aku baru pulang, letih sampai terkapai-kapai mencari air
semalam kuliah bimbingan dan kaunseling
indah, hari itu aku dapat ilmu baru
kekal dalam hati sampai aku jadik cikgu nanti
berfikir sejenak, kerjaya guru suatu kerjaya yg profesional kah?
aku duduk diam, berteleku dan termenung, sambil mata terkebil-terkebil
tiba-tiba, mata aku tersentap menjadi juling untuk tempoh 3 saat, halusinasi??
aku bawakan kau dengan suatu topik luar kotak
buka kan minda, luaskan pemikiran

[sumber : GOOGLE]
profesionalkah bidang perguruan??
kalau doktor, jurutera, peguam, kaunselor, akauntan dan jururawat bukankah mereka habis belajar perlu tempuh satu lagi peperiksaan untuk mendapat lesen @ sijil khas sebagai pengiktirafan antarabangsa? guru? adakah begitu?
kalau bidang perguruan sungguh profesional, kenapa pelajar lepasan SPM, guru ganti, Guru sandaran tak terlatih (GSTT) mampu dan layak untuk menggantikan guru bersalin disekolah tanpa mengira akademik seseorang.
padahal kerjaya mendidik bukan suatu yang mudah, perlu ilmu pengetahuan dan kewibawaan yg tinggi. mendidik itu melahirkan individu berguna. melahirkan doktor, jurutera, peguam, kaunselor, akauntan dan jururawat. sepatutnya kerjaya guru lebih dihargai walaupun tiada lesen khas atau mana-mana sijil peniktirafan antarabangsa.
mungkinkah perlu ditubuhkan 1 badan khas untuk mengeluarkan 1 lesen @ sijil khas kepada guru supaya mereka mendapat pengiktirafan antarabangsa?
aku bengang. ada juga manusia pandang sebelah mata dengan kerjaya guru
mari kau! aku zip kan mulut. diam sahaja! dari bercakap menyakitkan hati orang lain
kau fikir, mengawal kelas dengan pelbagai kerenah anak-anak murid itu perkara senang?
kau ingat kami makan gaji buta, kerja kami tak sakit kepala?
kau rasa mendidik muird jadi orang berguna itu mudah?
kau yakin guru tugasnya mendidik sahaja? mereka juga banyak tanggungjawab lain di sekolah dengan jawatan tak henti-henti terpikul dibahu
kalau ya yang kau kata, mari cepat hadap kan muka kau dihadapan cermin. kau siapa? apa hak kau menghina orang? kau siapa bercakap riak takbur? kau lupa kau kecil berhingus comot dengan perangai nakal ke sekolah, guru juga didik jadi manusia berguna. kalau kau tak hargai, sila kau mati cepat
kalau kami tak pernah miliki lesen dan sijil khas pun
kerjaya kami mulia
lepasan guru pelatih IPG atau pelajar IPTA dan IPTS seluruh dunia balik Malaysia kena juga ikuti temuduga dan jalani pelbagai prosedur untuk kami sah kan jawatan sebagai seorang guru.
masuk IPG sekarang juga susah. kalau tiada 7A+ keatas.. jangan kau harap muka ada dekat IPG
sama-sama kau fikir

[sumber: TUMBLR]
aku dah penat otak, aku perlu rehat
kelak kau sedar, boleh kau cerita pada dunia sesungguhnya kerjaya guru benar profesional.
aku tak kata semua aku nyatakan diatas itu betul. aku berkata dari padangan aku.
cik mas kata : profesional atau tidak kerjaya guru itu hanya Allah yang tahu. kesungguhan menjalankan tanggungjawab mulia pasti dibalas dengan keberkatan dan kecemrlangan dunia akhirat
nota kaki :
- hari ini aku terpaksa batal pertemuan dengan seorang rakan blogger kerana kekangan kewangan
- dilema mahu mengubah blog menjadi faceblog. rasionalkah?
- bahu kanan makin hari makin sakit. penyakit dari kecil. kenapa tak berkurang?
Post a Comment
19 anak murid kena cubit:
itulah nasib guru.. moga kita akan terus berjuang
guru.. kesana-sini sekarang menjadi satu isu yang hangat.. dimana hak seorang guru.. penat lelah mendidik tapi dihina dikutuk juga... tapi semangat yang ada pada seorang guru boleh melumpuhkan penghinaan terhadapnya.. insyaALLAH.. didunia dia dikutuk tetapi akhirat kelak syurga menantinya.. :)
bagus la entri cik mas.
sokooonnng!
Saya pun bkal menjadi guru. Dari bidang kejuruteraan beralih arah ke bdang pendidikan. Langsung tak kesal sbb saya pecaya kerjaya guru nie satu pekerjaan yg paling mulia. Semoga jalan yg di pilih nie adalah betul.
hheheh...
profesional:bertindak dengan rasional
sesuatu yang takleh dilakukan oleh seorang guru,kerana sekiranya seorang guru bertindak secara rasional dan bukan secara emosional,pembentukan seorang insan takkan berlaku...apapom entri yang bagus...nice one
sy bangga menjd guru. =)
jum sis, kte sama2 memartabatkan profesion kte. ;p
perghhhhh!!! mantol dowh blog kau.. hahahaahaha!!! bertambah2 okay dari yang dulu punya.. tahniah tahniah..
sorry lah. aku excited tengok blog kau sampai tak jadi nak baca entry kau.. cantik dol~ haahaha
@mynshazmin
betul...walau apa pun mulut orang yg mengata..kita kne tabah kan.. :)
@miss eyza.t
kerjaya guru mulia..insyaAllah tanggungjwb yg digalas tu akan dibalas dengan keredhaan hidup dan diperurahkan rezeki.... :)
@RedVixen
thanks ye izati :)
@ijatnuar87
emosi kne juga kwl..takut pulak jd lain bila kita berdepan dgn knk2 yg byk kerenahnya..apa2 pun kne bersabar..terima kasih ijat atas pandgn kamu :)
@Attoae
sy juga bangga menjadi guru seperti kamu... bersemangat lah..chaiyok!!! :)
@molmolla
achu..ni komen tersesat kah? hahaha... ala...asek org ckp blog aku jadi sarkas..aku ubah la mane yg patut biar sedap mata memandang :)
xde lawyer,doktor,engineer dan sume2 tu klau xde manusia yg bergelar guru mengajar mereka. kan? ape laa.. guru tu pkerjaan mulia. xbaik betul nak pndg rendah pulak.
bukan senang nak jd ckg...sy pun baru abis praktikal je...mcm2 yg kene wat k...jd ckg real lagi la besar tangungjwb...skrg pun x abis belajr lg...so many things kene wat n prepre diri sebelum ke alam persekolah yg real...
niat paling utama. kerja satu ibadah. =) walaupun dipandang serong, kita tetap kita. guru yang mendidik mereka yang dikatakan profesional.
jadi guru mmg bukan benda mudah....
sya buru apply nak ambik course p'guruan utk degree nnti...org tegur...cakap rugi kalau ambik sebab diploma ambik course len...
sya buat tak thu je...yg penting guru pilihan utama...huhuhhu
really like this. nak share.. :)...