Thursday, May 19, 2011

Menjadi Guru Pendidikan Khas? Bagaimana?



Bagaimana Menjadi Guru Pendidikan Khas?
Date: Thursday, September 29 @ 23:23:12 MYT
Topic: Pendidik


Mungkin ada antara kita yang belum lagi menjadi guru pendidikan khas tetapi berminat menceburi bidang ini. Semangat kita yang berkobar-kobar berbakti pada anak istimewa membuatkan diri kita yang mempunyai sikap prihatin, terdesak melakukannya. Kita ingin melakukan perubahan dalam hidup kita. Menjadi guru pendidikan khas. Sekalung tahniah di atas kerelaan kita menyumbang bakti pada anak istimewa. Sikap yang terpuji dan disanjung tinggi walau di mana pun kita berada. Tindakan kita ini membuktikan kita sedang berusaha mencapai Wawasan 2020, bagi mewujudkan masyarakat penyayang.


Kursus yang ditawarkan untuk mereka yang berminat melibatkan diri dalam bidang pendidikan khas adalah:



1.Kursus Pra Perkhidmatan

a. Kursus Diploma Perguruan Malaysia

- KDPM Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
- KDPM Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
- KDPM Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran




2. Kursus dalam Perkhidmatan


a. Kursus Sijil Perguruan Khas (satu tahun)
- KSPK Masalah Penglihatan
- KSPK Masalah Pendengaran
- KSPK Masalah Pembelajaran


b. Kursus dalam Perkhidmatan (14 minggu)

- KDP Masalah Penglihatan
- KDP Masalah Pendengaran
- KDP Masalah Pembelajaran
- KDP Pendidikan Khas Pemulihan
- KDP Pendidikan Khas Disleksia

c. Kursus Perkhidmatan Lepasan Ijazah KPLI

- KPLI Pendidikan Khas




3. Kursus Peningkatan

  • Program Khas Pensiswazah Guru (MPIK-UKM)
-Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas), setahun di MPIK dan dua tahun di UKM

  • Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

  • Ijazah Sarjana Pendidikan Khas di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris.


Bagi yang sudah pun menjadi guru, kita diberi pilihan mengikuti kursus dalam perkhidmatan selama 14 minggu ataupun setahun.

Bagi yang tidak terlibat dalam bidang pendidikan, mereka boleh memohon mengikuti kursus KPLI ataupun di peringkat ijazah ataupun ijazah lanjutan.



Mengapa Kita Perlu Mengikuti Kursus?

Adalah penting bagi kita mengikuti kursus yang ditawarkan kerana kursus itu dapat:

  • Memberi maklumat kepada kita bagi mengenali murid-murid pendidikan khas.
  • Mendapatkan maklumat cara penilaian dan penapisan murid pendidikan khas.
  • Menyatakan hak-hak murid pendidikan khas dalam pendidikan.
  • Memberi pengetahuan menyeluruh berkenaan aspek psikologi, sosial, jasmani, emosi, intelek dan rohani murid pendidikan khas.
  • Memberi pengalaman sebenar melalui aktiviti praktik-um.
  • Bekerjasama dengan multi disiplin yang terlibat dengan murid pendidikan khas. Memberi kesedaran berkenaan kepentingan Intervensi Awal.
  • Memberi maklumat berkenaan keperluan Rancangan Pendidikan Individu.


Kursus pendidikan khas penting untuk kita sekiranya kita ingin melibatkan diri dalam bidang ini. Kita mendapat pendedahan dan ilmu pengetahuan yang membantu memberikan pendidikan yang terbaik untuk murid-murid pendidikan khas.


Namun begitu, kadangkala guru yang mempunyai sijil, diploma dan ijazah dalam pendidikan khas masih tidak dapat menjadi guru pendidikan khas yang terbaik.

Zawati, guru yang mempunyai ijazah dalam Pengajian Bahasa Arab. Menjadi seorang guru pendidikan khas yang berkualiti berbanding dengan guru yang mem-punyai ijazah dalam bidang pendidikan khas.



Suriati yang mempunyai ijazah dalam Pengajian Islam, menjadi seorang guru pendidikan khas yang baik berbanding dengan seorang guru yang kononnya mengajar murid pendidikan khas selama dua puluh tahun. Mengapa? Segalanya bergantung pada individu. Sekiranya kita mempunyai minat dalam bidang yang kita ceburi, kita lakukan dengan penuh perasaan tanggungjawab.



Dipetik daripada buku Menjadi Guru Pendidikan Khas

Artikel dari sini


Categories ,

6 anak murid kena cubit:

cik heroin on 7:26 PM, May 19, 2011 said... BALAS

jd gru pnddkan khas ni rsanya mcm lg baiikkkkk dr ckgu biasa kan, ^^

cik mas on 8:40 PM, May 19, 2011 said... BALAS

@cik heroin

em..same jek dgn guru biasa.. cuma bidang tugas tu lain.. n anak2 murid yg diajarnya nnti pun lain.. x normal mcm dak kls biasa.. memang sgt mencabar.. tp banyak pahala :)

Anonymous said... BALAS

salam, lau degree amik course lain, kemudian master amik pendidikan khas..masih layak menjadi guru pndidikan khas?

Unknown on 5:02 AM, October 08, 2013 said... BALAS

Salam... Sy ade diploma perniagaan dan sy ingin lanjutkan pelajaran sy tp lain course.. Seperti digree pendidikan khas.. Bolehkah sy apply digree tu dgn basic sy tiada kiatan dgn course tersebut.. Harap bantu..

akuweil37 on 3:03 AM, November 16, 2013 said... BALAS

cmna daftar diploma PK...

Anonymous said... BALAS

sy seorg guru matematik sekolah menengah... bgmana caranya utk sy mengikuti kursus 14 minggu atau setahun itu..tq

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas