Thursday, October 28, 2010

guru cemerlang dalam perspektif islam


assalamualaikum...

Penulisan kali ini lebih berakademik... 2 hari lepas mas menghadirkan diri di SEMINAR BINA INSAN GURU FASA 6... anjuran Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Khas Semester 6...tempat seminar adalah di Sek Keb Padang Kala, Melor, Kelantan...


TAJUK : GURU CEMERLANG DALAM PERSPEKTIF ISLAM

PENCERAMAH :USTAZAH NIK SALWANI BT NIK AB RAHMAN
(PEN PENGARAH -UNIT BAHASA ARAB- JPN KELANTAN)



CIRI-CIRI PENTING UNTUK JADI GURU CEMERLANG


1) perlu memantapkan diri dengan ilmu..


sebagai seorang guru...seharusnya dalam minda dan hati perlu disematkan perasaan dan semangat dimana perlu selalu menimba ilmu pengetahuan..ilmu itu tidak kira dari segi ilmu duniawi malah ilmu ukhrawi juga perlu ditekan kan...setiap guru perlu berpegang pada prinsip 'up to date' dan sentiasa memperlengkapkan diri dengan segala perkara dan isu semasa yang berlaku di sekelilingnya....

2) mempunyai nilai integriti yang tinggi..


integriti bermaksud nilai-nilai murni yang harus diterap dan disuburkan dlm diri seorang agar guru menjadi role model yang sempurna di mata dan hati murid disekolah....contohnya, bereketrampilan, sabar, bertanggungjawab, amanah, mesra, ceria dan sebagainya...


3) berfikiran positif..

sentiasa berfikiran positif apabila menghadapi sebarang cabaran mendatang kerana pasti ada kebaikan...redha dengan setiap ketentuan ALLAH dimana setiap ketentuan Nya pasti ada hikmah di sebaliknya...berpeganglah pada kata-kata dibawah :

" kecemerlangan dicipta oleh manusia biasa yang berkerja secara luar biasa "

4) kuat semangat..


sabar dan tabah dalam menghadapi setiap masalah dan kekangan di sekolah mahupun di rumah...

5) daya kreativiti dan inovasi yang tinggi...

sentiasa kreatif dan inovatif dalam menghasilkan BAHAN BANTU MENGAJAR...ciptakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, ceria, dan katif...pelbagaikan teknik, kaedah dan pendekatan p&p....


6) perwatakan yang hebat..

-berkepimpinan
-berpengalaman
-tegas
-amanah
-sabar
-fleksibel
-berketrampilan dan berpesonaliti menarik


7) kenali murid sepenuhnya...


guru yang cemerlang sentiasa cuba untuk mengenali dan memahami muridnya..setiap masalah akan cuba diselesaikan dengan bersungguh-sungguh..guru cemerlang juga sentiasa menjaga hubungan baik dengan ibu bapa, masyarakat, warga sekolah dan org di sekelilingnya.

8) aktif dan sihat..


guru yang cemerlang sentiasa menjaga kesihatan dan aktif bersukan kerana riadhah itu sunnah RASULULLAH....beliau juga aktif dalam segala aspek...


9) bertaqwa pada ALLAH setiap masa..


guru yg cemerlang dari perspektif islam adalah guru yang menyerahkan diri sepenuhnya kepada ALLAH swt....doa, redha dan tawakal....sentiasa melakukan kebaikan dan berusaha mendidik murid bkn sahaja dari segi akademik sahaja malah sentiasa menuturkan zikir2 dan perkataan2 yang baik d bibirnya....


**********************************************


alhamdulillah...selesai sahaja seminar yang mas hadiri ni...rasa lebih bersemangat..banyak lagi yg perlu mas lengkapkan diri dalam diri....bersyukur pada Allah kerana masih lagi diberi umur yg panjang dan masih boleh menghadirkan diri dalam majlis ilmu seperti ini...harap setiap nota yg telah mas catatkan di atas dapat membantu rakan-rakan lain....insyaAllah...doakan kejayaan bersama.... :)


Categories ,

0 anak murid kena cubit:

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas