggang..tak percaya? anda boleh fikir sendiri... lagi 1 anda perasan tak apa yg saya beri tahu tentang MLM sebelum ini (dlm 2 entry atas sekali) sama macam apa yg baru saya post ni...


cik mas kata : hari ini saya dapat tahu rakan blogger yg sangat rapat dengan saya telah demam hampir dua minggu akibat terserempak makhluk halus..dan sekarang beliau tak kebah lagi dari demam panas. harap-harap cepat sembuh.. amin
jenguk beliau di BLOG INI
Categories ,

6 anak murid kena cubit:

Ujang9897 on 9:49 PM, January 18, 2011 said... BALAS

setuju dgn pendapat nie..,
tapi ada gak yg tak setuju...hehe

sbb saya buat CNi..peace..(~_^)v

ofcuz on 10:38 PM, January 18, 2011 said... BALAS

anyway!!! aku penah masuk.. dan kini tgh postpone sbb study.. lagipon,ia bagus laa..huhuhu
tgk bisnes gak,n tgk brg je.. huhuh

~♥ Mawar ♥~ on 1:00 AM, January 19, 2011 said... BALAS

salam singgah ke belog kamu ni.. cari tuan rumah ade ke tak.. :D

ijatnuar87 on 1:44 AM, January 19, 2011 said... BALAS

uiks..btol gak aper yg dalam entri nih..tapi ambe takpernah join mnder2 nih,hehehe..

syazwan on 8:24 AM, February 25, 2011 said... BALAS

nk bagi taulah..x semua MLM yang korang sangkakan mcm 2..

nasihat aq...kalo korg nk join MLM..korg kene tau bende nieh disahkan oleh kerajaan ke x?

and the most important thing..yang menganjurkan bende nieh dah disahkan oleh syariah ke x? kalo bende nieh x disahkan..jangan masuk lah..sbb mungkin ada usur2 yang x diingini..

selalunya yang dapat pengesahan dari syariah akan diberikan buku pengesahan prihal syariah dengan hukum hakam islam kepada penganjur MLM..

but kalo ada dah pengesahan dari syariah..siapalah kita nak mempertikaikan orang yang lebih berilmu dari kita..

jadi..kene pandai pilih kalo nak join bende nieh..

lagi satu tengok salur duit 2 pergi mana


terus terang..saya join bende nieh..and bende nieh mcm sy ckp..sudah disahkan oleh kerajaan dan syariah..and saluruan duit tu pown 2.5% daripada keuntungan yang korg dapat akan ditolakkan pada zakat harta..

kitaorg x gerak secara individu..kita gerak secara berkumpulan dan produk kita bkan produk biasa but produk kita ialah webucation..

one more thing..bende nieh jgak boleh diwasiatkan kepada org yang korg nak waris..

jadi..sebelum mengeluarkan statment apa2..kaji dulu sebelum sembur ok!!

♥..cik_mas..♥ on 1:00 AM, February 28, 2011 said... BALAS

@syazwan

thnks kerana sudi komen di entry sy... mcm ni.. saya bukan sembur mana2 pihak, tapi cuma saya berikan pendapat saya. setakat ni saya dah jumpa lebih 5 jenis MLM yang kebanyakannya mcm yg saya cerita di atas... macam mana sya nak terima dengan positif...

bagi awk ia mungkin perkara yg baik...sbb awk jumpa MLm yg bgs.. lain org lain pemikirannya... dan lain juga pengalaman hidupnya.

hara maaf dengan kata2 saya jika awk tersinggung :)

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas