Tuesday, January 11, 2011

Penempatan Guru Sekolah Tahun 2011 : UPDATED!

thumbs up to great blogger for this information.. credit : http://www.silampuneon.com/


[Sila baca surat dari Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah]

Tuan/Puan,

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada pertanyaan tuan/puan No. Rujukan: KPKPM 152044 / No. Tiket 04350 bertarikh 4hb Januari 2011 berkaitan dengan penempatan pelajar-pelajar lepasan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP).

Untuk makluman, tiada tarikh yang telah ditetapkan untuk tawaran penempatan bagi pelajar-pelajar lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP).

Walaubagaimanapun, tawaran penempatan tersebut akan boleh disemak melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di http://www.moe.gov.my/ dan akan dihantar menggunakan surat tawaran rasmi melalui perkhidmatan pos.
Untuk pengetahuan tuan juga, penempatan yang diberikan adalah berdasarkan kepada kekosongan tempat, opsyen pengajaran dan juga keperluan perkhidmatan di sesebuah kawasan.

Oleh yang demikian, adalah disarankan untuk membuat semakan di laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia dari semasa ke semasa untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan perkembangan penempatan pelajar-pelajar lepasan Institut Pendidikan Guru atau Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Diharap maklumat/jawapan yang diberi dapat membantu tuan/puan.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi, Khidmat Pelanggan KPM (KPKPM) di talian 03-77237070 dengan memaklumkan nombor rujukan tuan/puan seperti di atas.

Terima kasih kerana berurusan dengan KPKPM. Sekian.

“SEDIA BANTU”

Yang benar,

ROSMAINI BIN SIRAJUDDIN
Eksekutif Khidmat Pelanggan
Bahagian Khidmat Pelanggan
Kementerian Pelajaran Malaysia


[ Convocation IPG seluruh Malaysia]

-bertempat di PICC pada 18-21 march 2011-





cik mas potpetpotpet : harap anda semua bersabar.. paling lewat akhir bulan 1... jangan lupa gigihkan part time job untuk kamu semua posting.. buat bekal a.k. duit poket sbb posting nanti lambat dapat gaji..


18 anak murid kena cubit:

Wawa Amran on 6:06 AM, January 11, 2011 said... BALAS

Xlme lg posting lar senior kte..
Mesti diorg dah x sbr kan..
Moh lar kte isi borang posting kte plak..

cik mas on 6:13 AM, January 11, 2011 said... BALAS

@Bo0lat's Heart

tau x pe wawa.... :)
kita kne fikir betul2 ni :)

i am perempuan on 6:30 AM, January 11, 2011 said... BALAS

nak pinjam! eh tak.. nak curik
! eh tak.. nak share :P

tengs cik mas!

Anonymous said... BALAS

dorang yg xdapat lagi posting mana macy yg risau. aish. haha

Semerah Jembal on 6:40 AM, January 11, 2011 said... BALAS

cikgu pon lambat jugak ye nak posting::)

Unknown on 7:40 AM, January 11, 2011 said... BALAS

sya pon blogger dr IPG gak.. heheh

senior saya masih x dpt posting lg.. sian mereka. doakan mereka cepat ditempatkan di sekolah2...

Anonymous said... BALAS

huhu. takutnye perkara yang sam berlaku pada batch kita =(
moga senior kita akan dipostingkan secepatnya

cik mas on 8:42 AM, January 11, 2011 said... BALAS

@miss26

SILA KAN... :)

cik mas on 8:42 AM, January 11, 2011 said... BALAS

@maCy

haha..tau x pe..kite plak debar2.. :P

cik mas on 8:42 AM, January 11, 2011 said... BALAS

@SeMeRaH jEmBaL

selalu tak mcm ni.thn ni je pelik :)

cik mas on 8:43 AM, January 11, 2011 said... BALAS

@Azham Vosovic

tau x pe...sian mereka...same2 doakan lah ye :)

cik mas on 8:43 AM, January 11, 2011 said... BALAS

@cikja

harap2 bach lps ni tak de mslh :)

ijatnuar87 on 1:15 AM, January 12, 2011 said... BALAS

aduhai....terharunya...ramai junior2 yang mendoakan senior2 rupernyer...mekacih la kepada semua...smoga kami cepat posting, dan korang semua berjaya abiskan pengajian dengan jayanya...

Puan Besar Shag Yahaya on 4:03 AM, January 12, 2011 said... BALAS

Macam susah gila je nak posting pun.

Wahh, dah nak grad! Dekat dengan rumah Shag lak tu. hehe ;)

rockinsudu on 1:30 AM, January 13, 2011 said... BALAS

senior2 xdpt posting lg an kak?
lame gak.. risau gak nnt. walaupun lmbat lg nk habis stdy

cik mas on 3:26 AM, January 13, 2011 said... BALAS

@Shag

susah juga...kne banyak berdoa.. :)

cik mas on 3:26 AM, January 13, 2011 said... BALAS

@rockinsudu

kalo tyme junior2 rasanya x de mslh kot..senior2 ni pyah skit..dgn MQA lagi.. :(

puterahangjebat on 7:59 AM, January 13, 2011 said... BALAS

izin nk ambik surat dr kementrian 2 erk..

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas