Selamat berkenalan dan selamat maju jaya semua. Ini sedikit kisah tentang diri aku.
Nama diberi Mastura. Ia ringkas dan mudah diingat. Yang mana Mastura itu bermaksud Terpuji, Terlindung atau Tercatat. Kebiasannya aku gemar membahasakan diri dalam penulisan sebagai 'Cik Mas'. Dan kalian perlu memanggil nama aku dengan nama yang baik dan bermakna. InsyaAllah aku juga akan begitu terhadap kamu. Usia masih berumur 23 tahun pada tahun 2011. Berasal dari Muar/ Ledang, Johor. Anak bongsu dan tunggal perempuan dalam adik beradik. Menuntut di Tahun akhir (Semester 8) di Institut Pendidikan Guru, Kampus Kota Bharu Kelantan yang terletak di Pengkalan Chepa berdekatan Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa. Opsyen yang dipilih dan ditawarkan oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru ialah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran - Sekolah Rendah. Mempelajari subjek Major iaitu Pendidikan Khas, Minor 1 subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan manakala Minor 2 ialah Pendidikan Seni Visual. Ketiga-tiga subjek tersebut adalah tinggi risikonya bagi saya untuk saya mengajar semasa saya menerima penempatan pada 2012 kelak, InsyaAllah.
Pendidikan :
- Tahun 1-2 : Sekolah Kebangsaan Bukit Gambir (1995-1996)
- Tahun 3-4 : Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Pekan (1997-1998)
- Tahun 5-6 : Sekolah Kebangsaan Simpang 5 Darat (1999-2000)
- Tingkatan 1-3 : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Segamat, Johor (2001-2003)
- Tingkatan 4-5 : Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Maahad Muar, Johor (2004-2005)
- Tingkatan 6 Rendah - selama 2 bulan di Kolej Islam Sultan Alam Shah, (KISAS) Klang, Selangor (2006)
- Julai 2006 menerima tawaran untuk ke IPG hingga sekarang (2011)
Pengalaman Sampingan :
- Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem PTH Padang Hijau Kluang, Johor - 2006 - SIRI 3 Kumpulan 1
- School Based Experiance (SBE) atau ROS di SK Sultan Abu Bakar 1, Muar
- School Based Experiance (SBE) atau ROS di SK Ismail 1, Muar
- School Based Experiance (SBE) atau ROS di SK Panji, Kota Bharu
- School Based Experiance (SBE) atau ROS di SK Tanjong Mas, Kota Bharu
- Praktikum Fasa 1 dan 2 (3 bulan) di SK Kedai Buloh 2, Kota Bharu
- Praktikum Fasa 3 (3 bulan) di SK Padang Kala, Melor, Kota Bharu
Penerimaan Anugerah/ Pencapaian :
- Johan Kawad Kaki Kadet Remaja Sekolah Peringkat Negeri Johor 2002
- Anugerah Wirawati Terbaik 2006 Kem PTH Padang Hijau, Kluang Johor
- Leftenan Muda - Tunas Kadet Remaja Sekolah
Ayah saya seorang Ustaz, Imam Masjid Pusat Serenti, Ledang, Johor dan Penceramah bagi Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim-YPKDT. Ibu saya juga bekas seorang Ustazah. Saya juga bekas pelajar sekolah agama. Ahli keluarga saya kebanyakannya dari golongan pendidik. Tapi apakan daya, yang mampu saya warisi adalah darah pendidik. Walaupun saya dilahirkan dan dididik dengan ilmu agama Islam yang mencukupi, tidak semua anak mampu untuk mewarisinya dengan tekad termasuklah saya. Memiliki ibu bapa yang bertaqwa tidak menjanjikan kita pasti mengikut jejak langkah mereka. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Walaubagaimanapun, saya sentiasa berusaha kearah yang lebih baik dari kehari. Semoga Allah sentiasa membuka hati supaya saya untuk mengikut jejak langkah ibubapa saya. InsyaAllah.
Nama blog Cik Mas : Dunia ku Dunia CikguURL blog : http://duniakucikgu.blogspot.com/
Mana datangnya ilham dapat nama blog tu. Sebenarnya dari kecik lagi memang minat sangat jadi cikgu. Kalau cikgu skola tadika Kemas dulu tanya saya cita-cita awak apa. saya cakap dengan pantas dan tanpa segan silu, saya nak jadi cikgu! Jawab dengan penuh semangat sambil angkat-angkat kening kat cikgu tadika tu. So sampailah sekolah menengah saya tetap ulang-ulang benda yang sama. Biarla jadi cikgu apa pun, janji saya boleh jadi cikgu.
Kisahnya bermula bila saya mendapat result SPM, terus memohon untuk masuk Institut Pendidikan Guru. Permohonan saya adalah opsyen Pendidikan Khas. Dan pada masa tu saya tak terus dapat pun, dan ketika itu saya masih study Lower six kat KISAS. Tak sampai berapa bulan, dapat la panggilan second intake untuk masuk ke IPG, opsyen yang saya dapat ialah Pendidikan Khas macam yang saya mohon awal-awal dulu.. (agaknya memang dah ditakdirkan ajar kanak-kanak istimewa). Dan mulai saat itu lah saya terharu, rasa bersyukur, menangis dengan teresak-esaknya sebab apa yang saya hajat dan impikan jadi kenyataan. Dan saya mula berblog bila berada di IPG.
So disitulah bermulanya medan 'DUNIA KU DUNIA CIKGU" dimana tempat saya mencurah segala pengalaman dan pembelajaran di kampus tersebut. Blog ini mengisahkan diri saya, kenangan praktikum di sekolah, kisah menjadi salah seorang guru pelatih, dan saya juga pernah mengulas beberapa isu terutama pendidikan berdasarkan pembacaan saya sendiri.
Blog ini adalah blog komuniti. Belum mencecah usia setahun dan blog ini adalah cetusan daripada rakan-rakan cikgu blogger sendiri. saya hanya bertindak sebagai penulis jika ada sebarang isu yang boleh diulas. Blog ini berkisarkan isu-isu pendidikan, tips-tips menjadi guru yang berkesan, sebarang aktiviti dan perkongsian ketika gathering diadakan. Segala cadangan, kritikan dan penambahbaikan dari pihak anda amatlah dialu-alukan boleh diutarakan dengan jelas. Sesiapa yang berminat untuk menjadi salah seorang krew blog KCB yang bertugas sebagai penulis di blog, bolehlah nyatakan hasrat anda di email : mastura_mohdamin@yahoo.com
Harapan :
- Berhasrat untuk menjadi seorang guru Pendidikan Khas yang amanah dalam memikul tanggungjawab mendidik kanak-kanak istimewa dengan penuh telus dan sabar. Semoga ilmu yang ditaburkan mampu membimbing kanak-kanak tersebut seiring kanak-kanak normal di bumi Allah ini.
- Semoga adanya blog ni sedikit sebanyak menjadi satu medium perkongsian ilmu untuk rakan-rakan blogger.
Hubungi saya :
Banner (copy tanpa segan silu)
Sila tepati peraturan di blog ini. Walaupun ia hanya nukilan kecil dari jari penulis biasa seperti saya. Tidak terkenal, Tapi saya minta ada hormati saya seperti mana saya hormati kamu. Blog ini adalah blog peribadi dimana segala isi penulisan dan pendapat dari tuan blog ini adalah asli dan tidak kekal sama sekali. saya tidak akan meredhai anda sekiranya anda 'copy' dan 'paste' tanpa meningglkan link ke blog saya. penulisan yang bukan milik saya telah saya nyatakan sumbernya dengan jelas. terima kasih dan selamat menyokong blog ini.
Post a Comment
3 anak murid kena cubit:
i like tang johan tahfiz tu.
@belog|amiyo
tu dulu.. rasa sedih pulak bila dah hafal satu muqaddam, skg x ingat mana dah :(
salam kenal cik mas.