Monday, March 14, 2011

Alat Pencuci Kelamin dan Jamu Punca Kanser Rahim




assalamualaikum

kali ini, aku berminat dan berniat untuk membuat perkongsian kepada gadis-gadis, ibu-ibu atau wanita diluar sana. harap kalian jelas perkara ini dan lebih berhati-hati. ya, aku bukan doktor mahupun ahli perubatan. tapi ini adalah berdasarkan pembacaan aku. apa salah dikongsi. jika penulisan aku kali ini ini dibaca oleh kaum adam, minta jasa baik adam untuk anda sebarkan.

dunia kita zaman ini, tidak lari lagi dengan pelbagai kisah cinta insan bahagia. ya, itu lumrah, aku tahu. disebalik kisah cinta adam dan hawa, jauh dibenak sang hawa hendak melakukan yang terbaik buat si adam. siapa insan yang tidak mahu lakukan yang terbaik dalam hubungan. ye tak? dalam situasi ini, harapan kaum hawa ini agar cinta adam tak berpaling dan terus setia dengannya. pelbagai cara mereka cuba dan lakukan unutuk memastikan kaum adam tidak meningglkannya, baik kekasih mahupun suami isteri. Antaranya ialah dengan membeli dan menggunakan alat pencuci kelamin. Kononnya hendak mengharumkan, mengetatkan dan menjaga lebersihan faraj. tapi mari kita sama-sama lihat akibat dan kesannya keatas faraj.


persoalan : Bagaimana Alat Pencuci dan jamu tersebut boleh menyebabkan kanser rahim?

Kajian menunjukkan ubat-ubatan tradisional atau jamu yang dimasukkan ke dalam faraj mengandungi ‘alum, boric acid’ dan kapur selain dari herba yang digunakan. Bahan-bahan ini bertujuan untuk mengeringkan dan mengesatkan faraj. Keadaan begini membahayakan kerana boleh mencederakan faraj semasa ‘bersama’. Ini menyebabkan jangkitan kuman dan kulat.

Selain dari merosakkan dinding faraj, bahan yang digunakan pula boleh menyebabkan kanser. Pencuci dan pewangi alat sulit wanita pula membahayakan kerana walaupun dikatakan mengandungi herba atau berasaskan daun sireh, masalahnya kandungan pencuci vagina yang dijual mengandungi kimia merbahaya seperti pewangi, pewarna, ‘isobutane, isopropyl myristate, mineral oil, alcohol, hydrated silica, magnesium stearate, benzyl alcohol, propylene glycol’ dan ‘paraben’.

Ke semua bahan ini boleh menyebabkan radang faraj, jangkitan kuman dan kulat yang boleh menyebabkan keputihan, cecair busuk ke luar dari faraj, kerosakan sistem peranakan dan kematian akibat sepsis atau keracunan darah.

dipetik dari kata-kata Dr. Jamilah
pengasas Zai's Beauty Formula
sumber : KLIK SINI


setelah diketahui segala kandungan dan bagaimana cara ia bertindak menyebabkan kanser rahim, haruslah kita sama-sama cuba mencegah. jika terlalu banyak jamu atau alat pencuci yang telah anda makan atau gunakan, sila buat pemeriksaan dengan pakar secepat mungkin sebelum sebarang perkara yang lebih teruk akan berlaku.

satu kata-kata yang aku ingin kongsikan. perempuan, semakin hari kita semakin tua keupayaan badannya kerana kita mengandung, melahirkan anak dan melakukan kerja-kerja dirumah lebih dari keupayaan. kelak sudah tua, perempuan akan lebih mudah menerima penyakit berbanding lelaki. dari sekarang kita harus menjaga diri dengan sebaiknya. 'menjaga diri' tidak semestinya menggunakan ubat-ubatan tradisonal. banyak lagi kaedah lain. sila jumpa pihak yang lebih master dengan hal ini.

nota kepala : kali ini tiada gambar yang aku paparkan. kerana aku terlalu gerun dan fobia sebab 'terlihat' gambar kanser rahim sebentar tadi. tak tergamak untuk kongsikan.
Categories ,

22 anak murid kena cubit:

Miss PIJAOSIX on 11:47 PM, March 14, 2011 said... BALAS

kene amik tahu segala produk yang nak pakai......tq for sharing..

platipus on 11:49 PM, March 14, 2011 said... BALAS

tkot pulak baca.huuuu..fobia plk nk guna.

.:|kamaryeah|:. on 12:44 AM, March 15, 2011 said... BALAS

thanks atas prkongsian nie~
x tersangka pulak~

Admin on 12:54 AM, March 15, 2011 said... BALAS

ades..
ngeri~

moga2 kte dijauhkan :(

::CIK LYNN:: on 1:16 AM, March 15, 2011 said... BALAS

cik mas, kalu xda snarai bahan2 yg cik mas sebot 2, cmna plak ya??

Wawa Amran on 1:42 AM, March 15, 2011 said... BALAS

Aku banyak gak terbaca hal nie.. Memang x elok guna pencuci kelamin tue.. Tahniah! sebarkan maklumat berguna =D

Nur Hanani on 1:44 AM, March 15, 2011 said... BALAS

yer..saya setuju. Saya pun ada menggunakan produk zai beauty formula..Produk asli tanpa bahan kimia.

Entri Terkini: Kena cari tikus barulah.. yang lama dah kiokkk...

cik mas on 2:18 AM, March 15, 2011 said... BALAS

@~ PIJA ~

wlcme pija :)

cik mas on 2:19 AM, March 15, 2011 said... BALAS

@platipus

berhati2... :)

cik mas on 2:19 AM, March 15, 2011 said... BALAS

@.:|kamaryeah|:.

wlcme. same2 la kita peka hal2 begini :)

cik mas on 2:19 AM, March 15, 2011 said... BALAS

@ahsfantasy24

mudah-mudahan :)

cik mas on 2:20 AM, March 15, 2011 said... BALAS

@Bo0lat's Heart

thanks wawa.. ala terbaca..kongsikan sekali :)

cik mas on 2:20 AM, March 15, 2011 said... BALAS

@::CIK LYNN::

lynn, cik mas tak pasti yg tu. tapi g tgk kat kandungan brg yg awk pakai then try search internet. tengok ada kesan ape2 tak. :)

cik mas on 2:21 AM, March 15, 2011 said... BALAS

@Nur Hanani

wah, ada testimoni ni.. bgs tak produk tu? :)

Unknown on 8:34 AM, March 15, 2011 said... BALAS

assalammualaikom... takde komen nak jawab soalan cik mas je saya ppki skpu3 www.anakkhas.com

shazika on 8:39 PM, March 15, 2011 said... BALAS

salam cik mas :)

Kc Kasedah on 6:26 AM, March 17, 2011 said... BALAS

wuishh mmg bahaya!!! dulu2 guna bila da strt belajar,tak guna da ;)

Mrs Nurul on 4:32 AM, March 18, 2011 said... BALAS

kene kongsi dowh gambar nye..bagi orang tatot ! huuu jamu jamu...jamu mak dara tu bahaya ke..

Jeng3x…
# (Silampuneon dah Grad !) Gambar Konvokesyen PISMP 2011- Part 1#
# Buffered Earnings, AirAsiaX New Zealand (India).#
# Gambar Reharsal Konvokesyen IPGM = )#

khai artzfar on 12:25 AM, March 20, 2011 said... BALAS

cik mas Anda ditag :) http://khaiartzfar.blogspot.com/2011/03/kenapa-aku-suka-blog-mereka-part-2.html

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o on 4:53 AM, March 20, 2011 said... BALAS

salam
maklumat berguna untuk orang perempuan

cikpia on 6:17 PM, March 22, 2011 said... BALAS

takut la plak!!!!

black rose on 7:19 AM, August 25, 2011 said... BALAS

ala...basuh aje ngn air rebusan daun sireh...org2 tua zaman dlu pun basuh ngn tu gak...nape lak kita x leh ikut? lagipun murah dan lebih selamat...

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas