kata hati :
- harap perjalanan esok selamat hendak Nya. mudah-mudahan tak terkandas dengan banjir
- praktikum hari kedua, harap lebih baik dari hari semalam
- aku harap cepatlah aku habis belajar dengan baik. aku nak hilangkan diri jauh dari semua yang aku hadapi sekarang.
Sunday, January 30, 2011
miliki binatang kesayangan buat diri lebih berempati
Saturday, January 29, 2011
ini cerita praktikum dan gambar sebenar blog aku dalam INTREND
kata hati : sedang menaip tiba-tiba hadir seorang kanak-kanak hyperactive nama haiqal. cuba mencabut berukband rakan aku dari netbook. nasib sempat juga selamatkan. kalau tidak, kirim salam la dekat berukband tu. tak guna jawabnya
Interlok kekal digunakan, pindaan pada bahagian sensitif. apa kes?
kata hati :
- semalam aku dapat tau yang en hati dapat posting KUALA LUMPUR ibu kota negara. semoga beliau tabah menjalankan tanggungjawab di sana
- hari ini agak sibuk mengemas pakaian kerana hendak berpindah ke rumah sewa lain, esok aku akan bermula praktikum. dengan harapan praktikum kali ini aku dapat cemerlang. amin
- isnin malam perjalanan aku ke ledang johor, bercuti untuk raya cina. dapat menjenguk emak dan ayah. harap baik-baik sahaja. mudah-mudahan aku selamat dalam perjalanan
Friday, January 28, 2011
ya, betul. blog aku dalam majalah INTREND, tapi kecil saja. saiz 2 inci agaknya
kata hati : dan mulai hari ini aku tidak akan lagi bersedih dan aku juga tak akan sempat untuk menangis. aku terlalu sibuk dengan praktikum yang bermula 30 Januari 2011 ni. doakan aku berjaya dengan cemerlang untuk final year aku
Wednesday, January 26, 2011
itu sahaja perkembangan aku setakat ini
kata hati : buat jahat biar sekali, buat baik berpada-pada. manusia tak bermata tu nanti akan dapat juga balasan. dia tak sedar agaknya hukum karma itu ada.
Monday, January 24, 2011
terapi berkesan untuk orang beremosi dan ditimpa musibah
kalau aku, hari-hari rasa seperti pernah beremosi
sebab aku manusia normal mungkin
kalau kau semua tak beremosi, cepat-cepat jumpa encik doktor ya
kalau beremosi atau tertekan tak semestinya kita kne cepat-cepat jumpa doktor
boleh juga buat terapi sendiri di rumah
atau buat terapi dengan orang yang kita percaya atau org yang kita sayang
yang penting orang itu mampu menjadi pendengar yang setia dengan setiap masalah yg kita ceritakan
ini terapi dari pendapat aku
kalau mau ikut boleh saja. sebab tak luak dek masa kalau buat benda ni
- biblioterapi
- terapi air
- terapi muzik
- terapi bercerita
- terapi seni
- terapi main
- terapi fizikal
nota hati : Cinta paling agung, cinta kepada Allah S.W.T. biar kali kau sedih dan rasa seperti ada batu menghempap kepala kau kena yakin Allahada disamping kau. dan kau juga kena tahu yang ALlah memberikan ujian pada hamba yang mampu dan tabah hadapinya. luaskan pemikiran, matangkan tindakan.
sekali kau benci aku.berjuta kali aku pun benci kau lah manusia. aku tak mulakan. kau jangan nak mulakan ok!
aku juga yang mengigil geram
bibir aku mula biru dengan otak aku ligat berpusing
memang sejak dari siang tadi aku tahan darah aku
kan bagus kalau sekarang bulan Ramadhan, sekurang-kurangnya aku masih ingat yang aku berpuasa
tapi hari ini aku tak boleh tengok orang yang ada mata tapi buat-buat buta
aku tak pernah buat kau macam tu lah manusia
dan aku berjuta kali aku menyampah dengan muka kau
aku jelik kau tahu?
aku tulis bukan nak buat orang pandang aku dengan kebodohan
aku tulis bukan nak orang pandang aku dengan kejahatan
aku bukan juga nak tunjuk pandai depan dunia
tapi kau orang semua kena tahu aku ada kesabaran, ada emosi, ada iman dan ada sikap matang
manusia yang aku cakap ini manusia jantan atau apakah? aku tak pasti
yang aku pun tak tahu dia dah mula cari hal dengan hidup aku
kau boleh jalan dengan sikap ego kau
sikap kau yang meninggi diri, ego dan buat orang nak muntah hijau
aku manusia biasa
kau juga manusia biasa
kau jangan cuba menghina aku
kau jangan nak pandang rendah dengan aku
aku tak mulakan
kau jangan nak mulakan
kau tak kan baca blog aku sebab kau block mukabuku aku
kau ingat aku tak tahu wahai manusia baik hati, hah?
hari ini hari kau
esok lusa hari aku
aku tahu kau buat dengan bagai hasad dengki kau
aku tahu dan yakin juga Allah bersama aku
aku memang akan maafkan kau lah manusia
aku juga ada sikap marah, makan hati dan sedih
tapi aku tak pernanh anggap kau musuh hidup aku
aku cuma geram dengan sikap kau, yang bertahun-tahun menyakitkan hati aku
dan sekarang aku makin kerap berdoa moga aku cepat-cepat tamat pengajian di kelantan ini
dan aku nak bawa diri aku jauh dari manusia yang tak bermata itu
kata hati : Ya Allah, I pray to you to increase my patience, strengthen my faith and help me walk through this difficult journey.
Sunday, January 23, 2011
hari ni aku nak cakap pasal hati
1 tahun 2 bulan 1 minggu 3 hari
aku bukan nak cerita buat orang lain muntah
aku cerita apa aku rasa
aku cerita ikhlas hati aku
aku juga manusia biasa
ada jiwa, ada nurani yang suci kepada seorang lelaki
aku juga miliki fitrah seperti insan lain
mimpikan perhubungan indah dan berakhir di jinjang pelamin
aku pasti kalau jodoh itu ditentukan Allah
pasti kami bahagia sekeluarga kelak
kata orang cinta macam pilih kain di pasar malam
boleh dicari bila-bila suka dan dimana saja
tapi aku tak seperti mereka yang mencari kain ikut suka mata memandang tapi tak ketahui jenis dan akibat bila memakai kain yang dibeli di pasar malam
kain di pasar malam banyak jenisnya
kena lihat dengan mata hati dan rasai dengan deria dan pancaindera yg dihikmahkan Allah
sikap manusia perlu menghargai insan lain
perlu menyayangi insan yang menyayangi kita
aku tahu aku punya insan yang terlalu cinta kan aku
keluarga aku utamanya
keluarga memang yang pertama di hati aku, itu memang tak dinafikan
tapi aku perlu juga menyayangi dan disayangi insan kaum adam
encik hati, itu dia yang aku kenal satu tahun yang lalu
ramai orang kata mukabuku tempat orang bersengketa mengadu domba, bercerai berai dan segala bagai
tapi mukabuku aku dan encik hati mempertemukan kami
seingat aku ketika aku kanak-kanak ribena pada tahun 2007
dia memang insan yang penah singgah dihati aku
tapi itu fikiran kanak-kanak ribena seperti aku
tapi satu tahun yang lalu bukti memang benar-benar encik hati duduk diam-diam dalam hati aku tika sekarang dan sampai bila-bila
ada tiga perkara buat aku sangat cintakannya
satu itu, kesabaran dan sikap memahami diri aku
kedua pula sikap sayang dan hormatkan aku sebagai wanita
dan ketiga sikap lelaki sebagai seorang ayah, suami, abang, kawan dan adik beradik
bawa diri aku juga ke tepi pantai irama, tempat kami saksikan kebesaran Tuhan
lihat dan sedarkan aku dimana kita perlu bersyukur masih lagi diberi nyawa dan nikmat
encik hati yang selalu ingatkan aku dengan setiap masalah akan ada hikmah disebaliknya
dan setiap airmata kesedihan pasti ada ketawa kegembiraannya
tapi itu dulu
ketika aku dan encik hati sama-sama ada di negeri cik siti wan kembang
tapi kini aku sendiri, melayari hidup kanak-kanak ribena aku dengan hati gering yang keseorangan
aku kena kuat, kuatkan hati berdikari, kuatkan jiwa hadapi masalah, kuatkan mata jangan menagis lagi
insyaAllah..aku pasti, dan aku yakin aku mampu untuk hadapi sendiri walaupun encik hati jauh dinegeri bendera merah, biru putih
masih ingat kata-kata ini untuk encik hati suatu ketika dahulu?
I miss his stupid face,I miss his stupid smile,I miss his stupid touch,I miss his stupid jokes,I miss his cute face,I miss his cute laugh,I miss the way he used to laugh,I miss the way he used to make me laugh,I miss the way his face was always in a book,I miss the way he used to stare at me,I miss his hair,I miss his voice,I miss his presence,I miss.....him. I just miss him. I miss everything about him.Just him. Only him.
Saturday, January 22, 2011
dapat jemputan untuk gathering bersama HELIZA HELMI tapi tak dapat pergi.sedih gilos!
korang-korang semua tak nak jumpa aku ke? hahahaha... aku je duk sakan nak jumpa kawan-kawan blogger, orang je tak nak jumpa aku..hahahaha.. ayat tak boleh blah (padahal baru aje ari tu jumpa CIKGU BLOGGER)entry berkaitan :
Friday, January 21, 2011
aku cuma nak gembira setiap hari. bukan selalu menangis begini
nota hati :
- kalau dulu aku sedih dan menyendiri mampu juga aku pergi ke tepi pantai untuk tenagkan hati. tapi sekarang aku tak mampu pergi kesana lagi
- aku lagi seronok berkenalan dengan kawan di alam maya, mereka terima aku dan kenal aku apa adanya
- memeluk sang KIKI, menangis dan meraung dalam pelukan si comel itu
Thursday, January 20, 2011
aku sayang mereka!
Wednesday, January 19, 2011
profesionalkah bidang perguruan?
mungkinkah perlu ditubuhkan 1 badan khas untuk mengeluarkan 1 lesen @ sijil khas kepada guru supaya mereka mendapat pengiktirafan antarabangsa?
cik mas kata : profesional atau tidak kerjaya guru itu hanya Allah yang tahu. kesungguhan menjalankan tanggungjawab mulia pasti dibalas dengan keberkatan dan kecemrlangan dunia akhirat
nota kaki :
- hari ini aku terpaksa batal pertemuan dengan seorang rakan blogger kerana kekangan kewangan
- dilema mahu mengubah blog menjadi faceblog. rasionalkah?
- bahu kanan makin hari makin sakit. penyakit dari kecil. kenapa tak berkurang?
aku tahu, itu diri aku! tapi aku ok!
Tuesday, January 18, 2011
KEBURUKAN PERNIAGAAN MLM!!
sebelum anda mulakan pembacaan sila rujuk entry ini dan ini terlebih dahulu
Kenapa MLM adalah skim piramid?
- Lebih menitikberatkan aspek mencari downline dari menjual produk.
- Lebih ramai downline, lebih tinggi komisen, bukan komisen berdasarkan jualan produk.
- Anda mendapat komisen dari downline yang mencari downline, dimana anda mendapat komisen tanpa menbuat kerja atau istilah ‘atas angin’.
- Modal untuk menjadi ahli amat tinggi, dimana yuran keahlian lebih tinggi daripada harga produk yg wajib dibeli.
- Harga produk yang dijual secara pakej biasanya terlalu tinggi dari nilai produk tersebut.
Kenapa MLM adalah perniagaan yang kotor?
- Anda boleh menjadi kaya raya tanpa menjual produk, padahal syarikat2 MLM tersebut selalu menyatakan bahawa mereka bukanlah skim piramid kerana mereka menjual produk.
- Anda dijanjikan pulangan berlipat ganda dengan kerja yg sedikit, tetapi hakikatnya lebih 80% dari yang menyertai MLM tidak mendapat balik modal.
- Anda diajar menipu untuk menarik bakal- bakal downline dengan janji- janji yang tidak masuk akal.
- Apabila anda menyertai MLM, anda memasuki satu ‘sistem’, bukanlah sebuah syarikat yang menjual produk sebagai ‘nature of business’. Anda sebahagian daripada ‘sistem’ yang memanipulasi orang lain untuk keuntungan sendiri.
- Menjual produk dengan harga yang terlalu tinggi dari nilai sebenar.
- Segala kerja keras anda tidak berbaloi dengan pendapatan. Upline2 mendapat pulangan berlipat ganda hasil usaha anda terutamanya pemilik syarikat MLM.
- Sistem ‘pelan pemasaran’ yang amat meragukan dari sudut Syariah.
Kenapa MLM perlu ditolak terutamanya oleh umat Islam?
- Janji- janji yang ditabur oleh upline anda hanyalah gimik semata- mata.
- lebih daripada 80% ahli yang menyertai sesebuah MLM tidak mendapat kembali modal, apatah lagi untung.
- Terbukti merosakkan hubungan sesama manusia, kawan, sepupu, ibu bapa, rakan sepejabat.
- Anda perlu menipu untuk berjaya menarik masyarakat menyertai dibawah anda.
- Skim piramid yang bertopengkan MLM amat meragukan dari sudut Syariah.
- Pulangan (jika ada) tidak berbaloi dengan usaha anda, sedangkan upline yang mendapat komisen dari kerja anda. Anda pula hanya mendapat komisyen bila downline anda membuat kerja.
Alasan- alasan yang paling popular digunakan oleh agen MLM sejak 20 tahun lepas:
- Produk kami adalah produk pertama seumpanya di dunia.
- Kami bukan skim piramid, buktinya kami menjual produk.
- Jika anda gagal dalam MLM, itu kerana kelemahan anda sendiri, bukan kegagalan sistem MLM.
- Ini adalah peluang untuk anda menjadi jutawan dengan modal yang kecil.
- Waktu kerja yang fleksibel, singkat dan boleh dijalankan dimana- mana.
- Dengan pendapatan yang anda bakal lakukan dengan MLM, anda boleh bersara awal dan melancong ke seluruh dunia di usia muda.
- Pelan kami berbeza dengan MLM yang lain dipasaran. Pendek kata pelan kami unik.
- “Jika saya boleh, anda tentu boleh”. Sebenarnya anda boleh menjadi jutawan hanya jika anda adalah orang terawal yang memasuki skim ini, iatu tidak lebih dari 10 orang terawal
Kenapa syarikat MLM jarang dikenakan tindakan walaupun boleh dibuktikan mereka mengamalkan sistem piramid:
- Pemilik syarikat MLM tersebut mempunyai hubungan politik yang sangat kuat.
- ‘Pelan pemasaran’ yang sangat kompleks beserta dengan skim bonus yang pelbagai memudahkan mereka memutar belit fakta.
- Menyatakan bahawa mereka menjual produk sebagai punca pendapatan yang utama, walhal produk hanyalah pengalih perhatian dari operasi sebenar.
- Kurang menerima aduan dari bekas agen MLM yang gagal, kerana mereka sudah ditanam di dalam minda bahawa “jika anda gagal dalam MLM, ia kerana kegagalan anda sendiri, bukan kegagalan sistem MLM.”Jadi mereka berasa bersalah terhadap diri sendiri.
- Mempunyai dana yang besar untuk ‘menutup’ mulut pengadu- pengadu yang ingin membuat laporan.
Kenapa ramai yang taksub dengan MLM?
- Kononnya dengan memasuki MLM anda boleh mengecapi segala impian anda yang mustahil dikecapi jika anda bekerja makan gaji.
- Sesi motivasi setiap minggu tersebut mempunya unsur2 ‘mind control’ (nyanyi beramai2, istilah2 yang sama diulang2)
- Disajikan dengan gambar2 org2 yang telah berjaya dalam bidang MLM yg mana hampir kesemuanya adalah palsu.
- ‘In state of denial.’ tidak sanggup mengakui kebodohan sendiri setelah menyertai skim MLM, lalu cuba memperbodohkan orang lain supaya nampak seolah2 pandai.
- Kononnya MLM adalah jenis pasaran terbaru, yang mana jika anda lambat, maka anda akan ketinggalan. Perlu diingat bahawa MLM sudah wujud sejak awal abad ke 20, jadi tidak masuk akal untuk mengatakan bahawa MLM adalah gerbang baru pasaran runcit.
- Kebanyakan ahli yang memasuki MLM adalah dari golongan yang berpendapatan rendah,maka janji2 bahawa mereka boleh menjadi jutawan dalam masa 2-3 bulan sememangnya akan membutakan hati mereka. Perlu diingat bahawa desakan boleh membawa kepada pemikiran yang tidak rasional.
Untuk renungan:
- Hampir kesemua produk yang ditawarkan oleh syarikat MLM berasal dari negara luar, biasanya Eropah. Ini adalah kerana jika anda ingin menyiasat kesahihan pengilang produk tersebut, agak sukar kerana jarak yang jauh. halaman web, e-mail dan nombor telefon boleh dicipta oleh sesiapa saja. Pokoknya anda tidak boleh melawat kilang tersebut untuk melihat dengan mata anda sendiri.
- Logikkah harga sebotol minuman ‘kesihatan’ berharga RM300? Pernyataan bahawa ia mahal kerana menggunakan teknologi baru atau bahan mentah yang sukar didapati tidak dapat dibuktikan secara sahih. Sijil dan anuherah boleh dibuat oleh sesiapa saja.
- 8/10 daripada rakan/saudara/ keluarga anda yang ada pengalaman dalam MLM pasti memberi komen yang negatif. Kenapa?
- Jarang- jarang kita mendengar arkitek, jurutera mekanikal, doktor atau juruterbang memasuki MLM. Sebaliknya semua datang dari golongan yang tak pernah ‘cukup duit’.
- Di Malaysia, ada hampir 1700 syarikat MLM yang beroperasi secara sah dan haram.
- Kini ramai upline cuba mencari downline dari kalangan pelajar-pelajar kolej atau universiti kerana golongan ini senang termakan janji dan tertipu dengan upline. Ini kerana golongan ini ada dikalangan ‘sengkek’, ‘pokai’ dan orang memang tiada duit ataupun orang susah. Ditambah lagi dengan golongan ini dapat peruntukan dari pinjaman atau PTPTN.
Berapa ramai yang bergelar jutawan hasil dari MLM?
- Jika anda menyertai MLM, anda lebih ditekankan mengenai ‘sistem’, bukan ‘produk’.
- Hampir semua syarikat MLM menawarkan produk kesihatan.
- Jika peratusan yang gagal dalam MLM adalah 80%, adakah 80% rakyat kita bodoh?
- Dari 100% yang masuk MLM hanya lebih kurang 10% sahaja yang berjaya dan kaya raya.
- Kebanyakan syarikat MLM yang bertahan lebih dari 5 tahun biasanya mempunya cabang- cabang perniagaan yang lain seperti hartanah dan sbgnya. tetapi syarikat yang semata- mata MLM akan tutup kurang dari 5 tahun.
- Cuba anda cari perbezaan skim Pak Man Telo dan MLM yang anda ketahui. Bandingkan perbezaan tersebut dan tentukan samada relevan atau tidak perbezaan tersebut.
- Piramid yang tidak mempunya ‘tapak’ akhirnya akan roboh. Anda tidak boleh membina sesuatu tanpa asas, ia pasti akan roboh.
nota hati : ada rasionalnya juga kita tak payah langsung ceburi MLM ni...buang tenaga lagi sau boleh buat hubungan sesama individu semaki renggang..tak percaya? anda boleh fikir sendiri... lagi 1 anda perasan tak apa yg saya beri tahu tentang MLM sebelum ini (dlm 2 entry atas sekali) sama macam apa yg baru saya post ni...cik mas kata : hari ini saya dapat tahu rakan blogger yg sangat rapat dengan saya telah demam hampir dua minggu akibat terserempak makhluk halus..dan sekarang beliau tak kebah lagi dari demam panas. harap-harap cepat sembuh.. aminjenguk beliau di BLOG INI
tarikh penempatan PISMP 2010 dah keluar! alhamdulillah
Wee: Third account for headmasters does not exist
JOHOR BARU: There is no such thing as a third account for headmasters of Chinese schools, said Deputy Education Minister Datuk Dr Wee Ka Siong.
Dismissing claims by the Chinese Schools Parents Association of a fund for school heads, Dr Wee said Chinese schools had two accounts — government-aided fund and public donation.
“The funds from government allocation goes towards administrative cost and buying school equipment. The public donation account is used for building school amenities such as the canteen.
“No special account exists for headmasters or principals of Chinese schools,” Dr Wee said after visiting the Love Foundation Home for Handicapped children here yesterday.
He said Chinese schools were audited by the Ministry’s internal audit and the Auditor-General’s department.
Dr Wee was responding to a claim by the association in a Chinese daily which said that such a fund could lead to swindling or misappropriation.
He advised the association to provide proof to substantiate its claim.
Dr Wee announced that the Bachelor of Teaching Degree Programme is expected to be accredited by the Malaysian Qualifications Agency on Jan 24, enabling more than 2,000 teachers from the programme to start work after the Chinese New Year school holidays.
“The teachers will be posted to schools as trained temporary teachers by Feb 7,” he said.
He said Education Service Commission would interview them before offering them full time teaching positions.
The United Chinese School Teachers Association (Jiao Zong) had reportedly called on the ministry and the relevant agencies to hasten the process of teacher placement in schools.
sumber : thestar
cik mas potpetpotpet : alhamdulillah... tahniah..doa kalian termakbul... tunggu posting dan surat lantikan je la ye...