Thursday, August 11, 2011

#Kenangan : Program Internship 2011




Assalamualaikum. Salam sejahtera dan salamat berpuasa semua. Harapnya semua sihat-sihat belaka. Aku sendiri pun semakin hari semakin sihat walaupun terasa lagi keperitan luka pembedahan hari tu. Apakan daya kena juga gigihkan diri berdepan dengan ujian Allah dengan tabah dan sabar.

Sudah sebulan berlalu di SK Padang Kala, Melor, Kelantan. Kenangan kami tinggal hanya kenangan di sana. Sepanjang kami di sana sebanyak 3 program yang telah kami anjurkan demi memenuhi tuntutan silibus pembelajaran di IPG. Justeru itu, beberapa program yang dijalankan begitu memberi impak yang positif kepada kami semua sebagai guru pelatih.


SK Padang Kala


Jauh di lubuk hati, aku rasa sangat bertuah di tetapkan praktikum dan internship di SK Padang Kala. Pentadbir yang berkomitmen, guru-guru aliran perdanan dan Guru Pendidikan Khas yang tidak jemu-jemu memberi tunjuk ajar sepanjang kami berada disini. Mereka langsung tidak pernah give up dengan tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan kepada kami. Malah budaya di sekolah itu juga sangat mesra dan tidak pernah langsung ada rasa janggal apabila kami berada disini. Murid-murid yang penyayang dan menghormati guru. Itu yang membanggakan. Alhamdulillah, bersyukur sangat-sangat.

Kali ini aku nak kongsikan beberapa keping gambar sepanjang kami menganjurkan program di SK Padang Kala. Program ini diberi nama Program Kem Waja Uji Wira-Wira UPSR SKPK 2011. Diadakan selama 3 hari 2 malam dan semua murid Tahun 6 wajib menjadi peserta kem. Jom saksikan!


Gambar sikit Paper Work kami



Murid tahun 6 khusyuk mendengar taklimat LDK


Semasa makan pagi


Aktiviti senaman pagi. Bersemangat mereka buat Chicken Dance!


Berkumpul untuk main 'Cap Kali Cap' . Ingat lagi tak, kecik-kecik dulu kita selalu main permainan tu


Dalam dewan untuk bengkel Skor A



khemah murid perempuan yang telah siap


Murid lelaki di khemah masing-masing


LDK - Membuat binaan menggunakan straw


Ini tak tahu motif, sama ada mengantuk, bosan atau tengah koya.


Semasa majlis penutup


Malam BBQ - dasyat sungguh bakar ayam!


Kami bertiga bersiap-siap susun makanan untuk murid-murid


Cikgu Najwa - klik sini untuk ke blog Cikgu Wawa

Cikgu Shahir sedang mengetuai senaman pagi

cikgu izzatey


Cikgu Hazim berusaha keras mengemas peralatan khemah


Aku di celah tiang, masa ni makan tengahari


Itu sahaja gambar sepanjang program kami. Banyak lagi sebenarnya tapi tak ter'upload'. Semoga kami guru pelatih 5 orang akan sentiasa berhubungan baik dan semoga kenangan bersama di SKPK ini memberikan pengalaman serta pedoman untuk kami bawa dan aplikasi ketika kami menjadi guru sebebar kelak.


nota kaki :
  • kalau sesiapa orang kelantan, nak mintak posting baik anda semua ke SK Padang Kala. Kalau junior IPG Kampus Kota Bharu boleh la buat praktikum dan Internship disini. Mesti anda akan rasa sangat bertuah dan Tak kan pernah menyesal.
  • terharu dengan kemesraan dan hubungan sesama guru di SKPK, murid-murid yang ceria. sedih rasanya meningglkan mereka semua.


Categories ,

3 anak murid kena cubit:

diba on 9:33 AM, August 13, 2011 said... BALAS

sonok kn intership..;)

along on 8:38 AM, August 15, 2011 said... BALAS

nak cop la sekolah nie

LadyzuL ⎝⏠⏝⏠⎠™ on 7:49 PM, August 16, 2011 said... BALAS

bestnya...kakD dan2 ingat kat cikgu2 pelatih masa sekolah dulu...

cikgu2 comel2 belaka...mcm kamu sekawan....

 

dunia.ku.dunia.cikgu Copyright © 2010 Designed by CikMas