Assalamualaikum. Kali ni aku ada nak kisahkan dengan korang satu kisah, kisahnya begini. Nak tau kisah tak? ke tak nak tau? Kalau tak nak, aku nak jugak kisahkan kisah aku ni. tak kira, korang kena fokus. fokus ok! (mengong kejap sebab bosan ini malam, pandai-pandailah korang faham)
Kisah bermula jam 12.25 tengah malam. suasana bilik gelap dan sunyi sepi disebabkan aku dan housemate aku tidur dengan nyenyaknya. yang menjadi alunan muzik kami pada malam itu ialah bunyi suara nyaring beberapa ekor nyamuk betina. memekak betul-betul sebelah telinga. Jiwa kacau sungguh. Mujur aku tak nampak kot nyamuk tu, kalau tidak siap aku tenyeh-tenyeh.
Selalunya kami tidur pada arah yang sama. kepala aku sebelah kepala housemate aku. . dan kaki kami masa tu juga bersebelahan bergedik-gedikkan. Tetapi entah macam mana satu malam aku tidur bertentangan dari amalan kitorang yang selalu. maknanya aku tidur kaki-kepala, kepala kaki (bertentangan dengan housemate aku punya tilam)..aku tak pasti masa tu kenapa aku boleh tidur bertentangan. mungkin penat sangat.
Jadi, nak dijadikan kisah, tidur punya tidur, aku tersedar kira-kira jam 4 lebih. (masa tu aku ingatkan kami tidur macam selalu, tak terfikir plak malam tu aku yang tidur salah)..masa nyenyak tidur tu, aku macam terasa seolah-olah ada benda yang terkemit-kemit kat hidung aku.
Gambar kat atas sebagai gambaran di tempat kejadian, tapi aku tak reti lukis, so korang bayangkan je la, jari kaki nan 5 itu hampir terjerumus ke dalam lubang hidung ku.
Aku terkejut, takut la kot-kot binatang sesat tak jumpa umah malam-malam cam tu. sekali aku celik-celik je. Betul-betul jari kaki housemate aku sebelah kiri tu nak memang sikit lagi nak masuk lubang hidong aku. siyes, terkejut aku masa tu. Nasib baik tak ada apa-apa bau. Kalau bau kaki, pengsan la aku malam tu sebab tak cukup oksigen. kiranya aku bijak gak lah, eceh!.. hehe..aku cepat-cepat alihkan hidung aku. kalau lagi 2 saat aku tak alihkan hidung aku, memang confirm tertusuk lah jari tu elok2 sesaiz dengan lubang hidung aku. Tak ke nahas, ada kematian sebab jari kaki rakan tertusuk ke hidung rakan sebilik. Ish, bahaya-bahaya ..huh!
Lepas aku sedar tu, terus la aku betulakn posisi aku tidur macam selalu. Serik dah tidur arah bertentangan. nanti kang lain pulak jadinya. Pesanan daku, berhati-hatilah semasa tidur. Gudbai.
Post a Comment
4 anak murid kena cubit:
ko wat aku tergelak gile babeng laa...tak tahan la weh ~~~~~~ hahahahah
haha,kelakar..
tp lau yui,slalu ngn aidk gtu..
kaki ni akn berada ata perut nya..huhuh..
haha. teruk la osmate ko. :P
haha..lawakla..tp memang xelok tidor sbegitu ponn..memang takut akan trjadi sbegitu..=)