Sunday, July 10, 2011

HATI JADI DEBAR



Assalamualaikum semua.

Jari pantas menaip, akal ligat memikir. dikala aku keseorangan mengahadap bukunet di bahagian RED SPOT di perpustakaan IPG Kampus Kota Bharu. Hati jadi berdebar-debar. Tak lama lagi masa itu akan tiba juga. Masa aku perlu selesaikan Kajian Tindakan aku. Aku kena kuatkan semangat dan belajar dengan bersungguh-sungguh. Dan sebentar tadi aku dah terima penyelia baru, kerana penyelia lama aku sudah pun berpencen. Siapa pun penyelia Kajian Tindakan aku, aku tak kisah, janji beliau mampu membimbing aku sebaik mungkin dan aku juga akan terus memberi komitmen untuk penyelia tersebut demi mencapai kecemrlangan dalam kajian tindakan aku kelak.

Pagi adi jam 8.00 pagi. aku sudah pun menerima taklimat berkaitan Internship iaitu program yang bakal aku anjurkan di sekolah tempat aku berpraktikum semester lepas. dan aku mula sedar yang banyak aku perlu selesaikan dalam tempoh sebulan. dengan dibebani Kajian tindakan yang terpaksa aku lunaskan untuk aku miliki segulung ijazah pada Akhir Tahun ini, ditambah pula dengan tugasan-tugasan lain, dan Program-program yang bakal dianjurkan. naik serabut otak memikir.




Kehadiran aku keperpustakaan kali ini bertujuan untuk mencari beberapa kajian atau sumber literatur untuk kajian tindakan aku kelak. Aku dah ubah tajuk kajian aku, berbeza dengan proposal (kertas cadangan) yang aku siapkan semester lepas. Kenapa ubah? sebenarnya tak ubah semua, cuma aku tukar tajuk dan langkah penyelesaiannya sahaja. proposal tu pakai yang lama juga, cuma kena tambah kajian Literatur sahaja. Dan sekarang aku dah nampak hala tuju kajian aku, dan aku akan teruskan apa yang aku harapkan. semoga apa yang aku impikan dalam menangani masalah kanak-kanak disleksia kelak akan temui jalan penyelesaiannya. Kalau tidak selesai pun sekurang-kurangnya aku berpuas hati dengan apa yang aku lakukan demi kemajuan anak-anak murid aku.


TAJUK KAJIAN TINDAKAN :

"KEBERKESANAN KAEDAH LATIH TUBI MENGGUNAKAN CERMIN DALAM MENGATASI KEKELIRUAN ABJAD DI KALANGAN KANAK-KANAK DISLEKSIA"



Harap-harap kajian aku ini dapat membantu mengatasi masalah kanak-kanak disleksia dengan berkesan. Dan dapat juga Bantu mereka cemerlang seiring kanak-kanak normal. 17 Julai 2011, aku akan lapor diri untuk Internship dan aku akan mulakan tugas aku dengan sebaik mungkin. Sekarang aku tengah buat persediaan diri dan bahan-bahan untuk aku bawa apabila sampai ke sekolah kelak.


ISTILAH DI IPG :
  1. RED SPOT : ruang tertutup dimana terdapat bahan/buku/ rujukan dan thesis-thesis senior. Ruangan red Spot ada di dalam Perpustakaan IPG KKB.
  2. INTERNSHIP : Tugasan atau tuntutan dimana guru pelatih semester 8 akan dimanahkan untuk menganjurkan 3 jenis program di sekolah. Penglibatan semua warga sekolah dan guru pelatih sebagai penggerak. Kami di nilai oleh Pentadbir sekolah 100%.
  3. KAJIAN TINDAKAN (ACTION RESEARCH) : Kajian yang dijalankan untuk mengatasi masalah atau sesuatu isu dalam pendidikan dan di susuli dengan langkah penyelasaian. Kebanyakan guru pelatih PK IPG KKB buat kajian rintis iaitu pelopor kajian tindakan. maknanya kami buat kaedah sendiri untuk atasi masalah/ isu kanak-kanak khas.
  4. IPG KKB : Institut Pendidikan Guru kampus Kota Bharu, Kelantan


Mohon kalian semua doakan kejayaan aku. Kelak jumpa dalam penulisan akan datang. Terima kasih kawan kerana masih lagi setia dengan penulisan aku!


Jom baca kisah kanak-kanak disleksia di rotan kerana tidak boleh membaca (KLIK SINI)


Categories , , ,

9 anak murid kena cubit:

Anonymous said... BALAS

jeles seh akak dari dari IPG . nak masuk tak dapat . 2 tahun dah ni . Tahun depan mohon lagi utk yang terakhir . Sadis . Takde nak wat cne . Em3

cik mas on 4:23 AM, July 11, 2011 said... BALAS

@Harafawza

sabar la ye, x semestinya x masuk IPG tak leh jadi cikgu. lagipun IPG akan dinaik taraf jd mcm U tak lama lagi. so istilah berelaun dan sebagainya tu xde dah la... tak pe, cuba lagi. mana tau yg terakhir tu rezeki kamu :)

Anonymous said... BALAS

Oh ye ? IPG akan dinaik taraf sebagai U dan elaun dimansuhkan ? Adeh . Abis tu yang ada subjek tertentu pegi oversea pun dah takde ke ? Em3

belog|amiyo on 6:55 AM, July 11, 2011 said... BALAS

hey gud luck!
jangan tensen2. nanti susah nak buat keje. hehe.

Admin on 9:05 PM, July 12, 2011 said... BALAS

kak..
all d best!

thun dpan kte nk mnuntut ngn akak
la ea? hehehe..

Jom Jenguk:
Kamu Melayu? Apa kamu tak sayangkan bangsa? Tak cintakan Bahasa? Tak terfikirkah tentang anak-anak kampung? Jangan pentingkan diri sendiri! Jangan hina dan perlekeh bahasa kita!

terpatrisinarabadi on 1:17 AM, July 14, 2011 said... BALAS

Hi Mas...
Menjawab pertanyaan mas ..

utk pengetahuan mas..sy pun baru guna sf ni 1/6/11 hari tu, sebelum ni muka saya memang teruk, dah tgk kan..
tapi sy guna ikut arahan cr penggunaan yg betul.ALHAMDULLILAH ianya berkesan, sy pun yakin sebab dah tgk byk perubahan positif pada rakan.
sebelum ni pun ada jugak rakan2 yg takde mslh tapi saje2 nak guna, & dah pun guna tapi takde apa2 mslh setakat ni.nanti sy uploadkan bukti utk di lihat k.(feedback from customer)
lagi 1, kalau mas nak tau, SF ni belum ada di pasaran lagi, so sy tak pasti adakah SF yg di guna oleh rakan mas tu benar atau tiruan, cuba cek betul2.ini melibatkan muka, jgn beli sembarangan, cek dulu betul2, bahaya.

pasal packing pulak, kalau tgk betul2 blog sy, ada 2 jenis packing cream siang & malam.kalau trial set cream tu, ianya di isi dlm bekas yg bertutup putih & botolnya plastik.dan yang lagi 1 tu set besar sikit, yg itu utk orang yang dah try trial set & nak sambung guna dlm kuantiti yg besar sikit, faedahnye boleh tahan lama & menjimatkan duit dlm masa jangka lama sikit dt tempoh trial set.dan botolnya pula adalah kaca.
jadi berhati2 bila membeli....

cik mas on 5:09 AM, July 14, 2011 said... BALAS

@ikatankasihku

mas try jugak trial set. alhamdulillah muka mas makin elok, lebih elok dari dulu. cuma mas nak tny, awl2 penggunaan awk ade tak kuar segala bagai jerawat? mas jadi mcm tu... keluar jerawat, tapi parut2 lepas dah tak ada.

situasi kwn mas pulak, muka dia skg jadi ruam dah. tak tau pulak kenapa..

awk, kalau lps ni mas order dr awk je boleh kan? risau pulak beli kat tmpt lain tak original... kalau nk jd dealer mcm mana ye?

byk nye soalan :P

terpatrisinarabadi on 6:05 PM, July 14, 2011 said... BALAS

Hi Mas....
tak per pun byk soal, sy akn tolong jwb bedasarkan apa yg saya tau k..

Masa sy guna takde pulak keluar jerawat, tapi 3 hari mula2 guna tu kulit ada kering sikit, pastu dah ok, parut semakain pudar, ruam di dahi dah hilang, kulit makin cerah dan liang pori2 semakin kecil...positif perubahannya, hapy sgt2..sy pakai cream tu shj tanpa apa2 bedak selama sebulan.
sy rasa kwn awak beli yg tiruan punyer...yg sy punyer ada kelulusan dari kementerian kesihatan malaysia di kotak tu..

yang psl dealer tu pulak, maaf tak dpt tolong.stock pada kwn sy tu terhad, utk di jual pd org perseorangan, tidak di jual secara borong dlm kuantiti byk utk dealer.lgpun sy tak amik apa2 untung, sekadar dpt discount utk diri sy guna pakai sendiri utk masa akan dtg.

kalau awak berminat nak beli dari sy email jer saya ikin@poly.my ...
jgn malu2 yer.. :)

junaini jena on 7:46 PM, August 18, 2013 said... BALAS

salam..boleh x saya nak jadikan rujukan kajian tindakan saudari ni untuk kajian tindakan saya... saya tak jumpa kajian lain yang melibatkan penggunaan cermin..

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas