Sunday, May 8, 2011

CERPEN MISTIK : MERAH JAMBU [2]


sambungan dari CERPEN PENDEK : MERAH JAMBU [1]



Hari kedua....


jam 5.30 petang, pulang dari kerja bersama-sama, mereka melepaskan lelah berehat dan berbual-bual di ruang tamu. tiba-tiba Cici bangun dari sofa dan meluru ke ampaian, mana tidaknya jemuran ampaiannya pagi tadi baru disedari. lantas Cici lekas ke garaj dan menarik helai-helaian pakaian yang tersidai. telinga Cici sebelah kiri berdesing dengan kuat, nyaring dan amat bingit. apabila pandangan beralih ke kiri, alangkah terkejutnya, Cici melihat ada seseorang sedang berdiri di bawah ampaian sambil merenung tepat kearahnya. badan gempal, berbulu hitam lebat, mata merah bulat bundar itu seolah-olah melihat hendak menerkam Cici jika dia tidak mengundur setapak pun. beristighfar Cici dengan sekuat hati, memejamkan mata dan mengeleng-gelengkan kepalanya. Alhamdulillah, akhirnya bayang itu sudah tiada - detik hati Cici. tetapi pada ketika ini. Cici seolah-olah kaku tidak bergerak dan bernafas, lalu dkejutkan dengan suara Zunn yang lantang.


"Kau kenapa tak masuk rumah lagi? aku nak tutup pintu ni. setan banyak berkeliaran maghrib-magrib, baik kau masuk Cici, cepat! " tegah Zunn.


"Baik la Zunn, tapi kau tu tak payah lah jerit sebelah telinga aku ni, boleh mati kejung aku terkujat-kujat kat sini!" jawab Cici yang tersentak dari lamunan, wajahnya muram, kakinya terus menghentak-hentak masuk ke dalam rumah.


Geram akan sikap Zunn. namun, otaknya masih ligat memikir, apakah benda yang besar hitam dan berbulu tadi? pening kepala memikirkannya. Arghhhh!! abaikan saja! bayangan aku di senja hari ni! bentak hati Cici.



Dia terus menggapai tuala dan terus ke bilik air dan mandi. lepas isyak seperti biasa rutin hariannya membaca yassin. itu amalannya yang tak pernah dibuat-buat. selepas bacaan yassin, Cici mengemas telekong dan bergerak ke dapur untuk mencari-cari air sejuk demi membasahkan tekak yang dahaga. sedang menikmati air, Cici terdengar seolah-olah seseorang menangis teresak-esak di sebelah tingkap dapur tersebut. dengan berani, die melekapkan telinga di tingkap tersebut, sambil diamati semakin nyaring bunyi tangisan tersebut. Cici tak pasti juga tangisan itu atas tujuan apa dan siapakah gerangan yang menangis itu. otaknya semakin berfikir yang buka-bukan. sekali lagi, berdesup Cici berlari masuk ke bilik dan menyelubungkan dirinya dibawah selimut. sedar tidak sedar Cici tertidur dalam keadaan ketakutan.





2. 35 pagi
Di kamar tidur Cici dan Zunn


Cici tersedar dari tidurnya, suasana bilik menjadi gelap. Zunn pula tidur dengan nyenyak dibuai dek mimpi indah. Cici bangun dan menegakkan badan di atas katil sambil menggosok-gosok mata. letih badannya petang tadi tidak habis lagi. tiba-tiba matanya tertancap sesuatu disebelah almari pakaiannya. digosok-gosok lagi matanya untuk memastikan apa yang dilihat tadi jelas. sesuatu tegak berselubung putih, berikat di beberapa bahagian. Mayat! terbeliak matanya, menggeletar seluruh tubuhnya.


"Allahuakbar!!! Astaghfirullahalazim!!" diluang-ulang kalimah Allah itu hingga Zunn tersentak dari mimpinya.




bersambung........


8 anak murid kena cubit:

LuN@_aiDi on 4:05 AM, May 08, 2011 said... BALAS

Salam kenaL dr Nz^^

Suke ler bace entri cikgu.. ada citer2 gitu.. n follow ler ur blog.. nice blog n nice entry ^______^

feel free visit me
http://kisahkami83.blogspot.com

cik mas on 4:37 AM, May 08, 2011 said... BALAS

@LuN@_aiDi

terima kasih dear.. sudi menjenguk blog kecil cikmas.. :) dtg jenguk lagi ye... selamat berblogging... :)

cikcahya on 6:56 AM, May 08, 2011 said... BALAS

hantu dah muncul :)
tak sabar nak taw sambungan dia...

cepat2 la update lagi cter ni.
terleka dekat sini baca cerpen cik mas :)
mmg best

cik mas on 7:38 AM, May 08, 2011 said... BALAS

@cikcahya

tunggu sambungannya ya cik cahya.. dan terima kasih sudi membaca di blog kecil ini... :)

noyis gila kentang~~ on 8:01 AM, May 08, 2011 said... BALAS

hye akak.follow u already.thanks coz jenguk2 blog kite.heheh.ingat2!!my senior.mesti lah ingat.tehee~~

Norizyana on 8:45 AM, May 08, 2011 said... BALAS

sy dh follow blog cik mas...:)
nnt sy buang kelopak bunge 2 ye..mmbe sy kate pn mganggu jgk ;)

cik mas on 12:37 AM, May 09, 2011 said... BALAS

@noyis gila kentang~~

nasib baik ingat.. kalo tak... pang!!! sampai kepingan jari di pp... hehehe.. xde la gurau jek.. stdy mane skg noyis?

cik mas on 12:38 AM, May 09, 2011 said... BALAS

@Norizyana

dah boleh follow dah blog awk... hehehe.. slmt berblogging k dear... :)

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas