Assalamualaikum. Harap rakan blogger sihat. Aku sahaja yang macam orang tak cukup kaki jalan sana sini dengan kesihatan yang tak berapa mengizinkan. Berkaitan tajuk entry aku, masa 1 ramadhan orang sibuk bangun untuk sahur. Tapi aku masa tu dalam Dewan Bedah Intan, Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu.
Kisahnya bermula 31 Julai 2011, jam 12.30 pagi aku kena muntah-muntah dan berak-berak cair. Lepas kuar toilet pulak rasa macam nak tumbang, nasib baik sempat berpaut pada dinding. Bila ulang alik tandas, tak dapat tidur dan badan aku masa tu semakin lemah.. tengok jam sedar-sedar dah pukul 5.50 pagi. Ya Allah, biar betul. Lama gila aku berulang-alik buang air, muntah-muntah ditambah tidur-tidur ayam. Lepas tu aku kejut roomate aku, tanya dia macam mana nak selesaikan masalah aku ni, sebab sakit sangat dah tak da tenaga. Dan aku pun kejut housemate aku yang ada kereta, Ekin, mintak tolong pergi klinik 24 jam.
Sampai klinik tersebut cek tengok doktor kata rupanya gastrik. So aku lega masa tu dapat ubat dan kena bayar RM 92. Lepas balik aku makan ubat gastrik dekat 8 bungkus. Makan ubat dan rehat, aku terus muntah balik. Ya, aku tak nafi angin gastrik semakin ok. Tapi perut aku sebelah kanan semakin sakit sampai aku tak ada kudrat nak bangun. Aku tidur sampai jam 2 petang.
3.00 petang : Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa
Aku cek doktor, amik darah dan urine test, tengok-tengok bukan gastrik. Rupanya Apendiks! Tak lama tu doktor bergegas masuk kan air dalam badan bawak aku naik ambulans pergi Hospital raja Perempuan Zainab, Kota Bharu.
Masuk ICU dengan doktor yang ramai berkerumun, aku pun memang betul-betul disahkan Apendix. Lepas tu terus tolak katil aku pergi Wad 28 Katil 33.
Ada dua orang doktor pakar datang dekat aku mintak aku tandatangan surat pembedahan yang akan dijalankan bila-bila masa. Katanya takut Apendik pecah. Aku pun sain dan ter tertidur.
1.35 pagi -3.50 pagi : 1 Ogos = 1 Ramadhan (Dewan Bedah Intan, HRPZ, KB)
Aku di bedah. Memang pengalaman dan kesakitan yang tak dapat dilupakan. Sakit teramat sebab ubat bius dah habis dalam badan. lebih kurang 2 inci lebih panjang jahitan tersebut. So aku tak boleh makan apa-apa sehingga diberi tahu doktor. terbaring la aku kat wad berehat menahan kesakitan. Pagi tu jugak mak ayah aku sampai.
Selepas 3 hari di wad
Aku dibenarkan pulang. Dan aku naik bas dengan mak ayah aku balik johor. Dapat MC selama 2 minggu. Aku memang tak larat langsung nak berjalan banyak-banyak, cakap kuat-kuat, bersin, batuk semua dah tak boleh, makan bubur jek la sampai ke hari ni. sangat sakit kat tempat jahit tu.
*****
Terima kasih kat doktor-doktor HRPZ, jururawat, jururawat dan doktor pelatih. Jasa anda hanya Allah yang mampu membalas.
Aku harap aku cepat baik. Dan dapat balik Kelantan dengan cepat. Sebab kerja sangat melambak. Doakan aku cepat sembuh ya. Terima kasih Mak ayah, En Hati, rakan-rakan, cikgu-cikgu SK Padang Kala sebab sudi datang jenguk aku dekat wad dan tolong macam-macam. Maaf susahkan korang. Semoga Allah balas jasa kalian~
Kalau aku tak update blog, aku mintak maaf, sebab aku jarang sangat online sebab aku kena banyak rehat. Ok, Jumpa di penulisan akan datang.
Wassalam
Post a Comment
18 anak murid kena cubit:
semoga cpt sembuh cik mas ^_^ kuatkan semangat
semoga cepat sembut cik mas,
selamat berpuasa :)
laa.. patut la lama tak nampak ko update blog. semoga Allah mnyembuhkan ko secepat mungkin.
syafakillah...
:)
astaghfirullahalazim..cik mas bawa bnyak2 bersabar.ujian dari ALLAH tu.. semoga cepat sembut.aminn
hana gastrik time duk maktab.. sebelum nie x. wisau gak..huhu cmna nak bgtau doktor kata nak check? ckap kat dia nak wat medical check up ek..
@ Mel Amalina
thnaks mel syg :)
@nadhirah.
terima kasih nad.. selamat berpuasa juga :)
@belog|amiyo
tu la.. aku pun tak jangka benda ni jadi. jadi mngejut lak tu.. doakan aku ye :)
@:: Khai Artzfar ::
tu la.. benda2 mcm ni jadi mengejut.. sama2 lah beringat and kena jaga kesihatan.. slmt berpuasa
@Onitsuka_hana
g kat klinik PC cakap nak g cek darah dengan air kencing. nanti dr result tu akan dpt tau hana sakit apa. masa cikmas tu, dktr bagitau terus cikmas ada apendix...
cepat sehat ey yunk
apendix bukan sebab makan biji cili, jambu batu n seangkatan dengannya ka? dlam intenet xda..fez time ka kena tuu.. klu dh buang pasni kena lg x?
i harap u cepat sembuh..i sentiasa doakan..=) http://www.silampuneon.com/2011/08/doaku-untuk-blogger-cik-mas.html
@iszieylyanziy
thnks isz :)
@Onitsuka_hana
ye memang sebab tu je... biji jambu atau cili. orang kata kalau kita dah buang apendix tu, x yah pk dah.. boleh makan je pape.. tp kalau kena balik tu x pasti la pulak..
@░♥si lampu neon♥░
terharu aku tau neo.. terima kasih banyak2.. semoga ko pun sehat juga :)
smoga cpt sembuh dear..
jg dri bek2 ok..
bestla klu buang apendix..bleh makan biji jambu..sedap tuu..skrang dah sihat ek..semoga cepat sembuh