Friday, April 8, 2011

BERITA HARIAN 9 APRIL : ARTIKEL 'BEZA CIKGU DULU, SEKARANG'




[BERITA HARIAN : 9 APRIL 2011 : klik gambar untuk tumbesaran terlampau]

hari ini aku rajin untuk mengulas satu isu berkaitan seorang individu yang memperkatakan tentang seorang guru. atau dengan bahasa mesranya 'cikgu'. merujuk kepada penulisan beliau di dalam artikel surat khabar ternama yang disiarkan pada hari ini, saya menjadi terfikir dan terpanggil untuk menegakkan beberapa perkara supaya masyarakat diluar tidak akan memandang 'lekeh' kerjaya seorang cikgu. bak kata munir pemenang adik-adikku : " Biar besar jiwa, jangan besar kepala"

ya, manusia mudah berubah, ini kan pula seorang cikgu. dimana cikgu juga manusia biasa. aku pasti sebagai individu berkerjaya yang lain pasti berubah. ibu bapa berubah, anak-anak berubah malah ahli politik mahupun penulis surat khabar pun mudah berubah sikap dan pendapatnya.

sebagai manusia yang sama-sama melakukan kesilapan, jangan hanya tahu menuding jari telunjuk itu kearah cikgu semata-mata. cikgu, melahirkan modal insan berguna dan berpendidikan bukan satu kerja yang mudah. anda jangan mengatakan perkara yang sia-sia dan tidak berasas, seharusnya sebagai seorang yang profesional, anda berfikir diluar kotak dan menyiasat perkara terlebih dahulu. surat khabar merupakan medium yang sangat besar dan impak dari penulisan anda akan mencalar imej seorang guru. anda perlu sedar perkara itu.

berdasarkan artikel tersebut, aku akan huraikan tentang isi-isi yang patut aku ulas :

1) Anak tidak buat kerja sekolah, memberi pelbagai alasan buku hilang dan sebagainya.

jelas disitu bahawa, kesalahan adalah ditangan anak dan ibu bapa. pertama, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab kenapa tidak disemak terlebih dahulu kerja sekolah semasa anak di rumah. pastikan buku sekolah anak anda tu wujud. kalau tiada buku, ibu bapa bertanggungjawab untuk beli. lagi 1, adakah anak mereka buat tugasan yang diberikan cikgu? kalau tidak, tanggungjawab ibu bapa dirumah juga untuk memastikan mereka buat kerja sekolah sehingga siap. apabila kerja siap, murid tak perlu beri alasan dan tiba di sekolah, tak perlu lah cikgu membebel, marah-marah atau pukul. dan artikel ini juga tidak akan disiarkan jika perkara ini dilangsaikan di rumah dengan mudah. selaras dengan kata-kata penulis surat khabar ini "mak bapak jaga anak kat rumah, kat sekolah cikgu lah pulak!" dan jawapnnya : guru dirumahnya sendiri, bukan dirumah murid. seharusnya ibu bapa yang langsaikan masalah ini. bukan guru.

2) cikgu meng'ugut' untuk pindahkan anak ke kelas nombor 2, akibat tidak tertahan dengan sikap anaknya. mengapa tidak di selesaikan masalah dengan lebih awal jika anak bermasalah

cikgu di sekolah mempunyai berpuluh-puluh murid dibawah jagaannya. bukan seorang sahaja ank murid yang bermasalah, tapi ramai. kalau nak diselesaikan satu persatu, tak bernyawa lah cikgu lepas tu. dalam situasi yang dijelaskan dalam artikel, saya yakin guru tersebut sudah habis jalan untuk menyelesaikan anak individu tersebut. beliau bukan mengugut. tetapi beliau tertekan dan buntu dengan situasi tersebut. sebab itu beliau bercadang untuk pindahkan anak murid tersebut ke kelas no 2. supaya murid tersebut kuat berusaha dan ibu bapa pula sedar akan keupayaan anaknya, kalau ibu bapa tersebut matang, dia akan redha dengan keputusan guru. sebab guru yang mengetahui tahap anaknya. jangan sekali-kali menuduh yang bukan-bukan, buruk mulut di akhirat kelak. jelas disini, ibu bapa tiada di sekolah, cikgu yang benar-benar bersama murid. dan cikgu juga yang mengetahui masalah murid tersebut.


3) Beza ibu bapa sekarang dan ibu bapa dahulu

cuba anda fikir, berapa ramai ibu bapa yang datang ke sekolah bertanyakan hal pelajaran anaknya? hanya segelintir sahaja bukan? dan berapa ramaikah ibu bapa yang sanggup anaknya di pukul dan di rotan, untuk tujuan didikan? zaman sekarang memang tak wujud. bila dipukul untuk beri peringatan atas kesalahan murid, surat saman yang sampai. bukan ucapan terima kasih pada guru tersebut.

kalau ibu bapa dahulu sayangkan anak, diminta cikgu untuk pukul anaknya. siap berpesan "cikgu, kalau anak saya nakal, tak buat kerja sekolah, cikgu pukul saja, jangan sampai mati sudah lah" itu ibu bapa dulu. tapi ibu bapa sekarang? ibu bapa pula yang pukul cikgu. padahal niat baik cikgu tu mendidik anaknya. bila cikgu cuit anak sikit, cikgu pula dipersalahkan. kalau yang berada tu, siap-siap hantar lawyer segala bagai dan menegakkan anak yang nakal dan degil. masyaAllah dunia sekarang.

4) beza didikan ibu bapa dahulu, ibu bapa sekarang

ibu bapa dahulu didik anak dengan agama dan akhlak. di pukul dirotan anak jika tidak mengaji, sembahyang dan tidak menutup aurat. tapi sekarang, ibu bapa didik anak dengan harta dan anak dimanjakan. apabila anak mengandung anak luar nikah, salahkan sekolah tidak mengajar agama kepada anaknya. malah ada juga ibu bapa yang marah anak jika anak mengikut ajaran islam. mana tidak anak tersebut nakal dan degil di sekolah, ilmu di pelajari tidak pernah berkat, malah jiwa terpalit dek bintik-bintik hitam. macam mana guru nak bentuk modal insan. besar betul tanggungjawab seorang guru. fikirlah.

penulis BH ini juga mengungkit isu guru cabul murid, dera murid, rotan murid raba dan sebagainya. tetapi penulis tidak terfikirkah bahawa ada juga kes guru dibelasah samseng yang dihantar ibu bapa murid, guru mati ditikam dan sebagainya. penulis BH juga tidak sedar bahawa pengorbanan seorang guru adalah besar. yang mendidiknya menjadi orang beguna hingga kehari ini adalah seorang guru.


***********

cukup sudah ulasan yang dihuraikan. aku menyusun sepuluh jari diatas segala kata-kata yang tidak sedap didengar. penggunaan kata 'aku' ini, bukan tujuan menunjukkan sikap kurang ajar. tetapi adalah memeberi kepuasan kepada aku untuk menulis di blog ini. sama-samalah kita renung-renugkan dengan setiap perkara yang terjadi.

kebiasaannya insan yang kerap menuding jari ke arah cikgu, dia tidak berada di tempat cikgu. cuba sekali anda muhasabah diri. duduk di posisi seorang cikgu, di sekolah, mengajar dan anda akan faham situasi dan jiwa seorang guru. berhentilah dari memperkatakan yang tidak baik. sepatutnya berikanlah pendapat dan jalan secara berhemah supaya guru dapat membuat yang terbaik kepada anak-anak. tidak perlulah untuk di tengking, diperkatakan dengan kata-kata yang sesat atau sebagainya.


dari jari si penulis biasa : cikmas



Categories

10 anak murid kena cubit:

AlfiEean WaRsi on 1:19 AM, April 09, 2011 said... BALAS

sebab semakin byk spesis[sepupu TT] cmnie la yg membuatkan profesion perguruan selalu dpt nama buruk....tgk anak kita dulu, pastu baru kita boleh tuding jari kt cikgu...sy sgt paham keadaan "cikgu" yg dimaksudkan oleh TT tu...baru2 nie, sy pun ader handle budak yg kes camnie...buku hilang, keje langsung tk buat, dlm kelas tk bg perhatian...kemana tumpahnya kuah klw bukan ke nasi...selalunya anak nie ikut parent mereka...tol tk??so, if anak cmnie...mana pegi peranan mak ayah??

cik mas on 1:32 AM, April 09, 2011 said... BALAS

@AlfiEean WaRsi

betul tu.. biasanya penddikan di rumah tu penting berbanding pendidikan di sekolah... ibu bapa kena betul dulu, baru betulkan anak... mujur TT tak kawen lagi. kalau dah kawen, tgk skit anaknya bagaimana....

Kicap Manis Media on 1:38 AM, April 09, 2011 said... BALAS

Mak ayah selalunya hanya mengharapkan cikgu 100%. Di rumah biarkan anak2 buang masa. Tak control. Bila anak kena marah mula la nk melenting. Marah balik cikgu. Kita tengok bangsa lain selain Melayu, anak diorang tekun tau. KENPA?? sebab kt rumah pendidikan berdisiplin diajarkan, :)

Wawa Amran on 2:03 AM, April 09, 2011 said... BALAS

Sokong Alfieean.. Murid ikot prangai mak ayah bukan ikot prangai ckgu~ Lg 1, cikgu tugas nye mendidik, bkn mengasuh anak tuan puan sekalian yer.. Sila rujuk Kamus Dewan, ade perbezaan antara mendidik & mengasuh.. Ibu bapa nie bg upah brape byk kt ckgu nk ckgu mengasuh anak die.. Isu kecik jer, ank x wat keje rumah, ckgu nk tukar kelas.. sah2 slh dtg dr anak, ckgu jgk yg nk diburukkan.. perubahan ckgu dlu ngn ckgu skarang pn sbb ibu bapa & murid dh berubah.. ibu bapa dlu mne sme ngn skarang, murid dlu pn x sme ngn skarang.. Guru seorang yg fleksibel.. Itu pn mujur anak buah si TT tue x kene tibai ngn ckgu die~

cik mas on 2:10 AM, April 09, 2011 said... BALAS

@Shairazi Saidin

betul.. ank cina kalau buat salah kat skola, dia sendiri pegi hulur tgn kt cikgu mintak rotan. ank melayu... saman segala bagai.. 2 ke mendidik anak?

cik mas on 2:10 AM, April 09, 2011 said... BALAS

@Bo0lat's Heart

tuuu dia....ank guru besar mari dah.... terbaik lah wawa... :)

zikeryhassan on 4:31 AM, April 10, 2011 said... BALAS

orang kata guru sebagai role model terbaik. sebab tu bila seorang guru membuat kesalahan, tempiasnya dirasai oleh seluruh warga pendidik. bebanan kerja guru sekarang juga menjadi faktor penyumbang kepada tindak tanduk seorang guru juga. ibu bapa seharusnya bersama2 dalam hal mendidik anak2. bukan hanya meletakkan sebahagian tanggungjawab yang sepatutnya dipikul ibu bapa pada guru saja.

Anonymous said... BALAS

Mmg bengang bila baca artikel ni semalam. tak tau mcmana nk bgtau kat makbapak kat luar tu, berhentilah menyalahkan guru2.
klau lah boleh, sy nk cabar mak bapak jadi guru untuk sebulan. lepas tu baru blh kutuk n salahkan cikgu, rasalah apa yg kami rasa.
kat sekolah sy, nk siapkn kerja kursus kena 'berperang' dgn bdk2. padahal kerja kursus tu utk markah diorg. kita yg trlbh susah pyh. diorg buat x reti je. telefon mak ayah mengadu, selamba je jwpn diorg. nnt ank x dpt A, siapa yg akn disalahkn klau x guru? Ckp ank semuanya diorg percaya,,, Ya Allah, tk tau la Mak bapak skrg apa nk jadi.....

cik mas on 6:46 AM, April 10, 2011 said... BALAS

@zikeryhassan

masalah mcm ni adalah peranan semua pihak utk selesaikannya... tak boleh tuding jari pada cikgu semata....

cik mas on 6:47 AM, April 10, 2011 said... BALAS

@Anonymous

kalau cabar, takde makne nye diorg nak. nanti salahkan cikgu makan gaji buta pulak.. hai lah manusia. mcm2....

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas