Friday, June 24, 2011

Mencari pasangan Biarlah yang Sekufu







"Enggang sama enggang, pipit sama pipit”



Pepatah di atas ini merupakan pepatah yang paling hampir dalam situasi dimana akan aku perjelaskan berdasarkan beberapa pembacaanku. Di dalam dunia yang serba moden lagi canfggih ini, ada pelbagai pihak yang menganggap perkahwinan secara sekufu ini adalah satu perkara yang ringan. Mereka cuba memperkacangkannya tanpa memikirkan akibat dari sikap endah tidak endah ini.


Memilih pasangan yang sekufu ini boleh mengelakkan pelbagai masalah. Pernah atau tidak anda terfikirkan pasangan anda itu sekufu atau tidak dengan anda? Sekufu ini banyak aspeknya, tidak semestinya hanya sekufu dari aspek keluarga, harta, agama, paras rupa dan sebagainya. Malah, dunia yang serba moden ini juga memaksa kita memilih pasangan yang sekufu dari aspek kebijaksanaan dan pelajarannya. Jika kita perjelaskan secara terperinci satu persatu aspek yang dinyatakan tadi, InsayAllah setiap individu boleh membuat persediaan dalam memilih pasangan sekaligus melayari bahtera perkahwinan dengan rasa bahagia tanpa rasa menyesal di kemudian hari.

Maksud SEKUFU

Maksud kafaah dalam perkahwinan bolehlah dikatakan serupa, seimbang atau serasi antara pasangan suami dan isteri sehingga masing-masing tidak merasa berat untuk melangsungkan perkahwinan. Ia juga boleh dirumuskan sebagai persesuaian antara si suami dengan perempuannya, sama kedudukannya. Suami seimbang kedudukannya dengan isterinya di masyarakat sama baik akhlaknya dan kekayaannya. Persamaan kedudukan suami dan isteri akan membawa ke arah rumahtangga yang sejahtera, terhindar daripada perkara-perkara yang tidak elok.



Kepada sesiapa yang masih mencari calon suami atau calon isteri, perkara ini perlulah anda titik beratkan supaya kelak rumahtangga tidak akan berbolak-balik. Sekufu banyak aspeknya (menurut pendapat penulis) :


  • Sekufu agamanya
Sekufu agama disini bermakna seelok-eloknya seseorang individu memilih pasangan yang sama amalan agamanya, Islam sama Islam. Jika seseorang individu itu memilih pasangan yang berasal dari agama lain, pastikan individu tersebut sudah kuat pegangan akidahnya dan cuba tarik pasangan tersebut dalam agama Islam. Terapkan nilai-nilai islam kedalam diri pasangan, tunjukkan contoh yang baik, bimbingnya dan nasihatilah bahawa agama Islam ini adalah agama yang suci. Jangan pula kerana cinta, individu itu murtad, Na'uzubillahiminzalik!


  • Sekufu latar belakang keluarganya
Seterusnya ialah sekufu dari segi latar belakang keluarganya. Jika lelaki turun temurun dari kalangan bangsawan, maka si perempuan pula dari golongan rakyat jelata, akan berlaku beberapa masalah dimana ada diantara ahli keluarganya tidak mudah untuk menerima pasangan kita. Lebih-lebih lagi jika si perempuan lebih kaya atau lebih masyhur berbanding si lelaki. Si perempuan sudah biasa hidup dalam kemewahan, setiap apa yang diminta pasti akan dapat. Layanan keluarga yang memanjakan anak, malah kerja-kerja rumah juga langsung tidak pernah dibuatnya. Apabila sudah berkahwin, si suami pula tidak dapat membina rumah yang besar, tidak memberi kemewahan, cerewet, menyuruh itu dan ini, dan apabila pulang ke kampung langsung si perempuan tidak mampu menyesuaikan diri dengan suasana tersebut. Situasi sebegini, suami akan diperlekehkannya kerana tidak mampu menanggung hidup si isteri maka berlakunya porak peranda dalam rumah tangga.


  • Sekufu paras rupa
Kebiasannya, si lelaki inginkan perempuan yang cantik paras rupa, bentuk badannya, tingkah laku yang lemah lembut, percakapan yang sopan dan sebagainya. Tetapi adakah si lelaki tersebut kacak perawaknnya nak dibandingkan dengan wanita dalam imaginasinya? Sebagai individu yang menyedari kekurangan diri, mengetahui sejauh mana paras rupanya, pilihlah pasangan yang sekufu paras rupanya. Sama cantik sama padan. Bagai pinang dibelah dua. Bukan tidak boleh si cantik berkahwin dengan si tidak tampan, kerana biasanya si cantik akan lebih bermegah-megah manakal yang tidak tampan pula merendah diri, sekaligus menimbulkan rasa cemburu dan bercerai. Ada pasangan yang tidak sama cantik tidak sama padan, malah lebih bahagia. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Disini jelas dimana pasangan tersebut mampu menerima pasangan apa adanya.


  • Sekufu tahap pendidikannya

Misalnya isteri yang mempunyai pendidikan tinggi manakala suami berpendidikan rendah. Seandainya perkahwinan itu tidak sekufu ia memang menghadapi masalah khasnya dari segi selera, cita rasa, pemikiran dan sebagainya. Contohnya ialah, yang ada Ijazah elok lah berkahwin dengan orang yang berijazah, dan yang ada SPM elok lah berkahwin dengan yang ada SPM. Bukan tidak boleh untuk berkahwin jika lain taraf pendidikannya, malah kelak akan susah untuk berkomunikasi dimana orang bertaraf pendidikan cara pemikirannya berbeza dengan orang yang rendah tahap pemikirannya, Tidak mustahil pasangan ini akan mudah berbalah antara satu sama lain. Seelok-eloknya biarlah si suami tinggi taraf pendidikannya berbanding isteri supaya si isteri akan hormat kepada si suami.


  • Sekufu dari segi bangsa dan bahasanya

Sekufu dari aspek bangsa dan bahasanya ialah misalannya Orang Melayu sesuai dengan orang Melayu, Orang Cina dengan Orang Cina, Orang India berkahwin dengan orang india, orang Arab sesuai dengan orang Arab, dan orang Inggeris padan dengan orang Inggeris. Banyak lagi jika mahu disenaraikan. Setiap bangsa ada bahasanya tersendiri, apabila kita memilih pasangan secara sekufu mengikut bangsa dan bahasanya, pasti lebih mudah bagi kita untuk berkomunikasi antara satu sama lain, terutama sekali ketika bersama keluarganya. Malah, setiap bangsa mempunyai nilai norma dan amalan masing-masing, jika pasangan sekufu pasti lebih mudah memahami norma-norma dalam keluarga pasangannya sekaligus membuka hati ibu bapa dan keluarga pasangan dalam menerima menantu.


*********************************

Satu kisah semasa zaman Nabi Muhammad S.A.W dimana anak angkat Nabi saw yg miskin telah bernikah dengan seorang wanita kaya dan berkedudukan tinggi. Kesudahannya mereka bercerai kerana si isteri seolah-olah tidak menghormati sang suami.

Sebab itulah, dalam Islam pun ada menyuruh kita memilih calon isteri, melihat harta kekayaan, keturunan, kecantikan, ilmu dan yang paling penting, agama. Namun, jika agama kedua-dua belah pihak sangat baik, menepati tuntutan agama, InsyaAllah masalah sekufu atau tidak ini tak berapa penting, kerana keduanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Tetapi jika agama tak seberapa, eloklah memilih yang sekufu demi kebaikan kedua-dua belah pihak. Sama-samalah kita renung-renugkan.

Wallahua'alam.






Categories , , , 23 anak murid kena cubit

Thursday, June 23, 2011

Punca Keruntuhan Akhlak Pelajar / Murid





Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ni aku berminat untuk kongsikan beberapa pendapat aku tentang isu keruntuhan akhlak yang tak pernah berkesudahan. Yang membuat aku tertarik untuk menceritakan hal 'Punca Keruntuhan Akhlak' ni apabila aku terkesima membaca beberapa luahan seorang guru praktikal di dalam blognya. Penulis blog ialah : Amiyo


******************************


cerita ni diperdengarkan di kantin sekolah, yang pada masa tu hanya tinggal 2 orang guru praktikal dan 3 orang guru veteren .. kelima-lima mereka adalah guru wanita ..


  • Kisah 1

Kak Han (guru veteren merangkap GK Vokasional sekolah ai praktikal sekarang) mula bercerita pasal seorang bekas pelajar sekolah ni .. pelajar lelaki .. pagi tu pelajar lelaki ni di temani oleh bapanya memasuki bilik Kak Han untuk satu kes yang melanggar peraturan sekolah, Kak Han takde pulak bagitaw apa kes tu .. Kak Han bagitaw yang dia nampak disekitar leher pelajar lelaki terbabit dipenuhi dengan gigitan asmara , sangat tak senonoh kan? memula disoal memang budak tu tak mengaku, macam-macam alasan yang diberikan macam terjatuhla, nyamuk gigit pastu dia garu sampai tinggal kesan .. arghh macam-macamla .. yang ayah pelajar terbabit hanya tunduk diam membisu apabila Kak Han bertanyakan soal gigitan 'makhluk perosak' tu .. (gigitan asmara nampak macam sesuai untuk laki bini yang sah nikah je, kalo takat buat ngan gf baik ai panggil gigitan makhluk perosak, nampak lagi sesuai hahaha) .. biler budak laki tu tanak bagi jawapan sebenar terus Kak Han psiko budak tu .. dia cakap "kat sekolah ni ada seorang cikgu yang kalo dia tanya awak, awak memang takkan teragak-agak untuk ceritakan semua kisah dari A sampai Z.. so awak nak suh saya panggil dia sekarang ke?"


dengar je ayat tu memang pelajar lelaki tu mula tak senang duduk dan memang terbuktilah yang gigitan makhluk perosak tu dilakukan oleh gf dia .. dan nasib baiklah jugak gf dia tu belajar kat sekolah lain, kalo tak maunya kena pindah sekolah bersama .. hai hai, umur 16 tahun dah reti sumer benda tu ..



  • Kisah 2

Kak Zah seorang guru veteren baru je ditukarkan dari sebuah sekolah menengah di Sepang, dia bagitaw kat sekolah dia dulu kisah buat benda tak senonoh ni berlaku sampaikan budak pompuan tu mengandung, nau'zubillah .. paling tak sangka bila perbuatan tak senonoh tu dilakukan disekolah , bukan di rumah maupun di hotel-hotel murah =.= nak taw canner ?


before that .. ai nak tanya, kalo anak-anak uols pergi sekolah awal-awal pagi, uols mesti agak dia kena duty or ada benda yang 'baik-baik' dia nak buat kan? dan mesti uols tak terfikir yang anak uols pergi sekolah pepagi untuk buat benda tak senonoh sampai termengandung kan? memang tak la kan??


tapi tulah hakikat .. dia datang sekolah seawal jam 6 pagi or maybe jam 6.3o pagi semata-mata untuk melempiaskan nafsu serakah-yang-takberkesudahan-kalo-sudah-pon-biler-pakai-kain-kapan kat sekolah .. Allahuakbar, masa tu memang bulu roma ai berdiri sakan .. ai tengok muka Huda, memang nampaklah kekagetan dalam anak mata nya.. huhu ..


ai terfikir yang mak bapak budak tu mesti tak sangka yang anak dia datang sekolah awal untuk buat benda tu, tapi takkan sedikit pon tak terdetik dalam hati mereka yang tak logiknya datang sekolah pukul 6 pagi .. kalo tak terdetik rasa tak logik, takkanlah langsung diorang tak risau yang anak-anak dah sampai sekolah waktu gelap gelita, kalo berlakunya kejadian rompak ka, rogol ka? tak dak perasaan cam gitu ke weh, mak bapak sekalian??? adoi, tak terjangkal akal waras ku ..


******************************************





[sekadar gambar hiasan : sumber : GOOGLE]



Kalau kita perhatikan, bukan setakat pelajar di sekolah menengah, malah, murid-murid di sekolah rendah juga sama naik menunjukkan kehebatan mereka di sekolah. sekolah sepatutnya adalah sebagai medan mencari ilmu, saling bersaing mengejar kejayaan, tetapi bagi mereka sekolah sebagai medan menujukkan perangai buruk dan bersaing siapa yang paling otai dan kaki samseng.


Mari kita lihat sama-sama punca berlakunya Keruntuhan Akhlak di kalangan pelajar di sekolah.


Pengaruh Budaya Barat.


Seperti yang kita sama-sama ketahui, penangan budaya barat seperti skin head, Punk, Black Matel dan sebagainya berleluasa. kumpulan-kumpulan dari ideologi barat ini adalah salah satu strategi Yahudi dalam menghancurkan Isalm. Kita sedia maklum yang golongan berumur sudah semakin tiada (menemui ajalnya) dan apabila anak-anak muda cenderung dalam melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah sekaligus mencemarkan imej dan tidak mengamalkan nilai-nilai islam itu sendiri, bagaimana belia kini akan maju. Kadang-kadang kita lupa, yang cuba mengikuti kumpulan berideologi barat ini adalah dari golongan yang berpelajaran tinggi. dimanakah silapnya kita?



Pergaulan Bebas/ Pengaruh Rakan Sebaya. (Mat Rempit, Clubbing, Penagih Dadah, Gam dan ganja)

Rakan sebaya merupakan medium kedua dan merupakan penyebab berlakunya keruntuhan akhlak dikalangan remaja. Dimana medium kedua terbesar adalah ibu bapa itu sendiri. Rakan sebaya adalah antara golongan yang paling banyak berada bersama seseorang individu. Apabila keluarga kurang pengawasan terhadap anaknya, maka kebiasaanya individu itu akan cuba mencari rakan untuk membantu ia menyelesaikan masalah tersebut. Jika individu itu sendiri salah memilih kawan dan antara rakan-rakan tersebut cuba membawa dirinya ke jalan yang negatif, maka berlakunya keruntuhan akhlak pada masa kini. Remaja akan hilang kewarasan dimana mereka akan menyangka rakan-rakannya adalah benar berbanding apa yang diperkatakan ibu bapa mereka sendiri.


Kekeringan didikan agama.

Pertamanya didikan agama dari ibu bapa itu sendiri. Ibu bapa remaja itu sendiri tidak menunujukkan nilai-nilai keislaman terhadap anaknya. Tidak menegaskan tentang wajibnya solat dan puasa. Sunatnya membaca al-Quran dan melakukan perkara-perkara yang baik dan mendapat pahala. Apabila ibu bapa sendiri di rumah tidak menunjukkan contoh yang baik, anak-anak akan hilang hormat terhadap anaknya lebih-lebih lagi apabila ibu bapa tidak solat, todak menutup aurat dan sebagainya. Lagi, masa kini, remaja tidak hormat langsung dengan ibubapa sendiri. Mereka cuba 'memperkacangkan' ibu bapa mereka. Ditengking, dihina, diherdik, dipukul dan sebagainya. Dimanakah tanggungjawab seorang anak dan tidak hairanlah jika anak tersebut digelar 'anak tanggang'. Keduanya ialah didikan agama oleh ustaz ustazah di sekolah. Keperihatinan guru-guru agama dalam cuba membentuk sahsiah pelajarnya adalah jalan sekurang-kurangnya isu keruntuhan akhlak masa kini dapat dikurangkan.


Tidak Wujudnya Hubungan kekeluargaan.

Hubungan kekeluargaan yang tidak mesra. Malah tidak wujud langsung di rumah. Ibu bapa tidak ada masa makan bersama anak, terlalu sibuk berkerja, tidak berkesempatan berbincang bersama anak tentang hal-hal pelajaran, tidak berusaha menjadi pendengar setia setiap masalah yang anak hadapi. Jika kita lihat, remaja bermasalah kebiasaanya mempunyai masalah yang bermula di rumah. Ada yang kurang mendapat kasih sayang. Ada yang menjadi mangsa penceraian, mangsa rogol, mangsa dera dan sebagainya. Hal-hal sebigini menyebabkan remaja masa kini semakin hilang kawalnnya.


Kurangnya pemurnian dari ibu bapa atau keluarga terdekat.

Ibu bapa perlulah menunjukkan sikap-sikap yang baik di rumah dan di luar rumah. Bukan sahaja menunjuk, malah mengamalkannya apabila bersama anak-anak. Jika ibu bapa jenis ini sering prihatin dengan akhlak, pasti dari kecil ibu bapa tersebut telah cuba memberi contoh dan menegur anak supaya berkelakuan sopan di khalayak. Contoh didikan masa kecil, jika anak kecil terkinja-kinja ketika majlis doa selamat iaitu ketika ayat suci Al-Quran diperdengarkan, apa salahnya ibu bapa menegur secara berhemah, menyekat perbuatan anak tersebut. Nampak perkara itu ringan dengan usia kanak-kanak yang kecil, jika dari usia begini tidak kita tegur, pasti hingga ke besar anak-anak ini akan lebih sukar di tegur. Pemurnian juga merujuk kepada pengamalan nilai-nilai murni oleh ibu bapa. Nilai-nilai murni yang elok diamalkan ialah menghormati ibu bapa, menghormati golongan lebih berusia, jujur, tidak berbohong, tidak mencuri dan sebagainya. Jika pemurnian amalan nilai murni ini diterapkan sejak dari kecil pasti anak-anak akan memahami dan sama-sama mengamalkannya bersama ibu bapa.


*********************


Keruntuhan akhlak remaja jika dibincangkan tidak akan pernah berkesudahan. Masalah sebegini perlukan keprihatinan banyak pihak, ibu bapa, guru, masyarakat, rakan sebaya dan dari diri remaja berkenaan. Walaubagaimanapun, sebagai ibu bapa kita seharusnya cuba menunjukkan contoh yang terbaik demi anak-anak. Semoga Isu Keruntuhan Akhlak ini semakin hari semakin dapat ditangani.


nota kaki :
  • Elok juga kalau buat macam sekolah-sekolah di Terengganu, sebelum memulakan Proses pengajaran dan pembelajaran, pada awal pagi pelajar Islam diminta membaca ayat suci al-Quran supaya dapat mencuci hati mereka. Malah negeri Terengganu berjaya melahirkan cendakiawan yang bijaksana, berjaya juga melahirkan pelajar-pelajar cemerlang, berakhlak, berkemahiran dan sebagainya. Penulis pelik juga apa salah jika kita amalkan ia di semua negeri. Inikan negara Islam. Apa pendapat anda pula?
Categories , 11 anak murid kena cubit

Tuesday, June 21, 2011

T-SHIRT KAMI CIKGU BLOGGER. JOM TENGOK!




Assalamualaikum semua pembaca blog yang tak pernah jemu menghadirkan diri dan meninggalkan jejak disini. terima kasih banyak-banyak ya. [senyum]

Kepada yang masih belum tahu atau yang belum lagi join, aku telah cuba membina satu blog khas untuk rakan-rakan cikgu blogger. korang boleh la datang jenguk walaupun blog tu simple sahaja. kalau sudi dan kalau ada masa datang lah ya. Lagi satu kalau ada cadangan boleh la korang bagi, untu memajukan blog tersebut.





Disini terdapat sedikit pengumuman dimana T-shirt Kami Cikgu Blogger sudah pun siap. T-shirt ni tidak terhad kepada cikgu-cikgu blogger sahaja, blogger lain or sesiapa yang nak beli untuk rakan-rakan atau keluarga dipersilakan.

Encik Alfieeano adalah designer bagi T-shirt ini. student Pendidikan Seni Visual di IPG Kampus Sultan Mizan, Besut Terengganu.

Designer asal untuk header blog tu Blogger Ahmad Alief


Setakat ini tempahan belum lagi dibuka. Aku baru cuba war-warkan berita ni. Harap-harap korang semua boleh sebar-sebarkan kepada rakan-rakan yang berminat ya. Harga pun belum ditetapkan lagi, tengah mencari harga berpatutan dan kualiti kain yang memuaskan untuk korang semua. Apabila tempahan telah dibuka, akan saya beritahu kemuidan. Kalau suka boleh LIKE entry ini.


jika ada sebarang persoalan, keraguan atau kemusykilan boleh email aku permysuri_hati@yahoo.com atau cari di facebook (ada di sidebar)

sekian, terima kasih.





6 anak murid kena cubit

Monday, June 20, 2011

Tips kekal selamat menggunakan facebook daripada digodam



Laman facebook sekarang semakin hari semakin tidak selamat. ada rakan-rakan mengadu dimana email mereka di hack, facebook hilang dan sebagainya. dan saya disini kongsikan beberapa tips dari rakan blogger dari blognya CRITICAL ANGLE. beliau ada tips yang boleh buat anda bersedia dan berjaga-jaga supaya facebook anda selamat dari digodam. mari kita ikuti tips beliau dibawah :

********************

Facebook, laman sosial utama di dunia kini semakin bertambah bilangan penggunanya termasuk di Malaysia. Seiring dengan itu, ramai penggodam-penggodam cuba mengambil kesempatan untuk menggodam (hack) akaun-akaun milik pengguna yang kurang menitikberatkan langkah keselematan akaun facebook mereka. Boleh dikatakan setiap hari pasti ada sahaja akaun yang akan digodam.


hack facebook

Perhatian: Langkah-langkah berikut hanyalah panduan asas, terdapat lagi cara lain untuk menggodam facebook, dan dari semasa ke semasa, mungkin terdapat juga beberapa vulnarebilities baru yang dijumpai untuk menggodam akaun pengguna facebook.


1. Jangan berkongsi password


Serius, ini paling simple. Jangan kongsi password, walaupun dengan “kekasih” korang. Dulu saya pernah tulis kisah seorang pemuda yang akaun facebooknya dihack oleh teman wanitanya setelah mereka putus hubungan, sebab utamanya? Kongsi kata laluan (password). Yang belum baca boleh baca entry Akibat Putus Cinta, Facebook Di Hack. Hasil maklumbalas komen memang ramai yang setuju, jangan kongsi password, lagi-lagi dengan orang yang korang panggil “awek” tu sebab mereka belum tentu lagi akan berkahwin dengan anda. Woha!


2. Gunakan https


Tips berguna daripada Harisfazillah di blog beliau. Gunakan protokol https di facebook anda. Secara defaultnya, protokol yang digunakan adalah http, dan anda boleh tukar kepada https dengan mengikut langkah berikut:

  • Account > Account Settings > Account Security
  • Tick pada “Browse Facebook on a secure connection (https) whenever possible


3. Enable Account Activity


Yang ini pernah diceritakan oleh Mohd Isa dalam tulisan beliau Akaun Facebook Kena Hack. Melalui bahagian “Account Activity, pengguna dapat melihat lokasi tempat mereka menggunakan facebook. Jika ada aktiviti yang mencurigakan, mereka boleh “deactivate” aktiviti mencurigakan tersebut dan menukar kata laluan serta merta menggunakan telefon bimbit mereka. Contoh paparan aktiviti mencurigakan (sumber: blog.mohdisa)

facebook hacked

Cara untuk aktifkan:

  • Account > Account Settings > Privacy > Account Security
  • Pada bahagian “When a new computer or mobile device logs into this account:” , tick pada:
  1. Send me an email
  2. Send me a text message


4. Hide email


Antara info yang diperlukan untuk login ke akaun facebook anda alamat email dan password. Sekiranya alamat email yang dipaparkan di bahagian info profil anda bukan email yang digunakan untuk login akaun facebook, itu tidak menjadi masalah. Sekiranya email tersebut digunakan untuk facebook anda, lebih baik sembunyikan (hide):

  • Account > Privacy Settings > Customize Settings
  • Pada bahagian Contact Information, pilih ” Me Only” untuk email anda.


5. Kurangkan maklumat peribadi di profil


Ada beberapa cara untuk hack facebook, antaranya adalah melalui maklumat peribadi pengguna sendiri yang terpapar di facebook. Cara begini lebih dikenali sebagai social attack (kot. hahaha). Setelah mendapat email pengguna, penggodam hanya perlu “meneka” kata kunci daripada maklumat-maklumat yang dipaparkan. Serius, cara ni antara yang berkesan sebab ada pengguna yang leka meletakkan maklumat peribadi yang mungkin mengandungi katalaluan.


6. Berhati-hati dengan phishing


Phishing adalah satu lagi cara mudah untuk menggodam akaun facebook seseorang. Bagi yang tidak tahu, dalam teknik phishing, penggodam akan menghantar link kepada mangsa, di mana link tersebut mengandungi halaman seakan-akan mirip facebook. Apabila pengguna memasukkan email dan password, secara automatik data tersebut akan dapat dibaca /dihantar kepada penggodam.


7. Hati-hati klik short link


Ha, yang ni pun satu lagi. Mengikut maklumat dari blog The Hacker News, sekumpulan penggodam berjaya menggodam kira-kira 1000 akaun fanpage facebook! Anda lebih kenal rakan anda, kalau yang jenis “hacker” tu, hati-hati lah ye tekan link. Cara lain, boleh copy link tu, scan di virustotal.com. Contoh link-link yang mencurigakan:


hack fb



credit to : CRITICAL ANGLE > BLOG
*thanks for your tips*


Categories , , 0 anak murid kena cubit

Saturday, June 18, 2011

#Entry Penghargaan : Terima Kasih Mel Amalina





Assalamualaikum. semua sihat-sihat belake kah? senyum la sikit baca penulisan kali ni. masam aja muka tu tak comel pulak.
[ketawa sopan]

Dalam dunia blogging setiap hari kita akan cuba bina hubungan yang mesra dengan penulis blog yang lain. aku jenis yang jarang juga blogwalking, tapi biasanya aku blogwalking dekat blog yang memang aku nak baca perihal diri mereka. ironinya, blog yang ada dalam list aku termasuk satu blog comel ini. (KLIK LINK BLOG DI BAWAH)




Pada pendapat aku, Cik Mel Amalina ni jenis yang mudah mesra. mungkin juga pendiam, tapi bila selalu berkomunikasi dengan dia, mesti dia akan layan dengan manja. eceh. hehe. aku tak pernah jumpa Mel Amalina, dan aku berharap satu hari nanti aku akan dapat juga jumpa beliau. yes, itu memang harapan aku tahun ni. harap sangat-sangat ni, Mel dengar tak? hii.. Lagi satu Mel ni kreatif, rajin buat doodles. comel-comel semuanya dia juga ada bukak tempahan dan sangat murah. boleh request kat dia tanpa rasa segan silu ok.



[hadiah doodles comel dari Cik Mel]



Dan sempena persahabatan kami, Cik Mel telah bagi saya satu doodle yang sangat comel. comel macam tuan nya juga. Perasaan terharu tak lari dari lubuk hati ni. Terima Kasih banyak-banyak. Siapa-siapa nak berkenalan dan nak bina persahabatan dengan beliau leh la jenguk blognya ya. Dialu-alukan. nanti Cik Mel bawa anda semua pergi ke bintang!



Dekat bawah ni ada karya doodles Cik Mel Amalina, Jom kita tengok!
Jangan Crop, Copy & Paste dan buat hasil penat lelah beliau ni macam hasil kamu pula. kesian Cik Mel nanti.







Comel kan? tu belum tengok tuannya lagi. kihkih. Sebenarnya banyak lagi karya Cik Mel, korang pergi jenguk beliau punya blog ok. rajin-rajinlah tegur dia. mesti Cik Mel kembang-kembang nanti. hee. ok, itu sahaja entry penghargaan atas persahabatan yang telah kami jalinkan ni. terima kasih Mel sebab sudi layan perangai Cik mas. Sayang kamu sangat-sangat. bai bai semua!

Mel kamu kena nangis baca entry ni tau! haha



Categories , 5 anak murid kena cubit

Wednesday, June 15, 2011

Yakinlah dengan pasangan yang ada disamping kita, Jangan pula dibanding beza!





Dalam sesebuah hubungan, setiap manusia inginkan yang terbaik. baik lelaki mahupun wanita, mahukan kehidupan bahagia, memiliki pasangan yang beriman, memahami, meyayangi setelus hati, setia dan sabar. Bagi aku, hubungan yang bahagia tidak terletak pada kemewahan. Ini pendapat aku. biarpun pendapat orang lain katakan tiada kemewahan tidak akan bahagia juga kelak. Malahan, hubungan yang bahagia datangnya dari hati. Hati yang ikhlas menerima pasangan seadanya, berada di samping ketika susah dan senang dan sabar dengan kerenah masing-masing. tetapi dalam dunia ini, ada jenis manusia yang tak habis-habis suka membanding beza hubungan sendiri dengan hubungan orang lain, membezakan itu ini hingga hubungan semakin hari semakin suram.



Membanding beza terbahagi kepada dua aspek dimana banding beza yang postif dan negatif.

Banding beza Positif


Pada pendapat aku, banding beza positif banyak lagi cabangnya :
  • Contoh situasi : Banding beza kejayaan

Abang : Sayang, Zarul tu dengan makwe dia tu pandai betullah, pointer semester sama-sama tinggi. tak pernah jatuh 3.5 kebawah. kita tiru cara diorang belajar nak? mesti kita boleh berjaya macam diorang.

Sayang : Ha'ah lah, diorang berdua memang pandai, tapi abang janganlah banding-bandingkan kita dengan diorang. diorang tu budak sekolah sains, kita ni budak sekolah menengah biasa saje.


Si lelaki membanding beza hubungannya dan berharap sang kekasih memahami hasrat untuk berjaya bersama. tetapi si perempuan pula buat gaya ego, apasalahnya beri semangat, kekuatan dan sokong pendapat pasangan. Pasti hubungan akan lebih manis dan si lelaki akan rasa lebih di hargai. Banding beza ini akan membawa kebaikan dimana pasangan sama-sama mencipta kejayaan kerana saling menyokong.
  • Contoh situasi :Banding Beza Keimanan

Isteri : Abang, rasanya dah lama kita tak solat berjemaah, kita solat sama-sama nak? Abang imamkan ya?

Suami : Boleh sayang, kita solat sama-sama. Kita doakan untuk hubungan kita supaya kekal hendak-Nya. macam keluarga Ustaz Fadli tu, sentiasa solat jemaah, bahagia je tengok mereka kan?


Kadang-kadang ada lelaki bila bersama pasangan, dia berharap pasangannya akan sentiasa mengajaknya kearah kebaikan. Mengingatkannya supaya bersolat, bersabar, dan sentiasa ingat pada Allah. Banding beza seperti ini membawa kepada kebaikan kerana ia sama-sama membawa pasangan ke pintu syurga dan sama-sama mendapat pahala. Indahnya pasangan seperti ini.


Banding beza negatif


  • Contoh situasi : Banding beza kemewahan
Perempuan : B, bila u nak belikan i rantai Habib Jewels ni. housemate i si zara tu dah dapat dari boyfie dia. i nak tunggu dari u la b. nanti b bagi ya?!

Lelaki : La baby, nape banding-bandingkan i dengan Zara tu, boyfie dia Doktor, i ni jadi promoter Celcom je. Baby, u kena la faham situasi kita, kita tak sama dengan diorang. Sabarlah, nanti i ada duit, i belikan untuk u ok?


Semua orang pun tahu, kemewahan menjamin kebahagiaan. Itu semua orang kata, bukan aku. Bagi aku, kalau kita biasakan pasangan kita dengan kemewahan, hanyut pasangan kita tu dan pastinya akan naik lemak. Lepas satu-satu yang dimintanya. Bila kita dah tak berduit, hutang piutang sana- sini, ditinggalkan kita jua. Baik lelaki mahupun perempuan, Menangis air mata darah dah tak berguna. Banding beza jenis ini tak membawa apa-apa faedah. malah membinasakan hubunga. tetapi jika kita fikirkan dari aspek yang positif, dengan duitlah manusia boleh berkahwin, mendapat makan, tempat tinggal, berjaya dan sebagainya.


  • Contoh situasi : Banding beza Paras rupa dan bentuk badan

Abang : Sayang, kenapa pakai tudung bawal ni. tak cantiklah. cuba tengok perempuan yang jalan tu, pakai selendang beli-belit, ada sanggul nampak bentuk badan. serius cantik! sayang pakai macam tu bila kuar dengan abang lepas ni ya.

Sayang : baik la Abang, demi abang. nanti sayang cari dan pakai ok. Sayang abang!


Situasi macam ni bukan benda janggal. benda biasa dan sekarang memang sedang berlaku dimana-mana. pasangan nak masing-masing berubah penampilan, suruh pasangan pakai smart-smart, make up tebal-tebal dan pakai pakaian menjolok mata demi pasangan. ya, mereka sanggup berubah. Banding beza jenis ini jelas membawa kearah yang tak baik. Bagi aku, kalau anda jumpa pasangan jenis ini, dan anda baru nak mulakan hubungan. akhirkan sahaja secepat mungkin sebelum cinta jauh dalam berputik. sebab sedikit demi sedikit dia akan minta anda berubah, berubah, dan berubah. manusia jenis ini tak akan puas! tetapi kalau kita jumpa pasangan yang minta kita berubah supaya pakai pakaian yang labuh-labuh dan menutup aurat, boleh lah lekas-lekas bawa jumpa mak ayah ya. boleh buat calon suami.


thesilentsmiles:  yours is written by God :’)
[Allah, Tuhan yang sentiasa menulis tentang jalan cerita hidup kita]


Setiap pasangan tidak perlulah membanding beza kekasihnya dengan kekasih orang lain. Lihat kemampuan, kelemahan, pengorbanan yang kekasih anda telah lakukan demi hubungan kamu. Bukan minta dia berubah, memuji-muji pasangan lain dihadapan kekasih dan sebagainya. Jangan juga kamu terlalu mimikirkan khilaf yang tak kesudahan. Manusia pasti melakukan kesalahan, tapi tak semua kesilapan dapat memberi perubahan dalam hidupnya. Memaafkan dan bertolak ansur. Apasalahnya tegur menegur kearah kebaikan demi hubungan. Setiap lelaki mahupun perempuan berharapkan pasangannya menerima seadanya, ikhlas dan suci dengan cintanya. Tidak semestinya pasangan yang sama cantik sama padan itu bahagia, yang sebaliknya juga adakalanya lebih bahagia dari yang mementingkan rupa, kemewahan dan nafsu.



“kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. nanti allah kurangkan rasa cinta padanya dan allah takkan bagi. tapi luahkan pada allah, beritahulah allah. allah maha tahu jodoh kita siapa.”

itu sahaja, selamat membaca. kalau suka boleh LIKE! :)




dari jari si penulis biasa : cikmas



Categories , , 24 anak murid kena cubit

Tuesday, June 14, 2011

Perkhabaran Gembira



assalamualaikum
selamat berbahagia dan senyum selalu

[hanya Allah yang tahu segala-galanya dalam hidup kita, jangan kita ingkar, jangan kita takbur]



beberapa hari yang lepas, aku memang tersangatlah sibuk. kalau sekarang cikgu-cikgu dah ke sekolah dan mula mengajar, anak-anak murid pun dah mula belajar, tapi aku sebagai guru pelatih IPG, kami cuti 3 minggu dan minggu ni masih boleh bercuti dan bersuka ria. start kelas Ahad/Isnin depan. sempatlah bermanja-manjaan dengan family dulu dan buat persediaan naik semester akhir, semester 8 ok.

ya, cuti kali ni kebanyakannya aku tak da masa untuk berbloging.. masa cuti aku kena hargai sebaik mungkin tu yang jadi update blog 4 hari sekali. jadi, maaf banyak-banyak. kepada yang tak serik-serik bagi semangat dan jenguk blog kecil aku ni. sangat terharu.

yang masih tak tahu, aku sekarang belajar dekat pengakalan Chepa, so mesti orang tau tempat tu sangat jauh. kalau naik bas dari Muar kira-kira 10 jam, kalau naik kereta lebih kurang 12 jam (berhenti 4 kali). aku jarang sangat balik, jadi aku balik Muar bila ada cuti sekolah yang lebih 3 hari. kalau cuti hujung minggu setakat 2 hari, aku tak kan balik sebab membazir duit tiket. duit tiket RM104.40 (pergi balik) boleh simpan buat makan. tu mak ayah aku pesan jangan balik. aku pun tak kisah, sebab RM100 tu sangat berharga bagi aku, so aku boleh makan dalam tempoh 3 minggu. itu kehidupan aku yang ala kadar sahaja.


ada 3 perkara yang berlaku dan sangat-sangat buat aku happy masa cuti ni.

  1. aku satu family bersama mak ayah, abang fuad dan abang zaki (5 orang) bercuti di Kelantan dan Kuala Terengganu
  2. cik Irine Nadia Marcello bertunang (walaupun tak da kait mengait darah daging, tapi aku nak rasa girang jugak. sebab beliau blogger yang aku rasa paling dekat dengan aku. tak sombong dan sangat baik)
  3. dapat anak sedara baru, perempuan ok. baby anak abang yang sulung kat JB



credit to blogger famous : cik Irine Nadia Marcello


Kepada yang bertunang iaitu blogger Irine Nadia Marcello, semoga hubungan kekal hingga akhirnya. mudah-mudahan sabar dalam menghadapi cabaran mendatang, kuatkan semangat dan jaga diri sebaik mungkin. nanti kenduri kahwin jangan lupa jemput para blogger ok. ramai nak datang, dan sanggup datang walaupun jauh. sebab kamu blogger yang buat orang lain kagum dan mempunyai nilai moral yang tinggi. sanagt sanjungi kamu :)

buat anak saudara aku yang baru lahir, bernama Faiqah Insyirah (Pemimpin yang disenangi), semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam setiap perkara yang di harapkan. InsyaAllah.

ok. setakat ini sahaja penulisan aku kali ini. insyaAllah ada masa aku akan update lagi tentang perkembangan diri aku. pembaca blog sekalian jaga diri baik-baik ya. kalau ada terserempak cikmas dimana-mana sila tegur. terima kasih semua.


"jangan jadi pemurah, kerana pemurah tak bertempat itu akan memakan diri"


4 anak murid kena cubit

Monday, June 6, 2011

Pelajar tak faham al-Fatihah

KUALA LUMPUR: Agak mengejutkan dan membimbangkan apabila kajian mendapati ramai pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) tidak memahami maksud surah al-Fatihah yang menjadi salah satu daripada 13 rukun solat.


Tokoh akademik dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Emeritus Datuk Dr Isahak Haron berkata, hasil kajian dijalankannya mendapati lebih 80 peratus pelajar tingkatan dua dari beberapa sekolah menengah serta penuntut sebuah universiti gagal menjelaskan makna dan terjemahan surah berkenaan.


“Perkembangan itu ternyata membimbangkan kerana pemahaman dan penghayatan makna bacaan al-Fatihah amat penting untuk memperoleh kekhusyukan dalam sembahyang sekali gus memberi lebih kesan ke arah pembentukan Muslim sejati yang dituntut agama.

“Justeru, sistem pendidikan Islam di sekolah mesti menitikberatkan aspek pemahaman serta penghayatan dalam mengerjakan sembahyang...bukan hanya tertumpu kepada didikan pergerakan fizikal atau bacaan yang betul saja,” katanya.


Beliau berkata demikian dalam ucapan dasar ketika Forum Pendidikan Nasional bertema ‘Transformasi Pendidikan Nasional Hadapi Cabaran Pembangunan Ekonomi dan Perubahan Politik’ anjuran Majlis Perundingan Melayu Malaysia (MPM) di Kelab Sultan Sulaiman di sini, pagi semalam.


Pengerusi Panel Pendidikan MPM, Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar bertindak sebagai moderator forum itu manakala ahli panel terdiri daripada Naib Canselor Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak), Prof Datuk Dr Md Zabid Abdul Rashid; Presiden Institut Pemasaran, Datuk Sharifah Mohd Ismail dan bekas pensyarah Universiti Malaya (UM), Prof Dr A Rahim A Rashid.

Pada masa sama, Dr Isahak menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pelajar Melayu dari tahun dua hingga tingkatan lima yang masih tertakluk kepada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).


Beliau berkata, mereka dikhuatiri bukan saja terus lemah dalam dua subjek teras itu, malah gagal menimba ilmu di sekolah sehingga terjerumus ke dalam gejala negatif bagi membuktikan kebolehan dan kelebihan masing-masing.






[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.


Kelebihan Al-Fatihah



1. Dibaca 41 kali bersama dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas sebelum tidur insya Allah akan dijaga dari sekalian bahaya kecuali mati.

2. Dibaca 41 kali setelah qabliah subuh (sebelum fardhu Subuh) akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala:

a. Dimudahkan naik pangkat
b. Diluaskan rezeki
c. Dimudahkan membayar hutang
d. Disembuhkan dari penyakit
e. Orang yang lemah akan dikuatkan oleh Allah serta digalati, disegani dan dihormati
f. Disayangi oleh semua makhluk
g. Percakapan didengar orang
h. Selamat dari bala bencana

3. Diamalkan 7 kali selepas solat fardhu akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala:

a. Berkat dalam kehidupan
b. Dihilangkan kesusahan di dunia dan akhirat.

4. Diamalkan 20 kali selepas solat fardhu tanpa berkata-kata akan diluaskan rezeki dan dikurniakan rezeki tanpa diduganya.

5. Jika dibaca 40 kali di air maka air itu akan menjadi ubat dari segala penyakit kecuali mati.

6. Ditulis dan dilebur dengan air dengan izin Allah akan hilang segala kerisauan, kesusahan dan ketidaktenangan hati dan jiwa.

7. Jika dibaca 121 kali oleh orang yang diikat / dipasung dengan khusyuk dan penuh keyakinan dan ditiup sebanyak 10 kali pada ikatan itu dengan izin Allah akan terlepas.

8. Jika ditulis kalimah pada kenderaan dan rumah akan terhindar dari perkara yang tidak baik termasuk kecurian.

9. Dibaca مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ pada sebiji batu atau apa sahaja melainkan najis kemudian diletakkan pada kenderaan, insya Allah kenderaan tersebut tidak akan diganggu, dikacau atau dicuri dengan syarat selepas meletakkan batu tadi pada kenderaan tidak boleh menoleh lagi pada kenderaan tersebut (kita serahkan bulat-bulat penjagaannya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala).

10. Dibaca وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ tiga kali senafas ditiup pada binatang garang atau orang zalim dengan izin Allah tidak akan dapat memudharatkan kita.


nota :
  • sama-sama lah kita renung-renungkan. jika kita diberikan kesihatan, dimurahkan rezeki atau dipanjang kan umur sehingga tua tetapi kita tidak berusaha memperbaiki diri dan menghayati Islam pasti kenikmatan hidup tidak akan dirasai dengan sempurna.
  • Al-fatihah lebih mujarab apabila kita berniat baik dan yakin sesungguh-sungguhnya dengan Tuhan iaitu Allah.

Categories , , 12 anak murid kena cubit

Sunday, June 5, 2011

Rahsia Warna Kegemaran Anda





Biru

Jika kamu menyukai warna biru, kamu tergolong sebagai pemurung dan selalu bertindak pasif dalam banyak hal. Mendambakan ketenangan dan ketenteraman. Kamu selalu mendapat kesulitan dalam pergaulan. Begitu juga dalam bercinta kerana kamu cenderung menyembunyikan perasaan.





Hijau

Warna kesukaan kamu hijau, maka kamu tergolong seseorang yang sangat romantik, menyukai keindahan, menyenangi alam dengan udara yang nyaman. Kamu adalah seseorang yang selalu memegang prinsip. Dalam hal bercinta kamu mengidam-idamkan calon teman hidup yang penuh toleransi dan dapat dipercayai.







Kuning

Kesukaan kamu warna kuning menandakan bahawa kamu memiliki sifat optimis.Kamu seorang periang dan senang bergaul, tidak memiliki penampilan yang muram. Sifat tolong-menolong selalu ada dalam diri kamu,kerana menolong merupakan suatu kewajiban mutlak bagi kamu. Kamu orang yang tidak pernah meremehkan siapapun jua, walaupun seseorang itu lemah dan bodoh.






Ungu

Jika warna Ungu (Violet) menjadi warna kegemaran kamu maka kamu adalah seseorang yang benar-benar luar biasa. Dalam menghadapi masa depan kamu tidak pernah ragu-ragu, apa yang dikerjakan kamu adalah yang terbaik. Kamu pandai mengikuti perkembangan zaman. Dalam bercinta, hanya merekalah yang kuat mental yang dapat mendekati dan menjadi kekasih kamu.






Putih

Jika kamu menyukai warna putih, maka kamu adalah orang yang dilahirkan ke dunia dengan sempurna, banyak orang mengagumi kamu kerana sifat anggun, sifat idealis dan moral kamu yang teramat tinggi. Tak pernah angkuh,senang menolong siapa saja yang memerlukan bantuan kamu.



Black Rose Cute Layout

Hitam

Kamu sangat lincah dalam hal-hal tertentu saja. Jika kamu berada dilingkungan yang tidak disukai, maka kamu akan menjadi murung. Kamu selalu tampil menarik dan rapi. Ramai orang cuba mengejar dan merebut cinta kamu


Merah

Kamu seseorang yang sangat berwibawa. Walaupun sering kali bergaul dan bersosial dengan lawan jenis tapi kamu dapat menahan diri. Banyak orang meluahkan cinta, tapi kamu selalu berfikir dan berfikir lagi. Kamu termasuk golongan yang sukar jatuh cinta.


Categories , 5 anak murid kena cubit

PERSOALAN NUFFNANG, HALAL ATAU HARAM?



Assalamualaikum pembaca blog sekalian. sihat semua? mudah-mudahan dilimpahi kesihatan dan kemurahan rezeki hendak-Nya

Kembali menulis dan membaca blog rakan-rakan dan kesudahannya terserempak dengan beberapa artikel berkaitan persoalan sumber duit NUFFNANG. lama juga aku perhatikan dan kaji pasal NUFFNANG dan GOOGLE ADSENSE ni. akhirnya jumpa juga, jadi apasalah sama-sama kongsikan dengan rakan-rakan pembaca blog.




Salam bahagia dan salam seislam kepada semua pengunjung blog ini, Alhamdulillah hari ini Allah telah memberikan saya kekuatan untuk menulis artikel yang berkaitan buat duit dengan iklan perklik atau iklan nuffnang, google adsense, advertlets dan banyak lagi. Tujuan saya menulis artikel ini adalah disebabkan seorang dari pengunjung blog ini bertanya hukum berkaitan iklan-iklan perklik ini.


Sebenarnya, masalah ini dinamakan kontemporari (masalah baru) yang timbul dalam dunia bisnes internet. Ramai orang yang menyertainya kerana bisnes ini sangat mudah untuk menjana pendapatan sampingan, ada orang pernah memperolehi pendapatan dari bisnes ini sehingga ribuan ringgit. Sebelum itu, saya tegaskan bahawa bukan saya menegakkan benda yang haram, tetapi semua kenyataan yang dicatatkan di artikel ini adalah hasil dari kajian saya melalui sumber-sumber yang boleh dijadikan hujah. Perkara yang haram adalah jelas dan perkara yang halal adalah jelas. Bagi sesiapa yang membaca dan mempunyai pendapat yang berbeza, maka lebih baik kita berdiskusi dengan baik dan jangan menggunakan bahasa-bahasa yang kurang baik. Jagalah tingkah laku sebagai seorang Islam yang dikenali dengan akhlak yang mahmudah (baik).


Terlebih dahulu saya berikan maksud iklan perklik ini dahulu untuk memudahkan penulisan atau perbahasan saya dalam artikel ini. Maksud iklan perklik ini adalah seseorang yang memiliki blog atau laman web memohon menyertai ahli di dalam bisnes iklan perklik ini dengan syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh syarikat pengeluar. Iklan yang dipohon dimasukkan ke dalam blog atau laman web dan dibayar pada setiap kali pengunjung mengklik iklan yang disediakan di blog atau laman web peserta. Banyak syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik ini, contoh syarikat iklan perklik ini ialah nuffnang, google adsensa, advertlets, dapat wang, jutawan klik, adbrite dan banyak lagi. Ada syarikat yang menyediakan perkhidmatan secara percuma dan juga yang menyediakan perkhidmatan berbayar mengikut pakej yang disediakan.

Menurut pendapat saya, menyertai iklan perklik ini diharuskan kerana, di sini tidak terdapat penipuan dan penindasan dan ada ikatan perjanjian yang perlu dipatuhi kedua belah pihak. Sumber pendapatan yang dimiliki adalah dari hasil pekerjaan ahli yang meletakkan iklan di dalam blog dan web mereka. Timbul persoalan siapa penjual. Siapa pembeli? Jawapannya ialah penjual ialah syarikat yang menyediakan perkhidmatan iklan perklik dan pembelinya ialah pemblog yang meyertainya untuk memiliki iklan perklik, bukan pengunjung sebagai pembeli, kerana pemblog yang melakukan permohonan dan menandatangani perjanjian dengan syarikat pengeluar.


Bagaimana pula syarikat yang mempunyai iklan yang diharamkan oleh Islam?

Jawapannya semasa pemohon mengisi boring jenis iklan yang diingini oleh pemohon, jika pemohon menerima iklan-iklan yang diharamkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan menjadi haram dengan sebab pemohon redho (bersetuju) dengan iklan yang diharamkan Islam. Tetapi pemohon memilih iklan yang dihalalkan oleh Islam, maka duit yang dihasilkan adalah halal dan boleh digunakan untuk keperluan hariannya. Contoh iklan yang diharamkan Islam ialah arak, judi, porno dan seumpamanya. Manakala contoh iklan yang dihalalkan oleh Islam ialah iklan makanan, kesihatan, ubat-ubatan, barang-barang keperluan dan seumpamanya.


Bagaimana jika pihak syarikat membayar ahli dengan duit yang dicampur-campur dengan duit dari sumber yang haram? Jawapannya, Perlu kita fahami bahawa wang atau ‘fiat money' atau duit kertas itu tidak menjadi haram kerana sifat fizikalnya. Ia bukannya seperti najis yang boleh merebak ke bahagian lain apabila bercampur. Menjadi haram cara kita memperolehi duit tersebut bukan duit yang menjadi haram. Contohnya, seseorang itu meletakkan iklan arak atau judi di dalam blog atau webnya, maka inilah yang dinamakan haram kerana cara perolehannya tidak betul. Duit itu tidak menjadi masalah dan boleh digunakan kerana yang bertanggungjawab adalah pihak syarikat dan bukan kehendak pemohon.


Ingatan saya kepada semua, berhati-hatilah dalam bisnes ini kerana ia boleh jadi haram dengan perbuatan pemohon. Menurut pandangan Ustaz Ismail seperti berikut :

“Melalui iklan, blog mampu menjana pendapatan yang lumayan tetapi berhati-hatilah kerana ia mampu mengubah hukum pendapatan itu dari halal yang sepatutnya menjadi syubhah dan mungkin sekali sehingga haram. Pernahkah anda terlihat atau terbaca di mana-mana blog, ayat-ayat yang berbunyi :

" Sila bantu saya menjana wang, sila klik pada iklan "
" Klik pada iklan bagi menjana wang untuk blog ini "
" Bantu saya dengan satu klik pada iklan "


Setiap ayat di atas mengajak kita untuk membantu penulis blog bagi menjana pendapatan untuknya melalui iklan. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat perjanjian di antara ejen pengiklan dan penulis blog di mana penulis blog tidak boleh menyuruh, menyebabkan pelawat blog mengklik pada iklan dengan sengaja seperti contoh-contoh di atas. Ia kerana ajakan atau suruhan tersebut menganggu atau lebih spesifik lagi tidak jujur dalam melawat iklan berkenaan. Berbeza dengan naluri atau niat pelawat blog yang tertarik pada iklan tersebut lalu menghadiahkan klik pada iklan dengan tujuan untuk melihat isi iklan berkenaan dan bukan kerana untuk menderma dengan menggunakan duit pengiklan. Justeru itu, ajakan, suruhan yang berbentuk kepada menyebabkan pengunjung mengklik kerana kasihan atau ingin membantu adalah salah sama sekali begitu juga dengan penulis jika mengklik iklan di blog sendiri dengan niat menambah bilangan klik pada iklan tersebut."


Kesimpulan dari perbahasan di atas ini, saya berpendapat bahawa iklan perklik ini diharuskan dengan hujah, bisnes ini memenuhi syarat-syarat muamalah Islam iaitu penjual (pihak syarikat), pembeli (pemohon/pengusaha/pemblog), barang (produk iklan yang dipersetujui) dan akad (akad mafhum/faham-faham). Tetapi perlu diingat jangan sesekali melanggari syarat perjanjian antara pihak syarikat iklan dan pemohon, kerana ia boleh menjadi haram sepertimana telah diperjelaskan di atas.

sumber : blog saudara hazrill
sumber lain atau rujukan tambahan : blog saudari atikah



nota kaki :
  • rasanya dulu aku pernah letak dalam 4 bulan. lepas pergi satu gathering, ada rakan blogger cerita pasal nuffnang. so, aku nekad untuk remove dan tak letak langsung apa-apa iklan. lagipun aku menulis blog bukan sebab duit atau populariti, tetapi untuk kepuasan kendiri.
  • sekarang terpulang pada individu masing-masing untuk teruskan atau berhenti. saya hanya berkongsi maklumat.
Categories , , 4 anak murid kena cubit
 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas