Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, April 26, 2013

Cute Oreo Balls Recipe



Hai  everybody... and assalamualaikum :)


Kali ni nak kongsikan satu resipi yang sangatlah ringkas dan best. Tengah-tengah melayan facebook tiba-tiba saya jumpa Resipi Oreo Balls yang sempoii...sesiapa sahaja boleh sangat-sangat nak buat. Hohooo...Maklumlah saya memang pencinta coklat yang tegar...Jadi, ini kalilah!! Hehe... Terima kasih tak terhingga untuk beliau diluar sana yang kongsikan resipi ni. Memang sangat menceriakan hujung minggu saya!! Yeah!! 



Klik gambar untuk membesarkan perut! :P



Ok... semua dah nampak gambar gedabak dekat atas tu kan... Jom kita belajar bagaimana cara untuk buat Oreo Balls yang sangatlah comel ni... 

Hanya menggunakan 3 bahan sahaja, korang boleh sangat buat walaupun malas ok! ajar anak-anak, kakak, adik, emak, abang atau pun suami korang...bagus kan!




EASY UNLESS YOU ARE LAZY!

"These are very addictive & melt in your mouth!!"


Ingredients : 

1 package  Oreo Cookies

1 block cream cheese, softened
1 pack Cooking Chocolate (Hershey's Semi sweet chocolate chips the best)


5 simple steps :
1. Place Oreo Cookies in a bag/blender and smash/blend until it is the consistency of dirt.

2. Mix the softened cream cheese into the smashed oreos.
3. Roll the mixture into balls.
4. Melt chocolate in the microwave.
5. Cover balls in chocolate then leave to set in the fridge


ok, dah siapkan...selamat makan dan selamat mencuba! :)


Categories , 0 anak murid kena cubit

TIPS CANTIK : MYRACLES BEAUTY - SUPER DEALER LEDANG, JOHOR


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semoga semua baik-baik sahaja. Kali ini saya nak kongsikan dengan pembaca-pembaca sekalian dengan satu produk untuk pemulihan kulit bermasalah. Ops, bukan bermasalah je, produk ni bagus untuk kulit yang sihat. Jadi boleh sama-sama guna, lelaki dan perempuan, dewasa, tua atau kanak-kanak. Sesuai untuk semua jenis kulit... :)

MYRACLES BEAUTY 



Adalah produk yang terhangat di pasaran sekarang.  Setakat ni saya adalah pengguna tegar dan juga Super Dealer Myracles Beauty di Batu Pahat, Johor. Myracles Beauty adalah produk yang dijamin halal dan kandungnnya adalah 100% bahan semulajadi. Ia dirumus sempurna dari Pure Marine Collagen (Rumpai Laut Asli), Ekstrak Buah Delima, pati daun Lidah Buaya dan Sarang Burung Walit. Yang Paling penting sekali ia mengandungi Oksigen Water yang akan  membantu kulit kita menegang dan sekaligus melembutkan dan menaikkan seri wajah kita tanpa perlu menggunakan pelbagai jenis krim, toner, pelembap atau sebagainya. 


KHASIAT MYRACLES BEAUTY : 



TESTIMONI BERJAYA : 





Testimoni dari saya sendiri (Kisah Benar) : 

Saya mengalami masalah kulit sejak sebelum berkahwin. Anggaran dalam 4 tahun. Sewaktu Majlis perkahwinan saya, saya telah menggunakan pelbagai jenis make up yang diuruskan oleh Mak Andam. Oleh sebab saya memiliki kulit yang agak sensitif, muka saya telah menjadi gatal, banyak timbul jerawat bernanah dan kelihatan kemerah-merahan apabila terkena panas. Saya mula rasa terkilan apabila ramai rakan sekerja mula menegur kenapa kulit saya semakin teruk selepas berkahwin. Namun setelah saya diperkenalkan oleh seseorang dengan produk Myracles BEauty ini, kulit saya tidak lagi sensitif dan jerawat bernanah seperti sebelum ini mula mengecut dan muka saya tidak lagi kusam.  

Apa yang boleh saya katakan disi adalah, produk ini ringkas dan fleksibel dimana saya sendiri tidak perlu kemana-mana membawa krim siang, krim malam, toner, pelembap, sunblock, foundation dan sebagainya. Hasil penggunaan saya kini, wajah saya semakin pulih dan tidak lagi sunburn seperti dahulu.


Categories , 0 anak murid kena cubit

Wednesday, September 14, 2011

Kehidupan itu ibarat bulu ayam yang berterbangan





Ayam meneruskan kehidupan juga seperti kita cuma bezanya kita berakal, dia tidak berakal



Assalamualaikum. Bukan kisah ayam yang aku nak ceritakan sekarang. Tapi kisah kehidupan manusia dimana menurut pendapat dan gagasan minda aku iaitu berbunyi 'Kehidupan itu ibarat bulu ayam yang berterbangan'.


Jelas atau tidak dengan pepatah buatan sendiri itu? Sememangnya tidak jelas jika kamu wahai pembaca tidak meneruskan pembacaan di blog aku. Pertamanya ialah peringatan, penulisan aku kali ini hanya dari layangan dan gagasan pemikiran aku sahaja ya. Dimana-mana pihak yang kurang bersetuju itu hak mereka, kerana setiap pemikiran manusia berbeza-beza setiap seorang. Persoalan matang atau tidak penulisan aku ini, kamu boleh nilai atas hujah-hujahku. Jangan menggila memberi respon yang tidak matang.


Manusia itu dijadikan dari tanah. Itu menurut perspektif Islam. Itu benar, aku tak nafikan dan aku juga tidak menidakkannya. Manusia juga ada kehidupan. Kehidupan itu perlu dicorakkan oleh manusia itu sendiri. Kehidupan manusia bahagia atau tidak itu bukan juga berfaktor daripada manusia itu sendiri ya, kadang kala ia dari kekangan dan sokongan insan di samping mereka.


Sebagai contoh, Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamed, beliau mencapai kehidupan sempurna dimata kita kan? benar, tetapi disebalik kejayaan dan kepuasannya itu bukan sahaja dari usaha kerasnya, pasti ada pemangkin yang membantu beliau sampai ke tahap tersebut. Misalnya Ibu bapanya yang mendidik dengan betul, rakan-rakan yang pernah digaulinya atau kos pengajian semasa di Universiti yang dipilihnya benar-benar mengikut tahap kebijaksanaan dan kemampuan beliau.


Kehidupan itu ibarat bulu ayam yang berterbangan. Jika ia terbang mengikut pusaran tiupan kencang yang hebat, akan pergi lah ia ke tempat yang tak terjangkau jauhnya dan menjadi helaian yang menakjubkan. Jika ia terbang melayang sendirian dengan angin tak berperasaan, akan jadilah ia diri sendiri mati tak dipedulikan. beku lagi kaku.


Setiap manusia itu mampu menjadi insan luar biasa. Tetapi insan yang luar biasa adalah dari segala pemikiran dan tindakannya yang juga luar biasa. Manusia juga perlu kuat, cekal dan mempunyai kesedaran yang menakjubkan supaya kejayaan yang dikecapinya kelak akan tersohor.




Bagaimana mencapai kehidupan yang menakjubkan?

  • Niat - Niat melakukan sesuatu perkara itu perlulah ada di landasan yang betul. Cuba muhasabah diri, perhatikan setiap kejadian dan perkara yang berlaku hingga kini adalah hasil dari tangan Allah. Justeru itu, kita sebagai hamba perlulah niat meneruskan kehidupan di muka bumi ini untuk mengabdikan diri kerana Allah. Jika seseorang cikgu itu hadir ke sekolah untuk mengajar. Niatkan ilmu yang diberi kepada murid itu ikhlas kerana Allah. InsyaAllah setiap perkara itu mendapat keberkatan. Niat sangat penting kerana ia seolah-olah membentuk 'mind set' kita.

  • Perancangan - Untuk mencapai tujuan hidup, ia sememangnya memerlukan perancangan. Ia tidak akan sesekali berlaku dengan sendirinya. Senaraikan tujuan hidup yang ingin dicapai oleh anda. Ini adalah untuk memudahkan anda mengesan samaada anda sedang berada di landasan untuk mencapai satu-satu tujuan itu ataupun tidak.

  • Berusaha keras - Untuk mencapai tujuan hidup, anda sepatutnya mempunyai penanda aras sebagai panduan halatuju anda. Hanya tetapkan penanda aras yang minumum sahaja. Tetapi dalam masa yang sama anda perlu berusaha keras untuk mencapai yang lebih baik dari apa yang telah dihadkan. Sebagai contoh, untuk bulan ini anda ingin menyimpan rm100. Tetapi sekiranya dalam bulan tersebut anda mampu untuk menyimpan rm110 adalah lebih baik.

  • Jangan sesekali berhenti - Apabila anda sudah mencapai satu-satu tujuan didalam hidup anda, jangan sesekali berhenti. Cuba untuk mencapai tujuan yang lebih baik pula. Ia adalah kerana anda sebenarnya adalah lebih baik daripada apa yang anda sendiri fikirkan.

  • Takut kepada Allah - Salah satu cara mencapai kehidupan yang bahagia dan tenang adalah dengan takut kepada Allah. Kita hendaklah yakin dan takut kerana setiap pergerakan kerja kita adalah dipantau oleh Allah SWT. Kerana Allah itu maha mengetahui segala-galanya.





Manusia juga tidak lari dari melakukan kesilapan. Tetapi tidak semua manusia cakna dan mengambil kesilapan yang pernah dilakukan itu sebagai pemangkinnya untuk berubah. Kehidupan kita ini jika diatur dengan baik, perlu ada wawasan dan disiplin yang perlu kita patuhi. penghujungnya, kita akan memperolehi impak yang besar dan positif dalam meneruskan kehidupan mendatang. Jika kita tidak bersungguh-sungguh dengan kehidupan kita, maka ia akan terumbang -ambing dan tidak berperasaan. Ia menjadi helaian bulu yang berterbangan tidak berarah. Berhenti terbang apabila tidak temui angin bertiup. Ia akan mati. Beku lagi kaku.





Sekian. Wallahua'lam.



Categories 3 anak murid kena cubit

Monday, August 15, 2011

Pembedahan Cinta




Hari ini aku berminat untuk kongsikan pada rakan-rakan tentang satu kisah pembedahan cinta. manusia yang berdepan dengan pembedahan cinta pasti akan mengambil masa yang lama untuk pulih seperti sedia kala. Apa itu pembedahan cinta? ianya bermaksud cinta + sayang = pengkhianatan. Ini bermaksud bermulanya sesuatu hubungan dengan kasih sayang yang telus dan berakhir dengan pengkhianatan yang tak pernah berkesudahan. Pengkhianatan ialah benda yang paling dibenci oleh sesiapa sahaja. Manusia mana suka dikhianati lebih-lebih lagi dalam hubungan berteraskan cinta dan sayang.

Aku dedahkan mata dan hati kalian dengan satu kisah sebenar yang berlaku terhadap salah seorang sahabat aku, bukan niat menghebahkan keaibannya, malah demi menyebarkan pengajaran kepada kita semua supaya jangan terlalu taksub dengan cinta. Kisah ini juga memberi peringatan kepada saya sendiri.

Watak dalam cerita ini :

Lelaki penyayang = K (bukan nama sebenar)
Lelaki keparat = A (bukan nama sebenar)
Perempuan = F (bukan nama sebenar)


Bab 1 : Pantai Cinta


[Pantai itu tenang, tetapi ketenangan itu itu tidak kekal tatkala ombah datang merempuh]


Alkisah, bermulalah percintaan tegar antara dua orang insan yang telah ditakdirkan Allah bertemu dalam sebuah temuduga. Pertemuan yang tidak disangka-sangka. Hanya dengan satu senyuman yang terukir lantas menusuk dijiwa dua insan ini. Lelaki ni namanye K dan yang perempuannya pula ialah F. Dari senyuman itu wujudlah satu perasaan ingin mengenali antara satu sama lain. Itu memang adat dan lumrah, keraia fitrah dimana lelaki tertarik dengan perempuan, dan begitu juga sebalinya. Berbekalkan nombor telefon yang tersimpan, mereka berhubung, dan tidak disangka-sangka Allah telah pertemukan mereka sekali lagi di dalam kampus pengajian yang sama, dan kelas kuliah yang sama.

Si K pun berjanji dengan F, "sy nak jage awk kat sana dengan sebaik mungkin selagi masih ada daya dalam diri saya". F merupakan gadis yg amat baik, menjaga pergaulan dgn lelaki dan seorang yg pendiam. Si K ni pula seorang yang keanak-anakkan. Mereka sangat menyayangi antara satu sama lain cuma si F ni tak pandai nak tunjuk rasa sayang dia pada si K. Tapi walaubagaimanapun masalah tersebut dapat di atasi dan merka bahagia seperti pasangan lain. Saling bergantung dan saling melengkapi anktara satu sama lain. Dalam pada itu K tidak langsung melupakan janji yang pernah diluahkan pada F, iaitu menjaganya dengan sebaik mungkin dan begitu juga F, siapa yang menyakiti K, itulah musuhnya.

Bab 2 : Kemelut

Namun, cinta mereka tidak kekal lama hanya satu tahun lebih sahaja. mereka terpaksa berpisah secara baik. Disebabkan asyik bergaduh dan tidak dapat menemui keserasiaan antara satu sama lain, maka mereka pun berpisah. Perpisahan itu tak pernah berjaya membuang rase sayang dalam hati masing-masing. malah mereka berdua masih berkawan dan mengambil berat antara satu sama lain. Masa berganti masa, genap setahun mereka berpisah si K ni pun telah memulakan hubungan yang baru brsama kekasih lain untuk menutup rasa kekecewaan bersama si F. F tidak dapat menerima kenyataan. Pada ketika itu hati F sakit dan K hanya mendiamkan diri. Ikatan cinta mereka telah pun terputus dan berakhir.


Bab 3 : Hujan sayang





Rasa sayang yang tidak pernah mati. K dihantui rasa bersalah. Setiap hari dalam kls matanya sayu melihat F. tapi dia hanya boleh menjaga F dari jauh. Tiap kali K n aweknya tserempak dgn F, K akan lari dan mengelak. K tidak sampai hati untuk berdepan dgn F. K hanya mampu berdoa agar F kuat dan tabah. Semakin hari K nmpk F makin kuat. Tuhan memakbulkan doa-doa K untuk F. K gembira melihat F tersenyum kembali. Apabila F dalam kesusuhan, K tetap menolong F walau apa jua keadaan. K tetap sayang F sama seperti saat mereka bersama dahulu, lebih dari kasih sayangnya terhadap kekasih K.



Pengkhianatan

K gembira melihat F gembira, namun tanpa K sedari F sudah mula berskandal dgn orang yang paling dibenci K iaitu A!! A ni kiranye parasit dalam kelas. Kebiasaanya akan memeprdaya perempuan dan menghancurkan perempuan yang pernah terlentok dalam ayat-ayat manisnya. Setakat ini sudah 4 orang perempuan terpedaya dengan muslihatnya. Semua perempuan diangkatnya seperti bidadari kononya sehingga perempuan itu mampu menyerahkan segalanya. Apabila masa cuti si A ini akan ke Sempadan negeri untuk melayan GRO. K tidak pernah langsung seteru dengan A walaupun mereka mendiami rumah sewa yang sama. Bagi K, A adalah musuh kerana A sentiase mencari peluang menjatuhkan K. Namun tanpa K duga. F menjadi perempuan simpanan A. F mengetahui A ade sudah ada kekasih di luar tetapi F langsung tidak mempeduli semua itu. F yang dulunya seorang yang baik, lemah lembut, pemalu, pendiam sudah mula berubah perwatakannya menjadi semakin teruk. Semakin hari semakin hilang arah hidupnya.




Bab 4 : Redha

[Mendekatkan diri pada Allah adalah jalan paling berkesan menemui kebahagiaan]


K semakin hilang pertimbangan dan berusaha juga memperbaiki F yang sudah hanyut tetapi tidak berdaya. K sangat berasa bersalah kerana pernah meningglkan F suatu masa dahulu. Janjinya hendak menjaga F terkubur begitu sahaja. F dengan kehanyutan hidupnya. K semakin hari semakin lemah, K telah menghidap satu penyakit yang amat sadis, namun F langsung tidak bertanya khabar tentang K. K semakin hari semakin sakit, cuba untuk menerima kenyataan dan redha dengan apa yang berlaku. Tidak disangka F yang pernah dia kenal dahulu sudah berubah menjadi perempuan yang amat menyayat hati sehingga mampu membiarkan maruah dirinya dipijak-pijak. K pasrah dan meneruskan hidup dengan dihantui rasa bersalah. janjinya hanya satu iaitu pada Allah, supaya mengembalikan F yang dahulu dan berada di sisi K hingga akhir nafasnya. K berdoa, membaca yassin dan membuat solat hajat setiap hari tanpa rasa putus asa untuk emmastikan F kembali kepangkal jalan.

Semoga doa K terhadap F dimakbulkan Ilahi. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan mereka berdua. Dan semoga F dan A kembali ke pangkal jalan dan berubah. InsyaAllah.


Moralnya :
  • Apabila kita telah berjumpa dgn seseorang yg kita syg. Jgnlah kita mencari yg lebih baik dari itu. Kita patut hargai org yg berada di depan kita sebaik2nya. Jgn kita menoleh ke blakang lg kerana yg berlaku ttp dah berlaku. Semoga yg berlalu tidak berulang lg dan ingatlah,org yang paling kita syg,itulah yg paling cantik dan paling baik. Wlpun nk ikutkan byk lg yg cantik dan dan baik sprti yg kamu inginkan. Akhirnya tidak akan mendpt apa2. ♥

  • Perginya seorang yang kita sayang, Allah gantikan dengan beribu-ribu orang yang menyayangi & mencintai kita




[Cintailah yang maha Esa kerana dengan hanya bersamanya, kita tidak akan pernah rasa disakiti malah rasa lebih disayangi]


Categories 0 anak murid kena cubit

Friday, June 24, 2011

Mencari pasangan Biarlah yang Sekufu







"Enggang sama enggang, pipit sama pipit”



Pepatah di atas ini merupakan pepatah yang paling hampir dalam situasi dimana akan aku perjelaskan berdasarkan beberapa pembacaanku. Di dalam dunia yang serba moden lagi canfggih ini, ada pelbagai pihak yang menganggap perkahwinan secara sekufu ini adalah satu perkara yang ringan. Mereka cuba memperkacangkannya tanpa memikirkan akibat dari sikap endah tidak endah ini.


Memilih pasangan yang sekufu ini boleh mengelakkan pelbagai masalah. Pernah atau tidak anda terfikirkan pasangan anda itu sekufu atau tidak dengan anda? Sekufu ini banyak aspeknya, tidak semestinya hanya sekufu dari aspek keluarga, harta, agama, paras rupa dan sebagainya. Malah, dunia yang serba moden ini juga memaksa kita memilih pasangan yang sekufu dari aspek kebijaksanaan dan pelajarannya. Jika kita perjelaskan secara terperinci satu persatu aspek yang dinyatakan tadi, InsayAllah setiap individu boleh membuat persediaan dalam memilih pasangan sekaligus melayari bahtera perkahwinan dengan rasa bahagia tanpa rasa menyesal di kemudian hari.

Maksud SEKUFU

Maksud kafaah dalam perkahwinan bolehlah dikatakan serupa, seimbang atau serasi antara pasangan suami dan isteri sehingga masing-masing tidak merasa berat untuk melangsungkan perkahwinan. Ia juga boleh dirumuskan sebagai persesuaian antara si suami dengan perempuannya, sama kedudukannya. Suami seimbang kedudukannya dengan isterinya di masyarakat sama baik akhlaknya dan kekayaannya. Persamaan kedudukan suami dan isteri akan membawa ke arah rumahtangga yang sejahtera, terhindar daripada perkara-perkara yang tidak elok.



Kepada sesiapa yang masih mencari calon suami atau calon isteri, perkara ini perlulah anda titik beratkan supaya kelak rumahtangga tidak akan berbolak-balik. Sekufu banyak aspeknya (menurut pendapat penulis) :


  • Sekufu agamanya
Sekufu agama disini bermakna seelok-eloknya seseorang individu memilih pasangan yang sama amalan agamanya, Islam sama Islam. Jika seseorang individu itu memilih pasangan yang berasal dari agama lain, pastikan individu tersebut sudah kuat pegangan akidahnya dan cuba tarik pasangan tersebut dalam agama Islam. Terapkan nilai-nilai islam kedalam diri pasangan, tunjukkan contoh yang baik, bimbingnya dan nasihatilah bahawa agama Islam ini adalah agama yang suci. Jangan pula kerana cinta, individu itu murtad, Na'uzubillahiminzalik!


  • Sekufu latar belakang keluarganya
Seterusnya ialah sekufu dari segi latar belakang keluarganya. Jika lelaki turun temurun dari kalangan bangsawan, maka si perempuan pula dari golongan rakyat jelata, akan berlaku beberapa masalah dimana ada diantara ahli keluarganya tidak mudah untuk menerima pasangan kita. Lebih-lebih lagi jika si perempuan lebih kaya atau lebih masyhur berbanding si lelaki. Si perempuan sudah biasa hidup dalam kemewahan, setiap apa yang diminta pasti akan dapat. Layanan keluarga yang memanjakan anak, malah kerja-kerja rumah juga langsung tidak pernah dibuatnya. Apabila sudah berkahwin, si suami pula tidak dapat membina rumah yang besar, tidak memberi kemewahan, cerewet, menyuruh itu dan ini, dan apabila pulang ke kampung langsung si perempuan tidak mampu menyesuaikan diri dengan suasana tersebut. Situasi sebegini, suami akan diperlekehkannya kerana tidak mampu menanggung hidup si isteri maka berlakunya porak peranda dalam rumah tangga.


  • Sekufu paras rupa
Kebiasannya, si lelaki inginkan perempuan yang cantik paras rupa, bentuk badannya, tingkah laku yang lemah lembut, percakapan yang sopan dan sebagainya. Tetapi adakah si lelaki tersebut kacak perawaknnya nak dibandingkan dengan wanita dalam imaginasinya? Sebagai individu yang menyedari kekurangan diri, mengetahui sejauh mana paras rupanya, pilihlah pasangan yang sekufu paras rupanya. Sama cantik sama padan. Bagai pinang dibelah dua. Bukan tidak boleh si cantik berkahwin dengan si tidak tampan, kerana biasanya si cantik akan lebih bermegah-megah manakal yang tidak tampan pula merendah diri, sekaligus menimbulkan rasa cemburu dan bercerai. Ada pasangan yang tidak sama cantik tidak sama padan, malah lebih bahagia. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Disini jelas dimana pasangan tersebut mampu menerima pasangan apa adanya.


  • Sekufu tahap pendidikannya

Misalnya isteri yang mempunyai pendidikan tinggi manakala suami berpendidikan rendah. Seandainya perkahwinan itu tidak sekufu ia memang menghadapi masalah khasnya dari segi selera, cita rasa, pemikiran dan sebagainya. Contohnya ialah, yang ada Ijazah elok lah berkahwin dengan orang yang berijazah, dan yang ada SPM elok lah berkahwin dengan yang ada SPM. Bukan tidak boleh untuk berkahwin jika lain taraf pendidikannya, malah kelak akan susah untuk berkomunikasi dimana orang bertaraf pendidikan cara pemikirannya berbeza dengan orang yang rendah tahap pemikirannya, Tidak mustahil pasangan ini akan mudah berbalah antara satu sama lain. Seelok-eloknya biarlah si suami tinggi taraf pendidikannya berbanding isteri supaya si isteri akan hormat kepada si suami.


  • Sekufu dari segi bangsa dan bahasanya

Sekufu dari aspek bangsa dan bahasanya ialah misalannya Orang Melayu sesuai dengan orang Melayu, Orang Cina dengan Orang Cina, Orang India berkahwin dengan orang india, orang Arab sesuai dengan orang Arab, dan orang Inggeris padan dengan orang Inggeris. Banyak lagi jika mahu disenaraikan. Setiap bangsa ada bahasanya tersendiri, apabila kita memilih pasangan secara sekufu mengikut bangsa dan bahasanya, pasti lebih mudah bagi kita untuk berkomunikasi antara satu sama lain, terutama sekali ketika bersama keluarganya. Malah, setiap bangsa mempunyai nilai norma dan amalan masing-masing, jika pasangan sekufu pasti lebih mudah memahami norma-norma dalam keluarga pasangannya sekaligus membuka hati ibu bapa dan keluarga pasangan dalam menerima menantu.


*********************************

Satu kisah semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W dimana anak angkat Nabi saw yg miskin telah bernikah dengan seorang wanita kaya dan berkedudukan tinggi. Kesudahannya mereka bercerai kerana si isteri seolah-olah tidak menghormati sang suami.

Sebab itulah, dalam Islam pun ada menyuruh kita memilih calon isteri, melihat harta kekayaan, keturunan, kecantikan, ilmu dan yang paling penting, agama. Namun, jika agama kedua-dua belah pihak sangat baik, menepati tuntutan agama, InsyaAllah masalah sekufu atau tidak ini tak berapa penting, kerana keduanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Tetapi jika agama tak seberapa, eloklah memilih yang sekufu demi kebaikan kedua-dua belah pihak. Sama-samalah kita renung-renugkan.

Wallahua'alam.






Categories , , , 23 anak murid kena cubit

Monday, June 20, 2011

Tips kekal selamat menggunakan facebook daripada digodam



Laman facebook sekarang semakin hari semakin tidak selamat. ada rakan-rakan mengadu dimana email mereka di hack, facebook hilang dan sebagainya. dan saya disini kongsikan beberapa tips dari rakan blogger dari blognya CRITICAL ANGLE. beliau ada tips yang boleh buat anda bersedia dan berjaga-jaga supaya facebook anda selamat dari digodam. mari kita ikuti tips beliau dibawah :

********************

Facebook, laman sosial utama di dunia kini semakin bertambah bilangan penggunanya termasuk di Malaysia. Seiring dengan itu, ramai penggodam-penggodam cuba mengambil kesempatan untuk menggodam (hack) akaun-akaun milik pengguna yang kurang menitikberatkan langkah keselematan akaun facebook mereka. Boleh dikatakan setiap hari pasti ada sahaja akaun yang akan digodam.


hack facebook

Perhatian: Langkah-langkah berikut hanyalah panduan asas, terdapat lagi cara lain untuk menggodam facebook, dan dari semasa ke semasa, mungkin terdapat juga beberapa vulnarebilities baru yang dijumpai untuk menggodam akaun pengguna facebook.


1. Jangan berkongsi password


Serius, ini paling simple. Jangan kongsi password, walaupun dengan “kekasih” korang. Dulu saya pernah tulis kisah seorang pemuda yang akaun facebooknya dihack oleh teman wanitanya setelah mereka putus hubungan, sebab utamanya? Kongsi kata laluan (password). Yang belum baca boleh baca entry Akibat Putus Cinta, Facebook Di Hack. Hasil maklumbalas komen memang ramai yang setuju, jangan kongsi password, lagi-lagi dengan orang yang korang panggil “awek” tu sebab mereka belum tentu lagi akan berkahwin dengan anda. Woha!


2. Gunakan https


Tips berguna daripada Harisfazillah di blog beliau. Gunakan protokol https di facebook anda. Secara defaultnya, protokol yang digunakan adalah http, dan anda boleh tukar kepada https dengan mengikut langkah berikut:

  • Account > Account Settings > Account Security
  • Tick pada “Browse Facebook on a secure connection (https) whenever possible


3. Enable Account Activity


Yang ini pernah diceritakan oleh Mohd Isa dalam tulisan beliau Akaun Facebook Kena Hack. Melalui bahagian “Account Activity, pengguna dapat melihat lokasi tempat mereka menggunakan facebook. Jika ada aktiviti yang mencurigakan, mereka boleh “deactivate” aktiviti mencurigakan tersebut dan menukar kata laluan serta merta menggunakan telefon bimbit mereka. Contoh paparan aktiviti mencurigakan (sumber: blog.mohdisa)

facebook hacked

Cara untuk aktifkan:

  • Account > Account Settings > Privacy > Account Security
  • Pada bahagian “When a new computer or mobile device logs into this account:” , tick pada:
  1. Send me an email
  2. Send me a text message


4. Hide email


Antara info yang diperlukan untuk login ke akaun facebook anda alamat email dan password. Sekiranya alamat email yang dipaparkan di bahagian info profil anda bukan email yang digunakan untuk login akaun facebook, itu tidak menjadi masalah. Sekiranya email tersebut digunakan untuk facebook anda, lebih baik sembunyikan (hide):

  • Account > Privacy Settings > Customize Settings
  • Pada bahagian Contact Information, pilih ” Me Only” untuk email anda.


5. Kurangkan maklumat peribadi di profil


Ada beberapa cara untuk hack facebook, antaranya adalah melalui maklumat peribadi pengguna sendiri yang terpapar di facebook. Cara begini lebih dikenali sebagai social attack (kot. hahaha). Setelah mendapat email pengguna, penggodam hanya perlu “meneka” kata kunci daripada maklumat-maklumat yang dipaparkan. Serius, cara ni antara yang berkesan sebab ada pengguna yang leka meletakkan maklumat peribadi yang mungkin mengandungi katalaluan.


6. Berhati-hati dengan phishing


Phishing adalah satu lagi cara mudah untuk menggodam akaun facebook seseorang. Bagi yang tidak tahu, dalam teknik phishing, penggodam akan menghantar link kepada mangsa, di mana link tersebut mengandungi halaman seakan-akan mirip facebook. Apabila pengguna memasukkan email dan password, secara automatik data tersebut akan dapat dibaca /dihantar kepada penggodam.


7. Hati-hati klik short link


Ha, yang ni pun satu lagi. Mengikut maklumat dari blog The Hacker News, sekumpulan penggodam berjaya menggodam kira-kira 1000 akaun fanpage facebook! Anda lebih kenal rakan anda, kalau yang jenis “hacker” tu, hati-hati lah ye tekan link. Cara lain, boleh copy link tu, scan di virustotal.com. Contoh link-link yang mencurigakan:


hack fb



credit to : CRITICAL ANGLE > BLOG
*thanks for your tips*


Categories , , 0 anak murid kena cubit

Wednesday, June 15, 2011

Yakinlah dengan pasangan yang ada disamping kita, Jangan pula dibanding beza!





Dalam sesebuah hubungan, setiap manusia inginkan yang terbaik. baik lelaki mahupun wanita, mahukan kehidupan bahagia, memiliki pasangan yang beriman, memahami, meyayangi setelus hati, setia dan sabar. Bagi aku, hubungan yang bahagia tidak terletak pada kemewahan. Ini pendapat aku. biarpun pendapat orang lain katakan tiada kemewahan tidak akan bahagia juga kelak. Malahan, hubungan yang bahagia datangnya dari hati. Hati yang ikhlas menerima pasangan seadanya, berada di samping ketika susah dan senang dan sabar dengan kerenah masing-masing. tetapi dalam dunia ini, ada jenis manusia yang tak habis-habis suka membanding beza hubungan sendiri dengan hubungan orang lain, membezakan itu ini hingga hubungan semakin hari semakin suram.



Membanding beza terbahagi kepada dua aspek dimana banding beza yang postif dan negatif.

Banding beza Positif


Pada pendapat aku, banding beza positif banyak lagi cabangnya :
  • Contoh situasi : Banding beza kejayaan

Abang : Sayang, Zarul tu dengan makwe dia tu pandai betullah, pointer semester sama-sama tinggi. tak pernah jatuh 3.5 kebawah. kita tiru cara diorang belajar nak? mesti kita boleh berjaya macam diorang.

Sayang : Ha'ah lah, diorang berdua memang pandai, tapi abang janganlah banding-bandingkan kita dengan diorang. diorang tu budak sekolah sains, kita ni budak sekolah menengah biasa saje.


Si lelaki membanding beza hubungannya dan berharap sang kekasih memahami hasrat untuk berjaya bersama. tetapi si perempuan pula buat gaya ego, apasalahnya beri semangat, kekuatan dan sokong pendapat pasangan. Pasti hubungan akan lebih manis dan si lelaki akan rasa lebih di hargai. Banding beza ini akan membawa kebaikan dimana pasangan sama-sama mencipta kejayaan kerana saling menyokong.
  • Contoh situasi :Banding Beza Keimanan

Isteri : Abang, rasanya dah lama kita tak solat berjemaah, kita solat sama-sama nak? Abang imamkan ya?

Suami : Boleh sayang, kita solat sama-sama. Kita doakan untuk hubungan kita supaya kekal hendak-Nya. macam keluarga Ustaz Fadli tu, sentiasa solat jemaah, bahagia je tengok mereka kan?


Kadang-kadang ada lelaki bila bersama pasangan, dia berharap pasangannya akan sentiasa mengajaknya kearah kebaikan. Mengingatkannya supaya bersolat, bersabar, dan sentiasa ingat pada Allah. Banding beza seperti ini membawa kepada kebaikan kerana ia sama-sama membawa pasangan ke pintu syurga dan sama-sama mendapat pahala. Indahnya pasangan seperti ini.


Banding beza negatif


  • Contoh situasi : Banding beza kemewahan
Perempuan : B, bila u nak belikan i rantai Habib Jewels ni. housemate i si zara tu dah dapat dari boyfie dia. i nak tunggu dari u la b. nanti b bagi ya?!

Lelaki : La baby, nape banding-bandingkan i dengan Zara tu, boyfie dia Doktor, i ni jadi promoter Celcom je. Baby, u kena la faham situasi kita, kita tak sama dengan diorang. Sabarlah, nanti i ada duit, i belikan untuk u ok?


Semua orang pun tahu, kemewahan menjamin kebahagiaan. Itu semua orang kata, bukan aku. Bagi aku, kalau kita biasakan pasangan kita dengan kemewahan, hanyut pasangan kita tu dan pastinya akan naik lemak. Lepas satu-satu yang dimintanya. Bila kita dah tak berduit, hutang piutang sana- sini, ditinggalkan kita jua. Baik lelaki mahupun perempuan, Menangis air mata darah dah tak berguna. Banding beza jenis ini tak membawa apa-apa faedah. malah membinasakan hubunga. tetapi jika kita fikirkan dari aspek yang positif, dengan duitlah manusia boleh berkahwin, mendapat makan, tempat tinggal, berjaya dan sebagainya.


  • Contoh situasi : Banding beza Paras rupa dan bentuk badan

Abang : Sayang, kenapa pakai tudung bawal ni. tak cantiklah. cuba tengok perempuan yang jalan tu, pakai selendang beli-belit, ada sanggul nampak bentuk badan. serius cantik! sayang pakai macam tu bila kuar dengan abang lepas ni ya.

Sayang : baik la Abang, demi abang. nanti sayang cari dan pakai ok. Sayang abang!


Situasi macam ni bukan benda janggal. benda biasa dan sekarang memang sedang berlaku dimana-mana. pasangan nak masing-masing berubah penampilan, suruh pasangan pakai smart-smart, make up tebal-tebal dan pakai pakaian menjolok mata demi pasangan. ya, mereka sanggup berubah. Banding beza jenis ini jelas membawa kearah yang tak baik. Bagi aku, kalau anda jumpa pasangan jenis ini, dan anda baru nak mulakan hubungan. akhirkan sahaja secepat mungkin sebelum cinta jauh dalam berputik. sebab sedikit demi sedikit dia akan minta anda berubah, berubah, dan berubah. manusia jenis ini tak akan puas! tetapi kalau kita jumpa pasangan yang minta kita berubah supaya pakai pakaian yang labuh-labuh dan menutup aurat, boleh lah lekas-lekas bawa jumpa mak ayah ya. boleh buat calon suami.


thesilentsmiles:  yours is written by God :’)
[Allah, Tuhan yang sentiasa menulis tentang jalan cerita hidup kita]


Setiap pasangan tidak perlulah membanding beza kekasihnya dengan kekasih orang lain. Lihat kemampuan, kelemahan, pengorbanan yang kekasih anda telah lakukan demi hubungan kamu. Bukan minta dia berubah, memuji-muji pasangan lain dihadapan kekasih dan sebagainya. Jangan juga kamu terlalu mimikirkan khilaf yang tak kesudahan. Manusia pasti melakukan kesalahan, tapi tak semua kesilapan dapat memberi perubahan dalam hidupnya. Memaafkan dan bertolak ansur. Apasalahnya tegur menegur kearah kebaikan demi hubungan. Setiap lelaki mahupun perempuan berharapkan pasangannya menerima seadanya, ikhlas dan suci dengan cintanya. Tidak semestinya pasangan yang sama cantik sama padan itu bahagia, yang sebaliknya juga adakalanya lebih bahagia dari yang mementingkan rupa, kemewahan dan nafsu.



“kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. nanti allah kurangkan rasa cinta padanya dan allah takkan bagi. tapi luahkan pada allah, beritahulah allah. allah maha tahu jodoh kita siapa.”

itu sahaja, selamat membaca. kalau suka boleh LIKE! :)




dari jari si penulis biasa : cikmas



Categories , , 24 anak murid kena cubit

Monday, June 6, 2011

Pelajar tak faham al-Fatihah

KUALA LUMPUR: Agak mengejutkan dan membimbangkan apabila kajian mendapati ramai pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) tidak memahami maksud surah al-Fatihah yang menjadi salah satu daripada 13 rukun solat.


Tokoh akademik dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron berkata, hasil kajian dijalankannya mendapati lebih 80 peratus pelajar tingkatan dua dari beberapa sekolah menengah serta penuntut sebuah universiti gagal menjelaskan makna dan terjemahan surah berkenaan.


“Perkembangan itu ternyata membimbangkan kerana pemahaman dan penghayatan makna bacaan al-Fatihah amat penting untuk memperoleh kekhusyukan dalam sembahyang sekali gus memberi lebih kesan ke arah pembentukan Muslim sejati yang dituntut agama.

“Justeru, sistem pendidikan Islam di sekolah mesti menitikberatkan aspek pemahaman serta penghayatan dalam mengerjakan sembahyang...bukan hanya tertumpu kepada didikan pergerakan fizikal atau bacaan yang betul saja,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar ketika Forum Pendidikan Nasional bertema ‘Transformasi Pendidikan Nasional Hadapi Cabaran Pembangunan Ekonomi dan Perubahan Politik’ anjuran Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPM) di Kelab Sultan Sulaiman di sini, pagi semalam.


Pengerusi Panel Pendidikan MPM, Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar bertindak sebagai moderator forum itu manakala ahli panel terdiri daripada Naib Canselor Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak), Prof Datuk Dr Md Zabid Abdul Rashid; Presiden Institut Pemasaran, Datuk Sharifah Mohd Ismail dan bekas pensyarah Universiti Malaya (UM), Prof Dr A Rahim A Rashid.

Pada masa sama, Dr Isahak menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pelajar Melayu dari tahun dua hingga tingkatan lima yang masih tertakluk kepada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).


Beliau berkata, mereka dikhuatiri bukan saja terus lemah dalam dua subjek teras itu, malah gagal menimba ilmu di sekolah sehingga terjerumus ke dalam gejala negatif bagi membuktikan kebolehan dan kelebihan masing-masing.






[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Kelebihan Al-Fatihah



1. Dibaca 41 kali bersama dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sebelum tidur insya Allah akan dijaga dari sekalian bahaya kecuali mati.

2. Dibaca 41 kali setelah qabliah subuh (sebelum fardhu Subuh) akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala:

a. Dimudahkan naik pangkat
b. Diluaskan rezeki
c. Dimudahkan membayar hutang
d. Disembuhkan dari penyakit
e. Orang yang lemah akan dikuatkan oleh Allah serta digalati, disegani dan dihormati
f. Disayangi oleh semua makhluk
g. Percakapan didengar orang
h. Selamat dari bala bencana

3. Diamalkan 7 kali selepas solat fardhu akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala:

a. Berkat dalam kehidupan
b. Dihilangkan kesusahan di dunia dan akhirat.

4. Diamalkan 20 kali selepas solat fardhu tanpa berkata-kata akan diluaskan rezeki dan dikurniakan rezeki tanpa diduganya.

5. Jika dibaca 40 kali di air maka air itu akan menjadi ubat dari segala penyakit kecuali mati.

6. Ditulis dan dilebur dengan air dengan izin Allah akan hilang segala kerisauan, kesusahan dan ketidaktenangan hati dan jiwa.

7. Jika dibaca 121 kali oleh orang yang diikat / dipasung dengan khusyuk dan penuh keyakinan dan ditiup sebanyak 10 kali pada ikatan itu dengan izin Allah akan terlepas.

8. Jika ditulis kalimah pada kenderaan dan rumah akan terhindar dari perkara yang tidak baik termasuk kecurian.

9. Dibaca مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ pada sebiji batu atau apa sahaja melainkan najis kemudian diletakkan pada kenderaan, insya Allah kenderaan tersebut tidak akan diganggu, dikacau atau dicuri dengan syarat selepas meletakkan batu tadi pada kenderaan tidak boleh menoleh lagi pada kenderaan tersebut (kita serahkan bulat-bulat penjagaannya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala).

10. Dibaca وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ tiga kali senafas ditiup pada binatang garang atau orang zalim dengan izin Allah tidak akan dapat memudharatkan kita.


nota :
  • sama-sama lah kita renung-renungkan. jika kita diberikan kesihatan, dimurahkan rezeki atau dipanjang kan umur sehingga tua tetapi kita tidak berusaha memperbaiki diri dan menghayati Islam pasti kenikmatan hidup tidak akan dirasai dengan sempurna.
  • Al-fatihah lebih mujarab apabila kita berniat baik dan yakin sesungguh-sungguhnya dengan Tuhan iaitu Allah.

Categories , , 12 anak murid kena cubit

Sunday, June 5, 2011

Rahsia Warna Kegemaran Anda





Biru

Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan.





Hijau

Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.







Kuning

Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis.Kamu seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.






Ungu

Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.






Putih

Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh,senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.



Black Rose Cute Layout

Hitam

Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika kamu berada dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta kamu


Merah

Kamu seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.


Categories , 5 anak murid kena cubit
 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas