“Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan”.
Perkahwinan itu bahagia. Bahagia apabila pasangan saling bertolak ansur satu sama lain, menyayangi, setia dan saling mempercayai. Zaman dunia serba milenium ini, ramai pasangan ingin berkahwin. Tetapi, yang menjadi masalahnya ialah isu hantaran. Isu ini memang tidak asing lagi di bibir masyarakat kita khususnya masayrakat Melayu dan Islam. sebagai gambaran, hantaran perkahwinan yang di tetapkan oleh pihak perempuan terlalu tinggi hingga menjadikan fitnah kerana si teruna tidak mampu melunaskannya, malah sanggup berhutang sini sana. Dan kadang kala hantaran beribu-riban ni menyebabkan orang di sekeliling kita memperkatakan pihak perempuan sunggu zalim.
Apa rasionalnya apabila ada segelintir pihak sesuka hati dan berkuasa meletakkan hantaran kahwin dengan harga tinggi sehingga kadangkala membantutkan hasrat pasangan yang ingin berumah tangga?
KEPERLUAN DAN KOS PERKAHWINAN
Pertamanya, merujuk kepada harga barang-barang keperluan semasa yang harganya kian naik dari semasa ke semasa. Justeru, bila nak buat kenduri kahwin barang-barang kawalan seperti beras, minyak, gula, tepung, bahan mentah seperti ayam dan daging semuanya diperlukan. Kebiasaannya di kampung-kampung kenduri yang agak besar perlu menumbangkan lingkungan 2 ekor lembu. kalau seekor lembu lebih kurang 2000 hingga 3000, masakan hantaran RM10 000 itu cukup? Itu kalau RM 10 000? kalau hantaran kurang dari itu? Bagaimana pula? Itu tidak termasuk pekej perkahwinan, baju persalinan, kad kahwin, door gift, nak renovate rumah dan sebagainya. Disebabkan tuntutan semasa inilah secara tidak langsung mengheret kepada isu hantaran mahal kerana wang belanja hantaran itulah yang akan dipusing balik untuk dijadikan kos perkahwinan tersebut.
BERPADANAN DENGAN STATUS
- STATUS SI GADIS
Gadis-gadis atau wanita sekarang merupakan individu yang bijak pandai, berpendidikan tinggi serta bekerjaya. Ada tu, pangkat si gadis lebih tinggi dari si teruna. Oleh itu harga yang perlu dibayar perlulah setimpal dengan apa yang bakal anda perolehi. Bukan bermaksud nak ‘demand lebih’ , jual mahal atau menunjuk-nunjuk namun kalau boleh biarlah ianya berpatutan dan tidak menimbulkan ketidakpuasan hati kepada mana-mana pihak. Bila tidak puas hati, timbul pula perbalahan. Buat si teruna, fikir-fikrilah masak-masak sebelum anda memilih pasangan dan pastikan pasangan itu mempunyai ciri-ciri kesekufuan. dan si gadis pula, janganlah terlalu bangga meletakkan harga diri. (Tetapi kadang-kadang dalam situasi ini bukan si dara yang terlebih demand, ada pula keluarga, kadang kala cemuhan orang-orang sekeliling)
Ikuti dialog ringkas di bawah : -
"Eh Limah, anak kau tu kan .......... , tak padan lah nak letak RM 10 ribu je hantaran. kalau RM 15 ribu tu padan dah la. kau jangan la malu-malu. Mntak aje. Kalau lelaki tu nak kan anak kau, pandai-pandai lah dia cari duit!"
"Zarina, kau perasan tak hantaran pengantin tadi. Murah semacam je. jangan-jangan pengantin tu dah pernah 'terlanjur' agaknya... ye lah dah tak ada dara, kurang lah saham!"
- STATUS SI TERUNA
Kadang kala ada si teruna ikhlas ingin menghadiahkan hantaran yang tinggi tersebut kepada bakal isterinya kerana terlalu sayang atau cinta. Lelaki jenis ini adalah lelaki yang bermurah hati. bahagia jika dapat suami seperti ini. tetapi jika si suami mampu, apa salahnya. jika tidak mampu, apakan daya. terimalah apa yang di beri, itu setakat kemapuannya.
Buat wanita-wanita di luar sana, hantaran rendah bukan bermaksud kita tak ada harga atau tak pandai meletak harga. Fikirkan masa depan yang bakal dihadapi selepas berumah tangga. Selepas berkahwin banyak lagi perkara yang perlu difikirkan termasuklah jika bilangan ahli keluarga kian bertambah. Bagaimanapun, segalanya terpulang kepada setiap individu. Fikirlah dengan akal dan hati bersih, bukan dengan hasutan dan bisikan syaitan.
***************************************
Sumber lain untuk tambahan bacaan minda anda : (Klik sini)
Apa rasionalnya letak nilai wang hantaran tinggi?
Pendapat ummi wang hantaran hanyalah hadiah pihak lelaki kepada ibu bapa pihak perempuan. Bukannya mesti ditetapkan. Kalau tidak ada pun tidak jadi kesalahan sebab tidak ada pun dalam hukum syarak munakahat. Yang ada cuma mahar=maskahwin sahaja. Jadi kalau pihak lelaki datang bertanya kepada pihak perempuan,berapa hadiah wang hantaran yang diingini, sepatutnya pihak perempuan boleh jawap, berilah berapa ikhlas , ikut kemampuan dan tidak membebankan pihak lelaki. Namanya pun hadiah sahaja dari pihak lelaki kepada perempuan, jadi tidak perlulah pihak perempuan yang menetapkan.
Ada setengah orang kata , duit hantaran itu untuk kos pihak pihak perempuan buat kenduri. Jika pihak perempuan nak buat kenduri, buatlah sekadar nilai yang diberikan. Ada yang kata barang sekarang ni mahal. Adakah harga seorang anak perempuan itu sama dengan nilai barang? Setahu saya, nilai seorang muslimah memang lebih mahal dari wang atau emas permata, malah tiada nilainya. Jadi perlu apa mahu dibandingkan nilai barangan semasa dengan nilai hadiah hantaran kepada seorang perempuan? Kita bukan berurusniaga barangan.
Ada setengah orang kata , duit hantaran itu untuk kos pihak pihak perempuan buat kenduri. Jika pihak perempuan nak buat kenduri, buatlah sekadar nilai yang diberikan. Ada yang kata barang sekarang ni mahal. Adakah harga seorang anak perempuan itu sama dengan nilai barang? Setahu saya, nilai seorang muslimah memang lebih mahal dari wang atau emas permata, malah tiada nilainya. Jadi perlu apa mahu dibandingkan nilai barangan semasa dengan nilai hadiah hantaran kepada seorang perempuan? Kita bukan berurusniaga barangan.
nota kepala bersama :
"Hantaran nak mahal-mahal, masak apa pun tak reti! Jom renung-renungkan!
Post a Comment
4 anak murid kena cubit:
nak 10 ribu je lah,,ngee,ok je ase nye 10 ribu,,haha
kalau hafaz Quran 30juz insyaAllah 20k pun sanggup.
i did reply the comments at my page. tq! =)
yezza . sgtlah setuju . Yang kategori B tu biar je lah . Mereka berfikir mengikut apa yg mereka fikirkan : )