Thursday, June 23, 2011

Punca Keruntuhan Akhlak Pelajar / Murid





Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ni aku berminat untuk kongsikan beberapa pendapat aku tentang isu keruntuhan akhlak yang tak pernah berkesudahan. Yang membuat aku tertarik untuk menceritakan hal 'Punca Keruntuhan Akhlak' ni apabila aku terkesima membaca beberapa luahan seorang guru praktikal di dalam blognya. Penulis blog ialah : Amiyo


******************************


cerita ni diperdengarkan di kantin sekolah, yang pada masa tu hanya tinggal 2 orang guru praktikal dan 3 orang guru veteren .. kelima-lima mereka adalah guru wanita ..


  • Kisah 1

Kak Han (guru veteren merangkap GK Vokasional sekolah ai praktikal sekarang) mula bercerita pasal seorang bekas pelajar sekolah ni .. pelajar lelaki .. pagi tu pelajar lelaki ni di temani oleh bapanya memasuki bilik Kak Han untuk satu kes yang melanggar peraturan sekolah, Kak Han takde pulak bagitaw apa kes tu .. Kak Han bagitaw yang dia nampak disekitar leher pelajar lelaki terbabit dipenuhi dengan gigitan asmara , sangat tak senonoh kan? memula disoal memang budak tu tak mengaku, macam-macam alasan yang diberikan macam terjatuhla, nyamuk gigit pastu dia garu sampai tinggal kesan .. arghh macam-macamla .. yang ayah pelajar terbabit hanya tunduk diam membisu apabila Kak Han bertanyakan soal gigitan 'makhluk perosak' tu .. (gigitan asmara nampak macam sesuai untuk laki bini yang sah nikah je, kalo takat buat ngan gf baik ai panggil gigitan makhluk perosak, nampak lagi sesuai hahaha) .. biler budak laki tu tanak bagi jawapan sebenar terus Kak Han psiko budak tu .. dia cakap "kat sekolah ni ada seorang cikgu yang kalo dia tanya awak, awak memang takkan teragak-agak untuk ceritakan semua kisah dari A sampai Z.. so awak nak suh saya panggil dia sekarang ke?"


dengar je ayat tu memang pelajar lelaki tu mula tak senang duduk dan memang terbuktilah yang gigitan makhluk perosak tu dilakukan oleh gf dia .. dan nasib baiklah jugak gf dia tu belajar kat sekolah lain, kalo tak maunya kena pindah sekolah bersama .. hai hai, umur 16 tahun dah reti sumer benda tu ..



  • Kisah 2

Kak Zah seorang guru veteren baru je ditukarkan dari sebuah sekolah menengah di Sepang, dia bagitaw kat sekolah dia dulu kisah buat benda tak senonoh ni berlaku sampaikan budak pompuan tu mengandung, nau'zubillah .. paling tak sangka bila perbuatan tak senonoh tu dilakukan disekolah , bukan di rumah maupun di hotel-hotel murah =.= nak taw canner ?


before that .. ai nak tanya, kalo anak-anak uols pergi sekolah awal-awal pagi, uols mesti agak dia kena duty or ada benda yang 'baik-baik' dia nak buat kan? dan mesti uols tak terfikir yang anak uols pergi sekolah pepagi untuk buat benda tak senonoh sampai termengandung kan? memang tak la kan??


tapi tulah hakikat .. dia datang sekolah seawal jam 6 pagi or maybe jam 6.3o pagi semata-mata untuk melempiaskan nafsu serakah-yang-takberkesudahan-kalo-sudah-pon-biler-pakai-kain-kapan kat sekolah .. Allahuakbar, masa tu memang bulu roma ai berdiri sakan .. ai tengok muka Huda, memang nampaklah kekagetan dalam anak mata nya.. huhu ..


ai terfikir yang mak bapak budak tu mesti tak sangka yang anak dia datang sekolah awal untuk buat benda tu, tapi takkan sedikit pon tak terdetik dalam hati mereka yang tak logiknya datang sekolah pukul 6 pagi .. kalo tak terdetik rasa tak logik, takkanlah langsung diorang tak risau yang anak-anak dah sampai sekolah waktu gelap gelita, kalo berlakunya kejadian rompak ka, rogol ka? tak dak perasaan cam gitu ke weh, mak bapak sekalian??? adoi, tak terjangkal akal waras ku ..


******************************************





[sekadar gambar hiasan : sumber : GOOGLE]



Kalau kita perhatikan, bukan setakat pelajar di sekolah menengah, malah, murid-murid di sekolah rendah juga sama naik menunjukkan kehebatan mereka di sekolah. sekolah sepatutnya adalah sebagai medan mencari ilmu, saling bersaing mengejar kejayaan, tetapi bagi mereka sekolah sebagai medan menujukkan perangai buruk dan bersaing siapa yang paling otai dan kaki samseng.


Mari kita lihat sama-sama punca berlakunya Keruntuhan Akhlak di kalangan pelajar di sekolah.


Pengaruh Budaya Barat.


Seperti yang kita sama-sama ketahui, penangan budaya barat seperti skin head, Punk, Black Matel dan sebagainya berleluasa. kumpulan-kumpulan dari ideologi barat ini adalah salah satu strategi Yahudi dalam menghancurkan Isalm. Kita sedia maklum yang golongan berumur sudah semakin tiada (menemui ajalnya) dan apabila anak-anak muda cenderung dalam melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah sekaligus mencemarkan imej dan tidak mengamalkan nilai-nilai islam itu sendiri, bagaimana belia kini akan maju. Kadang-kadang kita lupa, yang cuba mengikuti kumpulan berideologi barat ini adalah dari golongan yang berpelajaran tinggi. dimanakah silapnya kita?



Pergaulan Bebas/ Pengaruh Rakan Sebaya. (Mat Rempit, Clubbing, Penagih Dadah, Gam dan ganja)

Rakan sebaya merupakan medium kedua dan merupakan penyebab berlakunya keruntuhan akhlak dikalangan remaja. Dimana medium kedua terbesar adalah ibu bapa itu sendiri. Rakan sebaya adalah antara golongan yang paling banyak berada bersama seseorang individu. Apabila keluarga kurang pengawasan terhadap anaknya, maka kebiasaanya individu itu akan cuba mencari rakan untuk membantu ia menyelesaikan masalah tersebut. Jika individu itu sendiri salah memilih kawan dan antara rakan-rakan tersebut cuba membawa dirinya ke jalan yang negatif, maka berlakunya keruntuhan akhlak pada masa kini. Remaja akan hilang kewarasan dimana mereka akan menyangka rakan-rakannya adalah benar berbanding apa yang diperkatakan ibu bapa mereka sendiri.


Kekeringan didikan agama.

Pertamanya didikan agama dari ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa remaja itu sendiri tidak menunujukkan nilai-nilai keislaman terhadap anaknya. Tidak menegaskan tentang wajibnya solat dan puasa. Sunatnya membaca al-Quran dan melakukan perkara-perkara yang baik dan mendapat pahala. Apabila ibu bapa sendiri di rumah tidak menunjukkan contoh yang baik, anak-anak akan hilang hormat terhadap anaknya lebih-lebih lagi apabila ibu bapa tidak solat, todak menutup aurat dan sebagainya. Lagi, masa kini, remaja tidak hormat langsung dengan ibubapa sendiri. Mereka cuba 'memperkacangkan' ibu bapa mereka. Ditengking, dihina, diherdik, dipukul dan sebagainya. Dimanakah tanggungjawab seorang anak dan tidak hairanlah jika anak tersebut digelar 'anak tanggang'. Keduanya ialah didikan agama oleh ustaz ustazah di sekolah. Keperihatinan guru-guru agama dalam cuba membentuk sahsiah pelajarnya adalah jalan sekurang-kurangnya isu keruntuhan akhlak masa kini dapat dikurangkan.


Tidak Wujudnya Hubungan kekeluargaan.

Hubungan kekeluargaan yang tidak mesra. Malah tidak wujud langsung di rumah. Ibu bapa tidak ada masa makan bersama anak, terlalu sibuk berkerja, tidak berkesempatan berbincang bersama anak tentang hal-hal pelajaran, tidak berusaha menjadi pendengar setia setiap masalah yang anak hadapi. Jika kita lihat, remaja bermasalah kebiasaanya mempunyai masalah yang bermula di rumah. Ada yang kurang mendapat kasih sayang. Ada yang menjadi mangsa penceraian, mangsa rogol, mangsa dera dan sebagainya. Hal-hal sebigini menyebabkan remaja masa kini semakin hilang kawalnnya.


Kurangnya pemurnian dari ibu bapa atau keluarga terdekat.

Ibu bapa perlulah menunjukkan sikap-sikap yang baik di rumah dan di luar rumah. Bukan sahaja menunjuk, malah mengamalkannya apabila bersama anak-anak. Jika ibu bapa jenis ini sering prihatin dengan akhlak, pasti dari kecil ibu bapa tersebut telah cuba memberi contoh dan menegur anak supaya berkelakuan sopan di khalayak. Contoh didikan masa kecil, jika anak kecil terkinja-kinja ketika majlis doa selamat iaitu ketika ayat suci Al-Quran diperdengarkan, apa salahnya ibu bapa menegur secara berhemah, menyekat perbuatan anak tersebut. Nampak perkara itu ringan dengan usia kanak-kanak yang kecil, jika dari usia begini tidak kita tegur, pasti hingga ke besar anak-anak ini akan lebih sukar di tegur. Pemurnian juga merujuk kepada pengamalan nilai-nilai murni oleh ibu bapa. Nilai-nilai murni yang elok diamalkan ialah menghormati ibu bapa, menghormati golongan lebih berusia, jujur, tidak berbohong, tidak mencuri dan sebagainya. Jika pemurnian amalan nilai murni ini diterapkan sejak dari kecil pasti anak-anak akan memahami dan sama-sama mengamalkannya bersama ibu bapa.


*********************


Keruntuhan akhlak remaja jika dibincangkan tidak akan pernah berkesudahan. Masalah sebegini perlukan keprihatinan banyak pihak, ibu bapa, guru, masyarakat, rakan sebaya dan dari diri remaja berkenaan. Walaubagaimanapun, sebagai ibu bapa kita seharusnya cuba menunjukkan contoh yang terbaik demi anak-anak. Semoga Isu Keruntuhan Akhlak ini semakin hari semakin dapat ditangani.


nota kaki :
  • Elok juga kalau buat macam sekolah-sekolah di Terengganu, sebelum memulakan Proses pengajaran dan pembelajaran, pada awal pagi pelajar Islam diminta membaca ayat suci al-Quran supaya dapat mencuci hati mereka. Malah negeri Terengganu berjaya melahirkan cendakiawan yang bijaksana, berjaya juga melahirkan pelajar-pelajar cemerlang, berakhlak, berkemahiran dan sebagainya. Penulis pelik juga apa salah jika kita amalkan ia di semua negeri. Inikan negara Islam. Apa pendapat anda pula?
Categories ,

11 anak murid kena cubit:

Khadijah on 5:10 AM, June 23, 2011 said... BALAS

yer saya sangat setuju klu semua sekolah di negeri masing2 amalkan bacaan ayat suci al quran especially sek agama...:) student sek men skrg sgt berbeza..mereka berani lawan guru, yg sadisnya tengking guru..wah x tkut ker mereka klu hidup mereka x da keberkatan ilmu?

cik mas on 5:32 AM, June 23, 2011 said... BALAS

@Khadijah

kalau zaman kita dulu buat cikgu menangis jek kita dah rasa bersalah. tapi diorang skrg x de ape perasaan. keberkatan ilmu yg diberi guru dulu amat lah kita jaga. x mcm pelajar sekarang

Bob Merley on 6:10 AM, June 23, 2011 said... BALAS

sume start kat rumah. kalo parents concern dan ambil berat lebih sikit. mende camni susah nak jadi.

shiro on 11:31 AM, June 23, 2011 said... BALAS

oou....
info yang sangat bernilai...
tq.... ^_^

belog|amiyo on 2:34 AM, June 24, 2011 said... BALAS

hanya guru yang akan lebih memahami. :)

ibu bapa sekarang hanya tahu hantar anak ke sekolah dan kalau berlaku apa2 kepada anak2 mereka, guru jugak yang depersalahkan. huhu

MIMIE AIZA on 11:57 AM, June 24, 2011 said... BALAS

mesti susah jadi cikgu zaman sekarang sebab kena bentuk murid yg berakhlak. sekarang ni byk sgt pengaruh x elok

Anonymous said... BALAS

Jgn asik nk salahkan gol rmaja shja..gol dewasa zmn skrng ni pun ramai buruk akhlak juga lbh krang sama jer.adkalanya lbh terok dr sikap yg kononya dah matang sgt..mcamlah mata org smua buta kew???...kluar masuk hotel tu pa cerita whai org yg kononnya dewasa sgt

Anonymous said... BALAS

Mak bapak zmn skrg pun 1..anak dara kluar mlm merayau pkl1pagi dibiarkan tnpa rasa bersalah malah rasa bangga plak..lbh lbh lg dia rasa anak dialah paling lawa di dunia kononnya..nauzubillah

Anonymous said... BALAS

Yela remaja jew yg nakal dan jahat..korang smua paling baik dan alim kt dunia ni kan..syurga neraka ALLAH yg tentukanya.jgn perasn diri kita paling bgus sgt..ntah ntah blh jd sbaliknya esok lusa..nasib kita blm tahu

Anonymous said... BALAS

Ibu bapa zmn skrg kna lbh peka dan sntiasa berwaspada dgn siapa anak kita berkawan..trsilap berkhwan boleh jd berkhwin terlanjur..time tu nak salahkan siapa..tkkan nak salahkan org lg..dah kja lelaki gbret suka buntingkan anak org jew lps dpt dia pn bye bye laaa...jd kna selalu berwaspada dgn perubahan sikap anak anak remaja kita..ini bkn zmn dulu dulu lg..zmn skrg zmn penuh dgn kerosakan

Anonymous said... BALAS

Bukankah.ganu dan klate paling banyok sumbe mahre de

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas