Sunday, January 30, 2011

miliki binatang kesayangan buat diri lebih berempati


kadang-kadang aku jadi keliru dengan identiti diri aku


[gambar : TUMBLR]


malam yang sejuk begini
aku memang tak buat apa di rumah
berselubung selimut
dengar lagu dari netbook kungkang kungkang bunyinya
naik berair taik telinga ni
telinga duk dengar lagu. mata duk hadap cerita trilogi cinta di TV1
nasib baju semua dah kemas
aku balik kampung esok untuk bercuti raya cina
selasa hingga khamis
walaupun cina yang beraya, aku pula yang beriya-iya bagai nak rak
esok pagi perlu ke sekolah lagi
teruskan hari untuk praktikum
hari kedua bermula pula, harap semua baik-baik sahaja



bila fikir untuk gerak pulang ke kampung esok
bukan sahaja mak ayah dan abang-abang yang terlintas di kepala
aku juga mula teringatkan encik tompok dan encik abu
siapa mereka? jom sama-sama lihat




encik abu kelihan baru balik menebas


encik abu lagi berkuak lentang


encik tompok yang control comel. ala mucuk-mucuk!



arghh!! ngantoknya. dodoikan aku. muahaha!


aku sayang kucing-kucing aku.
encik abu ialah seekor kucing siam yang sangat manja
badan kelabu, mata biru
tapi abu tak manja dengan aku langsung kecuali ayah aku



kalau tompok pula
terlampau sayang kan aku
sampai kan satu masa aku tengah siang ikan di dapur untuk masak tengahari
tompok sibuk mengiaw sampai nak tercabut anak tekak nya, aku buat tak tau
dia mencakar-cakar seluar aku
aku pesan, "pergila tidur dulu, nanti siap masak aku kejut kau ye tompok. makan nanti aku bagi"
5 minit berlalu, aku paling kan badan aku untuk lihat tompok, sudah terbaring nyenyak di atas alas kaki
huh, sungguh mendengar kata
bagus juga tompok ni




memiliki binatang kesayangan buat aku jadi lebih berempati

[gambar : TUMBLR CHIBIRD]



apa pun aku harap encik abu dan encik tompok tak mati masa aku tiada di rumah. harap tak juga takut jumpa aku lepas ni. yelah aku kan jarang balik. harap-harap mereka kenal aku lagi.


kata hati :
  • harap perjalanan esok selamat hendak Nya. mudah-mudahan tak terkandas dengan banjir
  • praktikum hari kedua, harap lebih baik dari hari semalam
  • aku harap cepatlah aku habis belajar dengan baik. aku nak hilangkan diri jauh dari semua yang aku hadapi sekarang.


Categories ,

9 anak murid kena cubit:

Ayuni on 7:36 AM, January 30, 2011 said... BALAS

tomeynye!

student on 7:45 AM, January 30, 2011 said... BALAS

moga perjalanan mudah dan selamat.

MAHER ZAIN-InsyaAllah versi Bahasa Melayu

Bo0lat's Heart on 8:03 AM, January 30, 2011 said... BALAS

Teringat Si Beckham kat rumah..
Rindu nye kat Beckham gemok tue..
Tp sedih ble pk Si Putih hilang & still
x jumpe.. Pets mmg sgt best!

EZAN IDMA on 8:29 PM, January 30, 2011 said... BALAS

aha! cikgu. saye takot binantang itu :)

ijatnuar87 on 10:51 AM, January 31, 2011 said... BALAS

owh..boleh gak cuti raya cina ek,hehehe...selamat pulang,hehehe

SaySay on 11:01 PM, January 31, 2011 said... BALAS

waaa *claps* pandai2

hanani on 6:12 AM, February 01, 2011 said... BALAS

bila tengok pic kucing u, teringat kat rumah mak i kat kg. Kitorang tak bela kucing.Tapi,memanjang je kucing jiran datang mintak makanan. Mak plak jenis yg kesian.Dibaginya. Dia cakap elok-elok dengan kucing tu. Dengar plak la dia. Tak de la buat perangai kat rumah mak. Kesimpulannya,binatang ni kalau kita cakap bebaik..dia akan dengar. ye tak?


Penjagaan Tudung

LovEmoNEy on 7:11 PM, February 01, 2011 said... BALAS

i hate pets..

Adem and Cats on 7:13 PM, February 01, 2011 said... BALAS

wow cat lovers ..nice to meet u :)

ademncats

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas