Friday, June 24, 2011

Mencari pasangan Biarlah yang Sekufu







"Enggang sama enggang, pipit sama pipit”



Pepatah di atas ini merupakan pepatah yang paling hampir dalam situasi dimana akan aku perjelaskan berdasarkan beberapa pembacaanku. Di dalam dunia yang serba moden lagi canfggih ini, ada pelbagai pihak yang menganggap perkahwinan secara sekufu ini adalah satu perkara yang ringan. Mereka cuba memperkacangkannya tanpa memikirkan akibat dari sikap endah tidak endah ini.


Memilih pasangan yang sekufu ini boleh mengelakkan pelbagai masalah. Pernah atau tidak anda terfikirkan pasangan anda itu sekufu atau tidak dengan anda? Sekufu ini banyak aspeknya, tidak semestinya hanya sekufu dari aspek keluarga, harta, agama, paras rupa dan sebagainya. Malah, dunia yang serba moden ini juga memaksa kita memilih pasangan yang sekufu dari aspek kebijaksanaan dan pelajarannya. Jika kita perjelaskan secara terperinci satu persatu aspek yang dinyatakan tadi, InsayAllah setiap individu boleh membuat persediaan dalam memilih pasangan sekaligus melayari bahtera perkahwinan dengan rasa bahagia tanpa rasa menyesal di kemudian hari.

Maksud SEKUFU

Maksud kafaah dalam perkahwinan bolehlah dikatakan serupa, seimbang atau serasi antara pasangan suami dan isteri sehingga masing-masing tidak merasa berat untuk melangsungkan perkahwinan. Ia juga boleh dirumuskan sebagai persesuaian antara si suami dengan perempuannya, sama kedudukannya. Suami seimbang kedudukannya dengan isterinya di masyarakat sama baik akhlaknya dan kekayaannya. Persamaan kedudukan suami dan isteri akan membawa ke arah rumahtangga yang sejahtera, terhindar daripada perkara-perkara yang tidak elok.



Kepada sesiapa yang masih mencari calon suami atau calon isteri, perkara ini perlulah anda titik beratkan supaya kelak rumahtangga tidak akan berbolak-balik. Sekufu banyak aspeknya (menurut pendapat penulis) :


  • Sekufu agamanya
Sekufu agama disini bermakna seelok-eloknya seseorang individu memilih pasangan yang sama amalan agamanya, Islam sama Islam. Jika seseorang individu itu memilih pasangan yang berasal dari agama lain, pastikan individu tersebut sudah kuat pegangan akidahnya dan cuba tarik pasangan tersebut dalam agama Islam. Terapkan nilai-nilai islam kedalam diri pasangan, tunjukkan contoh yang baik, bimbingnya dan nasihatilah bahawa agama Islam ini adalah agama yang suci. Jangan pula kerana cinta, individu itu murtad, Na'uzubillahiminzalik!


  • Sekufu latar belakang keluarganya
Seterusnya ialah sekufu dari segi latar belakang keluarganya. Jika lelaki turun temurun dari kalangan bangsawan, maka si perempuan pula dari golongan rakyat jelata, akan berlaku beberapa masalah dimana ada diantara ahli keluarganya tidak mudah untuk menerima pasangan kita. Lebih-lebih lagi jika si perempuan lebih kaya atau lebih masyhur berbanding si lelaki. Si perempuan sudah biasa hidup dalam kemewahan, setiap apa yang diminta pasti akan dapat. Layanan keluarga yang memanjakan anak, malah kerja-kerja rumah juga langsung tidak pernah dibuatnya. Apabila sudah berkahwin, si suami pula tidak dapat membina rumah yang besar, tidak memberi kemewahan, cerewet, menyuruh itu dan ini, dan apabila pulang ke kampung langsung si perempuan tidak mampu menyesuaikan diri dengan suasana tersebut. Situasi sebegini, suami akan diperlekehkannya kerana tidak mampu menanggung hidup si isteri maka berlakunya porak peranda dalam rumah tangga.


  • Sekufu paras rupa
Kebiasannya, si lelaki inginkan perempuan yang cantik paras rupa, bentuk badannya, tingkah laku yang lemah lembut, percakapan yang sopan dan sebagainya. Tetapi adakah si lelaki tersebut kacak perawaknnya nak dibandingkan dengan wanita dalam imaginasinya? Sebagai individu yang menyedari kekurangan diri, mengetahui sejauh mana paras rupanya, pilihlah pasangan yang sekufu paras rupanya. Sama cantik sama padan. Bagai pinang dibelah dua. Bukan tidak boleh si cantik berkahwin dengan si tidak tampan, kerana biasanya si cantik akan lebih bermegah-megah manakal yang tidak tampan pula merendah diri, sekaligus menimbulkan rasa cemburu dan bercerai. Ada pasangan yang tidak sama cantik tidak sama padan, malah lebih bahagia. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Disini jelas dimana pasangan tersebut mampu menerima pasangan apa adanya.


  • Sekufu tahap pendidikannya

Misalnya isteri yang mempunyai pendidikan tinggi manakala suami berpendidikan rendah. Seandainya perkahwinan itu tidak sekufu ia memang menghadapi masalah khasnya dari segi selera, cita rasa, pemikiran dan sebagainya. Contohnya ialah, yang ada Ijazah elok lah berkahwin dengan orang yang berijazah, dan yang ada SPM elok lah berkahwin dengan yang ada SPM. Bukan tidak boleh untuk berkahwin jika lain taraf pendidikannya, malah kelak akan susah untuk berkomunikasi dimana orang bertaraf pendidikan cara pemikirannya berbeza dengan orang yang rendah tahap pemikirannya, Tidak mustahil pasangan ini akan mudah berbalah antara satu sama lain. Seelok-eloknya biarlah si suami tinggi taraf pendidikannya berbanding isteri supaya si isteri akan hormat kepada si suami.


  • Sekufu dari segi bangsa dan bahasanya

Sekufu dari aspek bangsa dan bahasanya ialah misalannya Orang Melayu sesuai dengan orang Melayu, Orang Cina dengan Orang Cina, Orang India berkahwin dengan orang india, orang Arab sesuai dengan orang Arab, dan orang Inggeris padan dengan orang Inggeris. Banyak lagi jika mahu disenaraikan. Setiap bangsa ada bahasanya tersendiri, apabila kita memilih pasangan secara sekufu mengikut bangsa dan bahasanya, pasti lebih mudah bagi kita untuk berkomunikasi antara satu sama lain, terutama sekali ketika bersama keluarganya. Malah, setiap bangsa mempunyai nilai norma dan amalan masing-masing, jika pasangan sekufu pasti lebih mudah memahami norma-norma dalam keluarga pasangannya sekaligus membuka hati ibu bapa dan keluarga pasangan dalam menerima menantu.


*********************************

Satu kisah semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W dimana anak angkat Nabi saw yg miskin telah bernikah dengan seorang wanita kaya dan berkedudukan tinggi. Kesudahannya mereka bercerai kerana si isteri seolah-olah tidak menghormati sang suami.

Sebab itulah, dalam Islam pun ada menyuruh kita memilih calon isteri, melihat harta kekayaan, keturunan, kecantikan, ilmu dan yang paling penting, agama. Namun, jika agama kedua-dua belah pihak sangat baik, menepati tuntutan agama, InsyaAllah masalah sekufu atau tidak ini tak berapa penting, kerana keduanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Tetapi jika agama tak seberapa, eloklah memilih yang sekufu demi kebaikan kedua-dua belah pihak. Sama-samalah kita renung-renugkan.

Wallahua'alam.






Categories , , ,

23 anak murid kena cubit:

zairy on 10:47 PM, June 24, 2011 said... BALAS

kita cuba yg terbaik dalam memilih yang terbaik n serahkan pada Allah utk tentukannya (istikharah)...

insyaallah semua adalah yang terbaik utk kita apa yang telah Allah tentukan...

Mrs Nurul on 10:50 PM, June 24, 2011 said... BALAS

i like..

cik mas on 11:10 PM, June 24, 2011 said... BALAS

@Mohd Zairy Firdaus Bin Mohd A'sri

betul tu, banyakkan berdoa. dah dapat psgn, kne redha... Allah dah tentukan yg terbaik utk kita.. :)

cik mas on 11:10 PM, June 24, 2011 said... BALAS

@░♥si lampu neon♥░

thnks cikgu aina... :) lame tak ketemu dalam blog ye?

CheguSTALL on 12:05 AM, June 25, 2011 said... BALAS

i sokong u....cik mas...

Anis Syuhada Nazari on 12:24 AM, June 25, 2011 said... BALAS

sedihla pulak bila ak masuk blog ko ni mas.

erm isu sekufu atau tak ni mmg penting sbnrnya.

kalau kita tak sekufu dlm sesetengah perkara, bg aku, kalau hati dah syg..apa kata kita cuba usaha utk menyamakan taraf antara pasangan.

contohnya yang xsama pendidikan, kita boleh sambung belajar.

yang pendapatan x sama, kita boleh kerja lebih..cr inisiatif lain.

yang xsme agama, kita boleh belajar dr semasa ke semasa..

pucuk pangkalnya hati..

wallahualam. ini hanya pandangan dr aku.

sbb aku rs..adalah perlu utk kita memperbaiki diri sebelum kita menuding jari menyalahkan antara 1 sama lain.:)

misz athiqah on 12:26 AM, June 25, 2011 said... BALAS

saya sgt suka entry nie..=).. parent selalu pesan..mcari pasangan biarlah sekufu...mcari sekufu bkn bmakna saya mmdg rendah pada yg xsekufu...cm mcari yg sepadan dan serasi untuk elak hal xbaik...tapi pegangan saya nie kawan2 tentang plak..xpelah..hak masing2...tapi saya mbesar dgn kata2 nie..mcari pasangan biar sekufu...sbb sekufu itu mgelak dari pceraian..=)

salam..jenguk jengah di sni...=)

cik mas on 12:35 AM, June 25, 2011 said... BALAS

@CheguSTALL

terima kasih banyak2..:)

cik mas on 12:36 AM, June 25, 2011 said... BALAS

@Anis Syuhada Nazari

betul tu anis.. tu bagi yg dah berpasangan,... tapi yg belum berpasangan boleh la titik beratkan perkara ni...

tp mcm mana pun x de manusia yg sempurna.. thnks drop komen kat cni :)

cik mas on 12:37 AM, June 25, 2011 said... BALAS

@misz athiqah

thnks tiqah, sudi dtg dan tinggalkan komen di sni.... smoga tiqah bahagia dan bertemu lelaki yang sekufu.. insyaAllah :)

belog|amiyo on 5:07 AM, June 25, 2011 said... BALAS

yep. sekufu itu penting. dalam agama memang mengajar kita untuk mencari pasangan yang sekufu. apa-apa pun jodoh tetap ketentuan Allah.

+Mel Amalina+ on 5:38 AM, June 25, 2011 said... BALAS

huhu...salam..internet sy slow beberapa hari ni..mcm beselah xdpt nak komen kt widget cik mas...huhu

saya bukan tomato on 1:17 AM, June 26, 2011 said... BALAS

sahring yg bagis ! teringat sekolah2 dlu belajo ni . hehe

lame tak tgk cikgu mas ^^

amalina wahida on 2:25 AM, June 26, 2011 said... BALAS

tak nak cakap pasal kufu2 nih.. tapi nak cakap pasal lagu kat blog nih..

**gua melting dgr lagu cinta bertasbih nih ok. mana dapat instrumental dia nih?? nak2!! =))

amalina wahida on 2:55 AM, June 26, 2011 said... BALAS

versi mp3 ada tak cik mas?? =p

*minta mcm2 lh pulk kan.. haha..

cik mas on 5:43 AM, June 26, 2011 said... BALAS

@belog amiyo

ya.. betul tu amiyo.. apa pun doalah banyak2 mudah2an Allah tetapkan jodoh yang baik utk kita :)

cik mas on 5:43 AM, June 26, 2011 said... BALAS

@ Mel Amalina

Mel, thnks dtg... widget cikmas tu kebanyakan orang boleh komen, tp ada jugak yang x boleh. cikmas pun x tahu nak buat mcm mana. dah habis cara dah.. :(

cik mas on 5:44 AM, June 26, 2011 said... BALAS

@saya bukan tomato

mas pun lama tak dtg jenguk ciktom... sihatkah? thnks ingat kite lagi :)

cik mas on 5:45 AM, June 26, 2011 said... BALAS

@amalina wahida

dh balas kat blog kamu... dpt tak? thnks sudi dtg ye :)

Anonymous said... BALAS

salam israk mikraj kak . Moga Allah merahmati anda . InsyaAllah .

cikk ida on 10:27 PM, June 28, 2011 said... BALAS

doakan kebahagiaan aku bestie. :)

tkah on 8:08 PM, August 23, 2011 said... BALAS

salam,

saya tertarik dengan tajuk ini. cuma saya kadang-kadang terfikir sekiranya kita mencari yg sekufu tetapi yang datang kepada kita selalunya tidak sekufu dgn kita sbg contoh taraf pendidikan dan kerjaya, adakah dengan menolak si yang datang tersebut boleh dikatan sebagai jual mahal?. perkara ini slalu berlaku pada saya tapi bukan niat utk menghina atau memandang rendah, cuma fikiran saya sama seperti yang ditulis di atas. takut terjadi perkara2 yang tidak diingini setelah berkahwih. slalunya sy akan cuba menolak awal2 dgn bercakap balik dgn si yang datang tersebut, tapi saya takut sekiranya bnda ini akan membuat saya tidak bertemu jodoh. saya selalu fikirkan perkara ini. kalu boleh sesiapa berikan pendapat.

cik mas on 5:55 AM, August 24, 2011 said... BALAS

@tkah

apabila berdepan dengan situasi yg tkah bagitahu tadi. saya ada pendapat dimana, apabila kita dilamar oleh sesorg, kita berhak membuat pilihan yang terbaik kerana lelaki itu akan menjadi suami dan bapa kepada anak kita.

tetapi tkah, mcm mana pun kita, kita tidak akan dpt psgn yg sesempurna mcm dlm impian kita...

bagi saya kita lihat dari aspek agama dan hati... hanya dua perkara ini sahaja yang akan membuatkan lelaki itu rasa tggjwb dan kekal bhgia bersama kita..

jalan terbaik, buatlah solat istikharah... dan ingt prinsip dimana jika lelaki itu tidak kemas, kita sebagai isteri berfungsi utk kemaskan pakaiannya. jika dia tidak pandai bab agama tetapi hatinya baik, apasalahnya kita bimbing dia...hidup sesebuah pasangan itu perlu ada sifat saling melengkapi baru akan capai kesempurnaan..


harap2 dpt membantu tkah.. kalau ada kesangsian boleh tny dan lebih baik tkah beristikharah utk nampak pilihan yg terbaik :)

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas