Thursday, July 14, 2011

Memberi dan Menerima




[Dalam hidup kita ini, Kita akan bertemu dengan orang salah sebelum kita bertemu orang yang betul, kerana ia memberi kita pengalaman agar kita lebih berhati-hati dalam memilih pasangan]


Setiap individu mengimpikan rasa ingin di sayangi, menyayangi, dicintai dan mencintai. Itu sudah memang fitrah dan sifat manusia itu sendiri sejak dilahirkan. Tetapi sebagai manusia, bagaimanakah kita mensyukuri kasih sayang itu dan menghargai kasih sayang yang telah diberi oleh seseorang yang bergelar kekasih/suami ataupun isteri/ keluarga dan rakan-rakan.

Dalam konteks percintaan dan kasih sayang, kita perlulah membentang hati kita dengan seluas-luasnya. Dimana cinta sesama manusia itu perlu berpegang pada prinsip "memberi dan menerima". Ya prinsip itu benar, bukan dari mana-mana tokoh terkemuka, tapi ini dari hati dan pemikiran aku.

Manusia, banyak sikap dan ragamnya. dan aku hadapi hari ini adalah manusia jenis kejam terhadap cinta. Manusia ini seolah-olah membuat teori dimana apabila bercinta ego perlu tinggi dan dia kerap beranggapan :



"dia nak aku, dia perlu berusaha lebih, mengapa aku perlu tunjuk kasih syg aku?"

"lelaki ni kalau kita terlalu menunjuk-nunjuk perasaan cinta kita pada dia, dia tidak akan rasa susah untuk mendapat kan kita. bair lah kita jual mahal, layan tak layan. baru kita tahu dia bersungguh-sungguh dengan kita atau tidak"




Manusia yang aku nyatakan diatas ini manusia jenis tidak berfkir panjang lagi zalim. Bercinta bukan untuk mengakhirinya dengan baik. Aku tak pasti mengapa manusia jenis ini boleh hidup dengan tidak belajar erti menghargai.

Pada pendapat aku, setiap manusia yang ketagihkan kasih sayang, mereka berhak untuk dihargai. Kalau anda menyanyangi seseorang, anda mesti inginkan pasangan anda menghargai anda. Kalau bukan di tunjuk dari kata-kata, melalui tingkah laku pun tidak mengapa. Itu sudah mencukupi. Dan Itu juga baru namanya menghargai. Belajarlah menghargai pasangan selagi masih sempat waktu bersamanya. Jangan kerana ego, kelak ditinggalkan, menyesal berair mata darah.

Sebagai contoh, apabila ada pasangan bercinta. si gadis dan teruna saling menyanyangi. Si gadis itu cantik dan dia jenis ego, tidak mahu menunjukkan kasih sayang dia di hadapan si teruna. Apabila si teruna menelefon si gadis, tidak di endahkan. Berkali-kali tanpa henti. Malah melihat skrin telefon itu tanpa rasa bersalah.

Ada juga situasi, si gadis bersusah payah mengumpul duit ingin belikan sebuah topi untuk si teruna. tiba saat menghadiahkannya, si teruna mengherdik, topi itu murah, tak ada brand, malu nak pakai dan sebagainya.

Tidak kah kejam dan menganiaya namanya itu? Membiarkan individu melayan perasaan yang ragu-ragu dengan cinta nya. Apa yang ada di fikiran teruna itu adalah "Betul ke dia ni suka aku? Kata sayang tapi tak layan"


Sebagai perempuan, anda kena faham dimana manusia bernama lelaki ini ada 2 jenis :


1. Jika terlalu sayangkan wanita, sabar dia sanggup menerima apa sahaja yang dilakukan wanita tersebut. Mengikut telunjuk itu tandanya dia cinta wanita tersebut.

Lelaki jenis ini tidak kisah diperalatkan kerana dia memang hanya ada hati dengan gadis tersebut. biar lah sakit manapun perempuan itu melukakannya, dia tetap menanti dengan penuh sabar. "saya tetap sayang awak. saya setia dengan awk sorang sahaja. saya sanggup hadiahkan apa sahaja, janji awk tak tinggalkan saya"

Bagi sesetangah wanita, mereka akan rasa selesa dengan lelaki seperti ini. ada juga wanita yang rimas, sebab bagi mereka lelaki itu tak mampu bertegas, tak ada pendirian dan sebagainya. tapi hakikatnya si lelaki itu terlalu menyintainya sehingga sanggup melakukan apa sahaja unuk mendapatkan cinta wanita itu. Sebagai wanita, apabila anda berdepan dengan lekai ini, dan anda juga menyintainya, elok anda tunjukkan rasa sayang anda. kerana apabila anda seolah-olah tidak hargainya, ibarat anda menganiaya dan menzalimi. kalau anda tak suka, elok berterus terang dari anda menyeksa hatinya.



2. Jika dia terlalu sayangkan wanita, dia tidak sabar dan mudah bosan

lelaki jenis ini pula, mudah bosan. dan alangkah terkena 'buku dengan ruas' apabila perempuan jenis sayang tapi x reti nak menghargai, bila si lelaki sudah mula bosan dan ragu-ragu akan cintanya, dia dengan tanpa segan silu akan meningglkan perempuan tersebut. "Kau tak layan aku, macam lah aku hairan sangat! bersepah awek yang boleh hargai aku selain kau." Baru si perempuan tu nak ternganga.

Bagi wanita yang berdepan pada lelaki macam ni, dia kena berjaga-jaga. kalau jual mahal sangat, nanti terlopong sampai kesudah. ye la, kita suka tapi tak tunjuk. bila lelaki tu ragu-ragu dengan cinta kita, dia akan anggap kita tak bersungguh-sungguh dalam hubungan. dan lelaki akan cari perempuan yang lebih baik dari anda.

*********************


Walaubagaimanapun karekter sesorang lelaki dan wanita itu, hanya pasangan itu yang mengetahuinya sendiri. Dia ikhlas, bahagia atau tidak itu dalam dadanya. Belajar lah menghargai pasangan sebaik-baiknya, buatlah pasangan itu rasa terharu dan terkenang dengan setiap perlakuan dan kasih sayang kita. Lembutkan hati demi hubungan yang terjalin. Tidak perlu terlalu ego. Kerana setiap manusia berhak dan inginkan dirinya dihargai. Jangan kita menzalimi cinta pada pasangan kita, hukum karma itu wujud. kelak kita akan menyesal apabila pasangan kita susah tiada dalam dunia ini. Bagaimana cara menghargai? terserah pada individu masing-masing.


Dan aku disini hanya memberi pendapat, bukan provokasi. Sekian.



Ya Allah Ya Tuhanku..ku memohon padaMu, kurniakan pasangan hidup yang terbaik untukku. Engkau ketemukanlah daku kepadanya dengan cara yang terbaik. Seandainya seseorang itu terbaik dalam hidupku, Kau kekalkanlah jodoh antara kami dengan berpanjangan. Kerana Engkau sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untukku kerana daku hambaMu...~ Ya Allah, perkenankanlah doaku ~

4 anak murid kena cubit:

Udin on 7:21 AM, July 14, 2011 said... BALAS

as-salam..

hurmm.. hargailah seseorang yg menyayangi kita kan.. thanks 4 sharing yer.. hehehe.. :)

Urzain Hussain on 7:46 AM, July 14, 2011 said... BALAS

hargai selagi disayangi..
sebelum sayang itu tiada lagi..^^

belog|amiyo on 7:59 AM, July 14, 2011 said... BALAS

moga bertemu jodoh yang terbaik. dapat tunjuk jalan ke syurga.

Unknown on 8:08 PM, July 14, 2011 said... BALAS

waw.. hebat post nie.

kene sangat dengan aku.
aku nak dia, tapi dia buat derk je. tak dihargai la neh.. (kesian)
padahal aku x main2 dengan dia.

dah bukan jodoh kot.. biar lah dia pergi...

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas