Sunday, July 24, 2011

Contest : Tagline Kreatif by Alya Esprezzo


Assalamualaikum, salam syaaban semua!



Si gadis manis Alya Esprezzo ada menganjurkan contest menarik untuk para blogger. Dan kebetulan juga aku berminat nak join sebab lama sangat tak join segala bagai contest. Sebelum terlupa terima kasih kepada penganjur baik hati : Alya Esprezzo.

Syarat-syarat penyertaan mudah sangat. Jadi follower, like fanpage, tinggal link entry dan seterusnya cerita pasal korang punya tagline dan nama blog.


bukti cikmas dah follow blog Alya si gadis terketik-ketik :P


Nama blog Cik Mas : Dunia ku Dunia Cikgu

Mana datangnya ilham dapat nama blog tu. Sebenarnya aku dari kecik lagi memang minat sangat jadi cikgu. Kalau cikgu skola tadika Kemas dulu tanya aku cita-cita awak apa. Aku cakap dengan pantas dan tanpa segan silu, saya nak jadi cikgu! Jawab dengan penuh semangat sambil angkat-angkat kening kat cikgu tadika tu. hehe. So sampailah sekolah menengah aku ulang-ulang benda yang sama. Biarla jadi cikgu apa pun, janji aku jadi cikgu.

Kisah aku bermula bila aku dapat result SPM, aku terus memohon untuk masuk Institut Pendidikan Guru. Aku mohon Pendidikan Khas. Dan pada masa tu aku tak terus dapat pun, aku masa tu study Lower six kat KISAS. Tak sampai berapa bulan, dapat la panggilan second intake untuk masuk ke IPG, kos yang aku dapat ialah Pendidikan Khas macam yang aku mohon awal-awal dulu.. (agaknya memang dah ditakdirkan ajar kanak-kanak istimewa). Dan mulai saat itu lah aku rasa bersyukur, terharu, menangis dengan teresak-esaknya sebab apa yang aku hajat jadi kenyataan. Dan aku mula berblog bila aku berada di IPG.

So disitulah bermulanya medan 'DUNIA KU DUNIA CIKGU" dimana tempat aku mencurah segala pengalaman dan pembelajaran aku di kampus tersebut. Blog ini mengisahkan diri aku, kenangan praktikum di sekolah, kisah diri aku menjadi salah seorang guru pelatih, dan aku juga pernah mengulas beberapa isu pendidikan berdasarkan pembacaan aku.

Harapan, semoga adanya blog ni sedikit sebanyak menjadi satu medium perkongsian ilmu untuk rakan-raan blogger.


Semoga rezeki bulan Syaaban menyebelahi. InsyaAllah.


Minta jasa baik rakan-rakan cikgu blogger join contest ni, support Alya :





6 anak murid kena cubit:

Alya Esprézzo on 6:52 AM, July 24, 2011 said... BALAS

ekekkek..maceh cikmasssssssssss :D

NuR si CiKGu RiBeNa on 9:59 PM, July 24, 2011 said... BALAS

salam singgah

comel blog cikgu ni..
=)

uzAy on 6:24 AM, July 26, 2011 said... BALAS

gudluck cikgu ^^

ahsfantasy24 on 12:50 AM, July 27, 2011 said... BALAS

owg dlu mse kecik2 dok
gedix2 nk jdik ahli astronomi,
heheh ble ingat blik,lucu..

Jom Lawat Teratak Buruk Saya:
1. Malaysia nak guna duit syiling baru ala-ala euro coin!
2. Mungkin ada masa nanti blogger akan kejar draft.blogger!
3. Geng pencinta yang tak mampu lupa kekasih lama!

belog|amiyo on 3:05 AM, July 28, 2011 said... BALAS

weh ko tag aku? haha. aku tak minat sangat join contest ni. lagi2 syarat dia wajib follow. tak ikhlas langsung. haha. btw gud luck!

*rumah aku baru ada internet =__=

PeRmAtA bIrU on 11:43 AM, July 30, 2011 said... BALAS

:) datang dari contest alya..:) good luck k...

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas