Monday, March 21, 2011

JOM BACA SOAL JAWAB AGAMA

..Assalamualaikum wbt..
Segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah, syukur kerana diri saya masih lagi diberi nafas untuk meneruskan hayat hingga ke saat ini. penulisan kali ini kebanyakan persoalan dan sumber adalah dari blog penulis lain, saya hanya kumpulkan persoalan agama ini bertujuan sebagai perkongsian dan untuk anda jadikan panduan agar kita saling ingat mengingati. (saya telah maklumkan pada penulis blog terlebih dahulu)



Persoalan 1 yang diajukan oleh seorang gadis (saya tidak mengenalinya) telah menjawab persoalan saya sejak dahulu lagi. ya benar, dahulu saya pernah dihujani dengan pemikiran kekeliruan ini dimana ada yang mengatakan dengan pemotongan kuku ketika haid, perlu simpan kuku tersebut, seterusnya ketika mandi wajib haruslah basahkan kuku sama seperti mandi wajib. begitu rumit. namun akhirnya USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL telah menerangkan dengan jelas.



Persoalan 1 : sumber (klik sini)

"cikgu di sekolah saya dan rakan-rakan saya di sekolah juga, berkata “TIDAK boleh memotong kuku ketika haid.. Dan sy m’gikut kata2 mereka, sampai kadang-kadang sehingga panjang kuku saya ini, dan sy merasa geli apabila hendak makan menggunakan tangan…jadi, BETUL kah apa ya cikgu dan rakan-rakan saya perkatakan?



Jawapan :

Kepercayaan menyatakan tidak boleh potong kuku ketika haidh adalah karut dan bukan berasal daripada Islam. Bahkan memotong kuku adalah salah satu sunnah Rasulullah SAW, maka potonglah kuku, tiada masalah.




Persoalan ke 2 pula, saya benar-benar tertarik untuk kongsikan kepada rakan-rakan. kebanyakan wanita diluar sana sangat berminat membeli dan memakai contact lens berwarna warni, warna koko, hijau, mata kucing dan sebagainya. saya telah jumpa jawapannya dan saya juga kongsikan pada anda. sila baca huraian dibawah dengan jelas.



Persoalan 2 : sumber (klik sini)

Assalamualaikum, Saya ingin bertanya dan mendapatkan kepastian tentang penggunaan contact lens (kanta lekap) semasa solat, puasa, adakah sah ibadatnya?

Dan di dalam islam bolehkan seseorang itu menggunakan contact lens samada mempunyai masalah rabun atau sekadar pakai suka-suka?


Jawapan :

Ada dua tujuan memakai kanta lekap;

1. Tujuan perubatan; iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.


2. Tujuan perhiasan; iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;


a) Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
b) Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak harus wanita memakai perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
c) Tidak mengubah ciptaan Allah.
d) Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
e) Tidak menyerupai perbuatan orang kafir
f) Tidak berlebihan.
g) Tidak memudaratkan


Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya).[1]


3. Adapun penggunaan contact lens semada mengambil wudhuk, solat dan puasa; ia tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). Begitu juga dengan puasa; menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun begitu juga; tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.




Seterusnya ialah persoalan mengenai pemakaian bulu mata palsu. ya, saya pernah berniat untuk melakukan perkara itu (masih tidak melakukan lagi). hal ini kerana pemakaian bulu mata palsu adlah sudah menjadi trend dan ikut-ikutan gadis masa kini. kononya nampak cantik dan manis. hakikatnya ia adalah Haram disisi Islam. Astaghfirullahal'azim, nampaknya saya perlu buang jauh-jauh niat tidak baik itu. sekarang saya sudah jelas.



Persoalan 3 : sumber (klik sini)

apakah hukum memakai bulu mata palsu?

Jawapan :

Mencukur/mencabut bulu kening/bulu alis termasuklah menggunakan rambut palsu, dan bulu mata palsu adalah salah satu dosa besar, kerana Rasulullah S.W.A bersabda,


“La’anallaHul waashilata wal mustawshilata wannaamishata wal mutanammishata wal waasyimata wal mustawsyimah” yang ertinya


“Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo” (HR. Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124)


Rasulullah s.a.w. menegaskan: “Allah melaknat wanita yang menyambung rambutnya dan meminta rambutnya disambung.” [Shahih al-Bukhari, no: 5934]


Maksud menyambung rambut ialah mengambil rambut wanita lain untuk disambung ke rambut sendiri. Ia dilarang, sekalipun sekadar hajat atau permintaan untuk melakukannya.


Selari dengan berkembangnya teknologi manusia, pada masa kini teknik menyambung rambut telah diganti dengan teknik memakai rambut palsu. Namun dari sudut hukum, ia tetap sama yakni ia dilarang. Juga berdasarkan kaedah qiyas (analogi), maka dilarang juga memakai bulu palsu sama ada di kening atau kelopak mata. Tidak dibezakan sama ada rambut palus atau bulu palsu itu adalah daripada makhluk lain atau buatan manusia, ia tetap dilarang.


Namun para ilmuan Islam memberi pengecualian kepada larangan di atas, iaitu bagi mereka yang mengalami kecacatan, penyakit atau kemalangan yang menyebabkan kehilangan rambut, kening atau bulu mata. Bagi kes-kes terpencil ini, dibolehkan memakai rambut palsu serta kening atau bulu mata palsu.

sumber : Hafiz Firdaus

Beberapa perkara perlu diberi perhatian, pertamanya NIAT atau TUJUAN. Niat yang tidak baik akan menjadikan sesuaty yang pada asalnya hus itu haram tetapi niat yang baik tidak menjadikan perkara haram itu halal, seperti memakai bulu mata palsu untuk suami, tidak akan mengubah hukum pemakaian rambut palsu itu. Kedua dari segi perlaksaannya mestilah tidak melanggar batas syarak seperti khimat mak andam yang berlainan jantina.


sumber : dipetik dari baheis.islam.gov.my



Di ingatkan semula, jika semua di atas perlu dilakukan kerana sakit, mengaibkan wajah, mencacatkan, jadi hukumnya Harus, tetapi dengan membuang sekadar yang perlu sahaja.


Nota hati :
  • setiap manusia melakukan kesilapan. tapi sampai bila harus belajar dari kesilapan jika kesilapan tersebut berlaku berulang-ulang kali? apapun, kita perlu muhasabah diri dan jadikan Islam sebagai dasar dan panduan. InsyaAllah keberkatan dari Allah menyebelahi diri.
  • penulisan kali ini nampak lebih sopan. tiada penggunaan kata 'aku'. maaf kepada golongan lebih berusia kerana perkataan kata 'aku' pada penulisan lepas.
  • penulisan ini juga ditulis sekadar perkongsian ilmu. tiada niat untuk tunjuk baik atau mendabik dada yang diri saya seolah-olah tidak melakukan dosa. saya ikhlas untuk sampaikan pada kalian.
  • setelah diketahui segala hukum yang dinyatakan dalam Islam, dengan harapan kalian semua akan mengingati perkara ini. sila sebar-sebarkan kepada rakan-rakan.

Wallahu 'alam.


2 anak murid kena cubit:

syairahmohdanuar on 5:18 AM, March 21, 2011 said... BALAS

nice info terutama yang pasal potong kuku tu.thank u thank u! :D

Nabilabee on 5:48 AM, March 21, 2011 said... BALAS

thanks untuk info ni cikgu..hihihi..:)..bermanfaat..

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas